8 April 2013

PRU-13: Apa Yang Orang Iranun dapat lakukan?

AWAL-AWAL lagi Perdana Menteri menekankan, bahawa kriteria calon-calon BN adalah "winnable candidate" ertinya calon-calon itu selain diterima rakyat juga merupakan pemimpin akar umbi pada satu-satu kawasan.

Winnable candidate adalah seseorang pemimpin yang berjasa kepada rakyat secara amnya dan khususnya akar umbi, selain dekat dengan rakyat.

To the point sahaja.. untuk sementara adakah kalangan kaum iranun memenuhi kriteria itu? Setahu penulis individu yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik adalah Tan Sri Pandikar, pun demikian, pada PRU-13 ini, Speaker Dewan Rakyat itu telah membayangkan tidak akan menyertainya.

Memang ramai kalangan kaum iranun yang suka dan berminat dalam politik, namun kaki mereka tidak sepenuhnya dalam politik, kaki mereka sebahagian terikat dengan majikan. Mereka rata-ratanya bukan ahli politik tetapi berminat bermain politik.

Bagaimana kah rakyat dapat menilai mereka? sedangkan kalau adapun sumbangan kepada rakyat, bukannya berpunca daripada kerjaya politik, tetapi iksan daripada majikan, atas sebab mereka menggunakan kedudukan jawatan mereka untuk berpolitik.

Penulis bukannya merendahkan keupayaan suku iranun, kerana penulis juga daripada suku itu, tetapi penulis kena mengukur baju di badan sendiri.

Penulis yakin, dalam sanubari suku iranun, berkecamuk apa yang penulis tulis, kerana mereka juga tidak dapat lari daripada kenyataan ini.

Senario di atas adalah jika dalam barisan nasional, akan tetapi jika bercakap di pihak pakatan, maka terdapat beberapa orang yang benar-benar berkecimpung dalam politik sepenuh masa. Dalam pakatan tidak timbul rayuan agar suku iranun perlu dicalonkan, kerana memangpun salah satu pemimpin iranun itu adalah pilihan utama untuk bertanding. Ambil contoh Setiausaha PAS Sabah- Saudara Laiman Haji Ikin, sudah pasti beliau akan menjadi pilihan partinya bertanding; demikian juga Saudara Safian Saluddin Timbalan bendahari PKR Sabah, merupakan pilihan partinya untuk bertanding.

Di pihak BN, setakat ini hanya ada Datuk Almudin Kaida yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik, namun disebabkan beliau mewakili  parti komponen yang dianggap daripada KDM, maka sukar baginya dipilih bagi kawasan yang bukan bermajoriti kaum KDM.

Berasaskan kepada ulasan di atas, apapun desakan kaum iranun, untuk sementara belum dapat dilayan, kerana belum ditemuinya individu iranun yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik, dan juga  mempunyai sumbangan dan jasa kepada rakyat. 

Pemilihan calon daripada suku iranun, tidak boleh menggunapakai  slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan sepertimana ungkapan WARIS yang baru ditubuhkan.Fikir-fikirkan lah

7 April 2013

PRU-13: Kerusi Beaufort Paling Panas Di Sabah

ADA yang kata, samada calon BN atau Pakatan, kedudukan masing-masing adalah "sailang", ertinya ke dua belah pihak akan bermati-matian merampas kerusi itu.

Walaupun rekod BN sungguh hebat pada PRU-12 lalu, apabila calon BN menang dengan majoriti 14,870 undi berbanding lawan, namun pada kali ini individu yang dicalonkan itu, bertanding bukan atas tikit BN lagi, melainkan tikit pembangkang.

Parlimen Beaufort sebenarnya wilayah BN, kerana sejak tahun 1994, kawasan tersebut terus dimenangi BN. Tiga pemimpin BN yang pernah memenagi Beaufort, Datuk Anifah Aman, Datuk Azizah Dun Banir dan Datuk Lajim Ukin. Lajim merupakan calon BN pada PRU-2008.

Di atas kertas BN mempunyai peluang yang baik, namun rekod Lajim yang belum terkalahkan di kawasan itu sejak tahun 1985, merupakan rekod yang mengerunkan.

Datuk Azizah yang akan berdepan dengan Lajim mungkin dapat bersaing, namun rekod antara dua mereka, nampaknya Lajim lebih menyerlah. Azizah pernah melawan Lajim merebut Ketua Bahagian Beaufort, namun Lajim keluar sebagai pemenang.

Sementara itu rekod Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort Isnin Aliansah juga mempunyai rekod tersendiri melawan Lajim. Pertembungan mereka adalah melalui Persatuan Bisaya, namun untuk rekod Lajim mengalahkan Isnin dengan teruk sekali.

Beaufort adalah wilayah kaum Bisaya, di mana Lajim adalah Janang Gayuhnya (pemimpin agung bisaya); atas sebab itu, pada PRU-13 ini, ada yang mengatakan bahawa kaum bisaya tidak sanggup mengorbankan pemimpin agung mereka. Faktor ini yang kelihatan, mengapa kawasan Parlimen Beaufort merupakan kawasan terpanas di Sabah.

Walau bagaimanapun Azizah dan Isnin akan dibantu oleh komitmen barisan nasional terhadap penduduk Beaufort. Kerajaan BN pada Februari lalu melalui pengumunan Perdana Menteri akan membina Loji Bekalan Air Luar Bandar yang berharga RM226 juta, selain Projek Kolej Islam Beufort dan sekolah kaum cina bagi memenuhi keperluan rakyat kawasan itu.

Komitmen pemimpin utama Sabah Datuk Seri Musa Aman yang merupakan anak kelahiran Beaufort juga membantu calon-calon BN. Dengan keadaan ini, pengundi Beaufort, perlu menilai apakah kemajuan untuk segenap rakyat atau memilih seseorang kerana hanya asas gelaran?

Nampaknya, pilihanraya kawasan Beaufort akan menjadi kawasan terpanas sepanjang PRU-13 ini. 

Manifesto BN: Bukan Memperdaya Pengundi- Tapi Sebagai AKUJANJI


Mulai pukul 9 malam tadi, berjuta-juta pengundi di Malaysia mula berpeluang untuk membaca manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan manifesto BN itu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan politik yang disemarakkan dengan lagu patriotik Inilah Barisan Kita dan lagu Anak Kampung yang telah diubah suai untuk menggambarkan semangat manifesto tersebut.

Membuka halaman manifesto itu memberikan kita gambaran mengagumkan tentang Najib dan BN: Najib menyedari betapa beratnya tugas untuk memimpin negara dan gabungan BN yang diterajuinya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Membaca manifesto itu membolehkan kita menginsafi betapa banyaknya kejayaan yang telah kita ukir selama di bawah pemerintahan BN: Ia memperlihatkan begitu kompleksnya perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat, dengan pendekatan keterangkuman menyatukan semua rakyat daripada pelbagai kaum, agama, budaya, negeri dan wilayah.

Meneliti manifesto itu mendedahkan kita kepada suatu persepsi yang begitu penting kepada kemanusiaan dan politik: Najib dan BN mempunyai rekod menepati janji yang tidak dapat disangkal, amat komprehensif, bersifat nasional dan mendahului zaman dari segi cara pemikirannya, adil dalam pelaksanaan dasar-dasar serta realistik dalam berjanji.

Najib selaku Pengerusi BN tidak menjanjikan sesuatu yang tidak dapat ditepati. Tidak seperti mainan kata pemimpin parti pembangkang, Perdana Menteri dan BN tidak berjanji untuk memperdayakan pengundi.

Berbeza dengan para pemimpin pembangkang yang berpolitik untuk merobohkan apa yang telah dibina, kuasa yang ada, kepada Najib dan BN, adalah kesinambungan. Beliau tidak menjanjikan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Kandungan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan setebal 32 muka surat itu adalah refleksi pegangan politik Najib dan corak perjuangan BN di bawah kepimpinannya. Melalui manifesto itu, kita dapat merasakan bahawa Najib ialah seorang yang dapat diyakini dan kepadanya dapat kita letakkan harapan untuk menentukan untung nasib anak cucu di tanah air yang tercinta ini.

Manifesto itu dimulakan dengan warkah Najib sebagai Perdana Menteri kepada para pengundi yang mencerminkan keperibadian dan latar belakang politiknya sebagai anak sulung Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein.

Dengan Dewan Rakyat telah pun dibubarkan pada 3 April lalu dan PRU-13 bakal diadakan beberapa minggu lagi, Najib memulakan warkah dalam manifesto itu dengan ayat “rakyat Malaysia yang dikasihi”.

“Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.

“Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, ‘Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya’.

“Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat,” kata Najib.

Sebenarnya, tiada perkataan manifesto tertera pada dokumen manifesto yang dilancarkan oleh Najib malam tadi, tetapi beliau menegaskan dalam warkahnya bahawa para pengasas negara ini menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan.

Rekod kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas, tegas Najib, dan inilah rekod transformasi yang beliau mahu dikupas, direnungi dan dihayati oleh 13.29 juta pengundi pada PRU-13 nanti.

“Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh.

“Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa,” kata beliau.

Dokumen manifesto Menepati Janji Membawa Harapan mengandungi tujuh bahagian.

Pertama, warkah Najib kepada pengundi; kedua, prinsip-prinsip politik BN dan kenapa pengundi perlu pilih BN; ketiga, huraian dasar umum BN untuk 17 sub topik daripada menangani kos sara hidup, menguruskan ekonomi, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga kepada pengurusan sumber alam; keempat, apa yang telah dilakukan BN setakat ini; dan kelima, janji BN kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dokumen itu juga mengandungi dua lagi bahagian tambahan iaitu renungan petikan kata-kata Najib yang menggariskan pendekatan, gaya kepimpinan, penekanan dan keprihatinannya serta penggunaan gambar-gambar dan visual yang relevan dengan setiap sub topik manifesto tersebut.

Daripada halaman pertama manifesto itu, pendekatan BN yang mengotakan janji dan memupuk politik konsensus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak jelas mendominasi tema kempen pilihan raya BN pada PRU-13. Politik perpaduan dan integriti pemimpin inilah yang menyalakan semangat jentera pilihan raya BN yang digerakkan oleh parti-parti yang mewakili rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama.

Ungkapan kata-kata Najib mengenai muhibah, persefahaman, kemajuan, kemakmuran untuk semua rakyat, perpaduan kaum dan kestabilan nasional menjadikan dokumen Menepati Janji Membawa Harapan itu suatu manifestasi iltizam politik Perdana Menteri.

Najib mengharapkan manifesto yang ditampilkan oleh BN malam tadi akan menjadi topik perbincangan rakyat sebelum mereka keluar mengundi pada PRU-13. Katanya, rakyat perlu menilai BN berdasarkan merit dan apa yang BN telah sumbangkan kepada negara selama ini.

Najib menawarkan kepada rakyat gabungan BN yang begitu berpengalaman, telah teruji, satu gerakan kesederhanaan yang berkongsi kuasa secara harmoni bersama semua kaum serta memiliki rekod pencapaian yang hebat dalam memenuhi kehendak rakyat.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, misalnya, manifesto itu menggariskan komitmen kerajaan BN untuk menarik pelaburan sebanyak RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dalam pada itu, golongan minoriti dan terpinggir tidak dilupakan.

Manifesto itu juga mengandungi 24 petikan kata-kata Najib, termasuk satu ungkapan yang mencerminkan falsafah kepimpinannya. Ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada bulan Oktober lalu, Najib menegaskan prinsip keadilan sosial pentadbiran kerajaan BN dengan rangkap kata-kata berbunga yang puitis dan membawa maksud yang amat mendalam.

Beliau mengimpikan untuk melihat Malaysia digemblengkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menjadi sebuah negara yang istimewa: “Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap.”

Najib, dengan pengalamannya mentadbir negara begitu lama dan liku-liku politik yang dilaluinya, telah berpuluh tahun melakukan tanggungjawab yang tersimpul dalam rangkap kata-kata itu sejak beliau menceburi bidang politik pada tahun 1976 selepas kematian Allahyarham Tun Razak.

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam politik, beliau ditakdirkan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 selepas setahun PRU-12 berakhir. Tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri amat mencabar kerana PRU-12 pada Mac 2008 menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan gabungan parti itu gagal menguasai lima buah negeri.

Apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat pada 3 April lalu, beliau sedar betapa rapuhnya politik negara selepas Mac 2008 dan dengan rendah diri beliau mengakui bahawa mandat rakyat di peti undi yang akan menentukan kedudukan BN pada PRU-13.

Inilah kali pertama Najib, 60, mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum dengan agenda besar mengembalikan imbangan dalam politik Malaysia dan mencorakkan semula landskap politik negara yang sejak 2008 diwarnai perbalahan, konflik dan pertarungan.

Dalam manifesto BN, Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Pekan itu memohon mandat daripada rakyat supaya diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat bagi menjayakan Agenda Transformasi Negara.

Melalui rekod pencapaian dan komitmen BN yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan malam tadi, beliau amat mengharapkan rakyat untuk turut memberi sokongan besar kepada kesemua 222 calon BN di peringkat Parlimen dan 505 di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.

Kenapa mandat besar diperlukan?

Najib menulis dalam manifesto BN: “Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.

“Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!”

Dengan aspirasi rakyat yang tergaris jelas dalam manifesto BN itu, cita-cita Najib untuk melihat penubuhan kerajaan yang lebih kukuh diharapkan akan terjelma pada PRU-13 bagi membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu. — Baharom Mahusin Mingguan Malaysia

PRU-13: Intipati Manifesto Barisan Nasional

Najib semasa melancarkan Manifesto BN bagi PRU-13
Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar:

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap 'kategori tiga teratas' dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

* Mengembangkan persekolahan satu sesi.

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.

* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri .

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

* 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.

16. Gerakan Kesederhanaan Global:

* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.

* Memperbanyakkan program 'outreach' kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal. 

6 April 2013

PRU-13 Sabah: Sebahagian Penyandang digugurkan/Berundur

CALON-CALON BN Sabah pada PRU-13 bakal mengemukakan calon-calon baru yang terdiri samada orang muda atau muka baru.

Suara Rakyat mendapat maklumat bahawa antara kawasan yang mendapat calon muka baru adalah Parlimen Penampang, Dun Kiulu. Dun Matunggong, Dun Inanam, Dun Bingkor, Parlimen Pensiangan, Dun Sook, Dun Sugut. Demikian bagi Parlimen Tawau, Dun Karamunting, Dun Likas dan Dun Luyang serta Parlimen Sepanggar kerana kawasan-kawasan ini diwakili parti SAPP yang keluar daripada BN pada 17 September 2008.

Kejutan yang mungkin berlaku, pada calon-calon Bn Sabah apabila salah seorang Presiden Parti Komponen, daripada KDM tidak bertanding pada PRU-13 ini dan diganti oleh seorang pemimpin veteran.

Difahamkan juga Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup tidak mempertahan Parlimen Pensiangan dan akan bertanding di kawasan DUN pada kali ini.

Parti komponen Bn Sabah yang diberi mandat untuk merampas kerusi-kerusi yang dikuasai SAPP adalah Umno bagi Parlimen Sepanggar, dan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Datuk Jumat Idris bakal dicalonkan. Bagi Dun Likas akan ditandingi calon PBS, manakala Dun Luyang oleh Parti LDP. Sementara Parlimen Tawau, samada oleh parti Gerakan atau PBS.

Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen dan 60 kawasan Dun. Sebelum Parlimen dibubarkan Bn Sabah menguasai 20 kerusi Parlimen, SAPP 2, DAP 1, APS 1 dan PPS 1. Sementara di peringkat DUN, BN Sabah menguasai 57 kerusi, SAPP 2 dan DAP 1.

Parti Umno Sabah, tidak banyak melakukan perubahan calon-calon, kecuali bagi kawasan Dun Sugut yang diwakili oleh Datuk Surady Kayong. Tempat Surady akan diambil oleh Ketua Bahagian Umno Beluran, Datuk James Ratib.

Parti PBS adalah komponen BN Sabah yang ramai mengemukan calon-calon baru. Dun Matunggong akan ditandingi semula Oleh Jornah Majaham-mantan wakil rakyat kawasan itu.  Sementara Datuk Lovis Rampas bagi Dun Kiulu akan digantikan oleh muka baru, demikian juga Dun Inanam bakal menerima calon baru, apabila penyandang Datuk Johnny Goh digugurkan.

Parti Upko juga tidak ketinggalan mengemuka calon-calon baru. Berasaskan maklumat, ADUN Bingkor Justin Gungka akan digugurkan, kerana kawasan itu akan ditandingi oleh Joseph Kurup sebagai pertukaran bagi kerusi Parlimen Pensiangan.

Parlimen Penampang pula bakal menerima calon baru- Datuk Clearance Bongkos Malukun, Pengerusi IDS Sabah. Dengan bertandingnya Clearance Bongkos Malukun di Penampang, setakat ini tidak diketahui dengan pasti, status Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok.

Selain kejutan-kejutan tersebut, kejutan kecil yang bakal berlaku, apabila Presiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan hanya bertanding untuk Parlimen Keningau dan Dun Tambunan bakal ditandingi muka baru.

Bagi Parlimen Beaufort akan ditandingi oleh Datuk Azizah Dun Banir, sementara Dun Klias bakal ditandingi Timbalan Ketua bahagian Umno Beaufort Isnin Aliansah.

Sementara itu, bagi Dun Tanjung Batu Tawau, yang disandang Datuk Hamisah Samat  bakal menerima calon muka baru, walaupun keputusannya belum muktamad.

Pengalaman Datuk Musbah selepas bukan bergelar Yang Berhormat

SEMALAM mantan ADUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli pertama kali hadir dalam satu program Anjuran KEMAS di Kg Gunding Kota Belud sebagai rakyat biasa. Meskipun hadir sebagai rakyat biasa, penganjur tetap memberikan penghormatan kepada beliau merasmikan program itu.
 
Selepas lima tahun berkhidmat dengan rakyat sebagai ADUN dan Pembantu Menteri, untuk pertama kalinya pada hari semalam, beliau tidak banyak menerima panggilan daripada rakyat sesuai dengan tugasnya sebagai wakil rakyat.
 
Meskipun merasa lega, namun kerinduan mendengar aduan rakyat mengenai masalah-masalah, mahupun jemputan masjlis-majlis yang banyak mengisi masa selama 5 tahun merupakan satu pengalaman yang sungguh menyoronokan.
 
Acara turun padang sesuai dengan visi kerajaan BN Janji Ditepati merupakan satu pengalaman yang sungguh berharga dan bermakna.
 
Datuk Musbah bersyukur, kerana selama 5 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat Tempasuk, banyak pembangunan dan kemudahan untuk rakyat dapat dilaksanakan oleh kerajaan.
 
Selain program-program ekonomi, seperti Jelapang Padi, Agropolitan, Mesej dan kampung Sejahtera, juga pembangunan prasarana seperti jalan-jalan kampung serta jalan-jalan ke persawahan sempat dibina untuk kemudahan rakyat.
 
Pembinaan Bekalan Air Luar Bandar diantaranya membina loji di Pandasan, merupakan salah satu usaha kerajaan membekalkan air terawat kepada penduduk kampung. Walaupun bekalan air luar bandar akan siap sepenuhnya pada bulan Mei, yakni bulan depan, namun projek itu, merupakan projek yang lama ditunggu oleh rakyat Tempasuk.
 
Terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat, sehingga jika diperinci, tidak sesuai dimuatkan dalam tulisan blog.
 
Setidaknya, rakyat Tempasuk, akan mengingati bagaimana kerajaan benar-benar memberi perhatian kepada rakyat, terutama program pembasmian kemiskinan.
 
Sebagai mantan wakil rakyat Tempasuk, Datuk Musbah sangat berterima kasih kepada kerajaan terutama kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman, kerana sokongannya sehingga keperluan rakyat Tempasuk terpenuhi.

5 April 2013

PRU-13: BN boleh menang besar- jika trend Lampu berlaku

KALAU berasaskan undi popular, tahun 1995 merupakan pencapainan terbaik Bn apabila mampu mendapat 65.1 peratus undi popular dengan 84.38 peratus jumlah kerusi parlimen, apabila menang 162 kerusi aripada 192 yang dipertandingkan berbanding pembangkang 30.

BN menerima undi popular terburuk tahun 2008 apabila hanya mendapat undi popular 50.3 peratus dengan jumlah 63.06 peratus jumlah kerusi parlimen, apabila hanya menang 140 kerusi daripada 222, berbanding pembangkang 82.

Jika data historical boleh menjadi panduan, maka pada PRU-13 ini Bn akan menang besar, berasaskan data grafik di atas. Kalau melihat data keputusan PRU di negara ini sejak tahun 1982, PRU-13 sepatutnya berpihak kepada BN.

Trend pilihan pengundi di negara ini, jika berasaskan kepada data di atas, maka apabila satu pilihanraya, pengundi tidak berpihak kepada BN, namun pilihanraya berikutnya akan condong kepada Bn. Pada tahun 2008, pengundi tidak condong kepada BN, kerana trend di atas, maka pada PRU-13 ini seharusnya sokongan kembali kepada Bn.

Sebagai Jururunding kewangan, Penulis mengikuti perkembangan pasaran Saham. Jika pasaran bergerak positif, maka pergerakan itu biasanya seiring dengan sokongan rakyat terhadap BN.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada Rabu, kedudukan kerusi parlimen, 135 BN, 75 PR, 10 Bebas dan 2 SAPP.

BN berdepan dengan PRU-13 tanpa ada bergolakan dalaman, seperti mana tahun 1990, 1999 dan 2008. Pada kali ini, Bn bergerak secara total sebagai satu pasukan, di mana untuk pertamakalinya semua pemimpin Bn bergerak bersama, baik di Pusat mahupun negeri.

Tiada sebab BN tidak mampu menang dengan kuasa 2/3 dewan rakyat.

PKR Sabah Bergolak: Calon PKR: Kumpulan Ansari Ketepi Pilihan Anwar

PADA 25 Mac bertempat di Hyatt Kota Kinabalu, Anwar bertindak seperti supermo, dengan menamakan bakal-bakal calon PKR semasa PRU-13. 

Nama-nama yang sudah sinonim dengan PKR Sabah seperti Ansari Abdullah, Dr Chong Eng Leong, Mazhry Nasir, Anthony Mandiau, Musalim Tanjul, Saidil Semoi dan Jonathan Yassin, langsung tidak tersenarai sebagai bakal-bakal calon PKR.

Alasan yang diberikan Anwar pada mereka yang tidak dicalonkan itu, bahawa mereka bukanlah calon yang boleh menang.

Kesetian kepada parti perkara lain kata Anwar, kemenangan dalam pilihanan raya perkara lain. Oleh itu, bagi mereka yang pernah bertanding beberapa kali, namun masih gagal menang, maka jangan memaksa diri lagi untuk bertanding. Demikian serba sedikit alsaan yang Anwar berikan kepada ketua-ketua Cabang PKR yang tidak dicalonkan itu.

Namun keputusan Anwar itu, mendapat reaksi negatif daripada ketua-ketua cabang itu. Mereka mendakwa, sepatutnya calon-calon Sabah perlu ditentukan sendiri oleh pemimpin Sabah, bukannya oleh pemimpin daripada semenanjung. Kerana menurut mereka, pemimpin PKR Sabah dan Semenanjung adalah rakan, bukan hubungan antara ketua dan pengikut. Kerana PKR sudah berjanji bahawa Sabah diberikan kuasa autonomi. Namun, sejak akhir-akhir ini, seolah-olah kuasa autonomi itu sudah dilupakan, dan Anwar menunjukkan bahawa dia adalah supermo PKR.

Disebabkan nama-nama pemimpin PKR Sabah itu diketepikan oleh Anwar, maka mereka membuat deklarasi  awal bahawa mereka akan terus bertanding bagai kawasan masing-masing. Ansari Parlimen Tuaran, Dr Chong Eng Leong Parlimen Sepanggar, Mazhry Nasir Parlimen Putatan, Anthony Mandiau Parlimen Kota Marudu, Musalim Tanjul Parlimen Kudat, Saidil Semoi Parlimen Kota Belud fan Jonathan Yassin Parlimen Ranau.

3 April 2013

BN Sabah Bersedia menghadapi PRU-13

Datuk Musa Aman semasa mengumumkan Pembubaran DUN Sabah Petang Tadi Di Sri Gaya Kota Kinabalu
Selepas hampir 5 tahun memerintah berikutan kemenangan hebat pada PRU-12, maka sekali lagi Bn Sabah bersedia menghadapi rakyat untuk PRU-13.

Bagi Sabah, PRU-13 bukan lah merupakan ibu kepada semua pilihanraya, kerana Sabah menerima jolokan sebagai negeri simpanan tetap Bn.

Pada PRU tahun 2008, Bn Sabah menang 24 kerusi Parlimen daripada 25 yang dipertandingkan, manakala Dun, menang 59 kerusi daripada 60 yang tersedia.

Sebelum pembubaran Parlimen dan Dun hari ini, Bn Sabah mempunyai 20 kerusi Parlimen, kerana kehilangan 4 kerusi  dua  daripada SAPP, satu Umno dan satu Upko. Sementara bagi Dun, 57 kerusi, akibat keluarnya SAPP daripada Bn pada 17 September 2008.

Bn Sabah dijangka berdepan beberapa kerusi panas samada di peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri.

Kerusi-kerusi panas di peringkat Parlimen adalah Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, dan Penampang serta Beaufort.

Di peringkat Dun pula, Dun luyang, Dun Klias, Dun moyog, Dun Kepayan, Dun Inanam, Dun Tanjong Kapur, Dun Sri Tanjong, Dun Tanjong Aru, Dun Likas dan Dun Api-Api.

Di antara kawasan Parlimen yang sukar dimenangi oleh Bn adalah Kota Kinabalu, manakala Tawau, Sandakan, Penampang dan Beaufort dalam keadaan 50:50.

Bagi peringkat Dun pula, kawasan Luyang  dan Api-Api adalah kawasan hitam bagi Bn, manakala yang lain adalah kawasan kelabu yang boleh bertukar kepada cerah.

Namun, perlu diingat semasa dalam pilihanraya semuanya boleh berlaku. Startegi kempen yang jitu mampu mengubah pendirian 10 peratus pengundi yang sebelumnya telah memutuskan parti mana yang bakal dipangkah. Selain itu, peranan calon yang bakal dikemukakan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan kemenangan.

Dalam suasana kempen, jentera pilihanraya yang baik dan tersusun bakal menggamit 10 peratus sikap pengundi; dan kejayaan inilah yang menentukan kemenangan di kawasan-kawasan yang dianggap kelabu.

Biasanya sebelum pembubaran parlimen atau Dun, 90 peratus pengundi yang berdaftar telah lama membuat pendirian, parti mana yang bakal dipilih, sementara 10 peratus lagi adalah mereka yang masih di atas pagar.

Peranan utama semasa kempen adalah bagaimana mengubah sikap 90 peratus pengundi itu, jika jentera sesebuah parti mampu mengubah sikap 2 peratus sahaja daripada sikap 90 peratus itu, maka parti itulah adalah pemenang; keadaan ini hanya berlaku bagi kawasan yang berkeadaan 50:50 atau kelabu.

Untuk itu, semasa PRU-13 ini, jentera Bn yang terkuat, tersusun dengan baik diperlukan bagi kawasan-kawasan yang disebutkan di atas, bagi menjamin peratusan yang "swing" kepada calon-calon Bn.

2 April 2013

PRU-13: Bakal-bakal calon kaum Iranun memilih Pembangkang

YANG menjadi perhatian pada PRU-13 ini di kawasan Kota Belud, apabila calon-calon yang bakal bertanding  daripada suku iranun memilih parti pembangkang.

Penyebab kepada situasi itu, kerana kaum iranun tiada tempat dalam parti barisan nasional.

Di Usukan nama Mohd Safian Saludin mantan pengurus petronas dan, seorang jurutera  bertauliah dikatakan akan bertanding menggunakan tikit PKR di Dun Usukan. Sementara di Dun Tempasuk, Setiausaha Pas Sabah Ustaz Laiman Ikin akan mencuba untuk kali kedua, selepas percubaan pertama pada PRU-12 lalu.

Melihat kepada kecenderungan calon-calon daripada suku iranun memilih parti pembangkang, mengulangi keadaan di zaman usno dan berjaya tahun 60-an dan 70-an, apabila suku itu memilih parti-parti pembangkang antaranya USAP (United Sabah Action Party), Pekemas pimpinan Dr Tan Chee Khon, kemudian Parti Bersih pimpinan Pandikar Amin Mulia (kini Tan Sri).

Sebelum ini Suara Rakyat pernah menulis, bahawa suku iranun tiada masa depan dalam politik yang berasaskan demokarsi, kerana jumlah penduduk itu yang merupakan minoriti, tidak memungkin "survive" dalam dunia politik yang berasaskan perakuman.

Suara Rakyat menyarankan agar suku kaum iranun memilih pengembangan ekonomi dan pendidikan untuk kaum itu boleh diiktiraf. Pengiktirafan melalui politik, akan lambat berlaku, kerana situasi politik negara yang masih berkeadaan demikian.

Apa kah memilih parti pembangkang sebagai asas perjuangan yang dipilih bakal-bakal calon daripada kaum iranun itu akan mempunyai impak pada PRU-13 ini? 

Kota Belud, merupakan kawasan tiga suku utama Bajau, KDM dan Iranun. Bagi suku bajau menguasai sepenuhnya kawasan Dun usukan, demkian juga KDM menguasai sepenuh kawasan Dun Kedamaian. Hanya di Dun Tempasuk, tiada suku yang boleh menang tanpa sokongan kaum lain.

Di Kota Belud, untuk sementara waktu, hanya nama Tan Sri Pandikar yang boleh dikatakan pemimpin iranun yang setanding dengan pemimpin daripada kaum lain, malah speaker Dewan Rakyat itu mempunyai kelasnya tersendiri. Namun, melihat gelagat beliau, tiada tanda-tanda akan menyertai pilihanraya kali ini, selepas tidak bertanding pada PRU-12 lalu.

Mengapa bakal calon daripada kaum iranun melalui Bn tidak menyerlah? Bn terutama Umno, melihat kedudukan seseorang dalam parti. Kedudukan suku iranun dalam parti di Kota Belud, tidak memungkinkan mereka dicalonkan, berasaskan keadaan semasa yang semakin canggih. Seseorang yang bakal dicalonkan sekurang-kurangnya mempunyai merit samada dalam pendidikan, kedudukan dalam masyarakat dan kedudukan perekonomian.

Melihat kepada situaasi di mana hanya pembangkang yang mengemukakan calon daripada kaum iranun, apa kah akan mempengaruhi trend pengundian kaum itu? sehingga mempengaruhi keputusan di Dun Tempasuk dan Peringkat Parlimen?

Dalam pilihanraya semua boleh berlaku, kerana dalam politik itu sendiri terkumpulnya "art of impossible".

1 April 2013

ESSCOM/ESSZONE: Wilayah USBO

TIDAK ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa kawasaan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau kawasan perundangannya Eastern Sabah Security Zone yang meliputi Kudat hinggalah ke Tawau adalah wilayah USBO. Daerah yang dimasukan dalam kawasan itu, yang bukan wilayah USBO adalah Pitas dan Kota Marudu serta sebahagian Kinabatagan dan Beluran serta Tawau Selatan dan Tenggara. Demikian juga Kota Belud dan Tuaran terkeluar daripada ESSCOM dan ESSZONE.

Dalam sejarah pembentukan kerajaan Sabah, tiada satu kaumpun boleh membentuk kerajaan dengan sendirinya tanpa sokongan kaum terbesar samada kaum KDM mahupun Bajau.

Kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1991, membolehkan kaum di luar daripada KDM dan Bajau mengetuai kerajaan.

Sebagai misalannya pada tahun 1976  kerajaan yang dipimpin kaum Bajau ditumbangkan oleh suku KDM melalui Parti Berjaya yang dipimpin Tun Mohd Fuad Stephen, kerajaan Berjaya itu diteruskan oleh Datuk Harris Salleh selepas 6.6.176, kerana terbunuhnya Tun Mohd Fuad dalam satu kemalangan pesawat di kawasan Sembulan Kota Kinabalu.

Datuk Harris dapat meneruskan kerajaan berjaya sehingga tahun 1985, kerana sokongan kaum KDM. Namun kerajaan itu juga tumbang akibat beralihnya sokongan KDM kepada parti PBS yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kerajaan PBS yang didokong oleh kaum KDM tumbang pada tahun 1994, apabila kaum Bajau bersatu di bawah payung Umno dan berpecahnya kaum KDM.

Kerana sokongan kaum bajau kepada umno yang berpunca daripada Usno yang telah dibubarkan untuk membolehkan Umno bertapak di Sabah, maka kaum bajau diberi penghormatan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah melalui Datuk Sakaran Dandai 8 bulan, kemudian Datuk Salleh Said 18 bulan.

Selama BN membentuk kerajaan di Sabah yang bermula pada tahun 1994, kaum bajau berkesempatan menjadi Ketua Menteri selama 4 tahun yang dikongsi bersama tiga pemimpin Bajau- Datuk Sakaran-8 bulan; Datuk salleh-18 bulan dan Datuk Osu Sukam-24 bulan, sementara KDM 9 bulan melalui Datuk Bernard Dompok, kaum cina 4 tahun melalui Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chong Kah Kiat.

Bermula tahun 2003, Ketua Menteri Sabah diserahkan kepada pemimpin yang bukan berasaskan etnik namun parti atas dasar "memang-menang".

Selama 10 tahun, kepimpinan Sabah yang diketuai oleh pemimpin yang bukan berasaskan etnik, menampilkan kerajaan yang cukup stabil, sehingga berjaya memenuhi matalamat rakyat umpamanya mengurangkan kadar kemiskinan.

Dalam kepimpinan negeri yang diketuai Musa Aman, semua kaum ditampilkan, baik daripada KDM mahupun Bajau, serta kumpulan etnik yang kecil.

Sekali lagi pada PRU-13 yang diambang pintu, keputusan pilihanraya Sabah akan ditentukan oleh dua kumpulan etnik besar yakni Bajau dan KDM. Kaum Bajau yang mewakli kawasan Tuaran, Kota Belud, kemudian Kudat sehingga ke kawasan Kunak dan Tanjung Batu di Tawau.Kawasan itu mempunyai lebih 32 kawasan DUN dan lebih 10 kawasan parlimen, merupakan angka yang sangat singnifikan kepada kemenangan mana-mana parti yang bertanding.

Ada yang mengatakan sebelumpun diadakan PRU-13, BN Sabah sudah menang 30 DUN dan 11 Parlimen, kerana kawasan-kawasan tersebut termasuk dalam wilayah ESSCOM/ESSZONE.

Apabila Tun Daim Bersuara

SETIAP menjelang pilihanraya umum, mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bersuara. Pada ambang PRU-12, beliau juga bersuara. Pada masa itu, satu-satu pemimpin Bn yang mengatakan bahawa Selangor.Perak, Pulau Pinang da Kedah akan jatuh ke tangan pembangkang selain wilayah persekutuan.

Tun Daim juga menyatakan pada masa itu, bahawa kerajaan Bn walaupun menang pilihanraya akan tetapi kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Namun pada kali ini, mantan menteri kewangan itu berkata, bahawa melalui analisisnya, bukan sahaja Bn mempertahankan Putrajaya, malahan akan mencapai kemenangan lebih baik berbanding tahun 2008.

Walaupun pembangkang akan mendapat kerusi di negeri-negeri simpanan tetap Bn Johor, Sarawak dan Sabah, namun Bn juga akan menang beberapa kerusi di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Tun Daim meramalkan, jika Bn mampu mengemukan calon MB yang boleh diterima rakyat, maka peluang besar untuk merampas kerajaan Selangor dan Kedah.

Bn kata mantan menteri kewangan itu masih berdepan dengan kesukaran di Pulau Pinang walaupun akan menambah beberapa kerusi DUN, tetapi belum cukup membentuk kerajaan. Di Kelantan pula, Daim meramalkan, selagi Nik Aziz mengetuai negeri itu, maka adalah sukar bagi Bn merampasnya, walaupun Bn akan menang beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohannad berkata, tindakan Lim Kit Siang bertanding di Johor, adalah penamat kepada karier politik pemimpin veteran Dap itu. Rakyat Johor akan berganding bahu menguburkannya jika benar dia bertanding di Johor.

PRU-13 yang akan dilaksanakan bila-bila masa daripada sekarang menyaksikan perebutan 222 kerusi dewan rakyat dan 505 kerusi dewan undangan negeri daripada Perlis hinggalah ke Sabah. Hanya Sarawak tidak mempertandingkan DUN, kerana baharu sahaja mengadakan PRN pada April 2011.

Sebelum tempoh parlimen berakhir, Bn mempunyai 140 kerusi Parlimen berbanding pembangkang 82, walaupun jumlah proposisi bilangan kerusi telah berubah selepas pru-12 lalu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels