18 February 2018

Semporna Bakal Pusat Produk Pelancong- Ramlee

Semporna adalah satu kawasan pelancongan di Sabah, kerana Pulau Sipadan yang terkenal di dunia terletak di kawasan itu.

Sesuai dengan jenama itu, pada Sabtu diadakan Expo Usahawan Aspirasi Sabah yang diadakan di Padang Pekan Semporna yang dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Ramlee Marahaban Pembantu Menteri Kewangan Negeri merangkap ADUN Bugaya.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Ramlee berkata program seumpama itu memang tepat pada masanya, bagi memacu ekonomi bumiputera khususnya dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan.

Sebagai kawasan tumpuan pelancong, sudah tentu kuasa beli pelanggan atau pengguna terhadap produk pelancongan dan perkhidmatan cukup tinggi, dengan demikian maka dapat mempertingkat perekonomian kawasan itu secara umumnya.

Timbalan Ketua Biro Penerangan Umno Sabah itu menekankan, bahawa rezeki ( pendapatan atau kekayaan) 9/10 bersumber daripada perniagaan.

ADUN Bugaya itu mengharapkan penduduk Semporna khususnya dan Sabah amnya dapat memanfaatkan jenama Semporna sebagai kawasan peranginan dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan, kerana selain menyumbang kepada pendapatan perkapita rakyat kawasan itu, juga Negeri dan Negara.Sudah tiba masanya rakyat Semporna membuka mata berkaitan potensi Semporna sebagai pusat peruncitan dan perkhidmatan yang berkaitan pelancongan.

Pelanongan menurut Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah itu merupakan sektor utama dalam halatuju Sabah menuju Negeri Maju pada tahun 2025 yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman.

17 February 2018

Perkukuh Semporna Sebagai Tumpuan Pelancong- Ramlee

Semporna akan terus diperkukuhkan sebagai tumpuan pelancong dalam dan luar Negara. Mesej itu disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban semasa melancarkan Kayuhan Basikal Patriot & Jalinan Silaturahim Semporna anjuran Biro Tata Negara (BTN) dan Umno Semporna di Pekan Semporna pada Sabtu.

Program itu disertai 400 peserta yang datangnya dari Semporna dan kawasan berhampiran. Antara pesereta Kayuhan itu adalah ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang, dan Pengarah BTN Pusat- Datuk Ibrahim Saad.

Ramlee dalam ucapan beliau semasa melancarkan program itu, aktiviti sedemikian akan mendorong beliau untuk meningkat prasarana di kawasan Semporna termasuk prasarana sukan.

Aktiviti berbasikal seumpama ini, dapat menjalinkan perpaduan dan kesatuan yang kukuh pada masyarakat Semporna dengan mereka yang menyertainya.

Beliau berharap, aktiviti seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

10 February 2018

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI BERGERAK (CTC) SEMPORNA DILANCAR

DATUK Ramlee Maharaban Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN Bugaya melancarkan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (CTC) Semporna pada Sabtu.

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan. Ia merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang bertujuan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan utama / tertentu (key touchpoint services) yang diperlukan kepada penduduk luar Bandar atau komuniti pedalaman.


Semporna dipilih bagi pelancaran CTC, sebagai pemudah cara Kawasan itu maju, seiring dengan kemajuan di Kawasan-kawasan lain.

Semporna sebagai Kawasan pelancongan antarabangsa, memerlukan pusat seumpama ini, bagi memudahkan rakyat Kawasan itu bagi mengembangkan aktiviti masing-masing.

4 February 2018

SEMPORNA BERUBAH WAJAH


Datuk Ramlee Semasa Melancarkan Internet Berkelajuan Tinggi unifi TM 
RAHMAT kepada rakyat Semporna, apabila Datuk Shafie Apdal bukan lagi pemimpin Umno dan Bn di kawasan itu, pembangunan dan kemajuan kawasan itu semakin rancak.

Membangun dan memajukan kawasan itu dirancang kepimpinan negeri yang diterajui Tan Sri Musa Aman dan diterjemahkan oleh Datuk Ramlee Maharaban, semakin hari semakin menjadi kenyataan.

Jika pada awal tahun 2017, dilaksanakan pecah tanah pembinaan Pasar Sejahtera Pekan Semporna, dan kini projek itu sudah berjalan, semalam pula di Pekan itu telah dipasang internet berkelajuan tinggi (High Speed Broadband) UNIFI oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

Kemudahan internet berkelajuan tinggi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri, merangkap ADUN Bugaya- Datuk Ramlee Marahaban.

Dengan adanya internet berkelajuan tinggi di kawasan itu, ianya boleh mendorong kemajuan kawasan itu, selain sebagai pemudah cara kemajuan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Kemudahan internet, sudah merupakan sebahagian keperluan rakyat masa kini, bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat, akan tetapi sebagai perantara untuk menjalankan perniagaan.

Kemudahan internet berkadar laju, memang diperlukan bagi kawasan seperti Semporna, kerana kawasan itu merupakan destinasi pelancongan baik pelancong dalam negara akan tetapi pelancong antarabangsa.

Ramlee melihat keperluan dan pentingnya kawasan Semporna mempunyai internet berkadar laju, kerana kemudahan seumpama itu merupakan satu keperluan untuk menjadikan rakyat kawasan itu sebagai sebahagian daripada dunia digital.

Inisiatif beliau tahun lalu, agar kawasan Semporna mempunyai internet berkadar laju, tidak sampai setahun sudah menjadi kenyataan.

Dunia digital bukan sahaja merupakan sebahagian daripada gaya hidup, akan tetapi juga sudah menjadi sebahagian daripada keperluan harian masyarkat di seluruh pelosok dunia.

Kemudahan internet, boleh menjadi perantara bagi penguasa atau peniaga atas talian, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga boleh menjadi perantara sebagai media mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka dengan kadar kos yang termurah.

Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dilancarkan semalam, memang untuk sementara hanya meliputi kawasan Pekan dan sekitarnya, akan tetapi di masa yang terdekat akan diperluas di kawasan-kawasan lain termasuk kawasan-kawasan pulau.

Tergambar sungguh, bahawa kawasan Semporna akan semakin maju, selepas Shafie tidak lagi menjadi pemimpin kerajaan di kawasan itu, apabila pada acara perasmian UNIFI TM itu, Ramlee turut mengumumkan Peruntukan Sebanyak RM 2 Juta Bagi Menaik Taraf Padang Pekan Semporna.

Umum mengetahui, bahawa padang pekan semporna begitu nostalgia dan bersejarah kerana lahirnya atlet-atlet Semporna yang hebat dan terkenal adalah kerana padang pekan Semporna yang begitu sinonim dengan masyarakat setempat.Bukan sahaja sebagai tempat untuk bersukan dan melahirkan atlet terkenal, padang pekan semporna turut menjadi tempat majlis keraian dan majlis-majlis ilmu serta rasmi kerajaan seperti sambutan hari kebangsaan. sambutan maulidur rasul, sambutan regata lepa dan sebagainya.

Peruntukan sebanyak RM 2 Juta itu akan merangkumi 2 komponen utama, pertama padang bola sepak dengan dilengkapi kemudahan padang sintetik bertaraf olimipik, manakala yang kedua adalah padang bagi jenis yang tahan lasak ( heavy duty ) bagi menampung kenderaan berat atau majlis berbentuk pameran. Selain itu, komponen-komponen lain turut akan di naik taraf seperti tandas awam, kawasan tempat duduk, pagar dan pentas utama padang pekan semporna.

Lanskap Semporna pasti berubah 360 darjah melalui kerja-kerja penaiktarafan padang pekan semporna yang akan berubah wajah sedikit masa lagi, Inilah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional ( BN ) terhadap kesejahteraan rakyat semporna khususnya dan banyak lagi, yang sentiasa memahami aspirasi terutamanya anak muda dan masyarakat umum. Komitmen pemimpin kita dalam menyuarakan keperluan dan suara kita untuk diangkat bagi perhatian pucuk pimpinan sentiasa diberi laluan mudah untuk direalisasikan, inilah kerajaan bertunjangkan rakyat untuk rakyat yakni Kerajaan Barisan Nasioanl dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sabah.

31 January 2018

BN Menjamin Masa Depan Sabah dan Rakyatnya

KATA peribahasa, jangan sesekali terperangkap dengan keadaan seperti tikus membaki labu, mendengar guruh di langit lalu mencurahkan air di tempayan, atau mengejar bayang-bayang, kerana semua itu merangkap anda pada sesuatu yang sia-sia.

Kerajaan Bn yang menerajui Sabah sejak tahun 1994, telah menunjukkan komitmen dan komited memajukan negeri dan rakyatnya.

Perancangan yang mantap sudah dibuat, ada yang sudah siap dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Halatuju pembangunan dan Kemajuan Sabah sudah "in-place" dan telah membuahkan hasil, pelaksanaan pada landasan betul, dan pasti pada tahun 2025, Sabah lepas landas sebagai negeri maju.

Rakyat Sabah tidak perlu lagi terpengaruh dengan parti-parti yang tidak tentu arah, yang mana para pemimpinnya masih asyik dengan janji-janji bulan bintang, janji retorik.

Parti Bn ibarat kerja menanam padi, bukan sahaja padi sudah dituai, malah penanaman sudah berkali-kali, selain itu padi sudah menjadi beras dan seterusnya nasi. Berbanding parti-parti yang melawan, sawah bendang masih dipenuhi lalang, semak belukar, namun memberi tahu rakyat, bahawa hasil tuaian padi bakal berkarung-karung/berguni-guni, sedangkan jenis benihpun belum dikenal pasti, entah-entah benih padi angin.

Kepada rakyat Sabah, pada PRU-14, pastikan anda terus memilih parti Bn untuk meneruskan momentum pembangunan dan kemajuan untuk generasi akan datang. Jangan terperangkap dengan kata peribahasa, parti seperti tikus membaiki labu, mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan.

PRU MERUPAKAN MEDAN MENILAI PRESTASI WAKIL RAKYAT


PILIHAN RAYA merupakan masa menilai prestasi seorang wakil rakyat. Jika wakil rakyat sesuatu kawasan bekerja dengan baik, maka baiklah parti yang beliau wakili.

Bagai mana pula menilai prestasi wakil rakyat daripada parti yang bukan memerintah? Faktor yang dinilai adalah sejauh mana wakil rakyat itu membawa keperluan rakyat ke tengah, misalnya menerusi media-media bercetak, media alternative, dan sejauh mana respon terhadap pihak berwajib berkaitan dengan isu-isu yang di bawa itu. Bagi kawasan yang diwakili wakil rakyat daripada parti lawan kerajaan, pengundi atau rakyat di kawasan sedemikian sudah berpuas hati jika isu-isu yang berkaitan kemudahan asas atau kemudahan awam diketengahkan, apa kah isu-isu itu mendapat respon, bukanpun persoalan, kerana mereka telah maklum, bahawa memilih wakil rakyat bukan mewakili kerajaan, hanya bertujuan untuk semak dan imbang. Atas asas itu lah kawasan yang telah maju seperti bandar biasanya dimenangi calon-calon yang membangkang kerajaan.

Ambil contoh berkaitan jalan raya. Jalan raya kawasan Luyang misalnya cukup canggih, meskipun kawasan itu adalah kawasan yang dimenangi parti lawan. Demikian juga kemudahan asas atau awam di kawasan-kawasan yang diwakili parti lawan, seluruhnya serba lengkap, sebab itu kawasan seumpama ini, jika intan berlianpun ditaburkan oleh parti kerajaan, sukar untuk dimenangi. Kata kawan politik saya, melayan karenah kawasan seumpama ini, hanya buang masa.

Pendek kata, bagi kawasan-kawasan yang telah maju, rakyat atau pengundi tidak memberi markahpun pada wakil rakyat mereka, kerana mereka itu daripada awal-awal lagi telah memutuskan, apapun perstasi wakil rakyat mereka selama sepenggal tidak dipengaruhi oleh masa dan kondisi, sebabnya sebelumpun mereka memilih wakil rakyat di kawasan mereka, mereka telah memutuskan markah A+ untuk selama-lamanya. Atas sebab itulah, bukan sahaja jarang malah tiada sama sekali mereka itu menyalahkan wakil rakyat mereka. Jika ada isu-isu kemudahan awam yang berbangkit, mereka tidak menuding jari pada wakil rakyat mereka, melainkan kepada kerajaan yang memerintah.

Bagi kawasan seumpama ini, maka tepatlah kata kawan politik saya itu, melayan karenah pengundi di kawasan sedemikian hanya buang masa, sebabnya, mereka itu tidak akan memilih wakil rakyat lain, selain wakil rakyat daripada parti yang melawan kerajaan. Bagi mereka itu, asalkan parti melawan kerajaan, maka calon-calonnya telah diberi markah A+. Dalam situasi demikian inilah, misalnya pada PRU-13 lalu, seorang yang “no-body” di Dun Likas, telah dipilih oleh pengundi kawasan itu.

Keadaan di kawasan bandar dan luar bandar sangat berbeza. Sebagai contoh kawasan Kota Belud. Di laman sosial misalnya, buka sahaja handphone, sensawang seperti facebook, tweeter, atau blog-blog, tiada lain selain menunding jari kepada wakil-wakil rakyat. Malah ada yang menulis “Tiada pemimpin lain membawa pembangunan bagi Kota Belud hanya pemimpin (INI), seolah-olah pemimpin itu sangat gagah perkasa, sehinggakan tidak memerlukan sokongan atau kerjasama daripada pemimpin lain, membawa pembangunan dan kemajuan, sedangkan dalam system pengurusan, sokong menyokong antara seorang pemimpin dengan pemimpin lain membolehkan sesuatu projek di bawa ke kawasan.

Contoh projek yang gagal kerana tidak mendapat sokongan bulat daripada para pemimpin, adalah Projek Agropolitan Kota Belud. Pendek kata, jika di sesebuah kawasan seperti Kota Belud, projek kerajaan berjalan dan dilaksanakan, maka, ianya merupakan sokongan semua peringkat pemimpin, termasuk di peringkat negeri dan Pusat. Bukan seperti kata orang “ kerana hanya oleh seorang pemimpin”.

Pada PRU-14 yang sedang menghitung hari, para wakil rakyat yang mewakili seperti kawasan Kota Belud yang bakal dinilai dan diberi markah oleh pengundi. Apa kah markah yang bakal diberikan, akan terlihat sejauh mana jumlah undi dan majoriti bakal diperolehi.

Oleh kerana kawasan-kawasan yang bakal dinilai oleh rakyat/pengundi umumnya kawasan luar bandar, maka tidak kurang daripada 48 kawasan Dun termasuk dalam kategori itu. Jika demikian duduk perkaranya, maka hasrat parti-parti yang tiada rekod terlalu sukar menembusi kawasan-kawasan sedemikian, jika berpandukan kepada kemajuan dan pembangunan.

Persoalanya, mengapa ada pengundi di kawasan sedemikian menyokong parti lawan? Isu inilah yang perlu dirungkai oleh para juru kempen pada PRU-14.

30 January 2018

Umno Berjasa Pada Rakyat Sabah


KERANA kehadiran parti UMNO ke Sabah, bukan sahaja ramai pemimpin negeri dilantik ke peringkat Persekutuan, akan tetapi juga ramai penjawat awam negeri ini dilantik mengetuai agensi-agensi atau jabatan Persekutuan.

Apa yang sangat ketara, sejak parti itu menjadi tunjang kepada kerajaan negeri, bukan sahaja kestabilan politik dapat diwujudkan, akan tetapi juga pembangunan dan kemajuan negeri berjalan pada landasan betul.

Tan Sri Musa Aman bersama para pemimpin lain termasuk para pemimpin parti komponen Bn, telah Berjaya menterjemahkan amanah yang diberikan oleh rakyat, membangun dan memajukan negeri, baik daripada segi fizikal akan tetapi juga pendapatan.

Kehadiran Umno telah melahirkan berbagai pemimpin yang mempunyai komitmen dan komited terhadap negeri dan rakyatnya.

Kadar kemiskinan negeri menurun dengan drastiknya. Pada tahun 2016 kadar kemiskinan adalah 2.9% berbanding pada tahun 2009 19.7%.

Simpanan kewangan negeri pada tahun 2017 berjumlah RM3.74bilion, berbanding RM184juta pada tahun 2003.

Keluasan hutan simpan pada tahun 2017 adalah 1.8juta hektar berbanding tahun 2002 0.838juta hektar.

Adalah merugikan, jika parti yang memberi jasa dan membela rakyat Sabah, digantikan dengan parti yang tiada rekod dan tidak teruji. Apa yang lebih malang lagi, parti yang mahu menggantikan Umno, adalah parti yang dipimpin oleh mantan pemimpin parti yang mengkhianati parti, apabila amanah yang diberikan parti dan rakyat gagal dilaksanakan.

Sayogianya, seluruh ahli parti dan juga rakyat yang pernah memberi amanah kepada pimpin itu perlu marah, dan kemarahan itu perlu diterjemahkan kepada sifar undi kepada parti itu termasuk pemimpinnya pada PRU-14.

23 January 2018

SOMBONG DAN EGONYA SHAFIE

Lihat lambang #1 dibaju beliau
SELEPAS menghina RELA, Datuk Shafie menghina pula ibu bapa pelajar yang mendapat bantuan beg sekolah daripada agensi kerajaan atau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dalam rangka bantuan (CSR) syarikat-syarikat berkenaan.

Dahulu, semasa masih menteri, beliau juga turut sama membahagikan beg-beg sekolah kepada para pelajar, namun masa itu, menurut beliau, tindakan seumpama itu adalah untuk mengurangkan beban ibu bapa pelajar, khususnya daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Namun, kini, beliau menghina pula tindakan itu, kerana menurut beliau, menerusi tindakan itu, menunjukkan kerajaan gagal menjadikan semua rakyat cukup pendapatan.

Shafie lupa, bahawa hanya setahun lebih sedikit beliau meninggalkan kerajaan yang telah menjadikan beliau kaya raya, dikenali, malah menjadikan beliau menteri. Mengapa selama menjadi pemimpin kerajaan yang memberikan jasa kepada beliau, tidak sepatah perkataanpun keluar daripada mulut beliau, bahawa memberikan beg sekolah dan bantuan-bantuan kepada pelajar di mana ibu bapa mereka kurang pendapatan, tidak menjadi satu masalah. Mengapa baru sekarang? 

Menerusi kenyataan MP Semporna itu, menunjukkan bahawa beliau adalah seseorang yang mudah lupa daratan, seperti kacang lupakan kulit. Rakyat kena berfikir 1000 kali menyokong pemimpin seumpama ini, kerana rakyat hanya dijadikan batu loncatan untuk beliau mendapat kuasa. Parti Umno merupakan parti yang beliau pergunakan untuk menempah nama dan kedudukan selama 22 tahun, malah parlimen Semporna yang beliau wakili sekarang, kerana menang melalui parti Umno. Parti yang berjasa pada beliau selama 22 tahun, memberi beliau kuasa memeperkayakan para kroni beliau, sehinggakan hak rakyat menerusi dana KKLW untuk rakyat luar bandar pun, diselewengkan.

Rakyat kena mengambil iktibar, menerusi tindakan Presiden parti Warisan Sabah itu masa lalu, bahawa beliau hanya mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dan para korni beliau. Rakyat hanya dijadikan keldai sebagai mencapai hasrat peribadi, bukannya membela rakyat. Bukti nyata, parti dan kerajaanpun yang memberi beliau nama dan kedudukan, boleh beliau lupa, apatah lagi rakyat!!!. Menyokong Shafie, sama dengan menyiram air di daun keladi, sama dengan mencurah garam ke laut, jawapannya adalah sia-sia. Fikir-Fikirkan Lah.

PRU-14: PILIH CALON YANG BERKHIDMAT BUKAN YANG BERHORMAT

Wakil Rakyat Sebagai Yang Berkhidmat
ADA dua kategori calon pada PRU-14, samada calon YANG BERKHIDMAT atau YANG BERHORMAT, dua-duanya mempunyai singkatan yang sama, YB.

Pengundi Sabah yang tersibar di 25 kawasan Parlimen dan 60 DUN, sudah tentu sudah dapat jawapan, mana wakil rakyat yang terkategori sebagai YANG BERKHIDMAT dan YANG BERHORMAT.

Bagi penulis, jelas wakil rakyat yang termasuk dalam kategori YANG BERHORMAT adalah mereka yang mewakili Parlimen Sandakan, Penampang dan Kota Kinabalu, manakala Semporna bermula tahun 2015. Untuk kawasan Dun, wakil rakyat yang termasuk dalam YANG BERHORMAT, adalah ADUN Tamparuli, Inanam, Likas, Api-Api, Kepayan, Moyog, Bingkor, Sri Tanjung, Klias, manakala ADUN Matunggong, Kedamaian dan Luyang, hanya separuh jalan menjadi YANG BERHORMAT sebelum bertukar kepada YANG BERKHIDMAT.
Wakil Rakyat Sebagai Yang Berhormat


Apa yang mencirikan seseorang wakil rakyat itu dipanggil YANG BERKHIDMAT? mereka itu berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing dengan memberikan pembelaan kepada mereka, manakala mereka yang termasuk YANG BERHORMAT, hanya melawat di kawasan masing-masing, kalaupun ada, hanya membawa berbagai dakwaan berkaitan wakil-wakil rakyat YANG BERKHIDMAT. Mereka itu, tiada cerita lain, melainkan membawa perkhabaran buruk, busuk lagi membusukkan. Manakala mereka yang tergolong YANG BERKHIDMAT sentiasa membawa khabar gembira dan ole-ole yang menyebabkan rakyat yang diwakili akan merasa gembira.

Wakil rakyat termasuk dalam kategori YANG BERKHIDMAT, boleh dikatakan elaun mereka diberikan kepada rakyat yang diwakili dalam berbagai cara, namun mereka yang tergolong YANG BERHORMAT, elaun atau apa-apa sahaja tuntutan sebagai wakil rakyat, semuanya masuk poket.

Sebenarnya pengundi yang memberikan status kepada mereka TERMASUK dalam kategori YANG BERHORMAT, membantu mereka dalam status itu mendapatkan pencen, elaun dan tuntutan-tuntutan lain untuk kegunaan peribadi,

Pada PRU-14, jika pengundi, mahu wakil rakyat yang terkategori sebagai wakil rakyat YANG BERKHIDMAT, maka tiada pilihan lain, selain memilih calon-calon parti Barisan Nasional.

20 January 2018

PEKAN SEMPORNA: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MERIAH

ALHAMDULILLAH kita diberi kesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul. Cinta baginda te­lah pun mengalir dalam diri setiap umatnya sejak 1439 tahun dahulu sehingga membuatkan kekasih Allah ini terlalu istimewa untuk umatnya.

Saban tahun kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal bertujuan memperingati kekasih ummah ini yang berjuang menyebarkan dakwah dan risalah kenabian sehingga hari ini.

Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam” - (Surah al-Anbiya’, ayat 107).

Kelahiran (Maulid) Nabi adalah sebesar-besar rahmat Allah kepada alam dan khususnya kepada manusia keseluruhannya. Rahmat ini ada dalam akidah, muamalah, akhlak, malah dalam semua bidang kehidupan.

Rahmat ini tidak hanya terbatas untuk manusia pada zaman baginda sahaja, tetapi meluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Memperingati, menyambut, merayakan dan membesarkan Maulidur Rasul adalah amal yang menjadi salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah di samping meluahkan ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.


Haruslah diketahui bahawa cinta kepada Rasulullah SAW adalah salah satu dasar dan rukun keimanan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya serta manusia keseluruhannya.”

Tidak hairanlah sambutan ini diadakan saban tahun kerana ketika ini peluang dakwah juga dapat dimaksimumkan terutamanya ketika menyambut Maulidur Rasul. Sambutan Maulidur Rasul semestinya menyasarkan objektif untuk mengajarkan mereka yang belum tahu, mengingatkan mereka yang alpa, mengukuhkan pegangan mereka yang telah dan masih ingat serta memperbetulkan mereka yang tersasar daripada kehidupan yang ditunjuk oleh Rasul mereka.

Itulah tanda kita sedang benar-benar memperingati baginda. Itulah sebuah penghargaan dan syiar yang benar-benar tepat mengenai sasaran sebuah sambutan terhadap baginda Nabi. Ini juga adalah intipati dan kandungan perjuangan Rasulullah yang mulia selama 23 tahun kehidupannya sebagai seorang Rasul dan Nabi terakhir bagi seluruh bangsa manusia.

Golongan muda khususnya, harus didedahkan dengan keistimewaan dan kepentingan menyambut dan menghayati sambutan Maulidur Rasul agar ia tidak akan menjadi hanya satu budaya semata-mata.

Mereka sepatutnya menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW untuk lebih mengenali dan mencintai kekasih agung Nabi Muhammad SAW agar kita dapat menjadi penyambung risalah nabi untuk ummah ini.

Rahmat yang paling besar ke atas manusia dan alam keseluruhannya adalah rahmat kehadiran Rasulullah. Imam As-Suyuthi memberi pendapat tentang perayaan Maulidur Rasul di dalam Al-Hawi li al-Fatawa dengan katanya:

“Menurutku, asal perayaan Mau­lid Nabi, iaitu manusia berkumpul, membaca al-Quran dan kisah-kisah teladan Nabi Muhammad sejak kelahirannya sehingga perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makanan yang dimakan bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu tergolong Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik). Orang yang melakukannya diberi pahala kerana membesarkan kedudukan baginda, menampakkan kesukaan dan kegembiraan di atas kelahiran Nabi Muhammad yang mulia.”

Justeru, umat Islam tidak sepatutnya berbalah tentang sambutan Maulidur Rasul kerana ia sememangnya perkara yang baik untuk dilakukan. Janganlah kita hanya tertumpu kepada perkara remeh-temeh yang bakal merugikan umat Islam sendiri.

Bagaimanapun, melahirkan rasa cinta kepada baginda Nabi SAW bukan hanya berarak dengan membawa sepanduk semata-mata. Sepatutnya lebih daripada itu hendaklah dengan menghayati semangat dan roh di sebalik sambutannya.

Maka, selaku kita yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW hendaklah menunjukkan rasa cinta kita kepada kekasih Allah ini bukan sahaja di bulan kelahiran baginda bahkan setiap saat dan detik.

Tidak kurang juga kita mengikuti setiap sunnah baginda dalam segenap aspek agar kehidupan kita akan diberkati dunia dan akhirat. Berasaskan kepada keyakinan itu, maka pada hari ini di Padang/Dewan Masyarkat Semporna, diadakan Sambutan Hari Lahir keputraan Nabi Junjungan Muhammad SAW yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri merangkap ADUN Bugaya- Datuk Haji Ramlee Marahaban.

19 January 2018

30,000 Rakyat Sambut DS Najib Di Nabawan

KIRA-KIRA 30,000 rakyat Pensiangan menyambut Perdana Menteri di Pekan Nabawan pada Jumaat.

Sempena lawatan itu, beliau telah merasmikan Klinik Kesihatan dan Kompleks Sukan Nabawan, janji pada PRU-13 lalu.

Menerusi perasmian Klinik Kesihatan itu, maka penduduk Nabawan tidak perlu berjalan jauh ke Hospital Keningau untuk menerima rawatan.

Berkaitan dengan Kompleks Sukan, rakyat kawasan itu dapat memanfaatkan kompleks itu untuk meningkatkan prestasi sukan dari kalangan rakyat selain boleh menjadi pendorong mereka yang mempunyai bakat dalam sukan untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi termasuk mewakili negeri dan Negara.

Sambutan yang luarbiasa daripada penduduk Pesiangan terhadap Perdana Menteri, mengingat penulis pada keputusan PRU-13. Pada PRU-13, seramai 21,379 pengundi keluar mengundi, daripada jumlah itu calon Bn mendapat undi di peringkat Parlimen seramai 9,467 menerusi Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS. Menerusi jumlah undi itu, beliau menang dengan majority 1,744. Di peringkat DUN pula, bagi DUN Sook, calon Bn mendapat undi sebanyak 7,223 dan menang dengan majority 4,395, manakala satu DUN lagi dalam Parlimen itu, DUN Nabawan dimenangi calon Bn apabila mendapat 3,816 undi dan majority kemenangan sebanyak 342.

Melihat kepada sambutan rakyat Pensiangan terhadap Perdana Menteri, Nampak gayanya, kawasan itu masih merupakan wilayah Bn. Apa yang diharapkan sambutan itu dapat diterjemahkan kepada undi, agar kawasan itu tetap dalam genggaman parti Bn.

BUANG PERSEPSI MENANG KERANA PARTI

PARA wakil rakyat Bn, kena melihat pencapaian mereka selama menjadi wakil rakyat. Apa kah pencapaian mereka itu telah memenuhi citarasa dan kehendak rakyat. Mereka harus jujur dan adil pada diri sendiri, pada parti, dan jika merasakan bahawa pencapaian mereka, dibawah "par", jangan lagi tersorong-sorong, termasuk melobi, untuk dicalonkan semula.

Seorang calon, perlu menganggap selain sumbangan parti, sumbangan diri sendiri sebagi pemimpin juga perlu diberi nilai, kerana rakyat/pengundi, selain melihat parti juga akan melihat calon.

Wakil rakyat "incumbent" perlu mengumpul rungutan di kawasan masing-masing, dan jika rungutan itu membawa kepada impak negative kepada parti jika mereka dicalonkan semula, maka perlu mengakui secara "gentlemen" memberitahu pucuk pimpinan untuk tidak dicalonkan semula. Namun, sifat manusia, tidak mahu mengakui kelemahan sendiri, sehingga bertegas juga untuk dicalonkan, malah menghantar pelobi, dengan berbagai misi, jika sipulan tidak dicalonkan, maka boleh menyebabkan parti kalah. Situasi inilah yang berlaku, pada PRU-13, calon yang sepatutnya tidak dicalonkan akan tetapi dicalonkan, manakala calon yang perlu dicalonkan, tidak dicalonkan.

Tindakan terbaik, apabila sokongan terhadap parti dan calon saling mengisi (complement) antara satu sama lain, kerana menerusinya, maka calon-calon boleh menang dengan majority besar. Fikir-Fikirkan Lah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels