18 September 2018

MUSA MANGSA MUSLIHAT POLITIK

Seawal Mei, 2012 Sarawak Reports sebuah portal atas talian yang berpusat di United Kingdom kendalian Clare Rewcastle-Brown selepas gagal mempengaruhi pihak berkuasa Malaysia untuk membuat pertuduhan rasuah kepada Tan Sri Taib Mahmud beralih kepada Tan Sri Musa Aman.

Media atas talian itu menulis berbagai tuduhan terhadap Musa dengan menggunakan data-data palsu, kononnya seawal tahun 1996, Musa telah menyalahgunakan kedudukan beliau dengan memberi konsisi balak kepada keluarga dan kroni beliau.

Bagi rakyat Sabah, memang tahu betul, Musa hanya dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac 2003. Dengan sendirinya rakyat Sabah tahu sebarang tuduhan yang dibuat Sarawak reports adalah auta.

Walau bagaimana pun, lawan-lawan politik beliau menggunakan laporan portal atas talian itu sebagai sumber untuk menuduh Musa menyalahgunakan kuasa.

Kalau lah digoogle, rekaan terhadap Musa memang masih tersimpan di maya itu. Berasaskan kepada data dalam talian itu, maka pihak-pihak tertentu penyokong parti Warisan Sabah dan PH membuat laporan kepada SPRM menggunakan data tidak sahih itu. Sebagai impaknya, Musa diminta hadir di Pejabat SPRM Putrajaya pada 6 September, 2018 untuk rakaman percakapan.

Memang penulis maklum, rakaman percakapan terhadap ADUN Sibuga itu tidak dilakukan oleh SPRM sebelum ini walaupun berbagai laporan berasaskan laporan Sarawak Reports, kerana ianya tidak munasabah dan merit untuk disiasat, kerana dakwaan itu tiada asas. Namun selepas Musa dirampas kedudukan beliau untuk sementara, maka pihak-pihak tertentu mengambil peluang itu untuk Musa menarik bendera putih daripada tindakan beliau menyaman TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal di mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu untuk mendapatkan keputusan berkaitan jawatan Ketua Menteri Sabah yang sah berasaskan Perlembagaan Negeri Sabah.

Sebenarnya dakwaan Sarawak Reports bahawa Musa menyalahgunakan kuasa dengan memberikan konsisi balak kepada keluarga atau kroni beliau bercanggah dengan fakta, kerana Musa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membatalkan 700 ribu ekar konsisi balak yang melibatkan MALUWA, SEGAMA DAN KELUMPANG. Sebagai perbandingan keluasan hutan kekal Sabah pada tahun 2002 adalah 838 ribu hektar, dan pada tahun 2017 meningkat kepada 1.87juta hektar, bertambah lebih 1juta hektar. Menerusi pertambahan ini, sebenarnya menepis dakwaan bahawa Musa menyalahgunakan kuasa.

Lagipun, sejak Musa menjadi Ketua Menteri, sumber utama pendapatan negeri bukan lagi berasaskan kayu kayan, akan tetapi sudah berubah kepada sektor-sektor lain seperti minyak dan gas, pelancongan, peladangan dan perikanan.

Musa telah menggariskan menerusi Halatuju Pembangunan & Kemajuan Negeri Sabah, bahawa pada tahun 2025, keluasan Hutan Kekal Sabah ditetapkan pada 30% keluasan negeri.

Dakwaan berbagai pihak terhadap Musa sebenarnya muslihat politik, termasuklah tuduhan kononnya beliau membeli sokongan para ADUN STAR untuk menyokong beliau sebagai Ketua Menteri sebelum beliau dan kabinet mengangkat sumpah pada 10 Mei,2018.

17 September 2018

UMNO BAHARU SABAH PEMANGKIN GREATER MALAYSIA

Matlamat Umno masuk Sabah pada tahun 1990 atau dengan rasminya pada tahun 1991, sehinggakan melahirkan anak sulung, di Usukan, Kota Belud adalah untuk membela bumiputera Sabah dan kaum-kaum lain.

Menerusi Umno maka lahir lah banyak pemimpin bukan sahaja di Sabah akan tetapi di peringkat nasional.

Menerusi Umno juga, maka kestabilan politik Sabah terwujud, sebab itu selama 24 tahun, kerajaan yang sama memerintah negeri, berbanding sebelumnya, setiap 9 tahun, kerajaan bertukar.

Kerjasama Umno dengan parti-parti komponen telah memperancak pembangunan dan kemajuan ekonomi. Sebagai impaknya, kadar kemiskinan menurun dengan drastik sehingga ke paras di bawah 3% pada tahun 2016. Kadar kesmiskinan negara adalah 2%.

Pada hakikatnya, Umno sebagai tunjang kerajaan tiada cacat celahnya sehingga kehilangan 15 kerusi Dun pada PRU-14. Sebagai imbasan kembali pada PRU 2004, 2008 dan 2013, Umno hanya kalah masing-masing satu kerusi. Julung kalinya pada PRU 2018 kalah 15 kerusi, termasuk pemimpin kanan parti.

Kekalahan calon-calon parti, kerana termakan umpan UBAH, selain isu fitnah dan Harapan.

Meskipun Umno pada PRU-14 (2018), masih mempunyai 17 kerusi, namun dilihat lemah sehinggakan parti komponen seperti UPKO berpaling tadah. Menambah parahnya lagi keadaan wakil rakyat Umno sendiri bertindak khianat.

Penulis melihat, kekalahan 15 calon Umno semasa pilihanraya dan kemudiannya disusuli tindakan pembelotan, bukan petanda bahawa Umno Sabah terkubur. Sehingga ke hari ini, tiada tanda-tanda ahli parti keluar beramai-ramai, melainkan tindakan terpencil para pemimpin muda yang oportunis.

Umno Sabah kekal utuh, meskipun berganti kepimpinan. 

Diperingkat akar umbi, nampaknya peremajaan parti berjalan, dilihat semasa pemilihan parti baru-baru ini. Ada bahagian-bahagian dipimpin oleh pemimpin baru.

Kini parti dipimpin kombinasi antara pemimpin berpengalaman dan yang baru.

Sebagai impak kepada isyarat yang diberikan rakyat pada PRU-14, maka Umno Sabah menjawab isyarat itu bergabung dengan parti-parti tempatan dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Di masa depan GBS akan bergabung Parti Gabungan Sarawak (PGS) dan parti-parti di Semanjung untuk membentuk Gabungan Malaysia atau (Pakatan Malaysia- menurut Naib Presiden Umno Datuk Khaled Nordin). Menerusi gabungan itu akan terwujud Greater Malaysia.

Untuk menuju terwujudnya gabungan Malaysia. Umno Sabah akan bergerak ke akar umbi di seluruh negeri yang akan dikemudikan oleh Ketua Penerangan Umno Sabah- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Anggota gerakan jelajah ini akan melibatkan semua peringkat Parti, Induk, wanita, Pemuda dan Puteri.

Gerakan jelajah bertujuan untuk mendekati akar umbi selain memberi penjelasan, penerangan, juga untuk mempertingkatkan semangat perjuangan ahli-ahli parti.

Umno Sabah perlu berbangga kerana akan menjadi sebahagian daripada Greater Malaysia.

Untuk Rekod- Badan Perhubungan Umno Baharu Sabah adalah seperti berikut:-

Pengerusi- Datuk Hajiji Haji Noor
Timbalan - Datuk Bung Moktar Radin
Setiausaha- Datuk Masidi Manjun
Penerangan- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Bendahari- Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan

KEMAJUAN SABAH: JANGAN KETEPIKAN HAKIKAT

Jangan ketepikan hakikat berkaitan kemajuan Sabah. 

Kemajuan dan pembangunan hari ini bukan datang bergolek, sebaliknya kerana hasil kerja kerajaan Kerajaan BN dan para pemimpinnya. 

Jangan salahkan mereka yang menanam padi, kerana hasil tuaian yang baik, sebaliknya berterima kasih lah.

Tahun 90-an Sabah adalah negeri termiskin dalam negara.

Statistik kemiskinan Sabah pada tahun 2016 adalah 2.9%, mendekati kadar kemiskinan kebangsaan 2%.

Kadar kemiskinan menurun dengan drastiknya, sejak diperintah kerajaan Bn. 

Sebagai contoh kadar kemskinan tahun 1994 di atas 30%, 15 tahun kemudian berjaya diturunkan kepada 19.7% pada tahun 2009, berkurangan lagi kepada 7.8% pada tahun 2012, kemudiannya 3.9% pada tahun 2014.

Kalau lah betul kerajaan BN dan pemimpinnya perasuah (maka Datuk Shafie Apdal tidak terkecuali, kerana hanya keluar pada Bn pada tahun 2016. Shafie meneduduki berbagai kapasti termasuk Menteri KKLW yang dikatakan kehilangan dana lebih RM1.5bilion untuk projek-projek luar bandar Sabah pada era beliau, namun SPRM telah membebaskan beliau)

Dakwaa rasuah hanya cerita rekaan untuk mengwujudkan persepsi.

Kalau lah kerajaan Bn dan pemimpinnya rasuah, bagaimana Sabah dapat mengumpul simpanan kewangan sehingga RM3.7bilion setakat Disember, 2017, dan seterusnya jumlah simpanan itu adalah rekod bagi negeri.

Ketua Audit Negara bertahun-tahun memberikan SIJIL tanpa teguran kepada pengurusan kewangan negeri. Selain penarafan antarabangsa juga memberi AAA. Makna kata, pengurusan kewangan Sabah cukup telus, ertinya penggunaan kewangan sesuai dengan tujuannya. Bahasa sederhananya, wang dibelanjakan sesuai dengan kos yang sebenar.

Oleh pengurusan kewangan negeri yang telus, maka pembangunan dan kemajuan Sabah berjalankan dengan lancar.

Hakikat dan fakta tidak boleh dinafikan, semasa Bn memerintah Sabah khususnya di era Tan Sri Musa Aman, pembangunan & Kemajuan Sabah berjalan dengan pantas sekali.

Pengalaman Musa sebagai peniaga yang berjaya, digunakan untuk membangun dan memajukan negeri. Beliau bernasib baik kerana mempunyai kawan-kawan pemimpin yang mempunyai itegriti yang tinggi, meskipun Kerajaan PH pada hari ini, cuba menafikan kejayaan itu, kononnya kerajaan mereka berjaya menumbangkan kerajaan perasuah.

Penulis suka mencatitkan profile pemimpin kerajaan PH dan di Sabah Warisan. Perdana Menteri adalah PM BN selama 22 tahun. Shafie Apdal adalah pemimpin Bn lebih 20 tahun, hanya menjadi pembangkang kepada Bn kurang 2 tahun. Jika para pemimpin ini mengatakan bahawa kerajaan Bn adalah perasuah, maka sebenarnya termasuk mereka juga lah.

16 September 2018

KEMELUT SABAH: TIADA SEBAB SALAHKAN TAN SRI MUSA

Kerana perbuatan khianat, maka Tan Sri Musa Aman terpaksa menangguh berkhidmat sebagai Ketua Menteri.

Kerana perbuatan orang lain, Tan Sri Musa dijadikan sasaran berbagai dakwaan. Hakikatnya isu-isu yang menyelubungi beliau berkisar pada Kemelut Sabah yang berlegar-legar status Ketua Menteri dan Kerajaan sah Sabah berasaskan Perlembagaan Negeri.

Musa terperangkap dengan keadaan. Beliau dan kabinet beliau pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan. Sama dengan Kerajaan Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak. Bezanya, beliau dikhianti oleh kawan-kawan, sehinggakan berlakunya kemelut.

Musa, kabinet beliau menyadari, bahawa secara angka (numbers) tidak berpihak kepada mereka. Namun, yang ingin ditegakkan adalah Perlembagaan Negeri. Yang diperbetulkan adalah perbuatan khianat dalam politik, kerana ianya tidak boleh diwarisi, bukan sahaja tindakan itu khianat kepada kepercayaan rakyat tetapi secara moralnya jijik.

Namun apa yang berlaku, Musa pula menjadi sasaran oleh kumpulan pengkhianat dan mereka yang menyokong perbuatan ini, sedangkan sebelum ini, mereka-mereka ini bergegar-gegar sebagai pejuang demokrasi, namun kini, berpaling pula kepada perbuatan menghalalkan cara.

Mereka cuba memalit imej buruk kepada Musa, bermula dengan Laporan TYT, Laporan SPRM yang direka-reka. Kemudiannya laporan-laporan itu direkaysa sedemikian rupa di media, supaya rakyat menyalahkan beliau, judge by the people dan judge by media.

Kumpulan ini, mahu bertindak ikut kata peribahasa panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Mereka menerusi persepsi mahu menghapuskan nama baik Musa, menghapuskan pencapaian beliau selama 15 tahun, yang berjaya memertabatkan Sabah dan rakyatnya dalam segi ekonomi, pembangunan, kemajuan dan dalam dunia politik.

Bagi penulis, apapun tindakan mereka itu, fakta tidak akan berbohong. Dalam masa sementara mungkin ada yang terpengaruh, namun lambat laun, perkara benar dan betul yang akan kekal.

Padahari ini, di Sabah Hari Malaysia bakal disambut. Sambutan ini bermula semasa pemerintahan Musa. Pengiktirafan 16 September akan menjadi catitan sejarah yang tidak boleh dipadam.

15 September 2018

BENAR KAH TAN SRI MUSA AMAN TIDAK KAYA?

Bagi pelayar internet atau media sosial yang tidak tahu latar belakang Tan Sri Musa Aman, sudah tentu akan percaya apabila ada pemimpin politik membuat kenyataan bahawa Musa tidak pernah kaya dan kekayaan beliau kononnya diperolehi semasa beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.

Maksud dan tujuan mereka itu adalah untuk mengaburi mata rakyat dan mahu memalitkan imej buruk kepada Musa menerusi dakwaan-dakwaan, bahawa harta-harta atau kekayaan Ketua Menteri terlama Sabah itu, kononnya hasil salah guna kuasa semasa menjadi Ketua Kerajaan Sabah.

Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac, 2003 menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1994. 

Musa menceburkan diri dalam politik melalui Parti USNO di era Kerajaan Parti Bersatu Sabah. 

Musa bertanding buat pertama kali sebagai calon pada tahun 1990 di bawah tikit Usno di Dun Sugut, Kinabatangan, namun nasib belum menyebelahi beliau, dan kalah tipis kepada calon PBS. 

Pada pilihanraya parlimen tahun yang sama, PBS keluar daripada Bn untuk menyertai Barisan Alternatif bersama parti S-46 dan DAP. 

Ekoran berpaling tadahnya PBS, maka Umno menyebarkan sayapnya ke Sabah untuk menggantikan peranaan parti Usno secara rasminya pada Februari 1991. 

MENGAPA MUSA MEMILIH USNO? 

Panggilan menceburkan diri dalam dunia politik dibuat sendiri oleh Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun. 

Musa sebelum mendapat pelawaan daripada Allahyarham Tun Mustapha adalah seorang peniaga yang berjaya. 

Beliau menjadi peniaga bermula pada tahun 1973. Perniagaan beliau termasuklah membuka ladang-ladang kelapa sawit usahasama dengan Lembaga Tabung Haji Malayisa (LTH), pembangunan hartanah selain menjalankan kerja-kerja kontrek. Hasil daripada perniagaan beliau, beliau menubuhkan Bank sendiri- City Finance Bhd. 

Sebenarnya, Musa dapat mengumpulkan banyak keuntungan kewangan menerusi peladangan dan pembangunan hartanah, selain mendapat keuntungan yang cukup besar, apabila saham beliau menerusi City Finance Bhd dijual kepada EON Bank Bhd, dan akhirnya saham-saham itu dibeli oleh Hong Leong Bank Bhd.

Oleh kerana, mahu bergiat aktif dalam dunia politik sepenuh masa, maka beliau melepaskan perniagaan dalam pembangunan hartanah selain melepaskan jawatan Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah yang beliau terajui selama 10 tahun, sehinggalah dewan itu menjadi dewan perniagaan bumiputera terkaya di Malaysia.

Ekoran pelepasan aset-aset beliau, malah ada pemimpin Sabah yang juga seorang peguam pernah memberi tahu penulis, bahawa Musa mempunyai simpanan wang yang cukup besar hasil daripada pelupusan aset-aset. 

PERANAN MUSA SEMASA UMNO MELEBARKAN SAYAP KE SABAH 

Musa dilantik sebagai Bendahari parti itu di Sabah, malah menerusi Buku mantan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohammad Rahmat pernah menyebut beberapa kali bahawa sumbangan besar Musa terhadap Umno Sabah cukup besar, malah beliau pernah menyumbang sebanyak RM500 ribu ringgit untuk merenovasi Pejabat Umno Sabah semasa masih beribu Pejabat di Bangunan USIA, Sembulan, Kota Kinabalu. 

Musa juga dilantik oleh Allahyaram Tun Abdul Ghafar Baba dan Tun Mustpaha sendiri sebagai Ketua Gerakan Pilihanraya Pilihanraya Kecil Usukan, Kota Belud pada September, 1991 yang telah melahirkan ANAK SULUNG UMNO SABAH, kerana dimenangi oleh Tun Mustapha sebagai calon sulung Umno di Sabah. 

BERTANDING KALI KE DUA 

Pada pilihanraya Negeri Sabah tahun 1994, Musa bertanding di DUN Sungai Sibuga, Sandakan, dan pada kali ke-2 ini beliau menang. 

Walaupun menang, dalam pembentukan kabinet negeri, selepas Bn yang diterajui Umno membentuk Kerajaan Negeri, kerana PBS yang menang PRN tahun itu kehilangan majoriti di DUN Sabah, namun beliau tidak menyertai kabinet negeri, melainkan dilantik Sebagai Pengarah Yayasan Sabah. 

Semasa beliau menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Sabah, timbul rancangan pihak-pihak tertentu menjual ladang-ladang dan hartanah yayasan itu kepada Syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur, namun dihalang oleh beliau. Umum mengetahui, tindakan menghalang penjualan Yayasan Sabah, telah menjadi punca pergeseran antara Musa dengan pemimpin tertentu itu sehingga ke hari ini. 

BERTANDING KALI KE TIGA 

Pada PRN tahun 1999, Musa bertanding kali ke-3 di Dun yang sama, dan beliau menang. Selepas menang, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah semasa Datuk Osu Sukam Ketua Menteri dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah di bawah Tan Sri Chong Kah Kiat dan selanjutnya mengambil alih jawatan Ketua Menteri. 

Semasa Musa dilantik Ketua Menteri, beliau membuat kenyataan di Dewan Undangan Negeri Sabah, bahawa simpanan kewangan Negeri hanya RM184juta. Berasaskan kepada status kewangan kewangan negeri itu, beliau menyeru semua pihak termasuk pihak swasta dan kerajaan mengembelingkan tenaga untuk meningkatkan perolehan negeri, supaya kewangan Sabah menjadi sihat semula. 

alam rangka meningkatkan pendapatan Sabah, Musa memperkenalkan Halatuju Kemajuan dan Pembangunan Sabah (Halatuju) sehingga tahun 2025. Pada tahun 2025, Sabah akan lepas landas (take-off) sebagai Negeri Maju. 

Sebagai impak kepada HALATUJU, maka pendapatan Sabah terus meningkat, sehinggakan Sabah berjaya membentangkan Bajet yang cukup besar beberapa kali melebihi RM4bilion, mala bajet itu sentiasa dalam keadaan surplus. 

Kerana pengurusan kewangan yang transparen dan menurut piawan antarabangsa, maka Sabah sentiasa mendapat sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara, selain itu, pengurusan Kewangan Sabah mendapat penarafan AAA daripada penarafan Antarabangsa, Standard & Poor. 

BENAR KAH MUSA RAKUS? 

Dalam tempoh Musa sebagai Ketua Menteri, kewangan Sabah terus meningkat daripada RM184juta (tahun 2003) kepada RM3.7bilion (tahun 2017), malah di DUN Sabah Datuk Shafie Apdal mengakui pada Jun,2018, simpanan kewangan Sabah berjumlah RM3.4bilion. 

Jika Musa rakus? Bagaimana kewangan Sabah boleh meningkat pada kadar lebih RM251juta setahun untuk tempoh 14 tahun. 

BENAR KAH MEMBENARKAN PEMBALAKAN BERLELUASA? 

Sebagai rekod, pada tahun 2002, keluasan hutan kekal Sabah adalah 838ribu hektar, namun pada tahun 2017, keluasan hutan kekal Sabah adalah 1.87juta hektar, meningkat lebih 1juta hektar selama 15 tahun. Kenapa keluasan hutan meningkat? Sebabnya menerusi Halatuju Kemajuan & Pembangunan Sabah, Musa mensasarkan pada tahun 2025, land mass Sabah sekurang-kurangnya diselimuti 30% hutan kekal. Mengapa Musa mengutamakan hutan kekal? Tujuannya, agar generasi akan datang dapat mewarisi khazanah negeri.

Malah pada tahun 2007, Musa telah membatalkan 3 konsesi besar pembalakan yang melibatkan lebih 700 ribu ekar, iaitu konsesi MALUWA, SEGAMA dan KELOMPANG untuk dijadikan sebagai kawasan Simpanan Hutan Kekal yang dilindungi (tidak boleh dibalak). Jika benar, Musa membenarkan pembalakan berleluasa, mengapa beliau membatalkan konsesi balak yang melibatkan kawasan yang cukup luas itu? 

SIAPA MUSA SEBENARNYA? 

Melihat kepada catitan pendek penulis, jika rakyat Sabah membaca sedikit atau mencari tahu profile Ketua Menteri terlama Sabah itu akan menyedari, bahawa beliau sebelum berkecimpung dalam dunia politik adalah sesorang yang telah berjaya dalam dunia yang diceburi sejak tahun 70-an lagi. 

Mengapa ramai rakyat kurang tahu bahawa Musa adalah seseorang yang telah “berada” kerana sifat beliau yang sentiasa merendah diri, tidak takabur, tidak suka menunjuk-nunjuk, kerana amalan beliau ikut Rasmi Padi Semakin Berisi semakin menunduk, selain itu juga beliau menyematkan pada diri beliau Ular Menyusur Akar Tidak Akan Hilang Bisanya. 

Atas sebab sifat semulajadi Musa, maka mereka yang tidak mengetahui latar belakang beliau, terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan politik, kononnya Musa TIDAK KAYA, dan mendakwa kekayaan beliau berpunca daripada kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri. 

Kerana berbagai dakwaan itu, maka ada yang tergamak membuat LAPORAN kepada SPRM kononnya beliau terlibat memberikan lesen-lesen kayu balak kepada kroni-kroni beliau untuk maksud mendapat balasan kewangan. 

Musa sebenarnya dimusuhi oleh syarikat-syarikat atau tauke-tauke balak, termasuk daripada seseorang yang dilantik ke jawatan jabatan kerajaan, kerana lesen-lesen kayu balak orang itu dibekukan sebagai kaedah kerajaan Sabah mempercepat peningkatan keluasan hutan kekal Sabah. 

Rakyat Sabah jika mahu berlaku adil kepada Musa, maka perlu tahu bagai mana latar belakang Sabah daripada awal kemerdekaan sehingga tahun 2017. 

Semasa Sabah bergantung kepada pembalakan sebagai sumber utama pendapatan, tidak pernah membendangkan bajet melebihi RM3bilion setahun, namun dikala balak bukan sumber utama, bajet negeri beberapa kali mencatit rekod, malah bagi tahun 2018, bajet negeri sebanyak RM4.104 bilion dengan lebihan RM49juta. 

Sebagai mantan ahli perniagaan yang berjaya, Musa tahu bagaimana mendapatkan sumber kewangan untuk negeri. Sebab itu, sebelum tahun 2003, sektor pelancongan bukan lah sektor utama negeri untuk meningkatkan pendapatan, namun Musa melihat bahawa sektor pelancongan merupakan The Raising Sun Industry. 

Di samping itu, Yayasan Sabah sebelum ini, hanya bersandarkan pendapatan daripada konsensi balak, memperbagai sumber pendapatan termasuk bergiat dalam sektor peladangan, perikanan, pelancongan dan sektor-sektor hiliran lain, malah berkecimpung dalam dunia perkhidmatan menerusi pembinaan SICC ( Sabah International Convention Centre) di Teluk Likas. 

Musa telah menanamkan pada diri beliau, di dunia perniagaan beliau berjaya, mengapa pula sebagai CEO Negeri beliau tidak boleh berjaya!!!!. Tujuan beliau, semata-mata untuk melepaskan Sabah dan rakyat daripada kaca kemiskinan dan terbelakang. Sebab itu, menerusi panduan beliau HALATUJU, maka Sabah terkeluar daripada negeri termiskin dalam negara, malah kadar kemiskinan telah menurun kepada 4% pada tahun 2017, berbanding 19.8% pada tahun 2009. (Bersambung-- pada siri berikutnya.. penulis akan menulis WAJAR KAH MUSA DIHUKUM?)

13 September 2018

POLITIK SABAH: MASA DEPAN GABUNGAN BERSATU SABAH (GBS)?

Gabungan Bersatu Sabah (GBS) adalah flatform parti Umno-PBS-STAR bekerjasama dalam bentuk blok politik, serupa dengan Barisan Nasional sebelum ini.

Barisan Nasional Sabah telah bubar, selepas PRU-14.

Dalam rangka politik Sabah, parti yang bersifat berbilang kaum sahaja yang boleh menang dalam pilihanraya, kerana kemajmukkan penduduk Sabah.

GBS memperkuat ikatan antara rakyat berbagai kaum yang diwakili oleh parti-parti yang bergabung.

Umno lebih menonjol sebagai parti bumiputera islam, PBS pula selain mewakili KDM, juga mewakili kaum cina, manakala STAR lebih menonjol sebagai parti bumiputera bukan islam. 

Menerusi gabungan ini, pendekatan yang bakal dilakukan, Umno akan menumpukan wilayahnya di kawasan-kawasan bumiputera islam,manakala PBS dan STAR di kawasan-kawasan bumiputera bukan islam, di kawasan kaum cina akan diserahkan kepada PBS.

Kalau berasaskan persempadanan pilihanraya, kedudukan antara bumiputera islam, bukan islam dan cina cukup jelas. Makna kata, menerusi gabungan itu, masing-masing parti menumpukan penguasaan di kawasan-kawasan sesuai dengan halatuju parti masing-masing.

Asas pembahagian kerusi boleh disandarkan kepada pembahagian pada PRU-14, ertinya Umno kebahagian 32 kawasan, PBS dan STAR berberbincangkan bagi kawasan-kawasan KDM, sementara di kawasan cina, diberikan kepada PBS.

Dalam senario politik terkini, nampaknya kawasan-kawasan KDM akan kembali kepada naungan PBS dan STAR. Hanya di kawasan bumiputera islam Umno berhadapan sengit dengan Parti Warisan Sabah, sementara PBS berdepan dengan DAP dan PKR di kawasan kaum cina.

GBS kerana bekerja secara “smart” kalau mahu menjadi teraju kepada Kerajaan Sabah untuk masa yang panjang, seperti mana Bn Sabah yang bermula tahun 1994.

Sudah tiba masanya, parti-parti dalam gabungan itu bekerja di wilayah masing-masing sebagai persiapan menghadapi pilihanraya.

Gabungan itu juga kena mencari satu slogan sebagai misi dan visi bagi maksud menggamit sokongan rakyat.

SODOMI II: AKIBAT SEBUT NAMA TUN DR MAHATHIR- SHAFEE DITANGKAP/DIDAKWA

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditangkap dan didakwa menggunakan akta AMLA dan akta cukai, kerana menerima bayaran yuran guaman tertunggak tuntutan daripada Umno/Bn sejak tahun 1990. Kerana bayaran itu juga beliau didakwa menggunakan akta cukai.

Mungkin di negara ini, tuduhan kepada pengamal undang-undang menggunakan AMLA kerana menerima bayaran guaman pertama kali berlaku, dan kebetulan peguam itu adalah pengumbela utama Dato Seri Najib Razak dalam kes RM42juta SRC International dan kebetulan juga menggunakan akta AMLA.

Shafee ditangkap, dituduh di mahkamah kemungkinan besar berpunca apabila beliau menyebut nama Tun Dr Mahathir dalam kes Sodomi II. 

Dalam kes sodomi II, Tan Sri Muhammad Shafee adalah pendakwaraya yang dilantik Peguam Negara dengan bayaran "token" RM1,000 (walaupun perkhidmatan itu berasaskan tanpa bayaran atau pro bono). 

Umum mengetahui, Dato Seri Anwar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara, namun hukuman itu sudah menjadi akademik kerana beliau diampunkan oleh SPBA selepas menjalani hukuman 5 tahun.

Shafie dengan jelas, memberitahu, bahawa perlantikan beliau sebagai pendakwaraya bagi sodomi II atas desakan Tun Dr Mahathir, kepada DS Najib Razak, kerana mantan PM-4 itu tidak yakin dengan pasukan Peguam Negara yang diketuai Tan Sri Gani Patail mensabitkan Anwar. DS Najib tiada pilihan masa itu, kerana perlantikan Shafee adalah prasyarat Tun Dr Mahathir untuk tidak menentang DS Najib dan Bn.

Apa kah tindakan Tun Dr Mahathir mendakawa Shafee sebahagian daripada modus operandi melemahkan, melumpuhkan hak-hak DS Najib Razak dalam segi undang-undang? kerana jika Shafee terus mengetuai pasukan pembela utama DS Najib, maka tiada peluang bagi Peguam Negara menang di mahkamah. Kekalahan akan mencoreng arang pada muka Tun Dr Mahathir, dan selanjutnya mengautakan semua dakwaan beliau!!!. 

Bagi Mahathir, selagi ada kuasa, maka pergunakan lah kuasa itu, dengan cara apa sekalipun.

PENAHANAN SHAFEE ABDULLAH-TINDAKAN LUMPUHKAN NAJIB

Tindakan kotor yang sinonim dengan era Tun Dr Mahathir kembali lagi. 

Pagi ini, di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Peguambela utama Dato Seri Najib Razak didakwa menerusi akta AMLA dan akta cukai. 

Empat pertuduhan dikemukakan, termasuk bayaran RM9.5juta yang diterima daripada DS Najib bagi pihak Umno/Bn untuk melangsai yuran guaman tertunggak bermula tahun 1990. Berkaitan bayaran itu juga, peguam kanan itu didakwa menerusi akta cukai, kerana dikatakan tidak melaporkan bayaran tersebut kepada LHDN.

Shafee adalah peguambela kanan DS Najib Razak berkaitan dakwaan menerima RM42juta daripada SRC International yang mana dakwaan juga dimasukkan dalam akta AMLA.

Di luar jangkaan semua pihak bahawa Shafee akan didakwa berasaskan bayaran guaman yang beliau terima, namun, bagi maksud melumpuhkan pertahanan DS Najib Razak, maka taktik kotor digunakan.

Kerajaan PH yang diketahui Tun Dr Mahathir yakin tidak akan menang melawan DS Najib Razak, tanda-tanda itu, apabila Peguam Negara Tommy Thomas enggan mengetuai pasukan pendakwaan terhadap mantan Perdana Menteri ke-6 itu, sebaliknya melantik peguam luar, iaitu Sulaiman Abdullah dan Sri Gopal Ram.

Sejauh mana berkesannya taktik kotor ini melumpuhkan pertahanan Najib? sama-sama kita tunggu.

12 September 2018

MADIUS TANGAU MEMANGPUN BUKAN KATAK TAPI TOLONG SHAFIE RAMPAS KUASA

Memangpun Datuk Madius Tangau bukan katak, tetapi seorang individu yang membantu Datuk Shafie Apdal merampas kuasa.

Malangnya, cara Madius itu adalah pengkhiantan. Tindakan khianat itu lah yang diperhalusi dipanggil perbuatan katak.

Dalam politik Sabah, seseorang yang tidak setia kepada perjuangan dan menikam belakang kawan-kawan seperjuangan mendapat jolokan katak.

Madius sehingga pukul 5 petang 9 Mei, 2018, malah sehingga pukul 8 pagi 10 Mei, masih menganggap dirinya sebahagian pemimpin Bn, kerana hadir di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah bersama 31 ADUN Bn plus Star. 

Sebenarnya, kehadiran Madius di Sri Gaya adalah memberi sokongan kepada kerajaan baru Sabah yang bakal mengangkat sumpah pada 9 Pagi 10 Mei, 2018. Namun, majlis angkat sumpah ditunda ke jam 2 petang, kerana kerana TYT mahu menemu bual Datuk Dr Jeffery G Kitingan.

Oleh kerana acara angkat sumpah ditunda, maka para pemimpin Bn yang bukan ADUN telah keluar daripada Sri Gaya termasuk lah Madius. Namun selang beberapa jam kemudian, terdengar khabar sahih, Madius menemui Shafie di kediaman Presiden Warisan itu di Jalan Bundusan, Penampang. Ekoran perkembangan itu, diterima arahan daripada Istana, bahawa TYT pula mahu menemu bual para ADUN UPKO pada pukul 1.30 petang, namun, atas saranan seorang wakil rakyat, maka semua 31 ADUN termasuk ADUN UPKO bertolak ke Istana untuk memberi sokongan moral. Selepas TYT menemu bual 5 ADUN UPKO, maka diputuskan, acara angkat sumpah pada pukul 8 malam.

Temu bual para ADUN UPKO dan Dr Jeffery selesai pada pukul 4 petang, dan kemudiannya semua 31 ADUN kembali ke Sri Gaya menunggu pukul 8 malam. 

Para ADUN Bn dan STAR ke Istana semula pada pukul 7.30 malam, namun acara angkat sumpah berlangsung pada pukul 11 Malam.

Difahamkan, ekoran tindakan Madius berjumpa Shafie pada pagi itu, telah menjadi katalis kepada gerakaan pengkhiantan.

UPKO mengumumkan keluar pada Bn pada 11 Mei, 2018, Pada masa yang sama juga 4 ADUN Umno berpaling tadah, iaitu ADUN Balung, Tanjung Batu, Sebatik dan Kemabong, manakala UPKO walaupun part itu keluar BN, hanya diikuti ADUN Paginatan dan Kedamaian.

Pada 26 Oktober, akan diputuskan Mahkamah, siapa kah Ketua Menteri sah Sabah, berasaskan Perlembagaan Negeri.

8 September 2018

SABAH HANYA MILIK ORANG SEMPORNA !!!

Sabah pada PRU-14 mempunyai 1.104 juta pengundi, 48,248 pengundi bagi Parlimen Semporna (Dun Senallang, Dun Sulabayan dan Bogaya) mewakili 4.4% daripada keseluruhan pengundi.

Berasaskan kepada peratusan itu, walaupun tidak sampai 5%, namun Sabah kelihatannya milik orang Semporna, mana kan tidaknya Ketua Menteri dan Timbalan Ketua bagi kuota Bumiputera islam daripada kawasan tersebut. Selain itu, Ketua Setiausaha politik Ketua Menteri juga daripada kawasan itu, selain Pengarah Pemimpin Pembangunan Masyarkat (PPM) Negeri. Namun apa yang menariknya, mereka-mereka itu daripada susur galur yang sama.

Adalah dipercayai, selain jawatan yang disebutkan, jawatan-jawatan lain baik peringkat negeri dan Persekutuan, dimonopoli oleh mereka daripada kawasan yang sama, dan daripada susur galur yang sama.

Bagi jawatan penting, hanya Pengarah Yayasan Sabah terkeluar daripada susur galur penduduk Semporna, mungkin sebagai pemudah cara bagi mengaburi mata rakyat secara keseluruhan.

Untuk sementara waktu, penulis belum mendapat data lengkap berkaitan taburan penguasaan penduduk Semporna di Jabatan-Jabatan Kerjaan mahupun GLC, namun berasaskan cakap-cakap, kerajaan sekarang kecenderungan melantik lebih ramai para pegawai daripada Semporna, manakala daripada kawasan lain hanya akan dipertimbangkan berasaskan kesesuaian, dengan kata lain, jika tidak terdapat calon daripada kawasan itu.

Nampak gayanya, jika tidak berlaku perubahan kerajaan, selama 5 tahun, Sabah bakal ditabir urus oleh penduduk Semporna.

Kerajaan yang ada juga, berasaskan kepada prinsip SABAH UBAH, maka mengenepikan Perintah Am Negeri Sabah atau Suruhanjaya Perkhidmatan Sabah, apabila melantik orang bukan dalam sistem pentadbiraan kerajaan menduduki jawatan-jawatan penting, seperti Presiden MPS dan Pengarah Jabatan Air Sabah. 

Penulis yakin, berasaskan prinsip SABAH UBAH, akan ramai lagi orang-orang politik dilantik pada jawatan-jawatan perkhidmatan awam dalam masa terdekat, walaupun sebelum ini Datuk Shafie Apdal sebelum PRU-14 berdegar-degar menyatakan bahawa orang-orang politik tidak akan dilantik mengetuai jabatan-jabatan kerajaan atau agensi yang berkaitan dengan kerajaan.

Rupanya, slogan SABAH UBAH itu, adalah satu kaedah membahagi-bahagikan harta karun, bukannya untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan.

7 September 2018

APA PENDEKATAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG SABAH?

Ada yang mencadangkan bahawa parti-parti pembangkang Sabah yang ada kerusi (dun atau Parlimen) ikut langkah Sarawak menubuhkan gabungan.

Sebenarnya, Sabah lebih dahulu mencadangkan pendekatan itu, apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) mengubah perlembagaan parti itu sebagai antisipasi kepada perkembangan kemelut Ketua Menteri Sabah pada Mei, 2018. 

PBS telah ikut jejak UPKO, LDP keluar daripada komponen Parti Barisan Nasional selepas PRU-14. 

Pada asasnya Bn Sabah telah lumpuh, meskipun masih dianggotai UMNO, MCA dan MIC. Namun di Sabah, hanya Umno mempunyai kerusi baik di peringkat DUN mahupun Parlimen. 

Parlimen- Kudat, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Libaran, Beluran dan Kinabatangan; sementara Dun- Tempasuk, Usukan, Sulaman, Kawang, Membakut, Klias, Lumadan, Sungai Sibuga, Karanaan, dan Apas. 

Cadangan asal parti Gabungan Sabah (GBS) adalah wadah parti-parti pembangkang di Dun Sabah, ertinya gabungan itu “hanya” disertai para ADUN, bukannya parti. 

Pada asalnya, GBS diperkirakan boleh menggamit sokongan para ADUN tanpa melihat latar belakang parti, dan jika mendapat jumlah majoriti mudah, maka akan membentuk Kerajaan Negeri. Namun, berasaskan senario sekarang, hasrat penubuhan gabungan itu, sukar berlaku. 

Para pemimpin Umno Sabah pada masa ini dalam keadaan berbelah bahagi, apa kah menyertai gabungan secara enblok, atau menyertainya sebagai parti. Ertinya, konsepnya seperti Bn, iaitu terdiri daripada berbagai parti. Jika secara enblok, maknanya, GBS merupakan sebuah parti berbilang kaum. 

Melihat kecenderungan atau pola pengundian pada PRU-14, nampaknya pengundi Sabah terbahagi dua, iaitu mengundi berasaskan gabungan parti-parti (mengundi Bn) dan mengundi berasaskan parti (pengundi PWS, PKR dan DAP serta STAR). 

Namun, bagi menghadapi PRU-14, pola pengundian PRU-14 tidak semestinya berulang kerana situasi dan kondisi yang telah berbeza. 

Bagi pendapat penulis, Umno Sabah kena diteruskan, demikian juga PBS dan STAR, dan kemudiannya hanya berpakat atau berkolaborasi dalam pengagihan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi semasa PRU. Jika berasaskan keputusan PRU-14, maka masing-masing kawasan yang dimenangi dijadikan sebagai asas, kemudian merinci kawasan yang tidak dimenangi dan seterusnya parti mana yang perlu bertanding, supaya berlaku satu lawan satu. 

Di Sabah menggunakan satu parti gabungan sebagai asas membendung ADUN Katak, bukan lah penyelasaian, kerana ianya sangat bergantung kepada ADUN berkenaan, seperti mana berlaku pada pada 11 Mei, 4 ADUN Umno telah khianat. 

Kolaborasi berasaskan parti, maka masing-masing parti menumpukan jentera dan kekuatan di kawasan-kawasan yang dikhaskan bagi menentukan kemenangan. 

Para pemimpin Umno kena mempertimbangkan asas kemasukkan Umno ke Sabah, iaitu mengambil peranaan Usno. Tidak mudah memalingkan sokongan melalui perubahan hala tuju. Umno sebenarnya masih mempunyai sokongan jika dilihat pada PRU-14, walaupun separuh kawasan ditawan PWS, kerana parti itu dipimpin oleh mantan pemimpin Umno. 

Para pemimpin Umno perlu menyedari, kini, sebahagian besar para penyokong Umno yang telah mengundi PWS, telah kecewa, kerana terperangkap dengan bunyi guruh dilangit lalu air di tempayan dicurahkan. Fikir-Fikirkan.

6 September 2018

TAN SRI MUSA AMAN: MANGSA KEADAAN

Apa pun yang diperkatakan berkaitan Tan Sri Musa, beliau adalah Ketua Menteri terlama Sabah, beliau berjaya memartabatkan Sabah, beliau berjaya memajukan dan membangun Sabah.

Tidak mudah mengenepikan pencapaian Musa. Tahun 2003 simpangan kewangan Sabah hanya RM184juta semasa beliau dilantik Ketua Menteri. Selepas kedudukan beliau dirampas menerusi khianat, simpangan kewangan Sabah yang beliau warisi lebih RM3.4bilion. Menerusi rekod itu, jika ada tuduhan bahawa beliau salah guna kuasa, mereka itu tergolong yang tidak dapat membezakan koma dan titik perpuluhan, tidak tahu membezakan antara juta dan bilion, tidak tahu membezakan antara 6% dan 16%.

Jika ada tuduhan bahawa sementara pemerintahan beliau penebangan hutan berleluasa, bagai mana keluasan hutan simpan Sabah bertambah daripada 838ribu hektar (2002) kepada 1,870 ribu hektar pada tahun 2017. Oleh kerana hutan tidak dijadikan sumber utama negeri, maka terlihat menerusi perolehan negeri daripada hutan cukup sedikit. Walaupun demikian, kerajaan Negeri di bawah pimpinan beliau boleh membentangkan bajet di atas RM4bilion, sedangkan semasa sumber hutan 80% perolehan negeri, tidak pernah negeri membentangkan bajet sebesar itu.

Musa mendapat gelaran Bapa Pembangunan Moden Sabah, kerana berjaya mentransformasi pembangunan negeri, khususnya di kawasan-kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Jalan-jalan bertingkat bermula semasa era Musa, bangunan-banguan kompleks belah moden bermula di era Musa. Melihat kemajuan dan pembangunan yang di era kerajaan Musa, kecuali mereka yang buta mata sahaja tidak menghargainya.

Sebenarnya Musa menjadi mangsa keadaan, kerana keputusan PRU-14 lalu di mana Kerajaan Persekutuan berjaya ditawan Pakatan Harapan, walaupun di Sabah, Musa masih mempunyai sokongan, apabila Bn yang diwakili beliau mendapat 29 kerusi daripada 60 Dun Sabah.

Kalau berasaskan logo yang digunakan semasa PRU-14, Bn=29, PWS=21, DAP=6, PKR=2 dan STAR=2. Kalau di United Kingdom, maka keputusan itu adalah keputusan DUN tergantung, dan lazimnya, parti yang mempunyai kerusi terbanyak dijemput menubuhkan kerajaan. Namun di Sabah, sebaliknya berlaku, malah ada usaha daripada pihak-pihak tertentu mengnepikan keputusan rakyat.

Jika berasaskan cerita-cerita di media sosial, pihak-pihak tertentu lebih berpihak kepada PWS yang ada 21 kerusi untuk menubuhkan kerajaan, sebab itu 3 ADUN Bn dipengaruhi pihak-pihak tertentu berpaling tadah, kemudiannya diikuti 3 yang lain pada 11 Mei, 2018. Perkara ini yang diputuskan oleh mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, pada 26 Oktober, 2018.

Musa dengan jelas mempunyai sokongan 31 ADUN pada 10 Mei, 2018 sebab itu beliau membentuk Kerajaan Negeri dan seterusnya beliau dan kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan TYT Sabah, disaksikan oleh Peguam Besar Sabah dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan para pegawai daripada Persekutuan dan Negeri.

Oleh kerana senario masa politik negara, maka tekanan terhadap Musa untuk melepaskan jawatan dilakukan termasuk disiasat oleh pihak polis dan SPRM.

Di khabarkan siasatan polis masih berjalan, manakala siasatan SPRM baru dimulakan pada Khamis di Pejabat SPRM Putrajaya. Pada Khamis, Musa dikatakan memberikan keterangan lebih kurang 2 jam, namun tiada laporan apa yang disoal atau berkaitan apa.

Semalam (Rabu) Musa kembali ke Sabah untuk tujuan angkat sumpah ADUN Sungai Sibuga, sebelum kembali ke Kuala Lumpur kerana mempunyai temu janji di Pejabat SPRM pada Khamis.

Musa akan berada di Kuala Lumpur, selain meneruskan rawatan beliau, juga memenuhi jadwal siasatan SPRM. Beliau akan kembali ke Sabah apabila proses rawatan beliau selesai.

Kehadiran Musa di Sabah, mengembirakan para penyokong Umno, PBS dan STAR, akan tetapi sangat mengusarkan para pemimpin PWS, PKR,dan DAP. 

Sambutan orang ramai semasa ketibaan beliau di KKIA semalam, adalah manifestasi, bahawa rakyat Sabah mengiktiraf Musa adalah Ketua Menteri yang sah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels