18 November 2011

Bajet 2012 Sabah,Pertama kali melepasi 4 Billion Ringgit:

Bajet terbesar dalam sejarah negeri Sabah, berjumlah 4.048 Billion ringgit, dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu pada Jumaat 18 November 2011.

Bajet itu 31.92 peratus lebih tinggi atau melibatkan kenaikan 979.62 juta ringgit berbanding Bajet 2011 yang berjumlah 3.068 billion ringgit.

Bajet itu dibentangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (gambar atas)

“Terbesar dalam sejarah negeri Sabah, bukti komitmen kita utk terus memberikan yg terbaik kpd rakyat negeri Sabah, jadi bajet ini untuk semua lapisan rakyat, dengan mengambil kira keperluan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Sabah” katanya kepada media sejurus selesai pembentangan bajet itu.

Bajet itu bertema “melonjakkan kesejahteraan dan kemakmuran negeri”.

Dalam pembentangannya Musa berkata anggarah hasil negeri Sabah pada 2012 berjumlah 3.690 billion ringgit menerusi hasil cukai dan hasil bukan cukai.

Objektif utama bajet Sabah 2012 adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan penekanan ke atas penambahbaikan infrastruktur asas serta kemudahan prasarana awam bagi manfaat rakyat dan pelabur.

Ia bagi mengekalkan momentum ekonomi negeri, memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri selain menghapus kemiskinan dan mengurangkan jurang bandar dan luar bandar.

Katanya pertumbuhan ekonomi negeri Sabah ketika ini ialah 4 peratus.

Laporan ketua Audit negara pada 2010 juga menunjukkan kedudukan kewangan negeri sabah yang sihat.

Dengan rizab negeri melebihi 3 billion ringgit, hasil negeri melebihi 4 billion ringgit dan lebihan sebenar berjumlah 730 juta ringgit.

Selain tiada tunggakan bayaran ke atas pinjaman daripada kerajaan pusat.

Pada pembentangannya, Musa turut mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam negeri.

Selain tambahan 500 ribu lagi untuk peruntukan khas ahli dewan undangan negeri menerusi peruntukan sentuhan kasih.

Menjadikan peruntukan khas itu kini berjumlah 1.5 juta ringgit.Tahniah

55 comments:

  1. Harap kerajaan Sabah akan mengurus bajet ini dengan sebaik mungkin untuk membawa lebih banyak pembagunan dan mengurangkan pembaziran.

    ReplyDelete
  2. Harap semua projek pembagunan akan berjalan lancar untuk kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Semoga peruntukan 2012 dilaksanakan dengan baik, jumlah peruntukan tersebut diguna dengan wajar dalam projek pembangunan yang menggalakkan pembangunan ekonomi.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan harus mengutamakan projek pembangunannya.

    ReplyDelete
  5. Pembangunan dan peruntukan harus juga menumpu perhatian di kawasan luar bandar juga.

    ReplyDelete
  6. harap bujet ini sampai ke tangan negeri dengan mencukupi dan semu aprojek harus dirancang dengan baik sebelum dilaksanakan.

    ReplyDelete
  7. Semoga tiada penyelewengan berlaku. Elakkan juga rasuah.

    ReplyDelete
  8. Harap bajet 2012 ini akan dapat dilaksanakan mengikut apa yg dirancang...

    ReplyDelete
  9. Harap bajet yg di beri akan sampai ketangan penerima..jangan ada kes penyelewengan..nnti lebih banyak masalah lagi..

    ReplyDelete
  10. bajet untuk Sabah kini lebih byk, ia mmg wajar kerana byk pembangunan perlu dilakukan di Sabh.

    ReplyDelete
  11. bajet tersebut kean digunakan sebaiknya untuk pembangunan Sabah.

    ReplyDelete
  12. Harap2 pelaksanaan bajet ni berjalan dengan lancar dan menepati sasaran.

    ReplyDelete
  13. Agree to Shinia, the government should prioritize their project. Some project may found not relevant.

    ReplyDelete
  14. Elekkan kebajiran terutama kegagalan projek pembangunan. Kontraktor yang gagal melaksanakan projek harus dikenakan denda dan pampasan

    ReplyDelete
  15. “Terbesar dalam sejarah negeri Sabah, bukti komitmen kita utk terus memberikan yg terbaik kpd rakyat negeri Sabah,

    Great job for Musa. Hoping more development project to encourage improvement of economy and standard of living.

    ReplyDelete
  16. Objektif utama bajet Sabah 2012 adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan penekanan ke atas penambahbaikan infrastruktur asas serta kemudahan prasarana awam bagi manfaat rakyat dan pelabur.

    Projek harus memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar juga. Sistem infra juga harus menjadi projek utama di Sabah.

    ReplyDelete
  17. bajet 2012 sabah ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat sabah..

    ReplyDelete
  18. bajet 2012 ini juga bukti kewangan sabah diurus tadbir dengan baik..ini terbukti di mana sabah diberikan penarafan tertinggi iaitu, AAA selama tiga thaun berturut-turut di bawah pentadbiran musa aman, KM sabah.

    ReplyDelete
  19. selain itu, bajet 2012 juga membuktikan kemampuan dan pencapaian kerajaan negeri..

    ReplyDelete
  20. diharapkan rancangan2 pembangunan dalam bajet 2012 ini dapat dilaksanakan sepenuhnya..

    ReplyDelete
  21. pemantauan harus dilakukan untuk memastikan bajet ini benar2 sampai kepada rakyat dan tiada penyelewengan berlaku..

    ReplyDelete
  22. tahniah kepada kerajaan negeri dan KM sabah..

    ReplyDelete
  23. tahniah kepada kerajaan negeri dan KM sabah..

    ReplyDelete
  24. Bajet 2012 ini membuktikan yg kerajaan akan sentiasa membantu Sabah untuk terus membangun..

    ReplyDelete
  25. Bajet 2012 harap dilaksanakan dengan baik dan adil untuk kebaikan bersama..

    ReplyDelete
  26. Taniah kepada kerajaan negeri dan jg Km kita atas percapaian ini..bajet yg sangat ditunggu rakyat..

    ReplyDelete
  27. sudah tentu rakyat Sabah akan berterima kasih dengan adanya peruntukan ini..

    ReplyDelete
  28. semoga apa yang dijanjikan ini, akan ditunaikan nanti

    ReplyDelete
  29. dan harap Sabah dapat membangun dengan pesatnya...

    ReplyDelete
  30. juga berharap, semoga dengan adanya peruntukan ini nanti, Sabah tidak lagi disenaraikan negeri termiskin di Malaysia

    ReplyDelete
  31. tetapi..harap saluran peruntukan ini dapat digunakan sepenuhnya untuk pembangunan Sabah tanpa adanya penyelewengan kuasa/rasuah...

    ReplyDelete
  32. With allocation given more that it used to be, Sabah will definitely be more developed .

    ReplyDelete
  33. May there be no delay in implementing the projects or even completing it.

    ReplyDelete
  34. Ini bermakna kerajaan negeri memang amat prihatin terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  35. bajet yang besar ini diharap akan dapat dinikmati atau dirasai oleh semua golongan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  36. ini juga diharap akan mampu menjadikan Sabah lebih membangun dan meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang.

    ReplyDelete
  37. jumlah itu mampu untuk membawa perubahan yang besar kepada negeri ini.. rancanglah baik2 dan pastikan bajet itu benar2 dapat dirasai oleh rakyat Sabah..

    ReplyDelete
  38. Harap2 bajet 2012 ni akan lebih mesra rakyat dengan meringgankan beban2 rakyat.

    ReplyDelete
  39. kawasan luar bandar perlu diberikan keutamaan. harap2 banyak perubahan yang dapat dilihat selepas ini.

    ReplyDelete
  40. Wah, memang mengejutkan...ini kali telah menggunakna banyak duit.

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. Janganlah kita harap sangat pada bujet yang kecil ini.

    ReplyDelete
  43. Allocations for mission schools and other non muslim religious bodies show the government's concern.

    ReplyDelete
  44. Pasti ramai yang tidak menyangka dan terkejut dengan bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh KM.

    ReplyDelete
  45. Bajet banyak maka tumpuan untuk pembangunan pasti banyak diberikan. Harap Sabah akan terus maju dan maju.

    ReplyDelete
  46. Proves the state government is there for us.

    ReplyDelete
  47. Ini memang satu pencapaian yang baik.

    ReplyDelete
  48. Taniah Musa dan teruskan usaha melakukan yang terbaik buat rakyat.

    ReplyDelete
  49. Walaupun ramai yang beranggapan kurang baik terhadap bajet ini, saya tetap berterima kasih dengan apa yang telah diberikan.

    ReplyDelete
  50. Paling penting bajet yang diperuntukkan harus disalurkan pada golongan yang sepatutnya dna pastikan tidak ada penyelewengan berlaku.

    ReplyDelete
  51. Semoga bajet ini membuahkan hasil yang positif:)

    ReplyDelete