16 January 2011

Sibuknya ADUN Tempasuk Kota Belud

Semalam saya menerima SMS daripada ADUN Tempasuk Kota Belud dimana kandungannya bahawa beliau berada di Kg Sarang dan Kg Dudar. Oleh kerana keduudukan Kg Rampayan Ulu berdekatan dengan dua kampung itu-dimana saya menetap-maka mungkin itu sebabnya ADUN tersebut menghantar SMS.

Malangnya semasa saya menerima SMS itu-saya berada di Kota Kinabalu-kerana sejak awal tahun lepas saya telah berpindah ke Kota kinabalu.

Menurut ADUN Tempasuk itu-sejak akhir-akhir ini beliau mempunyai jadual yang sangat padat dalam acara melewat kampung-kampung yang berada dalam kawasan N.6 Tempasuk untuk mengenal pasti kelancaran projek-projek kerajaan yang dilaksana di kampung-kampung.

Musbah melalui kementerian pertanian negeri terlibat memantau kejayaan projek Jelapang Padi Kota belud dan projek-projek lain di bawah Kementerian Pertanian seperti projek Agropolitan, projek tukun tiruan, projek ikan dalam sangkar serta projek Kampung Sejahtera dan projek pelancongan.

Kota Belud boleh dijadikan produk pelancongan yang bakal terkenal. Kota Belud mempunyai pantai yang terpanjang di Sabah dan mungkin di Malaysia. Dengan pantai yang indah yang menghadap ke Timur, Utara dan Barat-suatu hari Pantai Kota Belud akan menjadi produk pelancongan yang sangat berpotensi.

Sesiapa yang pernah melawat Pantai kuta-Bali, pasti akan terbayang Pantai Kota Belud. Sayang Pantai Kota Belud belum dimajukan.

12 comments:

  1. Kota Belud mempunyai byk potensi jika dimajukan. pantai Kota Belud yang cantik berpotensi menjadi pusat peranginan utama. jika ia dimajukan pasti akan berjaya.

    ReplyDelete
  2. Semoga perjalanan ADUN Tempasuk ini berjalan lancar.

    ReplyDelete
  3. Dengarlah masalah dan suara hati penduduk tempatan. Diharapkan ADUN ini akan membantu mereka dalam apa-apa kesusahan. Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  4. dengan berlatarbelakangkan Gunung kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara, pantai yang cantik serta panjang yang terletak di Laut China Selatan, serta sungai dan alam sekitar yang menarik, sudah cukup untuk kita menggambarkan Kota Belud amat berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan.

    ReplyDelete
  5. Harapa ada sesetengah pihak yang akan berusaha untuk memajukan kawasan pantai Kota Belud ini dan menjadikannya kawasan pelancongan persisiran pantai.

    ReplyDelete
  6. Diharapkan Pantai Kota Belud dimajukan. Ia ada potensi untuk dijadikan kawasan pelancongan.

    ReplyDelete
  7. ADUN haruslah sentiasa mendahulukan rakyat di kawasannya dalam segala urusan..projek2 kerajaan di kawasan diwakili juga harus sentiasa dipantau.

    ReplyDelete
  8. apa2 pun, jalankan tugas sebagai ADUN dengan penuh tanggungjawab.

    ReplyDelete
  9. KB mmg sangat berpotensi tinggi. Semoga ADUN Tampasuk dapat buat yang terbaik utk penduduk KB.

    ReplyDelete
  10. Apapun selamat berjuang ADUN Tempasuk.

    ReplyDelete
  11. potensi yang ada di KB perlu dibagunkan agar dapat memberikan manfaat kepada semua.

    ReplyDelete
  12. Aduuii..tuan..tukar la warna komen tu..sakit mata

    ReplyDelete