KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Semua pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata urusan untuk menggerakkan program parti ke peringkat akar umbi adalah tanggungjawab bersama kerana ia juga merupakan langkah persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya cadangkan semua parti komponen parti turun lihat keadaan yang ada di bawah, cari jalan penyelesaian masalah mereka dan ambil tindakan yang lebih sesuai untuk bantu rakyat.
"Ini supaya mereka tahu bahawa BN adalah satu-satunya parti yang terus memperjuangkan kepentingan mereka dan akan menjamin masa depan mereka yang lebih baik lagi," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2010 di Dewan Wawasan, Menara PGRM pada hari Ahad.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN sendiri akan turun ke setiap negeri untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Pimpinan BN komited dengan apa yang nak kita lakukan, tentukan kita bekerja untuk memenuhi tuntutan rakyat, ini teras kepada apa yang kita lakukan, saya berbangga kerana inisiatif sudah bermula, tetapi langkah yang ada di hadapan kita adalah amat jauh sekali.
"Kita tidak boleh persiakan gerakan-gerakan yang dilakukan pihak di sana (pembangkang), masalah-masalah yang timbul hari ini baik ada hubung kait dengan sosial, ekonomi, politik dan pendidikan perkara ini kita akan uruskan, saya beri jaminan bukan saja saya akan dokong tetapi kita akan berusaha bersama-sama," katanya.
Muhyiddin, yang membayangkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam "masa terdekat", berkata yang menjadi ukuran terhadap segala usaha dan inisiatif BN adalah rakyat kerana merekalah yang akan menentukan sama ada parti ini akan terus berkuasa pada masa hadapan.
"Yang penting kita tinggal dua tahun lagi, saya sebut ini bukan sebab saya tahu bila pilihan raya, saya tidak tahu, Perdana Menteri yang lebih tahu, tetapi saya tidak kira tahun tetapi bulan, 30 bulan pun bulan juga.
"Jadi kita sebagai orang politik yang kita ambil kira selalunya kita kerja macam mana kuat sekalipun yang jadi ukuran adalah rakyat di bawah, sampai lima tahun dia pangkah ke tidak BN itu yang kita tentukan," katanya.-- BERNAMA
Janji tertunggak Datuk Rahman Dahalan
1. Bekalan air bersih.
2. Penurapan jalan-jalan kampung

semua pemimpin perlulah mengikuti nasihat TPM itu demi kebaikan semua pihak. pemimpin perlu turun padang dan selesaikan permasalahan rakyat demi kesejahteraan rakyat.
ReplyDeleteDiharapkan janji-janji tertunggak ini akan ditunaikan.
ReplyDeletememang peimmpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) harus sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. Jangan kita pancang remeh temeh semua ini.
ReplyDeletepemimpin BN perlu sentiasa mendekatti rakyat ager hubungan sentiasa terjalin dan pada masa sama kita dapt mengetahui keadaan rkyat yang sebenar.
ReplyDeleteSemua janji perlu ditunaikan tidak kira bila hari PRU semakin dekat atau tidak.....sebab itu memang sudah tanggungjawab parti yang memerintah...
ReplyDeletepara pemimpin perlulah berusaha mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat. janji-janji yang diberikan juga perlulah ditunaikan.
ReplyDeleteJanji calon harus ditunaikan jika hendak menang dalan pilihan raya nanti.
ReplyDeleteSelain itu, program turun padang mesti diadakan selalu dan bukan sahaja semasa pilihan raya.
ReplyDeletesemua masalah rakyat boleh diselesaikan dan BN sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pilihan Raya jika semua pemimpin sentiasa turun padang dan melaksanakan tanggungjawab masing2. oleh itu, selain bertindak terhadap tuntutan pembangunan dan rakyat, BN juga perlu bertindak terhadap mana2 pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
ReplyDeletepemimpin yang baik adalah pemimpin yang selalu dekat dgn rakyat. pemimpin pelru memahami keperluan rkyat dan membantu rkyat untuk terus maju dan membangun.
ReplyDeleteusaha mendekati akar umbi perlu dilakukan lebih awal supaya jika terdapat masalah2 yang dihadapi oleh rakyat, parti pemerintah mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan tindakan penyelesaian sebelum PRU akan datang. jangan tunggu masa PRU baru lah kerajaan sibuk melaksanakan itu ini.. sudah tentu ia menjadi isu pembangkang dan tidak mustahil juga boleh mengubah pendirian rakyat untuk menyokong pembangkang.
ReplyDeleteinilah masanya BN meyakinkan rakyat, mengukuhkan serta mengekalkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan BN. semoga usaha menggerakkan program parti ke peringkat akar umbi serta rancangan TPM dan PM untuk turun ke setiap negeri mampu mencapai matlamat..
ReplyDeleteSemua janji haruslah ditunaikan supaya tidak ada pihak yang kecewa.
ReplyDeleteJnagan samapi disebabkan janji yang tak tertunai nama baik BN tercemar dan keyakinan rakyat pula pudar.
ReplyDeleteYa UrbanAngel. Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, setiap janji yang dilafaz harus dikotakan secepat mungkin tak kiralah ada pilihanraya atau tak.
ReplyDeleteBetul ali asgar. Dengan program turun padang dapat lah juga pemimpin mendekati rakyat.
ReplyDeleteApapun say harapkan agar semua janji-janji ni dapat ditunaikan.
ReplyDelete