19 August 2020

PRN SABAH: IMPAK PERGOLAKAN UMNO SABAH

APA yang diharapkan oleh rakyat daripada parti-parti yang mesra Perikatan Nasional (PN) adalah kesepakatan antara semua pemimpin parti untuk mengumpul kekuatan berhadapan dengan Warisan Plus, namun apa yang berlaku, adalah pergolakan.

Sebelum pergolakan dalam Umno Sabah, terdapat "masalah utama" antara UMNO dan PPBM (Bersatu), iaitu pembahagian kerusi. Belumpun, masalah itu diselesaikan, timbul pula isu lain.

Masalah antara Bersatu dan Umno tidak dapat dielak, kerana pertembungan demografi kawasan pilihan raya. 

Isu lain yang didepani parti-parti pro PN, adalah belum adanya kesepakatan antara parti-parti berasaskan KDMR, kerana PBS dikatakan akan menggunakan logo sendiri, ertinya, ada kemungkinan parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi seperti mana dilakukan parti itu sebelum menyertai BN pada tahun 2002.

Juga, parti STAR yang dipimpin Datuk Dr Jeffery Kitingan belum membuat kenyataan, logo yang digunakan sempena PRN ini. Jika parti itu menggunakan logo sendiri, bermakna, akan bertanding sebanyak mungkin kerusi.

Melihat senario politik semasa, jika berlaku pertembungan antara parti-parti, maka keputusan akan lebih memihak kepada parti Warisan Plus, atas sebab kerjasama dalam pakatan itu, melahirkan hanya seorang calon bagi setiap DUN.

Jangan mengharap, pengundi yang pernah menyokong Warisan Plus akan berpaling tadah, seperti mana berlaku pada PRK Kimanis, atas sebab situasi yang berbeza.

Pendapat penulis, pengundi Warisan Plus akan kekal, manakala pengundi BN akan berpecah antara satu sama lain, dan sudah tentu keadaan ini menguntungkan calon-calon Warisan Plus.

Jika "feud' antara para pemimpin Umno sendiri, kemudiannya isu pengagihan kerusi antara parti itu dengan Bersatu, tidak diselesaikan, maka akan berlaku pada parti-parti pro PN- menang sorak kampung tergadai.

14 August 2020

DUN PINTASAN-BUKAN SOAL PARTI

DUN Pintasan, satu daripada 13 DUN tambahan kepada 60 DUN Sabah sejak tahun 2004, dan DUN itu juga julung kali bagi kaum minoriti Irranun, sejak Sabah merdeka tahun 1963.

Sejak Sabah merdeka, hanya seorang daripada suku irranun pernah menang dalam pilihan raya, walaupun dalam rekod ada dua individu daripada suku itu pernah berstatus Yang Berhormat.

Memandangkan pemimpin daripada suku tersebut yang pernah menang dalam pilihan raya, masih sihat walafiat, dan masih bergiat aktif dalam dunia politik, malah misi dan perjuangan beliau belum sampai ke puncak, maka lojiknya, beliau perlu diberi sokongan untuk mencapai dan merealisasikan misi dan perjuangan beliau yang belum selesai.

Tidak afdal, bagi suku kaum irranun, untuk tidak menyokong pemimpin itu, untuk merealisasikan visi dan perjuangan untuk kaumnya, malah kewujudan kawasan DUN yang memperuntukan untuk kaum itu, adalah sebahagian daripada misi dan perjuangan.

Ada lah elok, kawasan yang dirancang, diilhamkan, perlu lah dirasmikan sendiri oleh pemimpin tersebut, untuk mencatit penanda aras bagi generasi penerus.

Sokong lah pemimpin itu, untuk menyumbang goal yang beliau rancang daripada mula, kerana generasi penerus, masih mempunyai peluang yang luas dan besar untuk menyumbat goal berikutnya, kerana tidak dikejar oleh masa dan usia.

Mari lah kita bergotong royong, tanpa melihat LOGO pada PRN Sabah akan datang, yang digunakan oleh pemimpin itu, kerana LOGO hanya pemudah cara dalam pengiraan undi.

10 August 2020

SABAH UNTUK RAKYAT SABAH-BERDOLAK DALIKNYA SHAFIE

MASIH segar dalam ingatan rakyat Sabah, semasa Datuk Shafie Apdal menubuhkan Parti Warisan Sabah mahu mengusir atau menghalau semua parti yang didaftar di Malaya, tetapi apa yang berlaku bercium mulut dengan PKR dan DAP.

Selepas PRU-14, Warisan dengan 21 kerusi, DAP-6 dan PKR-2 kemudian disokong 4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO, membentuk kerajaan negeri pada 12 Mei, 2018. 

Hujah berdegar-dengar Shafie, termasuk mahu 80% hasil minyak Sabah, semuanya ke laut, walaupun selama 27 bulan memerintah negeri, walaupun 22 bulan daripada tempoh itu bersama Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir memerintah negara.

Selepas kerajaan Shafie tumbang pada 29 Julai, 2020 kerana kehilangan sokongan majoriti (meskipun 2 hari sebelum itu, beliau dengan angkuh berkata, bahawa kerajaan Warisan kukuh kerana ada 45 ADUN daripada 65).

Kini, secara terang-terangan Shafie sudah lari daripada misi awal beliau tidak bekerjasama dengan parti Malaya, kerana aspirasi rakyat Sabah yang tidak selari dengan pendirian beliau dan Warisan. Kerana mahu ikut kehendak rakyat Sabah, Shafie menyatakan akan bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir.

Tun Mahathir adalah pengasas parti Bersatu yang dikini diketuai Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin, namun terpecat dengan sendirinya apabila bertindak berlawanan dengan perlembagaan parti.

Shafie terpaksa bekerja sama dengan parti-parti Malaya seperti DAP, PKR, Amanah dan parti Tun Dr Mahathir, untuk bersaing dengan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN). Shafie tahu, pendirian bersendirian beliau dengan perjuangan SABAH FOR SABAHAN, tidak dapat mengetuk hati rakyat Sabah.

Terpulang kepda rakyat Sabah untuk mengadili kepimpinan Shafie yang suka berdolak dalik ini, hanya kerana mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Shafie adalah seorang pemimpin yang tiada kejujuran, khususnya berkaitan hasil pelaksanaan pemberian geran-geran tanah rakyat yang diukur sejak tahun 2010 menerusi PANTAS yang diusahakan oleh kerajaan era Tan Sri Musa Aman yang mendapat peruntukan daripada Persekutuan sebanyak RM20juta setahun.

Shafie langsung tidak memberi merit kepada usaha kerajaan era lalu, malah menipu rakyat, kononnya semua itu hasil usaha kerajaan beliau. Rakyat perlu ingat, pemimpin yang tidak jujur, maka akan memerintah juga tanpa kejujuran. Kepimpinan seperti itu, akan sentiasa berselindung dengan penipuan, untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Bukti terhadap ketidak jujuran Shafie memerintah, apabila ekonomi negeri merudum dengan teruk sekali. Perekonomian yang sihat sudah tentu dibantu oleh peniaga atau pelabur, namun jika mereka ini mendapati, bahawa kerajaan ditadbir tanpa kejujuran, maka mereka mengelak untuk berurus niaga. 

Perangkaan negara telah mengeluarkan pertumbuhan ekonomi Sabah yang menjunam ke paras 1.5% pada tahun 2018, berbanding 8.2% pada tahun 2017 dan jatuh lagi pada paras 0.5% pada tahun 2019, dan dianggarkan untuk tahun 2020 akan negatif. Walaupun ekonomi negeri menjunam, akan tetapi Shafie dan Peter Anthony yang untung kerana melaksanakan projek RM1.5bilion penyelenggaran jalan raya Sabah dan projek empangan Papar berharga RM3bilion. 

Sehingga kini, rakyat Sabah tertanya-tanya, masih ada kah simpanan kewangan negeri warisan daripada Tan Sri Musa Aman yang berjumlah RM3.7bilion, kerana selama 27 bulan Shafie asyik memberikan kontrak secara one-off kepada syarikat-syarikat kroni beliau, yang mana projek-projek tersebut tiada manfaat kepada rakyat, tetapi hanya untuk kontraktor, bertujuan mendapat wang cepat.

Kerana tindakan Shafie bukan berkepentingan rakyat secara menyeluruh, maka menyebabkan 13 ADUN yang menyokong beliau berpaling tadah pada 29 Julai, untuk menyelematkan negeri dan rakyatnya daripada kerosakan yang semakin teruk.

Bukti nyata dan jelas, menerusi laporan perangkaan negara, semakin membiarkan Shafie memerintah, maka ekonomi Sabah akan menjunam dengan teruk sekali, kerana Shafie bertindak seperti kera mendapat bunga.

8 August 2020

KEAHLIAN BERSATU SABAH 105,300 PADA OGOS, 2020

SETAKAT Ogos, 2020, jumlah keahlian Bersatu (PPBM) Sabah seramai 105,300, ianya merupakan 8.8% daripada jumlah pengundi Sabah yang berjumlah 1.2juta.

Menjelang PRU-14, Umno Sabah mempunyai keahlian seramai 460 ribu orang selepas 120 ribu menyertai Warisan Sabah.

Tidak pasti setakat ini, berapa keahlian Umno Sabah lagi, memandangkan ramai yang menyertai Bersatu, ekoran keluar beramai-ramainya pemimpin parti itu selepas PRU-14.

Walau bagai mana pun, penulis masih yakin, atas kertas, Umno Sabah masih mempunyai ramai ahli, kerana di Sabah, biasa berlaku, keahilan multi parti kecuali pemimpin.

Jumlah keahlian sesebuah parti menggambarkan kekuatan parti itu, khususnya sebagai "alat" untuk perbincangan pengagihan kerusi antara parti-parti.

Menjelang PRN Sabah, pengagihan kerusi antara Bersatu dan Umno, merupakan "isu besar" antara dua parti itu untuk menentukan jumlah kerusi yang ditandingi parti masing-masing.

Pengagihan kerusi yang berprinsipkan menang-menang adalah kaedah yang perlu dipilih, untuk berhadapan dengan Parti Warisan Plus, khususnya di kawasan bumiputera islam.

Pada PRN Sabah ke-15, untuk julung kalinya sebanyak 73 kawasan DUN dipertandingkan. Daripada jumlah tersebut, 43 kawasan adalah majoriti bumiputera islam, KDM 22 dan kaum cina 8.

Pada PRU-14 lalu, UMNO bertanding 32 kawasan DUN, 17 berjaya dikekalkan, manakala 15 lagi ditawan parti Warisan.

Terpulang kepada pemimpin Umno dan Bersatu Sabah, berbincang berkaitan pengagihan kerusi, dan sudah tentunya sebarang keputusan merupakan kekuatan sebenar antara dua parti tersebut.

4 August 2020

PRN SABAH: KEHADIRAN PARTI USNO BOLEH JADI KINGMAKER PEMBENTUKAN KERAJAAN NEGERI

KEHADIRAN parti USNO dalam PRN-15 Sabah, mungkin dilihat sebelah mata oleh parti Warisan, Bersatu, Umno dan parti-parti yang dominan di Sabah, apa tah lagi sambutan pada parti tersebut sejak dihidupkan ssemula selepas pengasasnya membubarkan parti itu pada tahun 1990 kerana bagi memberi laluan kepada UMNO, kurang menyerlah.

Sebelum pembubaran DUN Sabah, Usno mendapat suntikan baharu, apabila mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyertai parti itu sebagai Ketua UMUM.

Sempena pilihan raya kali ini, USNO akan meletakan calon di kawasan-kawasan yang mempunyai potensi untuk dimenangi, khususnya di kawasan Kota Belud, Kudat dan Lahad Datu serta Tuaran.

Memang niat sesebuah parti apabila menyertai pilihan raya untuk menang sebanyak mungkin kerusi, tetapi ada lah memadai, jika peranan parti itu boleh diambil kira, dalam proses pembentukan kerajaan, seperti mana berlaku selepas PRU-14.

Selepas PRU-14, parti STAR yang hanya menang 2 kerusi DUN, merupakan parti penentu kepada pembentukan Kerajaan BN, walaupun hanya bertahan 24jam, ekoran 6 ADUN Bn berpaling tadah menyokong parti Warisan Plus Sabah.

DUN Pintasan, walaupun nanti bakal ditandingi UMNO, atau PKR atau Warisan, parti-parti yang berjenama, akan tetapi faktor calon bakal menentukan bakal pemenang kawasan tersebut. Tan Sri Pandikar akan bertanding menggunakan LOGO USNO, sebaagai simbol, bahawa beliau merasmikan kawasan julung kalinya dikhususkan kepada kaum minoriti Irranun, untuk mempunyai kawasan pilihan raya sendiri.

Kaum Irranun, tidak banyak pilihan, selain menyokong Pandikar, bukan berasaskan parti, tetapi ATAS faktor SUMBANGAN beliau kepada kaum irranun itu sendiri. Sumbangan Pandikar kepada suku kaum Irranun, menjadikan suku kaum itu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum besar di negara ini.

2 August 2020

DUN PINTASAN- PASTIKAN DIMENANGI CALON BERWIBAWA

DUN Pintasan adalah pembuka kepada masa depan kaum irranun dalam dunia politik Sabah untuk masa akan datang.

Ibarat membina rumah, asas kukuh diperlukan, kerana rumah yang dibina didiami selama hayat, malah diwarisi.

Wakil rakyat yang berwibawa, penuh pengalaman, perlu meletakan asas yang kuat, teguh bagaikan tugu yang tidak tergoyahkan, malah dijadikan penanda aras bagi pemimpin selanjutnya.

Kaum irranun, perlu berbangga, kerana sejak wujudnya Sabah dan kemudian merdeka, julung kalinya mempunyai kawasan yang majoritinya kaum irranun. Kewujudan kawasan ini, bukan mudah, akan tetapi usaha berterusan daripada pemimpin irranun yang mengabadikan dirinya dalam sepak terjang politik sejak tahun 80 lagi.

Adalah apdal, pemimpin yang membuka ruang, perlu diberikan peluang merasmikan perjuangannya, dan penulis percaya, ramai kalangan kaum irranun, tidak suka bertindak seperti kacang lupakan kulit. Fikir-Fikirkan.

20 July 2020

KAWASAN TRADISI UMNO-KENYATAAN BUNG MENCERMINKAN MUAFAKAT

UMNO Sabah bersedia menyerahkan kawasan tradisi kepada Bersatu (PPBM) jika parti itu mempunyai keupayaan memberi sumbangan kerusi kemenangan kepada Perikatan Nasional.

Menerusi perkembangan tersebut, jelas semua mantan wakil rakyat Umno yang berpindah ke Bersatu, diyakini mempertahankan kawasan masing-masing.

Mereka itu adalah Datuk Rahim Bakri (Parlimen Kudat), Datuk Japlin Akim (DUN Usukan), Datuk Hajiji Haji Noor (DUN Sulaman), Datuk Ariffin Arif (DUN Membakut), Datuk Ghulam Khan Bahadar (DUN Kawang), Datuk Masidi Manjun (DUN Karanaan), YB Matbali Musah (DUN Lumadan), Datuk Isnin Alisnih (DUN Klias), Datuk Azizah Dun Banir (Parlimen Beaufort), YB Hafez Tan Sri Musa (Parlimen Sipitang), Datuk Zakaria Deris (Parlimen Libaran), Datuk Ronald Kiandee (MP Beluran) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (DUN Apas).

Dengan mencalonkan para wakil rakyat disebutkan, boleh menggalas kemenangan di kawasan masing-masing, termasuk daripada Umno dan parti-parti yang menyokong Perikatan Nasional.

Pada PRU-15 akan datang, PN akan berhadapan dengan Warisan-UPKO dan PH, dan jika satu lawan satu, di peringkat DUN, paling sedikit 40 kerusi bakal dkluasai PN, khususnya kawasan bumiputera.

Pada PRU akan datang Sabah menggunakan persempadanan semula daripada 60 kepada 73, dengan pertambahan 13 DUN, iaitu Bengkoka, Mangaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dambai, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

19 July 2020

TERASA SEKALI APABILA SALLEH BUKAN WAKIL RAKYAT

MINGGU lalu, penulis mudik kampung, selepas tidak berpeluang berbuat demikian kerana terkekang dengan PKP, selain mematuhi SOP saranan KKM.

Penulis menghabiskan masa jalan-jalan ke persawahan sambil memerhati bebarapa pesawah menjalankan penuaian padi. Hasil padi tidak seberapa kerana impak banjir yang melanda Kota Belud baru-baru ini.

Selepas penat ronda-ronda, berehat di sebuah chalet eko pelancongan, industri yang tumbuh bagaikan cendawan era kerajaan lalu. Kebetulan, pemilik chalet tersebut, adalah penyokong kuat era kerajaan lalu.

Sambil menunggu ikan bakar yang dimasak, penulis sembang-sembang dengan kawan-kawan sekampung, sambil menjamu selera buah-buahan termasuk durian yang di bawa kawan daripada Kg Nahaba.

Sebenarnya, pertemuan tersebut, adalah pertemuan antara kawan-kawan lama semasa bersekolah di SMK Kota Belud tahun 70-an. Apa yang menariknya, kami juga disertai anak-anak masing-masing, malah cucu-cucu.

Pertemuan sebegini, tidak terlepas daripada membicarakan soal politik. Kerana generasi kami, pernah melalui semua kerajaan yang pernah memerintah Sabah, selain merupakan saksi hidup kepada kepimpinan atau wakil rakyat Kota Belud. Pendek kata, rata-rata antara kami termasuk anak muda, terasa sangat, Datuk Salleh bukan wakil rakyat Kota Belud lagi.

Salleh telah berehat daripada dunia politik selepas sahaja PRU-14 berlabuh, namun mei lalu, beliau bakal aktif semula, selepas memohon menyertai mantan parti beliau-UMNO.

Sebenarnya, tidak keterlaluan dikatakan, bahawa Salleh merupakan seorang pemimpin politik yang bebas isu. Tidak mudah menyenaraikan pemimpin yang bebas isu di negara ini amnya dan Sabah khasnya.

Selamat kembali ke arena politik Datuk Salleh, demikian lah harapan kami-kami yang berjumpa minggu lalu, di Kota Belud.

12 July 2020

MENGAPA KERAJAAN SABAH BANTAH JPKKP

TAHU KAH ANDA mengapa Kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah bantah JPKKP (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) bagi menggantikan MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) yang diperkenalkan semasa Kerajaan PH. Sebabnya, adalah soal peruntukan. MPKK sebelum ini mendapat peruntukan daripada Persekutuan. Selepas PH tumbang peruntukan dibekukan. Oleh kerana semua pengerusi MPKK adalah lantikan Kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah, maka terpaksa memasukan bayaran elaun kepada semua pengerusi MPKK dalam Pakej Bantuan Covid-19 Sabah, sehingga Disember, 2020.

Semasa kerajaan Persekutuan masih dikuasai PH, bukan main sombong lagi kerajaan pimpinan Shafie dengan memperalat pengerusi-pengerusi MPKK sebagai alat politik di peringkat kampung.

Oleh kerajaan Persekutuan berubah, maka JPKKP akan diwujudkan bagi menggantikan MPKK. Fungsinya adalah sama dengan MPKK, kecualai akan berlaku perlantikan pengerusi-pengerusi baharu lantikan parti-parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.

JPKKP ini nanti akan menjadi mata dan telinga bagi parti-parti yang menyokong kerajaan PN, melalui dana persekutuan yang disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (JPPNS).

Bermula daripada 1Mac, 2020, semua peruntukan pembangunan Persekutuan tidak lagi diberikan kepada Kerajaan Negeri, melainkan menerusi JPPNS, manakala untuk peruntukan bagi agensi Persekutuan, seperti pendidikan, kesihatan akan terus diuruskan oleh jabatan masing-masing.

Oleh kerana perubahan tersebut, maka Kerajaan Warisan-UPKO-PH menerusi Datuk Ewon Benedick, begitu marah sekali, sehingga menuduh, menerusi perubahan tersebut, satu bentuk penjajahan, sedangkan semua pengerusi JPKKP adalah rakyat akar umbi Sabah, dan tiada hubungkait dengan penjajahan.

10 July 2020

SALLEH SATU JENAMA POLITIK

Datuk Salleh kena bergerak aggersif untuk memberitahu rakyat tentang perimustahaknya rakyat menyokong Perikatan Nasional dan membangkitkan kebaikan-kebaikan kepada rakyat secara umumnya menerusi media sosial, kerana media tersebut sudah bertukar kepada media arus perdana.

Dalam senario sekarang, semua pemimpin utama kena bergerak aggresif bersama-sama sebagai pemburu seperti dalam "animal kingdom" kerana menerusi kaedah tersebut memudahkan mencapai sebuah kemenangan.

Kelemahan para pemimpin BN sebelum ini, kurang aggresif di media kendalian sendiri, sebaliknya bergantung kepada media arus perdana.

Pemimpin seperti Salleh mempunyai kelebihan yang ketara apabila membangkitkan berbagai isu yang berkaitan rakyat berbanding pengamal media sosial lain, kerana beliau mempunyai jenama sebagai tokoh politik.

Apabila tokoh politik seperti Salleh memuat naik isu di media sosial, penganalisis politik atau pengamal media sosial boleh memantau, reaksi neitzen, dan seterusnya dapat merumuskan aspirasi mereka, dan ianya boleh menjadi masukan dalam kempen pilihanraya.

8 July 2020

WARISAN GENTAR- SALLEH KEMBALI AKTIF

CUBA bayangkan, hanya laporan bahawa Datuk Salleh Said memohon keahlian UMNO, pihak Warisan telah kepanasan, apabila laporan blog-blog Warisan membuat tulisan-tulisan palsu, kononnya penyertaan Salleh dihalang oleh beberapa pemimpin Umno, sehinggakan berlaku bertembungan dengan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. Sedangkan cerita berkaitan itu, tidak wujud, malah nama-nama yang disebut, terbahak-bahak membaca laporan tersebut.

Salleh dalam arena politik, hanya dimusuhi oleh pemimpin utama parti politik, kerana mereka tahu, Salleh mempunyai penyokong di peringkat akar umbi, secara menyeluruh.

Salleh mudah menembusi semua peringkat di akar umbi, sehinggakan memudahkan pasukan membawa jenama tersebut. Kerana faktor tersebut, maka pihak lawan cuba melakukan "pembunuhan karakter".

Salleh ibarat "penyerang" handal dalam bolasepak, sebab itu dalam permainan perlu dikawal dengan ketat, supaya tidak dapat menjaringkan gol.

5 July 2020

KETUA BAHAGIAN UMNO KOTA BELUD PERLU BERJIWA BESAR

KETUA Bahagian UMNO Kota Belud perlu berjiwa besar, bukannya kredil, apabila cuba menghalang kemasukan Datuk Salleh Said ke dalam Umno.

Memang, proses biasa kemasukan keahilan parti perlu menerusi cawangan atau bahagian, tetapi, bagi mantan pemimpin, memerlukan keputusan kepimpinan, khususnya Majlis Tertinggi parti. 

Para pemimpin bahagian perlu mengerti kuasa masing-masing sebelum membuat apa-apa kenyataan, kerana takut-takut kenyataan itu mencerminkan ketamakan dan kerakusan.

Sifat rakus dan tamak, perlu dinoktahkan pada PRU-14, kerana ianya salah satu faktor mengapa Umno kalah dalam pilihanraya.

Para pemimpin Umno perlu menghayati, mengapa 6 PRK calon Bn menang hat trick kerana faktor Muafakat Nasional (MN). Dalam MN, faktor ketamakan dan kerakusan dilumatkan, dibuang jauh-jauh, dinoktahkan, sebab itu diterima rakyat. Rakyat sudah bosan dan muak dengan ketamakan dan kerakusan.

MN sudah menerima, bahawa ketamakan, tiada lagi dalam muafakat tersebut, sebab itu membuat keputusan menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai PM selepas PRU-15.

Kepada AJK Bahagian Umno Kota Belud, ikut lah aspirasi rakyat, jangan terporok dalam gua sendiri.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels