2 October 2015

Tambahan Kerusi DUN Sabah- Parti Mana Diberi Kepercayaan?

1. Jika tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah boleh digunapakai pada PRU-14, komponen parti mana yang bakal diberi tanggungjawab? 

2. Melihat pertamabahan kerusi tersebut, kebanyakkannya melibatkan kawasan bumiputera, khususnya bumiputera islam, maka jika dilihat daripada komponen parti mana yang bakal diberikan kepercayaan adalah parti Umno.

2. Sebagai rekod, pada PRU-13 lalu, Umno hampir menang 100 peratus bagi kawasan yang ditandingi, walaupun kemenangan itu tercacat, kerana kalah di kawasan DUN Klias kepada mantan pemimpin Umno Datuk Lajim Ukin yang keluar daripada parti menjelang PRU tersebut. Walaupun Lajim menang, namun kemenangan itu hanya majoriti kecil, iaitu 194 undi.

3.Persempadanan baru Sabah meliputi tujuh kawasan pilihan raya negeri yang baru iaitu Darau di Sepanggar, Mengkabong di Tuaran, Limbahau di Papar, Pandasan di Kota Belud, Sepagaya di Lahad Datu, Langkon di Kota Marudu dan Bukit Garam di Kinabatangan.

4. Melihat kepada persempadan tersebut, nampaknya hanya Umno dan PBS bakal menerima tambahan kerusi, kerana melihatkan kepada taburan pengundi serta kebolehmenangan calon. PBS kemungkinan besar diberikan DUN Langkon, kawasan tradisi parti itu.

5. Jika pertambahan kerusi menjadi kenyataan, maka pada PRU-14, kerusi DUN Sabah akan menjadi 67. Bagi parlimen pula, kemungkinan status quo dipertahankan, iaitu 25. Pada PRU-13, Bn menang 22 Parlimen, manakala DAP 2 dan PKR satu. Bagi kawasan Dun pula, BN menang 48, manakala PKR-DAP-STAR 12.

6. Melihat kepada perkembangkan politik terkini, khususnya di Sabah, nampaknya, parti pembangkang, tidak akan dapat mengulangi kejayaan pada PRU-13 lalu. Walaupun demikian, Bn kemungkinan besar akan gagal menawan Parlimen Penampang serta dua kawasan Dun, demikian juga Parlimen Kota Kinabalu bersama dua Dun, akan tetapi bagi Parlimen Sandakan, serta Dun Klias, bakal ditawan semula oleh BN. Di kawasan Tawau pula, kawasan Sri Tanjung, kawasan itu akan terus mencacatkan keupayaan Bn di kawasan tersebut.

21 September 2015

Tahun Ini: Hari Malaysia Yang Bermakna Kepada Rakyat Sabah

1. Pada malam Hari Malaysia di Padang Bandaran Kota Kinabalu, 16 September lalu, sesiapa yang hadir atau menonton TV, pasti melihat betapa gembiranya Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman sepanjang malam itu, baik semasa beliau berucap sebelum ucapan Perdana Menteri.

2. Musa dengan senyuman yang amat bermakna, tanda kegembiraan mewakili rakyat Sabah yang beliau pimpinan sejak tahun 2003.

3. Suara-suara sumbang sebelum ini, terutama jawatan-jawatan yang dibiayai persekutuan, khususnya guru-guru,dalam tempoh 3 tahun, di semua peringkat dijadikan 90 peratus anak watan Sabah. Selepas 52 tahun merdeka, keadaan ini belum pernah berlaku.

5. Satu lagi yang mengembirakan Musa kelulusan kerajaan persekutuan bagi membina Trans-Borneo di kawasan Sabah, akan dilaksanakan sepenuhnya oleh kontraktor Sabah. Tindakan seumpama ini jarang berlaku bagi projek yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.

6. Apa yang dilihat semua keadaan ini berlaku, kerana hubungan antara pemimpin negeri dan pusat amat akrab, dan mempunyai matalamat yang sama, iaitu memberi kepercayaan kepada rakyat negeri untuk melaksanakan projek yang dilaksanakan di dalam negeri. Tujuan keputusan ini, agar anak watan negeri menimba pengelaman untuk berdepan dengan persaingan yang amat mencabar di masa depan.

7. Melihat kepada keputusan-keputusan kerajaan pusat terhadap Sabah, OKB tidak nampak lagi, rungutan apa yang perlu ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu, khusus Dr Jeffrey atau SSKM.

8. Sebenarnya rungutan Jeffrey dan SSKM sebenarnya sudah lama dalam agenda Musa melalui Hala Tuju Pembangunan Sabah yang beliau lancarkan sebaik sahaja dilantik Ketua Menteri.

9. Sebagai rakyat Sabah, OKB bukan sahaja berpuas hati akan tetapi turut gembira. 

10. Seharusnya semua rakyat turut gembira dan berdoa agar Ketua Menteri bersama-sama para pemimpin yang dipimpin beliau senantiasa sihat untuk terus membela rakyat.

12 September 2015

Sentuhan Peribadi Pemimpin- Penentu Kemenangan PRU-14

1. Para pemimpin Bn kena mengambil iktibar keputusan pilihanraya Singapura semalam. Keputusan pilihanraya itu, menggambarkan bagaimana sentuhan peribadi pemimpin telah berpihak kepada parti kerajaan, apabila hampir 70 peratus undi berpihak kepada parti pemerintah People Action Party (PAP) berbanding undi yang diperolehi pada PRU negara itu pada tahun 2011 (60 peratus).

2. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengambil pendekatan yang lebih mesra rakyat selepas PRU tahun 2011, berbanding pendekatan sebelumnya yang bersifat media atau penerangan bertulis melalui organ pemerintah.

3. Selama lebih 4 tahun, pendekatan peribadi yang dilakukan semua lapisan pemimpin Singapura, khususnya Perdana Menteri negara itu, akhirnya berbaloi, bukan sahaja PAP mendapat undi popular yang meningkat malah menambah kerusi apabila mendapat 83 kerusi Parlimen daripada 89, sebelumnya PAP hanya mempunyai 80 daripada 87.

4. Kempen media sosial oleh Workers Party, sehingga menyebabkan parti itu popular di media sosial menjelang PRU negara itu, berbanding PAP, tidak diterjemahkan melalui pengundian, apabila kerusi pembangkang bukan sahaja gagal dipertahankan, malah berkurang.

5. Di Malaysia kini, nampaknya jika dilihat daripada media sosial, maka kenampakan bahawa kerajaan yang memerintah sudah kalah. Namun berasaskan kepada keputusan pilihanraya Singapura yang diketahui keputusannya awal pagi tadi, nampaknya kepopularan di media sosial tidak menggambarkan pendirian majoriti senyap.

6. Melihat kepada keputusan pilihanraya Singapura tersebut, benarlah kenyataan Ketua Menteri Sabah, bahawa untuk memastikan Bn menang dalam pilihanraya akan datang, semua lapisan pemimpin Bn kena meningkatkan sentuhan peribadi terhadap rakyat. Sentuhan peribadi itu diterjemahkan melalui aktiviti turun padang yang kerap, tanpa mengira waktu dan keadaan.

7.Malah menurut Musa, adalah lebih mudah memperjelaskan sebarang isu yang timbul di negara ini melalui sentuhan peribadi berbanding media bertulis, kerana penjelasan melalui sentuhan peribadi lebih berbekas dan menyentuh di sudut hati rakyat.

8.Atas sebab itu, bermula daripada sekarang, semua pemimpin perlu turun padang dan senantiasa dekat dan akrab dengan pengundi, kerana hanya melalui tindakan itu, keyakinan dan kepercayaan akan terjalin.

6 September 2015

Jadikan Islam Tauladan: Musa

1. Umat islam mempunyai tanggungjawab besar, antaranya menjadikan agama itu sebagai panduan dan tauladan kepada kesejateraan ummah, malah dipanjangkan kepada dunia barat, sebagai wadah penyelesaian berbagai masalah yang menghantui umat manusia.

2. Islam adalah agama yang membawa nilai-nilai kasih sayang, menentang kebathilan apatah lagi pendekatan yang melampau. Islam menunut umatnya bertindak sederhana dan tidak berlebih-lebihan, kerana islam melarang tindakan yang bersifat melampui batas.

3. Penganut agama islam perlu mengamalkan perbuatan yang menuju perdamaian agar supaya manusia sejagat terus hidup dalam rukun dan damai.

4. Dalam kurun ini, umat islam berdepan dengan keadaan yang amat mencabar, khususnya daripada mereka yang bukan islam, sehingga timbulnya islamphobia kerana tindakan segilintir umat islam yang kurang arif dalam agama, dan menterjemahkan agama kepada tindakan melampau, sepertimana dilakukan oleh islamic state (IS) yang beroperasi di Iraq dan Syria.

5.Umat islam perlu secara terus menerus menyamapikan mesej islam, bahawa agama islam sebenar adalah agama yang menyampaikan perdamaian untuk seluruh ummah sejagad.

6. Kenyataan Ketua Menteri Sabah itu disampaikan semasa merasmikan Persidangan Islam Sedunia Tahun 2015 di Kota Kinabalu. Teks ucapan Beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri- Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

7. Persidangan tersebut dihadiri 700 peserta daripada empat negara, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Kambodia.

8. Islam menurut Musa adalah agama yang penuh dengan toleransi, atas sebab itu, penganut agama itu senantiasa menghormati penganut agama-agama lain.

5 September 2015

SESB: Dakwaan DAP Sabah Mengarut

1. Tahukah, kos mengeluarkan tenaga litrik di Sabah adalah 60.67sen/KWh dan dijual kepada pelanggan dengan harga 34.52sem/KWh. Harga jualan itu lebih rendah berbanding Semenanjung 38.53sen/KWh.

2. Melihat kepada harga jual tersebut, merupakan faktor penyebab mengapa SESB tidak dapat mengumpul cukup pendapatan untuk beroperasi. Atas sebab itu, sejak SESB diambil alih TNB dengan komposisi pemilikan saham 80 peratus dan Kerajaan Sabah 20 peratus, SESB sangat tergantung pada bantuan kewangan persekutuan yang berbentuk grant.

3. Sejak RMK-8 hingga ke RMK-10, Kerajaan Persekutuan telah memberi grant kepada SESB berjumlah RM3.3bilion, selain itu subsidi minyak bernilai RM5.4bilion sejak tahun 2005 hingga Ogos 2015.

4. Dakwaan Pemimpin DAP Sabah, Junz Wong yang juga ADUN Likas, kononnya SESB memperolehi keuntungan yang besar dan keuntungan itu 71 peratus dibayarkan kepada IPP merupakan dakwaan karut.

5. Memang diakui bahawa 75 peratus sumber tenaga litrik di Sabah bersumber daripada 16 IPP yang tersebar di seluruh Sabah. namun apa yang tidak diberitahu oleh pemimpin DAP itu, jaringan litrik bukan sahaja terletak kepada sumber tenaga seperti IPP, akan tetapi "generation of power, transmission and distribution segments". Di Sabah, memandang kawasan yang luas, serta taburan penduduk yang tidak merata, tiga elemen inilah yang menggunakan sebahagian besar kos penyaluran litrik, bukannya bayaran kepada IPP seperti mana dakwaan ADUN Likas tersebut.

6. Rakyat Sabah sebenarnya masih beruntung kerana membayar tarif litrik lebih rendah berbanding Semenanjung.

7. Kerajaan Sabah di bawah kepimpian Datuk Musa Aman, akan terus mencari jalan dan rancangan agar supaya tarif litrik di Sabah terus rendah, apatah lagi diwujudkannya Sabah Special Projects Planning and Delivery Unit (SEPADU) bermula tahun ini sehingga Tahun 2020 untuk mengeimplemintasi 81 projek bernilai RM2.3bilion yang meliputi 'distribution and transmission".

3 September 2015

Datuk Chin Su Phin Buat Hal Lagi

1. LDP sebuah komponen Parti BN Sabah, dengan tiga DUN, semua mereka mempunyai jawatan dalam kerajaan Sabah- seorang mempunyai jawatan Menteri Penuh, seorang lagi Pembantu Menteri dan ketiga Pegerusi GLC Kerajaan Negeri, sementara Chin Su Phin sebagai Senator. 

2. Pada selasa, Timbalan Presiden LDP itu membuat dakwaan, kononnya LDP tidak diberikan jawatan yang cukup bagi mengambarkan perkongsian kuasa dalam BN.

3. Timbalan Presiden LDP itu mempunyai sejarah tidak sehaluan dengan Ketua Menteri Sabah, apabila pada Ogos tahun 2010, dengan JELAS dan NYATA, Chin Su Phin TELAH mengeluarkan KENYATAAN sebaik sahaja beliau dan Datuk Teo Chee Kang keluar daripada Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Musa; bahawa Parti LDP tidak BOLEH lagi berkerjasama dengan Ketua Menteri Sabah itu dan SETERUSNYA telah HILANG kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Perhubungan Umno Sabah itu. Namun pada Tahun 2013, apabila mahu menyingkirkan Datuk VK Liew sebagai Presiden, Chin berpatah balik.

4. Perlu dingat, melalui kenyataan Chin Su Phin pada Ogos 2010 telah menyebabkan Naib Presiden LDP Peter Pang keluar daripada parti itu pada 1 September tahun 2010. Kini Pang menyertai parti Gerakan.

5. Ekoran keluarnya Pang, maka BN kehilangan kerusi Parlimen Sandakan, atas sebab selain Pang tidak dicalonkan, juga ramai penyokong Bn marah kepada kepimpinan LDP.

6. Ekoran tindakan Chin Su Phin selain BN, Parti LDP terpaksa membayar mahal, sehinggakan BN gagal mempertahankan Parlimen Sandakan, kerana penyokong Pang tidak mengundi calon BN yang diwakili LDP.

7. Pada PRU-13 lalu di atas kertas, Calon BN bagi Parlimen Sandakan boleh menang dengan majoriti di atas 1,000, bukan kalah dengan jumlah undi itu; alasannya, dua DUN di bawah kawasan Sandakan, DUN Tanjong Papat dan DUN Elopura, kedua-duanya dimenangi calon BN.

8. Pada PRU-13 itu, undi yang diperolehi calon BN bagi kawasan dua DUN (Tanjong Papat dan Elopura) sebanyak 14,258 berbanding undi DAP 12,485. Berasaskan jumlah undi itu, BN sebenarnya menang dengan majoriti 1,773; akan tetapi ini tidak berlaku, kerana undi yang diperolehi calon BN bagi Parlimen Sandakan berjumlah 13,138, manakala calaon DAP 14,226; atas sebab itu calon BN yang diwakili Presiden LDP- Datuk VKLiew kalah dengan jumlah undi 1.088. Berdasarkan kepada data undi ini, dengan jelas, ada sebahagian penyokong BN tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen.

9. Sebenarnya, keluarnya Pang daripada LDP, hampir membawa padah kepada calon-calon BN daripada LDP di kawasan DUN, kalaulah bukan kerana penyokong UMNO yang kental, kemungkin tiga kawasan DUN yang ditandingi LDP kalah pada PRU-13 lalu.

10. Meskipun Timbalan Presiden LDP itu menyatakan tidak dapat berkerjasama dan hilang keprecayaan terhadap kepimpinan MUSA, yang pada peringkat awalnya, ramai penyokong Umno marah dengan kenyataan itu, namun apabila menyangkut PILIHANRAYA yang menentukan kedudukan BN, penyokong UMNO tetap menyokong calon-calon BN. Akan tetapi, sokongan penyokong UMNO tidak cukup mengatasi undi PROTES di Parlimen Sandakan, atas sebab itu, VKLiew gagal mempertahankan kawasan itu.

11. Pemimpin Bn negeri, kerana melihat kenyataan Chin tersebut secara serius, jika ianya memudaratkan peluang calon-calon Bn pada PRU-14, maka sebaiknya tindakan awal perlu dibuat termasuk memecat Chin sebagai ahli LDP, atau parti itu ditendang keluar daripada Bn Sabah.

12. Kesilapan lalu, khususnya mantan Presiden parti itu VK Liew, kerana tidak mengambil tindakan terhadap Chin Su Phin. Kepada Datuk Teo Chee Kang, jangan sampai Bn terpatuk ular pada lubang yang sama.

2 September 2015

Disebalik Sokongan Pemimpin Sabah Terhadap DS Najib

1. Apabila pemimpin Sabah melihat rekod peranan dan sumbangan Perdana Menteri sebelum ini, maka dibuat satu kesimpulan, bahawa dalam masa hanya kurang 6 tahun, daripada segi jumlah peruntukan dan keperluan rakyat Sabah, DS Najib Razak telah melangkaui pencapaian dan peranan Perdana Menteri sebelum beliau. Atas sebab itu, seorang pemimpin Sabah Datuk Rahman Dahlan pernah berkata, bahawa DS Najib Razak merupakan Perdana Menteri terbaik bagi rakyat Sabah.

2. Selain itu, DS Najib juga mengiktiraf kempimpinan Sabah dibawah teraju Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, apabila ramai Menteri dan Timbalan Menteri dilantik menyertai kabinet Persekutuan, di mana sebelum ini belum pernah berlaku.

3. Malah, Musa menyatakan dalam satu Mesyuarat Bahagian Umno, bahawa sokongan pemimpin Sabah bersama rakyat terhadap kepimpinan DS Najib, atas sebab Perdana Menteri ke-6 itu mendengar degup jantung rakyat Sabah.

4.Ketua Menteri Sabah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, menyifatkan sokongan dan kepercayaan anggota parti terhadap DS Najib adalah keputusan tepat dan pilihan terbaik dalam membela nasib rakyat dan membawa banyak pembangunan kepada Sabah.

5. Pemimpin Sabah menurut Musa, merupakan para pemimpin yang setia kepada perjuangan, baik senang mahupun susah. Atas sebab itu, di kala Perdana Menteri dan Presiden parti berdepan dengan berbagai dakwaan khususnya daripada pembangkang dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, namun para pemimpin Sabah terus berdiri teguh di belakang Presiden dan Perdana Menteri.

6. Serangan terhadap Perdana Menteri hanya bermotifkan politik dan agenda pihak-pihak tertentu dengan bantuan pihak luar bagi menurunkan pemimpin yang bertungkus lumus memajukan rakyat yang ketinggalan khususnya bagi Sabah dan Sarawak.

23 August 2015

Umno Sabah Terus Sokong Najib: Musa

1. Umno Sabah akan terus menyokong pucuk pimpinan parti yang diterajui Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dalam menghadapi pelbagai cabaran.

2. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata, sokongan itu atas kepercayaan anggota parti negeri yang tetap yakin Umno adalah pilihan terbaik dalam membela nasib rakyat dan membawa banyak pembangunan kepada Sabah.

3. Munurut Musa, Umno Sabah sebulat suara dan sehati sejiwa terus memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti bersama saf kepimpinan pusat untuk menyelesaikan apa juga isu yang timbul. Ketua Menteri itu berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Bahagaian Umno Kota Marudu pada Sabtu.

4. Dalam perkembangan yang sama Ketua Menteri Sabah itu turut menghargai kepercayaan dan pengiktirafan pucuk pimpinan parti itu terhadap kesetiaan dan keikhlasan anggota Umno negeri berjuang membantu kekuatan parti dan kerajaan pusat.

5. Pengiktirafan Kerajaan Pusat terlihat dari segi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet persekutuan serta jawatan penting dan kementerian. Musa juga turut menghargai peruntukan pembangunan yang diberikan kepada rakyat di Sabah. Natijahnya menurut beliau, inilah antara nikmat dan manafaat untuk rakyat Sabah hasil daripada perjuangan Umno.

6. Dalam kesempatan yang sama, Musa yakin Umno Sabah tetap teguh dan kukuh meskipun berdepan pelbagai cabarandi peringkat negeri dan persekutuan. Keyakinan beliau tersebut terzahir berasaskan kepada aktiviti turun padang dan penjelajahan beliau ke seluruh Sabah selama sebulan bagi merasmikan perwakilan bahagian-bahagian Umno.

7. Musa merumuskan atau rangkumkan mesej penting dan harapan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dan Barisan Nasional, betapa semangat perpaduan, kesatuan, muafakat dalam Umno Sabah bertambah kukuh dan erat. Sebagai bukti kepada keadaan itu, apabila kelancaran dan kejayaan persidangan dan mesyuarat di semua peringkat cawangan, bahagian, dan sayap-sayap parti, tidak terdapatnya sebarang masalah yang timbul.

21 August 2015

Persekutuan Perlu Bertindak Cepat Salur Peruntukan kepada Sabah

1. Meskipun pembangunan Sabah berjalan dengan lancar sejak 10 tahun lalu, namun pembangunan infrastruktur yang melibatkan pembiayaan Persekutuan kerap terbengkalai akibat birokrasi yang panjang selain permainan politik daripada pihak-pihak tertentu.

2. Projek yang dibiayai Persekutuan khususnya pembangunan infrastruktur luar bandar seperti bekalan air bersih luar bandar, bekalan litrik luar bandar, pembinaan jalan luar bandar, pembinaan sekolah-sekolah luar bandar kerap terbengkalai, disebabkan beberapa sebab yang berkait rapat dengan pelaksanaan dan birokrasi.

3. Seandainya pihak Persekutuan menyalurkan peruntukan tersebut kepada kerajaan negeri, sudah tentu perlaksanaan projek-projek tersebut akan lebih semporna kerana kerajaan negeri tahu betul bagaimana melaksanakan projek-projek tersebut kerana selain mempunyai agensi pelaksana yang sudah sedia ada, akan tetapi juga lebih mengetahui selok belok keperluan bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. 

4. Sabah mempunyai kuasa berkaitan tanah, kerajaan tempatan selain kuasa-kuasa lain. Jika projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan negeri, maka rantai birokrasi semakin pendek, juga pembuat keputusan mempunyai jalinan pendek, kerana tidak melibatkan berbagai lapisan. Berlainan jika projek tersebut dijalankan oleh persekutuan, ianya memerlukan birokrasi yang panjang dan kerap berlaku pertindihan perancangan.

5. Oleh kerana berlakunya pertindihan perancangan, maka pelaksanaan projek-projek khususnya untuk luar bandar terbantut. 

6. Untuk mengatasi fenomina ini, maka Ketua Menteri Sabah mencadangkan agar persekutuan menyalurkan terus peruntukan kepada Sabah agar supaya semua perancangan dan pelaksanaan dapat berjalan sesuai dengan jadual yang ditentukan.

7. Pengalaman Sabah berkaitan dengan projek-projek yang dibiayai Persekutuan kerap berdepan dengan kelambatan, sehingga rakyat merungut.

19 August 2015

Punca Pembangunan Luar Bandar Terbantut Di Sabah

1. Selepas meneliti punca pembangunan luar bandar yang dibiayai kerajaan Persekutuan terbantut di Sabah akhirnya Ketua Menteri Sabah bersuara. 

2. Musa mengakui berbilion ringgit peruntukan dibawa ke Sabah melalui berbagai agensi persekutuan khususnya bagi pelaksanaan pembinaan jalan perhubungan di luar bandar, bekalan litrik luar bandar, bekalan air luar bandar namun akibat kuasa yang berlapis-lapis serta karenah permainan politik akhirnya pembanguan luar bandar terbantut sehingga merugikan rakyat. Apa yang malang menurut Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu, rakyat menuduh kerajaan negeri tidak menunaikan janji, sedangkan terbantut atau terbengkalainya projek-projek tersebut di luar kawalan kerajaan negeri.

3. Dengan kadar yang segera, jika boleh melalui Bajet 2016, seluruh peruntukan pembangunan daripada Persekutuan untuk Sabah disalurkan terus kepada kerajaan negeri, agar supaya daripada peringkat awal lagi kerajaan negeri dapat merancang dan menimplimentasi projek-projek sesuai dengan keperluan rakyat dan siap sesuai dengan perancangan. Jika semua peruntukan daripada persekutuan disalurkan kepada kerajaan negeri, maka akan menghidar kelambatan atau kelewatan pelaksanaan kerana jalinan birokrasi yang pendek.

4. Kerajaan Persekutuan perlu yakin kepada pengurusan kewangan negeri, kerana telah berdekad diakui oleh Ketua Audit Negara, sebagai negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang cemerlang.

5. Sabah menunjukkan bahwa sebarang projek kendalian kerajaan negeri senantiasa siap sesuai dengan jadual, malah banyak projek disiapkan lebih awal. Melalui kemampuan tersebut, kerajaan Sabah yakin, jika semua peruntukan persekutuan kepada Sabah terus disalurkan kepada akaun kerajaan negeri, maka ianya mempercepat pembangunan negeri.

6. Satu faktor yang membolehkan Sabah cepat membangun jika peruntukan kewangan terus diberikan, kerana Sabah juga mengamalkan konsep kabinet seperti Persekutuan, di mana setiap kementerian yang ada di Persekutuan juga terdapat di Sabah, kecuali polis, angkatan tentera, kesihatan dan pendidikan.

9 August 2015

Ahli Umno Kena Setia Dan Ikhlas Dalam Perjuangan: Musa

1. Tiada yang mampu menggugat Umno jika ahli dan pemimpin terus setia dan ikhlas dalam perjuangan.

2. Umno merupakan parti yang terus membela rakyat baik sebelum merdeka sehinggalah dalam pengisian kemerdekaan.

3. Selagi ahli dan pemimpin Umno terus berganding bahu selagi itu, parti akan terus menerima sokongan daripada rakyat jelata. Namun jika ahli dan pemimpin saling bertelagah dan saling menjatuhkan, maka ianya boleh dimanafatkan oleh pihak-pihak tertentu bagi manghacurkan parti.

4. Datuk Musa sebagai Pengerusi Umno Sabah kerap mengingat para ahli dan pemimpin Umno Sabah di semua peringkat, pejuangan kena ikhlas dan setia, agar supaya parti terus mendapat kepercayaan rakyat.

5. Sandaran kepada kesetian dan ikhlasan adalah motto perjuangan Umno Sabah, atas sebab itu, meskipun merupakan anak bungso Umno, namun Umno Sabah mendapat jolokan simpanan tetap parti pada setiap pilihanraya. Ekoran Umno merupakan tunjang kerajaan barisan nasional negeri, maka secara umumnya BN Sabah juga mendapat panggilan simpanan tetap Bn.

6. Sejak Musa menerajui Sabah bermula Tahun 2003, beliau telah mengetuai empat PRU, dan semuanya dimenangi dengan baik sekali. Hanya melalui PRU-13, komponeni BN Sabah mengalami mengalami kekalahan beberapa kerusi, sehingga pembangkang mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 3 kawasan Parlimen. Kejayaan parti pembangkang mendapat kerusi yang begitu banyak, bukan kerana kekuatan parti pembangkang, akan tetapi akibat persepsi negatif yang dilemparkan kepada kerajaan, khususnya berkaitan keagamaan, serta tindakan tsunami kaum cina yang mahu mengubah kerajaan.

7. Kini, Musa mengambil iktibar kepada keadaan PRU-13 lalu, atas sebab itu, bagi meredakan keadaan itu, maka semua pemimpin UBN Sabah dikerahkan agar mengutama turun padang demi menyelesaikan masalah rakyat selain memperbetulkan berbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada kerajaan.

8. Musa mempergunakan aktiviti keagamaan seperti sambutan Hari raya dan keagamaan lain selain pesta menuai untuk rapat dengan rakyat.

9.Rungutan rakyat seperti masalah tanah diselesaikan dengan baik. Rungutan berkaitan peluang pekerjaan, maka banyak projek-projek kerajaan yang mampu mencipta peluang pekerjaan diwujudkan.

29 July 2015

Musa Sambut Baik Barisan Baru Kabinet Persekutuan

1. Sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan barisan kabinet Persekutuan pada Selasa, Ketua Menteri Sabah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

2. Menurut Musa, perlantikan barisan kabinet merupakan kuasa penuh Perdana Menteri. Atas sebab itu, mereka yang dilantik menganggotai kabinet, adalah mereka yang dirasakan oleh Perdana Menteri boleh berkerjasama dengan beliau sebagai satu pasukan.

3.Barisan kabinet bukan sahaja bertanggungjawab pada sebarang kebijaksanaan atau keputusan kerajaan akan tetapi boleh berkerjasama membangunkan negara.

4.Menurut Ketua Menteri Sabah tersebut, adalah menjadi kebiasaan mana-mana pemimpin untuk melantik sesiapa sahaja yang dilihat mampu memikul tanggungjawab bersama, di masa susah dan senang.

5.Musa berharap melalui barisan kabinet persekutuan yang baru, tindakan pergeseran antara para pemimpin dapat dinoktahkan, supaya penumpuhan kepada pembangunan negara dapat dicapai.

6. Pada masa yang sama Ketua Menteri Sabah itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Wilfred Madius Tangau kerana dilantik sebagai menteri penuh Persekutuan. 

7.Barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri pada Selesa merupakan barisan pemimpian Barisan Nasional sebagai persiapan menghadapi PRU-14, yang bakal diadakan pada Tahun 2018.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels