11 July 2012

Sodomi II: Pendakwaraya beri 10 alasan mengapa Anwar perlu disabitkan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.

Katanya ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin telahpun membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa “male Y” yang diperolehi dari profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong adalah dari ‘semen extract’ (ekstrak air mani) yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar.

Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Dalam petisyen itu pihak pendakwaan mengemukakan 10 alasan.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan juga telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.

Ia juga menyatakan bahawa hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

Pihak pendakwaan juga berkata bahawa hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integrity sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan.

“Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan,” kata pihak pendakwaan.

Ia juga berkata Mohamad Zabidin telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Hakim itu telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan berkata hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.

“SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut,” kata pihak pendakwaan lagi.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.

Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.

Pihak pendakwaan berkata hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.

Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.

“Oleh yang demikian, perayu memohon kepada mahkamah yang mulia ini supaya keputusan yang arif hakim Mahkamah Tinggi dalam melepaskan dan membebaskan responden (Anwar) diketepikan dan responden dengan itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” kata pihak pendakwaan.

Pada 2 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan.

Dalam penghakiman bertulis itu, Mohamad Zabidin memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful.

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh Dr Seah terhadap sampel berkenaan.

Pada 9 Jan, Mohamad melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Bagaimana Anwar menyertai UMNO: Tun Mahathir

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO tidak lama selepas saya jadi Perdana Menteri pada 1981.....

Saya terkejut juga apabila dapat tahu beliau mahu menyertai UMNO memandangkan pembabitannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1) dan kenyataan-kenyataan awamnya jelas menjadikan beliau sekutu semula jadi PAS.

Bagaimanapun saya fikir, tentulah lebih menguntungkan beliau jika menyertai UMNO kerana beliau tidak akan dapat mara dalam politik selagi berada di luar UMNO. Besar kemungkinan beliau akan selama-lamanya terumbang-ambing dalam politik pembangkang dan ini tentulah bukan apa yang dikehendakinya.Saya juga berpendapat beliau berguna kepada UMNO.

Bagi saya,parti lebih penting dan sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada parti, walaupun orang itu tidak sependapat dengan saya, saya tidak akan halang kemasukannya.

Umum beranggapan UMNO yang mengambil langkah pertama membawa masuk Anwar, tetapi itu tidak benar. Bagi tempoh masa yang lama,UMNO telah menjadi parti yang besar dan berjaya. Ia tidak perlu bersusah-payah mencari ahli. Waktu itu,menyertai UMNO adalah satu keistimewaan.

Dalam tempoh beberapa bulan,sebilangan orang telah datang memberitahu saya yang Anwar berminat untuk sertai UMNO. Jadi saya pun bersetuju menemui beliau. Pertemuan pertama kami berlangsung di pejabat saya. Itulah interaksi sebenar yang pertama antara kami tanpa kehadiran orang lain.

Beliau nampak begitu berminat untuk menyertai UMNO,jadi beliau sedia bertolak-ansur dan tidak memperlihatkan tindak-tanduk yang boleh menyebabkan hasratnya ditolak. Apabila saya bertanya mengapa beliau mahu menjadi sebahagian daripada UMNO, beliau berkata yang beliau kini bersetuju dengan perjuangan UMNO.

Beliau mengaku kepimpinan ABIM agak kritikal dengan keputusannya dan mereka juga hendak tahu mengapa beliau mahu sertai UMNO. Beliau memberitahu mereka yang beliau mahu mengubah UMNO supaya sependapat dengan ABIM dan mempengaruhi Kerajaan dari dalam.

Menurut Anwar, agenda beliau adalah mahu mengubah Kerajaan menjadi Kerajaan Islam dan dengan itu, menyertai UMNO adalah cara paling berkesan untuk melakukannya. Pada masa itu pun beliau sudah menunjukkan kepintarannya.

Beliau berjaya menyakinkan ABIM dan membuat peralihan tanpa memutuskan hubungan dengan pergerakan itu. Bahkan kemudiannya saya mendapati beliau boleh menyakinkan pihak yang bertelingkah dengannya bahawa beliau bersetuju dengan mereka semua.

Rancangan beliau untuk mengubah UMNO dari dalam tidak membimbangkan saya sebab saya yakin saya boleh menangani beliau. Lagi pun saya berpendapat, kalau beliau sertai PAS tentu beliau boleh menang pilihan raya dan ini mungkin akan membantu menarik keluar ahli UMNO daripada parti.

Dalam erti kata lain, besar kemungkinan beliau akan jadi duri dalam daging jika berada di luar UMNO. Ciri positif penyertaan beliau dalam UMNO boleh dilihat dari sudut seorang pemimpin muda yang memiliki ramai pengikut, maka sudah tentu beliau mempunyai banyak kenalan di kalangan pemimpin belia seluruh dunia.

Bentuk Islam yang diperjuangkannya tidak mengasingkan beliau daripada pemimpin belia bukan Islam manakala pemimpin belia Islam dan aktivis Islam yang lain menganggap beliau seorang pemimpin besar Islam.

Sebagai pemimpin ABIM, beliau mempunyai pengikut yang ramai dan ini boleh memberi kelebihan kepada UMNO. Di kalangan pergerakan Islam Malaysia, ABIM memang luar biasa. Ia cergas membantu belia Islam menimba ilmu, menyebarkan ajaran Islam dan membuat kerja-kerja kebajikan.

Walaupun ABIM tidak rapat dengan UMNO atau kerajaan pimpinan UMNO, ia pula tidak menampakkan sifat melampau. Penyertaan Anwar dalam UMNO mungkin dapat melembutkan pendirian ABIM terhadap kerajaan atau setidak-tidaknya menumpulkannya sedikit.

Dengan imej Islamnya,saya berharap Anwar akan memperkukuhkan kewibawaan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Setelah saya putuskan untuk menerima keahlian beliau dan mendapati tidak ada bantahan kuat daripada rakan-rakan, maka saya pun mengaturkan supaya beliau menandatangani borang keanggotaan di pejabat saya.

Anwar secara rasmi menyertai UMNO pada 1982. Saya adakan satu sidang akhbar di pejabat saya bagi mengumumkan hal itu dengan dihadiri oleh Anwar sendiri. Tindakan saya menggunakan premis kerajaan untuk urusan parti dikecam oleh Tan Sri Tan Chee Khoon, bekas pemimpin Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS) (2).

Tan terkenal di seluruh negara sebagai Mr Opposition (Tuan Pembangkang). Saya membalas dengan mengatakan bahawa ia akan dilihat sebagai satu lakonan kalau saya keluar dari pejabat bagi urusan menandatangani surat penyertaan itu dan kemudian balik semula ke pejabat untuk menemui Anwar seperti yang lazim saya lakukan dengan semua tetamu, tidak kira orang politik atau bukan politik.

Saya kenal bapa Anwar,Datuk Ibrahim Abdul Rahman,seorang penyokong kuat UMNO yang menjadi Ahli Parlimen bersama-sama saya di antara tahun 1964 dan 1969. Dengan itu saya berpendapat tentulah di dalam hatinya, Anwar juga orang UMNO. Malah beliau menjadi penyokong saya sewaktu saya berselisih faham dengan Tunku sekitar tahun 1969-1970.

Anwar juga mempunyai ciri-ciri yang boleh menyumbang ke arah memperbaiki kedudukan UMNO di kalangan cendekiawan. Beliau banyak membaca dan boleh memetik kata-kata hikmat ramai ahli falsafah dan pemikir, daripada Sun Tzu kepada Malik Bennabi.

Pencapaian bahasa Melayu beliau cemerlang dan gemar menggunakan bahasa sastera dalam ucapan-ucapannya. Walaupun ramai yang terpaksa merujuk kamus kerana istilah-istilah yang digunakannya, gaya beliau berucap tetap mengagumkan mereka.

Beliau juga boleh bergaul baik dengan ahli akademik di dalam dan luar negara. Saya benar-benar percaya beliau akan menjadi aset kepada parti, jadi saya cenderung untuk memberi sokongan saya kepada beliau.

Sesetengah ahli UMNO bagaimanapun bimbang dan berasa terancam oleh Anwar. Ketika Tun Razak menjadi Perdana Menteri,golongan ini telah bekerja keras menentang kegiatan anti kerajaan Anwar.

Kumpulan yang tidak sukakan Anwar itu dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan antara anggotanya ialah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik saya yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri.

Saya tidak fikir Aziz menerima hakikat kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Bahkan kedua-dua Tun Abdullah dan Aziz berpendapat tindak-tanduk dan kata-kata Anwar hanyalah satu lakonan.

Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud, yang kemudiannya menjadi bapa mertua Anwar, juga adalah antara orang yang menentang keras terhadap beliau. Pada masa itu, Wan Ismail bekerja dengan sebuah unit perang saraf dan menjadi seorang penyokong kuat Kerajaan.

Apabila saya mendapat tahu yang beliau membantah Anwar mengahwini anaknya, Dr Wan Azizah, saya memujuk beliau agar berlembut. Ini berlaku sebelum Anwar menyertai UMNO. Petanda tidak baik yang pertama mengenai Anwar muncul apabila saya membentuk Kabinet pada 1982 dan melantik beliau sebagai Timbalan Menteri.

Beliau datang berjumpa saya bagi menyatakan kehampaan kerana tidak dilantik menjadi Menteri penuh. Saya tergamam. Saya kata: “Ada ramai lagi orang yang lebih kanan daripada awak. Bagaimana saya hendak melantik awak..?”

Saya juga memberitahunya belum pernah sesiapa yang menjadi pengkritik kerajaan diangkat sebagai anggota penuh Kabinet dalam masa yang singkat. Lagipun, beliau baru sahaja menyertai UMNO. Anggota kanan Kabinet tentu tersinggung kalau beliau terlalu cepat dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh. Saya sudah pun memberi beliau jawatan yang tinggi dengan melantiknya menjadi Timbalan Menteri.

Jadi, tindakan beliau merungut mengenainya adalah tidak wajar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa itu saya tidak sedar betapa tingginya cita-cita beliau. Mungkin saya sepatutnya berhati-hati sejak saat itu lagi mengenai cita-cita beliau dan kemarahannya yang amat sangat apabila rancangannya dihampakan.

Satu lagi bukti tentang cita-cita Anwar yang tinggi dapat dilihat pada pemilihan UMNO 1982 apabila beliau memutuskan untuk bertanding jawatan tertinggi Pemuda. Ketua Pemuda waktu itu, Datuk Suhaimi Kamaruddin suka memegang lama jawatan yang disandangnya dalam mana-mana pertubuhan yang diketuainya.

Misalnya, sewaktu memimpin Gerakan Belia 4B Malaysia (4) beliau sentiasa mengubah peraturan supaya boleh terus memimpin. Saya menyokong usaha Anwar itu, tetapi Suhaimi menolak cadangan mengundurkan diri untuk Anwar. Akibatnya,hubungan saya dengan Suhaimi jadi agak tegang.

Beliau tetap berkeras mahu menentang Anwar. Suhaimi kalah dan berasa amat marah. Pada 1987, beliau menyokong Tengku Razaleigh mencabar kepimpinan saya. Hal ini akan saya ceritakan kemudian.

Mulai saat itu, cita-cita Anwar yang tidak kenal sempadan semakin jelas. Beliau mahu mara dalam hieraki UMNO secepat mungkin, seolah-olah itu sahajalah matlamat beliau menyertai UMNO. Saya segera menyedari hal ini, tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk menghalang kerana saya tahu beliau mempunyai sifat seorang pemimpin yang baik.

Lagipun, elok juga kalau ada seorang yang boleh diharapkan dalam barisan kepimpinan untuk bersedia mengambil alih tempat saya. Bagaimanapun, menjadi Ketua Pemuda UMNO tidak memberi kepuasan yang lama kepada Anwar.

Beliau mahu menjadi Naib Presiden yang dipilih pula. Sebagai Ketua Pemuda, beliau secara automatik adalah Naib Presiden sebagaimana ketua-ketua sayap UMNO yang lain kecuali Puteri UMNO kerana baru ditubuhkan.

Saya dapat tahu hasrat Anwar untuk bertanding jawatan Naib Presiden daripada Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang ketika itu adalah seorang Timbalan Menteri. Saya beritahu Megat bahawa Anwar sepatutnya berpuas hati dengan kedudukannya dan bagi peluang orang lain untuk naik.

Bagaimanapun akhirnya, disebabkan Anwar begitu mendesak, saya biarkan juga beliau bertanding. Mengapa saya sokong beliau...? Mengapa saya tidak sekat beliau daripada bertanding...?

Sebenarnya saya tidak menyokong beliau, tetapi saya juga tidak menghalang. Apakah ada cara bagi saya untuk berkata jangan bertanding..? Sesetengah orang mungkin menganggap bahawa kebenaran yang saya berikan kepada Anwar untuk bertanding menandakan saya menyokongnya. Tidak sama sekali.....

Ia bukanlah sokongan cuma saya tidak ada sebarang alasan untuk menyekat hasrat beliau. Namun saya ada beritahu Megat bahawa pada pendapat saya, langkah Anwar itu tidak patut dan sikap tidak sabar beliau jelas kurang sopan. Bagaimanapun, tindakan beliau itu tidak melanggar parti.

Ada tiga jawatan Naib Presiden yang dipilih di dalam UMNO. Ia adalah jawatan paling kanan selepas Presiden dan Timbalan Presiden. Mengikut resam,Presiden akan jadi Perdana Menteri dan Timbalan Presiden jadi Timbalan Perdana Menteri.

Disebabkan kedudukan Naib Presiden hanya setapak ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka pertandingan untuk kerusi itu amat sengit. Inilah peringkatnya penyandang cuba membuktikan kebolehan dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bakal pengganti untuk jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden.

Saya tahu benar betapa sengitnya pertandingan jawatan itu, terutama kalau penyandang tidak bersedia mengundurkan diri untuk mewujudkan kekosongan. Ini kerana saya sendiri pernah bertanding merebut salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden di mana semua tiga penyandang turut bertanding, iaitu pada 1971/1972 dan saya tewas.

Saya tidak pernah bercakap dengan Anwar mengenai hasrat beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Tindakan saya yang tidak melarang atau menggalakkan Anwar daripada bertanding tidak ada kena-mengena dengan sikap saya terhadap beliau. Itu memang cara dan peribadi saya.


Sebagai Presiden UMNO juga, saya jarang cuba mempengaruhi pemilihan parti. Jika saya melibatkan diri, ia adalah dengan matlamat umum dan buka peribadi. Saya memilih untuk tidak campur tangan dalam pertandingan untuk jawatan tertentu parti. Saya tidak suka menyokong seorang yang tewas dan kemudian terpaksa bekerja dengan yang menang.

Namun saya sedar bahawa walaupun saya sendiri tidak peduli sangat hal-hal sebegitu, ramai ahli UMNO menganggap pendirian berkecuali saya sebagai tanda sokongan dan meletakkan nilai yang tinggi kepada etika dan petunjuk lampau tradisi Melayu.

Apa pun, mereka masih melihat sikap gelojoh Anwar untuk naik sebagai tidak wajar sama sekali. Sebahagian sebab Anwar pantas membina asas kuasa dalam parti adalah kerana imej keagamaannya dan apabila beliau menjadi Menteri Pelajaran, beliau berbuat baik dengan guru-guru Melayu dan kesatuan mereka.

Sebelum orang Melayu menonjol dalam sektor perniagaan sekitar 1990-an, guru adalah kumpulan yang mempunyai pengaruh kuat di dalam UMNO dan dianggap sebagai satu blok kuasa yang besar di dalam parti. Mereka juga mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Melayu akar umbi, pengundi di kampung dan Melayu bandar. Mereka memahami sentimen dan aspirasi orang Melayu.

Apabila Anwar hendak mengambil hati dan mendapatkan sokongan, beliau sangat berbudi bahasa dan menawan. Beliau boleh memikat hati orang alim Arab dan berbaik-baik dengan pelampau Yahudi yang anti-Arab. Beliau tidak dilihat sebagai seorang ekstremis Islam.

Bahkan selepas didapati bersalah kerana rasuah dan liwat pada 1999, pun masih ramai orang Islam yang terus mempercayai Anwar. Mereka juga percayakan cerita kejadian itu mengikut versi beliau.Dalam hubungan ini, jelaslah beliau seorang lelaki yang agak luar biasa.

Anwar begitu menyakinkan dan tahu bagaimana memujuk orang ramai agar mempercayai beliau.Bagi kebanyakan orang Islam, Anwar tampil sebagai seorang yang sangat warak. Sebelum menyertai UMNO, beliau sudah pun membentuk barisan pengikut yang besar di kalangan orang Islam antarabangsa.

Saya teringat seorang anggota Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur memandang serong terhadap saya, tetapi mengubah pendiriannya terhadap kepemimpinan saya selepas Anwar menyertai Kerajaan.

Anwar pandai berbaik-baik dengan orang dan tahu bagaimana memenangi sokongan mereka. Beliau banyak mengembara sewaktu menjadi pemimpin belia, menemui orang Afghanistan, Pakistan dan ramai pemimpin belia Islam dan bukan Islam yang terkemuka. Beliau memastikan dapat berjumpa dan berbincang dengan mereka. Beliau adalah segala-galanya kepada semua orang.

Beliau juga berbaik-baik dengan orang seperti Paul Wolfowotiz yang ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dan penyokong kuat pencerobohan Israel ke atas Palestin dan Iraq.

Anwar juga mesra dengan media antarabangsa melalui paparan imej seorang liberal. Beliau tidak teragak-agak menunjukkan kepada mereka bahawa beliau menentang banyak amalan Kerajaan Malaysia yang beliau sendiri adalah salah seorang anggotanya. Beliau mengumpan mereka dengan janji bahawa keadaan akan berubah sebaik sahaja beliau mengambil alih.

Ramai orang datang memberitahu saya yang beliau sedang berusaha membina populariti peribadi, khususnya di kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Beliau kerap melawat bahagian dan cawangan parti, yang pada pandangan saya adalah perkara biasa. Semua ahli politik cuba mendampingi orang ramai dengan tujuan menjadi popular.

Jadi apabila Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, saya anggap hubungan baik beliau dengan pemimpin bahagian adalah sesuatu yang berguna. Suatu hari nanti, beliau akan mengambil alih kepemimpinan. Apabila ini berlaku, beliau memerlukan orang yang begitu kenali dalam parti untuk membantunya memimpin UMNO dan negara secara lebih berkesan.

Untuk beberapa tahun lamanya, kami mempunyai hubungan peribadi yang baik. saya menunggang kuda dan beliau pun belajar menunggang kuda, tetapi Anwar terbukti seorang penunggang yang tidak sabar.

Sebelum beliau belajar menunggang dengan betul, beliau sudah mula menderap menyebabkannya terjatuh dan hampir patah tengkuk. Beliau terpaksa dimasukkan ke hospital. Kemudian (semasa dibicara atas tuduhan) beliau mendakwa polis mencederakan tengkuknya.

Sebelum beliau jadi Timbalan Perdana Menteri, saya kerap bawa beliau bersama-sama saya dalam lawatan rasmi ke luar negara. Di dalam kapal terbang, kami akan berbual dan berbincang mengenai politik dan agama, dua tajuk yang kami berdua minati.

Beliau begitu berpengetahuan dan nampak komited dalam hal-hal agama – mengambil wuduk dan bersolat walaupun di dalam pesawat. Beliau memikat saya sebagai seorang yang mengagumkan dan warak. Beliau adalah salah seorang penyokong kuat saya dan sering mengucapkan kata-kata yang betul. Tidak syak lagi ada aura istimewa – satu karisma – mengenai beliau dan saya juga mungkin terpengaruh.

Salah satu amalan dalam UMNO adalah bagi Perdana Menteri mengunjungi rumah Timbalannya pada petang hari pertama Aidilfitri selepas semua pelawat meninggalkan kediamannya. Kunjung-mengunjungi di kalangan orang Islam bertujuan menghapuskan segala salah faham dan memperbaharui muhibah dan persaudaraan untuk tahun akan datang.

Ini adalah amalan orang Islam di mana sahaja dan amat dihargai oleh orang Melayu dan orang Islam Malaysia.

Hubungan di antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sebagaimana yang saya sendiri alami dengan Tun Hussein, adalah sangat kompleks. Jadi amat penting, kepercayaan antara dua pemimpin tertinggi parti dan kerajaan ini diulang tegas.

Bagaimanapun, di antara Anwar dan saya tidak wujud keperluan khusus untuk membina muhibah atau mengubati luka kerana keluarga kami sangat rapat antara satu sama lain. Isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyediakan masakan utara yang saya suka dan beliau dengan Hasmah sangat akrab.

Saya menyenangi Wan Azizah yang mempunyai tarikan tersendiri. Walaupun selepas kami berpecah haluan, saya tidak dapat menganggap beliau sebagai musuh politik atau seseorang yang bergaduh dengan saya. Saya faham keputusan beliau untuk menyokong suaminya.

Anwar juga seorang yang gemar menerima tetamu. Pada bulan puasa, beliau akan menghabiskan banyak hari untuk berbuka dengan ramai orang di rumahnya. Di majlis itu, saya dapati beliau juga menjemput Menteri Besar dari semua negeri.

Saya sendiri tidak pernah melakukannya kerana memikirkan tentulah sukar bagi orang di luar Kuala Lumpur hendak datang hanya kerana jamuan malam yang pendek. Kerajaan yang bayar belanja perjalanan mereka. Namun Anwar tentu merasakan ia adalah satu amalan hubungan awam yang baik dan menguntungkan dari segi politik.

Selepas dapat jawatan Naib Presiden, Anwar masih resah. Matlamat beliau seterusnya ialah jawatan Timbalan Presiden. Beliau tahu Timbalan Presiden akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Pada masa lalu, Timbalan Presiden jarang dicabar.

Cabaran hanya berlaku dalam keadaan luar biasa seperti pada 1987 apabila saya sebagai Perdana Menteri dan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, telah ditentang. Saya dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah manakala Tun Musa Hitam mencabar Tun Ghafar.

Jadi dengan mencabar Tun Ghafar, Anwar bukan sahaja melanggar tradisi parti, tetapi juga mempamerkan ketidaksabaran beliau untuk sampai ke puncak....! Apabila beliau datang menemui saya untuk menyatakan hasratnya itu, saya tegaskan kepadanya bahawa tidak sesuai mencabar Tun Ghafar kerana Tun Ghafar adalah calon saya untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Saya minta beliau agar tidak bertanding....! Buat seketika beliau nampaknya mendengar nasihat saya dan tidak berkempen.

Bagaimanapun apabila saya mengkritik sesetengah pemimpin UMNO Terengganu kerana kekal terlalu lama dalam jawatan dan tidak memberi peluang kepada golongan muda, beliau menakrifkan hujah saya itu sebagai bermaksud bahawa saya mahu pemimpin yang lebih tua seperti Tun Ghafar berundur.....

Anwar anggap cabaran beliau terhadap Tun Ghafar adalah sejajar dengan pandangan saya. Jadi tanpa meminta kebenaran saya, beliau memulakan kempennya. Saya tidak tahu macam mana Anwar melakukannya, tetapi lebih daripada dua pertiga bahagian mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Malah bahagian-bahagian yang memang diketahui penyokong kuat Tun Ghafar pun tidak mencalonkan Tun Ghafar dan jelaslah beliau akan kalah.

Melihat keadaan yang tidak memberi harapan kepada beliau maka Tun Ghafar memilih untuk mengundurkan diri dan Anwar menang tanpa dicabar. Saya tidak mahu menggugurkan Tun Ghafar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi apakah alasan saya kalau tidak melantik Timbalan Presiden baru UMNO ke jawatan itu...?

Saya sentiasa menimbang dan mengikut kehendak UMNO. Misalnya, pada 1993 apabila parti memilih Tun Abdullah sebagai salah seorang Naib Presiden, saya bawa beliau balik semula ke dalam Kabinet walaupun beliau menyokong Tengku Razaleigh menentang saya pada pemilihan 1987.

Kemudian saya diberitahu yang Anwar sedang giat mencari sokongan untuk dirinya di kalangan bahagian UMNO dan pada masa yang sama menggesa mereka mengkritik saya. Itu pun saya tidak peduli. Saya beritahu diri sendiri, tidak mengapalah Anwar buat begitu sebab beliau pun akan menjadi Perdana Menteri menggantikan saya. Saya mahu mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan beliau, jadi saya bersedia mengetepikan sikap tidak sabar beliau berhubung persaraan saya.

Adalah sukar untuk menyalahkan ahli politik kerana bercita-cita besar, bekerja kuat dan berpandangan jauh. Mungkin masyarakat Melayu sekarang memerlukan pemimpin seperti beliau dan lagi ramai lagi baik. Kita sudah jauh meninggalkan zaman ramah mesra Tunku yang amat membimbangkan saya sekitar lewat 1960-an. Mungkin itu ada baiknya, dan pendekatan agresif Anwar adalah manifestasi politik baru orang Melayu.

Seperti yang telah saya katakan bahawa apabila Anwar menyertai UMNO, ramai ahli kanan parti tidak sukakan beliau kerana beliau menjadi ancaman kepada cita-cita mereka. Hubungan Anwar dan Tun Abdullah tidak pernah baik kerana sewaktu Tun Abdullah menjadi kakitangan awam, beliau telah ditugaskan oleh Tun Razak untuk menentang kepemimpinan Anwar dalam gerakan pelajar dan belia Islam.

Dengan peningkatannya yang pantas dalam UMNO, Anwar sudah tentulah menjadi ancaman kepada kepemimpinan Tun Abdullah di dalam UMNO Pulau Pinang. Kebimbangan Tun Abdullah itu menjadi kenyataan apabila Anwar menjadi Timbalan Persiden dan menggantikan Tun Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Anwar segera mengambil alih jawatan Tun Abdullah sebagai Ketua Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang. Masa berlalu dan saya dapati kecaman Anwar terhadap Kerajaan, terutama berkaitan dakwaan kronisme menjadi semakin terbuka. Beliau bercakap mengenai apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan amanah rakyat dan dengan menyusun kata-kata sebegitu rupa, beliau memberi gambaran saya terbabit.

Secara prinsipnya beliau mengutuk kronisme dan ini sangat saya alu-alukan, tetapi kata-kata beliau itu ibarat gergaji bermata dua. Retorik beliau adalah mainan moral – beliau adalah baik dan sesiapa sahaja yang ditendangnya adalah jahat.

Apabila beliau bercakap lantang menentang kronisme di peringkat atas, kepada siapakah beliau tujukan kata-kata itu kalau bukan kepada saya..? Di atas adalah saya dan beliau, tidak ada orang lain lagi.

Lagipun dengan mengutuk kronisme, beliau cuba memberi gambaran yang beliau sendiri tidak terlibat. Ia adalah strategi yang baik bagi mengalih pandangan daripada kronisme beliau sendiri. Ahli kanan UMNO memberi amaran kepada saya bahawa Anwar sedang merancang sesuatu yang tidak baik dan beliau tidak setia kepada parti. Selepas menyingkirkan Tun Ghafar, kata mereka, sasaran Anwar yang berikutnya adalah saya.

Namun saya tidak bimbang..... Saya tidak fikir beliau akan berjaya dan saya amat yakin dengan kedudukan saya. Walaupun keadaan sudah menjadi tidak ‘selesa’ lagi, saya fikir saya boleh menanganinya. Saya tidak percaya beliau boleh mendapat cukup sokongan kalau menentang saya. Sekalipun saya masih anggap Anwar sebagai seorang pemimpin yang berkesan, saya rasa hasrat beliau untuk menyingkirkan saya terlalu tergesa-gesa.

Bagaimanapun, dengan keyakinan teguh terhadap diri sendiri dan jalan yang saya pilih telah membolehkan saya menerima sebarang perbezaan pendapat dengan orang yang berfikir dan bertindak berlainan daripada saya. Mungkin saya terlalu yakin, tetapi bagi saya adalah penting semua pihak yang bertelagah diberikan ruang di dalam parti.

Kalau kita menyingkirkan seorang pemimpin, seorang yang lain pasti akan mengorak langkah untuk mengambil tempatnya. Tidak ada jaminan orang yang menggantikan itu tidak bercita-cita besar atau menimbulkan masalah. Kita masih terpaksa berdepan dengannya. Saya tahu mesti ada yang akan menyokong Anwar jika beliau mencabar saya, dan pergeseran ini akan melemahkan UMNO.

Namun, saya bersedia menangani semua ini. Beberapa orang yang rapat dengan saya – orang yang tidak ada kedudukan atau kepentingan dalam politik – juga memberitahu saya tentang apa yang mereka lihat dan dengar mengenai Anwar. Mereka tidak disuruh oleh sesiapa untuk memaklumkannya kepada saya, jadi tidak ada sebab untuk saya mempersoalkan motif mereka.

Ketika itu, bermacam-macam cerita sudah disebarkan dan digalakkan penyebarannya. Sesetengah khabar angin mengenai tuduhan rasuah dan kronisme terhadap saya mula sampai kepada akhbar. Kesudahannya, bagi menghentikan semua tuduhan itu, saya terpaksa siarkan nama semua orang yang mendapat kontrak kerajaan sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan.

Senarai itu menunjukkan ramai daripada mereka yang mendapat kontrak secara rundingan adalah kawan-kawan dan anggota keluarga beliau. Terdapat juga seorang dua anggota keluarga saya dan orang yang ada kaitan dengan saya, tetapi kontrak mereka terlalu kecil.

Memekik “pencuri” adalah helah terbaik untuk mengalih perhatian orang daripada kita dan itulah strategi yang diguna oleh Anwar. Saya khuatir strategi itu masih digunakannya. Saya perhatikan Anwar mempamerkan watak yang mengagumkan di khalayak ramai. Beliau juga berjaya meninggalkan kesan kepada wartawan Amerika dan Barat dengan idea-idea beliau yang pada zahirnya nampak liberal.

Beliau mengatur lawatan senator dan ahli kongres Amerika ke Malaysia setiap tahun dengan dibiayai oleh tabung yang ditubuhkannya. Senator dan ahli kongres itu percaya Anwar adalah seorang ahli politik yang liberal dan demokratik. Mereka sukakan Anwar.

Pada masa yang sama, beliau mengekalkan hubungan dengan ramai aktivis Islam di dunia Islam. Semua landasan yang beliau bina ini terbukti berguna kemudiannya. Perhubungan yang dijalin dan imejnya yang menyerlah telah meletakkan beliau di atas landasan yang kukuh apabila beliau dihadapkan ke mahkamah dan dihukum atas tuduhan jenayah.

Mereka percaya dengan cerita beliau yang ianya telah diperangkap bagi menghalangnya menjadi Perdana Menteri. Tidak syak lagi orang Amerika anggap beliau akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik daripada saya. Itulah yang diuar-uarkan oleh sebilangan akhbar dan majalah perdagangan utama mereka.

Saya kononnya kasar dan tidak pernah disukai oleh orang Amerika. Itu pun saya masih cuba memenuhi kehendak Anwar dengan menemui senator dan ahli kongres yang dijemputnya ke Malaysia dan menyertai seminar yang beliau anjurkan.

Mengapa pula saya mesti menolaknya...? Saya tidak mempertikaikan matlamat beliau mengundang mereka ke Malaysia setiap tahun atas andaian membolehkan mereka mengenali Malaysia dengan lebih baik.

Apabila tindakan diambil terhadap beliau kerana melanggar undang-undang jenayah kita, semua orang ini mengutuk saya dan menuntut pembebasan beliau. Memandangkan Anwar popular di pentas antarabangsa maka penangkapan dan perbicaraannya atas dua tuduhan jenayah menjadi masalah yang terpaksa kerajaan tangani.

Sekali lagi masalah timbul apabila Anwar mendakwa beliaulah yang berjaya menangani krisis mata wang 1997/1998.

Di dalam negara, sesetengah pemimpin UMNO yang beliau tidak suka atau yang rapat dengan saya, mengadu bahawa sebagai Timbalan Perdana Menteri, Anwar buat hidup mereka susah. Seorang Ketua Menteri dituduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang pelajar perempuan.

Beliau mendakwa, Timbalan Perdana Menteri mengarahkan kes itu diberikan publisiti yang luas dan akhirnya, Ketua Menteri itu hilang jawatan. Pada 1993, Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohamad Hanif Omar datang menemui saya dengan bukti salah laku seksual Anwar.

Tuduhan itu terlalu serius sehingga saya fikir, mustahil ia benar dan mungkin itu adalah sebahagian daripada rancangan tak masuk akal untuk menjatuhkan beliau. Saya tidak mencadangkan agar tindakan diambil, tetapi mengikut amalan polis, mereka akan tetap meneruskan pengawasan.

Selepas itu, tidak ada lagi laporan dibuat kepada saya sehinggalah pada 1998 apabila terdapat bukti yang sangat kuat sehingga memaksa saya bertindak. Saya akan bincangkan perkara ini di dalam bab yang lain.

Sementara itu, percubaan Anwar untuk memaksa saya berundur semakin ketara. Walaupun saya tidak begitu bimbang, hubungan kami terus tegang dan saya mula ragu-ragu sama ada beliau boleh menjadi pemimpin yang baik dan seterusnya menggantikan saya.

Saya tetap meneruskan tugas seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, sama seperti keadaan menjadi sukar dengan Tun Musa. Itulah cara saya berurusan dengan orang – saya tidak menuduh mereka apa-apa. Saya teruskan kerja.

Sewaktu Tun Musa menentang saya, saya fikir beliau merosakkan dirinya sendiri kerana beliau menjadi tidak popular dengan parti. Saya sedia menerima beliau semula dan saya tidak membantah apabila penyokongnya mahu beliau kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden parti. Itu terbukti satu strategi yang betul.

Kini dengan Anwar, saya mengambil pandangan dan pendekatan yang serupa. Anwar kekal dengan sifat mengambil hati dan bertindak seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Sementara itu, saya dengar ada beberapa orang anggota Kabinet yang pergi merata-rata tempat bercakap buruk mengenai saya. Namun apa pun yang beliau dan sekutunya lakukan serta taktik kotor yang digunakan, Anwar kekal dengan reputasinya sebagai orang warak dan terhormat.

Saya simpan di dalam hati sebarang keraguan mengenai beliau. Saya yakin jika beliau melancarkan cabaran terbuka terhadap kedudukan saya sebagai Presiden UMNO, saya boleh menewaskannya.

Rancangan saya meletak jawatan selepas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 bagaimanapun terbantut akibat serangan terhadap ringgit Malaysia oleh peniaga mata wang antarabangsa pada 1997-1998.

Apa pun rancangan peribadi saya, ternyata saya tidak boleh berundur dalam keadaan sebegini. Saya tidak boleh bersara sewaktu negara menghadapi krisis besar. Saya berpendapat bahawa menjadi tugas saya memperbetulkan keadaan.

Ini menjadi lebih mendesak kerana Anwar, sebagai bakal pengganti saya, nampaknya tidak berupaya menangani krisis itu. Beliau telah bertindak mengikut formula IMF dan keadaan menjadi bertambah buruk. Kecuali tindakan pembetulan dibuat, negara yang bakal diwarisi oleh pengganti saya akan menderita kemelesetan ekonomi yang teruk.
  1. Angkatan Belia Islam diasaskan pada tahun 1972 dan telah menyokong kebangkitan semula Islam dan penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia.
  2. Tan adalah pengasas Gerakan, tetapi telah menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat Malaysia, iaitu sebuah parti pelbagai kaum pada 1972 setelah Gerakan menyertai Kerajaan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, dalam Pilihan Raya Umum 1974, hanya beliau sahaja ahli parti yang telah memenangi kerusi Persekutuan. Parti tersebut dibubarkan apabila beliau bersara pada 1977 dan kebanyakan ahlinya menyertai DAP.
  3. Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menjadi Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar pada 2006 sebelum hilang kerusi Persekutuannya kepada Khalid Abdul Samad dari PAS dalam Pilihan Raya Umum 2008.
  4. Gerakan Belia 4B Malayisa yang ditubuhkan pada 1966 sebagai sebuah pergerakan remaja kebangsaan telah bertindak sebagai medan ujian bagi pemimpin muda UMNO.
  5. Seorang ahli politik Amerika Syarikat yang telah berkhidmat dalam pentadbiran Ronald Reagan dan George W. Bush, Wolfowitz juga adalah duta Amerika Syarikat ke Indonesia sebelum berkhidmat sebagai Presiden Bank Dunia sehingga Jun 2007, apabila beliau dipaksa meletakkan jawatan atas dakwaan membabitkan kenaikan pangkat yang tidak wajar seorang pekerja bank bernama Shaha Reza, yang merupakan teman wanitanya.
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad

10 July 2012

Siapa orang Najib pembekal maklumat pada Rafizi?

PKR telah mendedahkan satu dokumen yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.

Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan.

PRU-13 Kota Belud: Siapa bakal calon?

Satu fenomena baru telah berlaku. Kini, rakyat tidak gemar bertanya, parti mana yang bertanding, akan tetapi gemar bertanya siapa calon yang bakal bertanding.

Nampaknya fokus rakyat, bukan lagi kepada parti, melainkan individu yang bakal bertanding. Kenapa perkara demikian berlaku? jawapannya mudah sahaja, parti tidak akan mampu melakukan apa-apa tanpa gerakan atau tindakan seseorang bakal Yang Berhormat.

Suatu masa dahulu, ada seorang pemimpin utama Kota Belud, pernah berkata, Kota Belud adalah kilangnya para pemimpin. 

Sebut sahaja pemimpin yang mempunyai nama di negeri ini- Tun Mustapha Datu Harun, Tun Mohd Said Keruak, Datuk Mohd Noor Mansor, Datuk Yahya Lampong, Datuk Hamid Tun Mustapha, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Datuk Seri Salleh Tun Said, dan generasi pelapis- Datuk Musbah Haji Jamli- Datuk Abdul Rahman Dahalan dan Datuk Japlin Haji Akim.

Diantara nama-nama yang disenaraikan di atas, tiga pemimpin pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, dua orang pernah menjadi TYT Sabah, dan selainnya pernah menjadi menteri/timbalan/pembantu menteri baik di peringkat persekutuan mahupun negeri, kecuali Datuk Rahman, kerana beliau hanya sepanggal menjadi Yang Berhormat.

Kedudukan terkini, dua pemimpin Kota Belud menjadi speaker, seorang Speaker Dewan Rakyat dan seorang lagi Speaker Dewan undangan Negeri. Sementara itu, tiga ADUN menjadi pembantu menteri di peringkat negeri.

Di sebabkan ramainya pemimpin di Kota belud, maka semasa memilih calon, tidaklah sukar dilakukan. Oleh kerana keterbatasan kawasan untuk ditandingi, maka pada satu-satu masa, ada sahaja pemimpin yang terpaksa direhatkan.

Pada PRU-12, dua orang pemimpin handal direhatkan daripada bertanding, namun selepas sahaja PRU itu selesai, mereka diberi peranan lebih penting, yang seorang di peringkat persekutuan dan yang seorang lagi di peringkat negeri.

Jawatan Speaker Dewan Rakyat, bukan calang-calang jawatan, demikian juga jawatan Speaker Dewan Undangan negeri. Jika ditakdirkan bahawa kedua-dua pemimpin Kota Belud ini (Tan Sri Pandikar dan DSP Salleh) melepaskan jawatan itu, entah bila lagi jawatan itu boleh disandang oleh pemimpin berasal daripada Kota Belud.

PRU-13 sudah diambang pintu. Hanya 10 bulan lagi, Parlimen dan DUN yang ada sekarang tamat tempoh.

Kretiria calon yang diinginkan pucuk pimpanan telahpun dijelaskan. Pertama calon itu adalah winnabale candidate, kedua- kerap turun padang dan ketiga- mempunyai peratusan yang tinggi menyelesaikan masalah-masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Masalah rakyat Kota belud sebenarnya hanya sedikit, yakni masalah infrastruktur, baik yang berkaitan dengan keperluan asas mahupun yang berkaitan dengan perekonomian.

Keperluan asas adalah ada kaitan dengan keperluan air bersih dan lampu letrik. Keperluan air bersih diperkirakan akan selesai tidak lama lagi, kerana peruntukan hampir 100 juta telahpun berjalan sejak awal tahun 2010. Sementara bekalan litrik, kini hampir 95 peratus perkampungan telah mempunyai bekalan litrik.

Infrastruktur yang berkaitan dengan perkembangkan perekonomian sedang berjalan rancak, selari dengan program pembangunan Jelapang Padi Kota Belud, Program Agropiltan, Program Pelancongan dan menyusul Program Minyak dan Gas.

Disebabkan mudahnya aliran maklumat, selain surat-surat khabar, juga ditambah oleh media alternatif seperti blog, facebook dan twitter-yang begitu pantas sampai ke pengertahuan rakyat atau akar umbi.

Rakyat amnya dan para penggundi khasnya telah tahu siapa para pemimpin yang bertungkus lumus membawa pembangunan kepada rakyat. Atas sebab itu, mereka berminat kepada soal calon, bukannya parti semasa pilihanraya ke-13 akan datang.

Berasaskan kepada fenomena ini, maka adalah mustahil bagi calon-calon pembangkang untuk menang, kerana rakyat tahu mereka tidak mempunyai sumbangan dalam bentuk apapun demi kebaikan rakyat, melainkan menabur janji-janji kosong dan memfitnah kerajaan. Malah mereka juga penyumbang kepada terbantutnya pembangunan, sebagai contoh.. apabila sekumpulan individu cuba menghalang program/projek Agropolitan di Kampung Pintasan Kota Belud.

Menghadapi PRU-13 akan datang, pucuk pimpinan terpaksa memeras kepala, siapa-siapa kah bakal untuk dicalonkan bagi Kota Belud, kerana semua pemimpin yang ada sungguh mempunyai kelebihan masing-masing.

Apapun, sesuai dengan moto Ketua Menteri-DSP Musa Aman dan Timbalan Perhubungan Umno Negeri-DSP Salleh Tun Said, kerja berpasukan amat penting. Ertinya, sesiapapun dicalonkan oleh pucuk pimpinan perlu disokong oleh semua pihak, sesuai dengan semangat berpasukan.

Pucuk pimpinan terpaksa memilih calon-calon yang mampu deliver untuk dirinya juga untuk pemimpin lain agar supaya kemenangan dirai dengan mudah.

Melihat kepada keadaan terkini, nampaknya Untuk Parlimen- piliahan hanya kepada Datuk Rahman Dahalan, walaupun penyandang ini berhadapan dengan suara-suara sumbang daripada bukan pronya, akan tetapi beliau dilihat mempunyai merit yang cukup berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat. 

Di Usukan pula, tiada pilihan lagi selain daripada Datuk Salleh, jika beliau memutuskan untuk bertanding, demikian juga untuk Tempasuk- Datuk Musbah adalah pilihan.

Masalah sukuan di Kota Belud akan selesai apabila persempadan semula selepas PRU-13. Pada persempadanan itu, secara automatik ada DUN yang bermajoriti Iranun, bermajoriti samah dan DUN Campuran daripada tiga suku di Kota Belud.

9 July 2012

Musbah dan rakyat

Mendengar keluhan rakyat adalah salah satu hobi ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli. Atas sebab minat itulah, program turun padang merupakan aktiviti utama Pembantu Menteri Pertanian negeri itu.

Minat turun padang, anak kelahiran Kg Taun Gusi Kota Belud itu, bukan hanya bermula pada ketika mana beliau menjadi wakil rakyat, akan tetapi minat itu bermula sejak tahun 80-an lagi, semasa beliau berniaga yang berlokasi di kampungnya sendiri, Kampung Taun Gusi.

Kini, selepas menjadi wakil rakyat Tempasuk, mewakili UBN pada tahun 2008 untuk penggal kedua, kerancakan Musbah turun Padang semakin gencar/kerap dan terancang.

Kekerapan turun Padang itu, membolehkan Musbah mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada rakyat/akar umbi, untuk dijadikan masukan/input bagi menggumbal perancangan untuk membangun rakyat yang diwakilinya.

Disebabkan input yang digunapakai untuk merancang pembangunan adalah data primer/asal, maka perancangan yang dibuat sudah tentunya menepati keperluan rakyat.

Projek Jelapang Padi dan Agropolitan serta ternakan selain perancangan pelancongan, merupakan bentuk pembangunan yang diinginkan oleh rakyat Tempasuk khasnya dan Kota Belud amnya.

Kota Belud hanya mempunyai tanah yang landai, bukit bukau, laut dan sungai. Harta kurnian Tuhan selain daripada itu, misalnya kayu kayan atau galian tidak ditemuai di kawasan ini, kecualilah di kawasan ZEE di mana hasil minyak dan gas ditemukan.

Untuk membangun Kota Belud, pemanfataan tanah, laut dan sungai serta bukit bukau merupakan media yang digunakan oleh Musbah bagi membangun rakyat Kota Belud.Pemanfataan media tersebut, agar pada tahun 2020, pendapatan rakyat Kota Belud boleh seimbang dengan pendapatan rakyat negara ini sepertimana target pucuk pimpinan.

8 July 2012

Musa dan Salleh gesa jangan tiup sentimen perkauman

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya berwaspada dengan tindakan pihak tertentu yang cuba meniupkan dan membakar sentimen perkauman.

Beliau berkata perkara seumpama itu perlu dielakkan demi kebaikan rakyat pelbagai kaum.

“Cubaan meniupkan sentimen perkauman bukan sahaja menggugat keharmonian hidup rakyat tetapi juga memberikan impak negatif kepada imej negara, menjejaskan sektor pelancongan, ekonomi dan pelaburan yang akhirnya merugikan rakyat dan negara kita,” katanya.

Musa berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Jamuan Makan Malam Sambutan Hari Ibu Bapa dan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Esei Bahasa Cina peringkat negeri di  Kota Kinabalu  malam Jumaat.

Sementara itu Speaker DUN Sabah  Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud  mengingatkan ahli dan parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.

Berucap semasa merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan pemuda UMNO bahagian Kota Belud, Pemimpin pergerakan pemuda parti tidak seharusnya menyentuh isu melibatkan perasaan parti dan komponen BN yang lain.

“Setiap ahli diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang kenyataan yang boleh menyentuh perasaan kaum dan parti komponen BN yang lain,”
Sokongan rakyat kepada BN jelas pada setiap sambutan dengan kehadiran ribuan Masyarakat pada setiap program yang dianjurkan.

Persidangan UMNO peluang merapatkan Saf

PERSIDANGAN Umno bermula. Persidangan ini memberi peluang kepada semua jajaran pemimpin termasuk pemimpin akar umbi merapatkan saf.

Peluang ini juga digunakan untuk membangkitkan semangat juang bagi menghadapi PRU-13 yang semakin dekat.

PRU-13 adalah ibu kepada pilihanraya, sebab itu, ketersediaan para pemimpin disegenap lapisan amat diperlukan.

Melalui pilihanraya ini, akan teruji dan tercabar semangat kesetiaan dan berpasukan terhadap parti. Para pemimpin terus mengimbau, bahawa semangat berpasukan dan kesetiaan amat dituntut pada semua peringkat untuk membolehkan Umno dan UBN meneruskan agendanya melalui penubuhan kerajaan baik di pusat mahupun negeri-negeri termasuk beberapa negeri yang ditawan pembangkang pada PRU-12.

Melalui semangat kesetiaan dan berpasukan dari segenap lapisan ahli dan penyokong parti, maka usaha pembangkang yang diketuai Anwar yang hanya berjuang untuk Jawatan Perdana Menteri, hanya akan menjadi igauan mantan TPM itu.

7 July 2012

Benarkah krisis Umno Sabah hanya antara Lajim dan Musa?

Jika memandingkan tempoh antara Datuk Lajim Ukin dan Datuk Musa Aman memegang jawatan kerana politik, Lajim masih unggul.

Mantan ADUN Klias itu, telah menjadi anggota kabinet negeri sejak tahun 1985, antaranya jawatan Timbalan Ketua Menteri. Manakala Musa pula, hanya bermula pada tahun 1994. Musa bernasib baik, kerana dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003, melalui sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah, antara tiga suku terbesar-Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan kaum tionghua.

Pergeseran antara beberapa pemimpin Umno bermula, sebelum perlantikan Ketua Menteri Sabah yang ke-14.

Pada waktu itu, kasak kusuk, lobi melobi berlaku untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, termasuklah kem Lajim ukin.

Musa yang ketika itu, yang merupakan Menteri kewangan negeri, dalam kabinet Tan Sri Chong Kah Kiat, bersifat low profile, tidak terlibatpun dalam kasak kusuk atau lobi melobi untuk dilantik sebagai Ketua Menteri bagi menggantikan Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

Walaupun usaha beberapa pemimpin kanan umno termasuk beberapa ketua bahagian umno mencuba mempengaruhi Datuk Seri Dr Mahathir (kini Tun) masa itu, supaya melantik sesiapa sahaja, asalkan bukan Musa, akhirnya gagal, sebaliknya Dr Mahathir melantik Musa sebagai Ketua Menteri.

Sebenarnya usaha beberapa pemimpin Umno negeri yang mahu mengenepikan Musa dihadapan Dr Mahathir, telah menjadi faktor pemasaran kepada ADUN N.42 Sungai Sibuga itu. Kebenaran persepsi ini diakui sendiri oleh beberapa Ketua bahagian Umno sendiri, kepada penulis.

Dr Mahathir, sebenarnya mahu melantik seseorang untuk menjadi Ketua Menteri yang tidak mempunyai cita-cita untuk jawatan itu. Pertimbangan mantan Perdana Menteri itu, apabila seseorang yang tidak mempunyai cita-cita untuk sesuatu jawatan, maka seseorang itu adalah bebas kepada semua bentuk janji-janji politik. Apabila bebas, maka Ketua Menteri yang dilantik itu, dapat menumpuhkan masa dan amanah yang diberikan untuk membangun negeri dan rakyat tanpa pilih bulu.

Pertimbangan itulah (yang disebutkan diperenggan diatas) yang mendorong Dr Mahathir melantik Musa, kerana nama Musa, hampir tenggelam dalam permainan politik negeri Sabah ketika itu, walaupun beliau memeggang jawatan penting.

Dr Mahathir memilih Musa, namun pilihan itu menyebabkan beberapa pemimpin Umno negeri tidak berpuashati, walaupun tidak diluahkan secara langsung. Mereka bersifat manis didepan Musa, akan tetapi di belakang beliau, mereka berkata berlainan nada.

Sebagai pemimpin politik, Musa juga mempunyai penyokong, mempunyai telinga dan mata. Berasaskan kepada desakan para penyokong yang juga pemimpin yang dipersetujui oleh pimpinan pusat, maka pada tahun 2004 dan 2008, Musa mengetengahkan para pemimpin yang sanggup berkerja secara berpasukan dengannya bagi menghadapi pilihanraya dan seterusnya membangun negeri dan rakyat.

Berasaskan kepada keputusan politik itu, maka ada pemimpin veteran yang telah direhatkan, namun selepas pilhanraya, mereka yang direhatkan menjadi calon pilihanraya itu, diberi peranan dengan kapasiti lain yang lebih mencabar dan penting dalam politik negeri mahupun tanah air.

Musa membuat keputusan bukan untuk menghidupkan politiknya akan tetapi membuat keputusan demi untuk semua, agar supaya, mereka yang tadi direhatkan akan tersedar, bahawa semangat berpasukan adalah segala-galanya. Kejujuran, komitmen yang telus diperlukan untuk mengwujudkan satu pasukan yang mantap, yakni apabila didepan kata sokong dalam gelap ataupun dibelakang juga bernada sama.

Kini, keadaan politik di negeri di bawah bayu ini, hampir segalanya berjalan lancar, walaupun ada satu dua pemimpin yang tidak sedar-sedar berhubung corak politik yang ingin diwujudkan oleh Musa.

Musa pada setiap peluang senantiasa berkata "Pintu pejabat saya senantiasa terbuka" "saya senantiasa terbuka pada apa sahaja perbincangan" demi rakyat dan negeri. Namun sifat keterbukaan Musa ini, tidak dimanafaatkan oleh pemimpin tertentu ini, sehingga menwujudkan satu persepsi, bahawa krisis Umno Sabah wujud kerana sifat pemimpin itu.

5 July 2012

PRU13: Jika sabotaj tidak berlaku BN boleh menang besar

PADA setiap pilihanraya ada saja berlaku sabotaj. Sabotaj adalah tindakan ahli dan penyokong parti yang tidak puas hati terhadap pencalonan individu tertentu.

Sabotaj bukan sahaja berlaku secara dalaman sesebuah parti, juga berlaku antara parti komponen.

Sabotaj yang paling teruk berlaku adalah pada PRU-12, dimana ramai calon-calon BN di Semenanjung tewas, manakala di Sabah, walaupun sabotaj berlaku, namun tidak mengakibatkan kekalahan calon-calon BN.

Kebimbangan mengenai tindakan sabotaj ini, dikatakan sungguh membimbangkan DS Najib, kerana ianya ada hubungan dengan rancangan penggantian jawatan menteri-menteri besar di beberapa negeri di Semenanjung.

Di Johor misalnya, telah ada kapastian bahawa Datuk Ghani Othman akan dipencenkan, kemudian menyusul Pahang-Negeri asal Najib.

Sementara Di Selangor dan Kedah belum ada kepastian siapa yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar, jika negeri itu berjaya kembali kepanguan BN, walaupun ada ura-ura Mukhriz Tun Mahathir dan Noh Omar akan dilantik di Kedah dan Selangor.

Kegagalan menamakan bakal Menteri Besar ada baik dan buruknya. Pada tahun 2008, di Pulau Pinang, rakyat menolak BN, kerana kegagalan menamakan pengganti Ketua Menteri, akan tetapi berlaku sebaliknya apabila menamakan Awang Adek di Kelantan, membawah padah, kerana bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu tiada "sokongan" di negeri Siti Wan Kembang itu.

Tindakan sabotaj menghantui kepimpinan BN sekarang; apatah lagi, dikaitkan dengan penangguhan pemilihan Umno.

Kenyataan Najib, bahawa calon-calon yang akan dipilih nanti adalah mereka yang winnable candidate, faktor ini akan merancakan lagi tindakan sabotaj, kerana jika berlaku pemilihan calon-calon bukan daripada kalangan ahli parti yang mempunyai jawatan, maka secara senyap atau terang-terangan akan berlaku sabotaj, untuk menunjukan bahawa calon yang dikatakan winnable candidate itu, sebenarnya bukan winnable.

Jikalah seandainya, tindakan sabotaj tidak berlaku, sudah pasti BN dengan mudahnya akan menang dengan jumlah majoriti 2/3.

Melihat tindakan-tindakan Najib khasnya dan kerajaan amnnya pada masa kini, walaupun berlaku sabotaj, tidaklah sampai menengelamkan BN; BN masih boleh menang, namun hanya jumlah kerusi yang belum pasti jumlahnya, apakah masih sama dengan keputusan PRU-12? ataukah lebih sedikit daripada itu.

Pada PRU-12, BN di Semenanjung hanya menang 85 kerusi daripada 166 yang dipertandingkan, manakala di Sabah dan Sarawak menang 55 kerusi daripada 57  yang dipertandingkan.

Pada PRU-13 akan datang, diperkirakan BN akan kehilangan kerusi beberapa kerusi di Sarawak, jika berpaksi kepada keputusan PRN Sarawak pada April,2011. Daripada 31 Kerusi Parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu, setidaknya 4 kerusi akan jatuh ditangan pembangkang, manakala di Sabah, mungkin keputusan akan sama sepertimana keputusan PRU 11 dan 12, yakni pembankang mampu menang satu kerusi Parlimen.

Semoga, pucuk pimpanan berjaya mengatasi unsur sabotaj, demi kemangan yang bergaya bagi BN. Fikir-fikirkan lah.

4 July 2012

Mengapa Pemuda Umno Kota Belud dipersoal?

Ada yang mempersoal pemuda Umno Kota Belud. Menurut mereka yang mempersoal itu, pemuda Umno tiada uummhh, kurang gahirah.Mungkin juga ada kebenarannya, memandangkan beberapa tahun terakhir ini, jarang-jarang kedengaran kelibat mereka.

Diisukan Ketua Pemudanya, tiada kemampuan "command", kurang idea memajukan pemuda, kerana ideanya menurut perkahbaran hanya "untuk" diri sendiri. Benar kah? Penulis kenal dengan Ketua Pemuda itu, walaupun tidak rapat.

Sebenarnya penulis tidak gemar menulis, soal-soal kelemahan; kerana ianya tidak berfaedah kepada pembaca. Penulis gemar mengetengahkan tulisan-tulisan yang bersifat positif dan pro-aktif, namun berhubung kait dengan pemuda, penulis mempunyai sebab, mengapa menyentuhnya.

Daftar undi menurut SPR, 30 peratus adalah terdiri daripada pemuda yang berumur antara 21-39 tahun. Ramai yang meramalkan, bahawa PRU-13 akan dicorakan oleh golongan ini. Jika demikianlah, apakah sudah terlambat bagi pemuda Umno kota Belud melakukan penetrasi?, memandangkan PRU-13 diambang pintu.

Betullah, kata para pemimpin senior, jika mereka tidak berperanaan, kemungkinan besar, undi pemuda sukar dirai.

Tiada guna menyalahkan mengapa ibu mengandung, sebab pemuda sendiri yang memutuskan mempunyai ketua yang demikian. Pemuda jugalah yang memilih AJKnya sekali. Namun, penulis tidak setuju dengan kiasan ini, kerana sebagai Ketua, perlu ada sifat-sifat sebagai ketua yang boleh command, punya idea yang tidak dimilki oleh pemuda di bawah naungannya.

Apa kah pemilihan Ketua Pemuda itu ada keterkaitan dengan "permainan" pemimpin senior? agar pemuda tidak gahirah untuk menuntut sebagai pemimpin pelapis? jika demikian, maka adalah satu kesilapan, kerana generasi muda masa kini terutama mereka yang diluar sistem sangat kritikal dan peka.

Apa yang penulis nampak, generasi muda yang menyokong kerajaan bukan kerana hasil tindakan pemuda, akan tetapi terhasil daripada tindakan para pemimpin senior yang bergerak aktif seolah-olah mereka juga pemuda.

Atas sebab itu, kini di Kota Belud, tidak ternampak pemimpin pelapis. Kepimpinan Kota Belud seolah-olah terpusat kepada pemimpin kawakan, seperti Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, DSP Salleh Tun Said, Datuk Musbah Haji Jamli dan Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Ada sebabnya, mengapa para pemimpin ini masih memegang peranan. Semua mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan kekurangnya. Namun, baik kelebihan dan kekurangan itu, mereka saling mengisi antara satu sama lain, sehingga terlihat kekompakan mereka. Atas sebab itulah, siapa-siapa sahaja yang mendapat sokongan daripada mereka-mereka ini, mempunyai kelebihan apabila bertanding, apakah dalam parti mahupun dalam pilihanraya.

Daripada segi umur, semua pemimpin kawakan itu masih dalam lingkungan 50-an dan yang termuda adalah Datuk Abdul Rahman, MP Kota Belud.

Rahman terpilih bertanding pada PRU-12 atas kapasitinya sebagai Setiausaha Pemuda Umno pusat dan mantan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Dalam politik, pucuk pimpinanlah yang memilih siapa-siapa yang perlu diketengahkan untuk membawa panji-panji perjuangan antaranya perjuangan membela rakyat dan juga perjuangan membela kerajaan berhadapan dengan pembangkang.

Pembangkang kini, bukan lagi sebarang pembangkang, mereka terdiri daripada indivivdu bermaklumat, petah beradu cakap, juga petah berpidato. Sebenarnya, kebolehan inilah yang ditutut daripada pemuda. Pemuda perlu bersifat agressif dengan dilengkapi maklumat yang terkini, berkempuan berdebat, mempunyai net working yang baik samaada diluaran mahu dalam penggunaan media alternatif, seperti facebook, twitter dan blog.

Penulis telah lama menulis blog, bertwitter, berfacebook, tidak keterlaluan, apabila mengatakan, jarang sekali penulis terbaca hujah-hujah daripada pemuda Kota Belud menyangkal atau memberikan fakta terkini berhubung sesuatu isu yang menekan parti mahupun kerajaan.

Apa  kah mereka tidak mempunyai kapasiti itu? atau mereka tidak minat? kerana urusan pemuda untuk kita-kita sahaja? Sedangkan, jumlah pemuda diluaran berlipat ganda banyaknya berbanding pemuda yang menjadi ahli parti.

Pemuda sebenarnya mempunyai kekuatan luarbiasa, jika digembeling, kerana pemuda adalah pewaris, pengganti dan pelapis. Sebab itu, Presiden Pertama Indonesia-Soekarno pernah berkata "Berikan saya 100 pemuda, pasti saya boleh meruntuhkan gunung Mahameru". Fikir-fikirkan lah.

Cynthia Gabriel tipu lagi

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan laporan kononnya suruhanjaya tersebut membuat pemeriksaan ke atas premis kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) petang semalam.

SSM sebaliknya melalui satu kenyataan media menjelaskan bahawa pihaknya membuat pemeriksaan terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) di premis yang terletak di Gasing Indah, Petaling Jaya, Selangor tersebut.

“SSM menjalankan pemeriksaan rutin ke atas Suara Inisiatif yang dikaitkan dengan Suaram di premis perniagaan tersebut. Pemeriksaan yang dijalankan SSM untuk memastikan syarikat mematuhi peruntukkan Akta Syarikat 1965 seperti yang biasa dijalankan terhadap syarikat lain,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pegawai SSM dibenarkan oleh undang-undang untuk memasuki mana-mana premis bagi tujuan tersebut mengikuti Seksyen 7B Akta Syarikat 1965 tanpa memerlukan waran untuk menjalankan pemeriksaan rutin tersebut.

Justeru, kata kenyataan itu, laporan sebuah portal berita bahawa sekumpulan pegawai SSM terpaksa berpatah balik semasa hendak melakukan pemeriksaan ke atas premis tersebut kerana waran tidak sah petang semalam sebagai tidak tepat.


Sehubungan itu, SSM menggesa semua pihak memberi kerjasama kepada pegawai SSM dalam menjalankan tugas mereka.

Sebuah portal berita semalam melaporkan sekumpulan pegawai SSM yang datang untuk melakukan ‘pemeriksaan rutin “di premis kumpulan hak asasi manusia, Suaram, pada kira-kira jam 3 petang terpaksa berpatah balik kerana waran mereka tidak sah.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dipetik berkata, waran mesti ditandatangani oleh pendaftar tetapi waran berkenaan tidak ditandatangani dan kumpulan pegawai SSM tersebut hanya disertai seorang timbalan.

Menurut Gabriel, pegawai dari SSM itu mahu menemubual kakitangan Suaram serta melihat dokumen dan akaunnya.

Sebuah akhbar pada 1 Julai lalu melaporkan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta Suaram menjelaskan kedudukan sebenar pertubuhan itu kerana semakan di SSM mendapati ia merupakan syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.

Presidennya, Azwanddin Hamzah dilapor berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

3 July 2012

Tempasuk yang semakin gah

TIDAK syak lagi, selepas berbagai PROGRAM pembangunan berjalan di tempasuk, kawasan ini semakin gah.

Kalau anda sempat berjalan-jalan di kawasan ini, terlalu sukar mencari jalan kampung yang belum bertar.

Pembangunan infrastruktur seperti jalan-jalan kampung, adalah sesuai dengan program pembangunan bagi kawasan ini.

Satu rahmat kepada penduduk Tempasuk khasnya dan amnya Kota Belud, apabila program pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh kerajaan.

Jika dahulu, kerajaan hanya mencurahkan bantun kecil-kecilan seperti pembaikan lorong-lorong kaki, namun kini, bukan lagi demikian.

Projek mega seperti Jelapang Padi yang menelan kos 1bilion ringgit dan projek agropolitan yang menelan kos jutaan ringgit merupakan jawapan kepada kepada masalah kemiskinan.

Pemimpin yang memperjuangkan semua ini adalah ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli. Pemimpin ini, tidak jemu-jemu memperjuangkan agar taraf penduduk Kota Belud amnya dan Tempasuk khasnya supaya meningkat, kerana perkembangkan perekonomian sesuatu kawasan hanya akan berkembang, jika pendapatan rakyatnya meningkat.

Musbah, wakil rakyat Tempasuk dua penggal, belum berpuas hati dengan kadar pembangunan kawasan yang diwakilinya, beliau mahu kadar pembangunan lebih pesat lagi.

Adalah impiannya, jika Kota Belud, menjadi tarikan pelancong, pusat minyak dan gas serta penyumbang  beras dan hasil pertanian negara.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels