28 July 2011

Jangan beri peluang lagi pada wakil rakyat tidak tunai janji

Para pengundi semasa PRU-12 lalu, sudah tentunya masih segar dengan janji-janji calon-calon yang bertanding, samada daripada BN mahupun Pakatan Rakyat.

Pada PRU-13, jangan lagi termakan dengan janji-janji, kerana apabila calon yang berjanji itu menang, semua janji-janji mereka hanya menjadi retorik, palsu dan bohong.

Pada PRU-13 akan datang, berilah undi pada calon-calon yang ikhlas dan diyakini boleh menunaikan janji.

Biarlah tertipu 2-3 kali, jangan tertipu selama-lamannya.Jangan jadi pengundi Kota Belud, selama-lamanya tertipu dengan janji-janji.

Kawasan Usukan misalnya, walaupun ADUN Kawasan tersebut diwakili selama dua penggal oleh pembantu menteri, namun tiada perubahanpun dari pembangunan yang bercorak ekonomi; malah keperluan asas penduduk kampungpun masih dalam keadaan daif.

Janji calon BN pada PRU-12 lalu, bahawa sebaik sahaja menang, maka isu air bersih akan diselesaikan dalam tempoh 100 hari, kini telah lebih 1000 hari selepas kemenangannya, masalah air bersih-hanya mendengar guruh di langit.Apa yang tertunaikan adalah "mengambil tanah rakyat" di Tandu Magarang,berkeluasan 1,200 ekar.

3 comments: