Bertajuk majlis hariraya pemimpin bersama rakyat pada 10 Oktober 2010 di Kg. Botung, Kota Belud dengan tetamu kehormat Datuk Safie Apdal Menteri Luar Bandar dan wilayah.
Pengajur mengatas namakan warga Kota Belud, kerana kononnya majlis tersebut adalah anjuran warga Kota Belud.
Dengan melihat tajuk majlis tersebut, maka warga Kota belud mengitiraf Safie Apdal adalah satu-satunya pemimpin yang dikatakan pemimpin.
Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh, Datuk Musbah, Datuk Japlin dan Datuk Rahman adalah pemimpin Kota Belud, pada hakikatnya, namun “warga Kota Belud” tidak menjadikan mereka itu tetamu kehormat, kerana mereka bukan dikategorikan sebagai “pemimpin” bagi pengajur majlis pada hari itu.
Majlis itu kononnya diajur oleh beberapa individu dan juga kononnya mendapat sokongan padu daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Sabah yang diketuai oleh Timbalan Umno Bahagian, Tuan Haji Awadnir Matanggal.
Semalam salah seorang ahli PKMM memberitahu OKB, bahawa pengajur akan mempersiapkan 5,000 makanan tapau kerana mereka menganggarkan bahawa majlis tersebut akan dihadiri oleh 5,000 warga Kota belud. Penduduk Kota Belud dianggarkan berjumlah 86,000 orang. Ini bermakna 6% penduduk Kota Belud akan menghadiri majlis tersebut.
Sempena menyambut 1 Syawal, Umno Bahagian Kota Belud telahpun mengajurkan majlis hariraya bersama rakyat, Tan Sri Pandikar telahpun mengadakan rumah terbukanya di Kg asalnya, Datuk Salleh juga telahpun mengadakan rumah terbuka, demikian juga Datuk Rahman Dahlan. Bagi Datuk Musbah, wakil rakyat Tempasuk tersebut berada di rumahnya di Taungusi, Kota Belud selama seminggu bagi menyambut para pengundinya.
Malangnya sambutan 1 Syawal bagi pengajur majlis hariraya bersama pemimpin belum cukup, atas sebab itu mereka mengajurkan majlis tersebut bersama tetamu mereka Datuk Safie Apdal yang terkenal kerana keberaniannya membagi-bagi projek kepada para penyokong tegarnya.
Seorang pemimpin yang mempunyai keberanian untuk mengagih-agihkan projek perlu ditonjolkan, kerana sesiapapun akan menyanjung pemimpin seperti itu.
Adalah diharapkan selepas majlis tersebut, Datuk Safie Apdal dapat melihat kekurangan kemudahan asas bagi kawasan Kota Belud, dan semoga menteri wilayah persekutuan tersebut dapat mengalokasikan badjet bagi mengatasinya; terutama kemudahan air bersih, jalan-jalan masuk kampung dan sebagainya.
Bagi OKB, tidak salah mengajurkan majlis Hariraya selepas bulan Syawal bagi mereka yang berkemampuan mengajurnya dan mempunyai jalinan dengan orang tertentu untuk maghadirinya. Namun maksud tersirat daripada pengajuran tersebut. Apa kah melalui pengajuran dengan tajuk yang diedarkan, maka warga Kota Belud tidak lagi mengiktiraf 5 pemimpin yang disebutkan diatas sebagai pemimpin?

Alangkah eloknaya jika Majlis tersebut bertajuk "Majlis Hariraya" Rakyat bersama pemimpin Kota Belud dan tetamu kehormat mereka" selain menarik juga mempunyai makna yang mendalam daripada segi politik dan jalinan sosial. Fikir-fikirkan lah.
....terima kasih OKB atas artikel ini...memang pun tidak salah sesiapa pun sahaja boleh menganjurkan sebarang program termasuk Hari Raya, tapi apa rasionalnya sehingga Datuk Shafie Apdal perlu turun ke Kota Belud untuk menghimpunkan rakyat KB? apakah UMNO KB sudah tenat dan perlunya pemimpin luar datang memantau? apakah pemimpin2 yang sedia ada sudah tidak dipercayai oleh rakyat KB? dan apakah juga BN di KB ini tidak lagi berupaya berhadapan dengan Pakatan Rakyat? Rasionalnya kehadiran Datuk Shafie Apdal di Kota Belud ini sehingga perlukan majlis besar-besaran seolah-olah Ketua Bahagian UMNO dan semua Wakil Rakyat sudah hilang daya kepimpinannya, hanya Datuk Shafie Apdal sahaja yang mampu menyatupadukan masyarakat KB? Kalau inilah tujuannya, maka perang politik dalam kalangan pemimpin USBO akan bermula, Datuk Musa Aman akan berada dalam situasi aman kerana berjaya memecahbelahkan kesatuan dalam USBO itu sendiri. Satu lagi isunya ialah para penganjur ini terdiri daripada pemimpin UMNO KB, Tuan Hj. Awadnir sendiri adalah Tim. Ketua Bahagian UMNO KB, kenapa beliau membelakangkan Datuk Salleh selaku Ketua Bahagian, ini bererti pemimpin UMNO KB sendiri sudah tidak bersatu. Mungkin perkara ini ada kaitan dengan peluang perniagaan sepertimana kata OKB ini. Kalau inilah matlamatnya, mengapa harus perpaduan yang sedia ada menjadi taruhan, tidak adakah jalan lain yang boleh digunakan selain memperorak perandakan keutuhan UMNO KB itu sendiri...terserahlah kepada rakyat untuk menilainya.
ReplyDeleteKalau pemberian projek, mestilah diberikan melalui open tender dan bukan hanya diberikan kepada kroni sendiri dan juga saudara mara. Seperti 16 projek Mega NKRA itu, kebanyakan itu diberikan kepada penyokong sendiri sahaja, adakah ini adil?
ReplyDeleteLagipun, perbuatan Shafie ini seolah-olehanya mahu menonjolkan diri sendiri tanpa menghiraukan hubungan setiakawan dalam BN.
ReplyDeletehubungan yang baik perlu dikekalkan dan dieratkan lagi. sebarang tindakan atau pekara yang boleh menimbulkan isu perlulah dielakkan.
ReplyDeletemungkin ada sebab tersendiri Shafie menjadi tetamu kehormat. ia bagi memudahkan KB meminta peruntukan daripada Shafie untuk membangunkan kawasan Kota Belud.
ReplyDeleteBiarkanlah saja Shafie melawat. mungkin ada rancangan beliau sendiri untuk semua ini. Kita tunggu dan lihat saja.
ReplyDeleteHarap apa yang dilakukan adalah denganniat yang baik. Kedatangan Shafie Apdal semoga memberikan sesuatu yang baik kepada penduduk Kota Belud. Parti UMNO KB harus berkerjasama.
ReplyDeleteShafie akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kepentingan dirinya, lebih2 lagi setelah menyedari beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Sabah. alangkah baiknya jika shafie dapat mengatasi masalah2 kemudahan asas yang dihadapi oleh rakyat KB dan juga semporna daripada menimbulkan huru hara atau kekeliruan di Sabah.
ReplyDeletemungkin ada kebaikannya Shafie datng ke KB, ia memudahkan untuk penduduk KB meminta peruntukan untuk pembangunan kawasan tersebut setelah Shafie melihat sendri masalah yang terdapat di KB. bagaimanapun, harp hal ini tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati pihak lain. hubungan antara ahli2 UMNO perlu dijalin dgn baik..
ReplyDeletesebarang pekara yang boleh menimbulkan kekeliruan perlu dijauhi. hubungan yang baik perlulah dijaga dan jangan timbul perpecahan.
ReplyDeleteSudah menjadi satu budaya pemimpin-pemimpi menganjurkan rumah buka semperna hari raya.
ReplyDeleteTetapi ini juga dijadikan satu isu.
Jika kita fikirkan tentang positif impak maka kita akan melihat kebaikkan dan jika kita berfikiran sebaliknya, keadaan akan bertambah teruk!!
ReplyDeleteNama-nama atas semuanya pemimpin negeri cuma mempunyai penyokong yang berbeza.
ReplyDeleteMatlamat majlis ini penting dan mulia kerana menteri akan ditunjukan kekurangan dalam pembangunan infrastruktur KB.
ReplyDeleteJika dapat perihatin dari menteri, dapatlah peruntukan.
Mungkin Datuk Shafie memperalatkan majlis ini sebagai pantas beliau mempersembahkan kekuatan sokongan beliau.
ReplyDelete