KALAU bukan kerana tsunami politik pada PRU-12, Sabah masih kurang diperhatikan dalam politik nasional.
Disebabkan Sabah dan Sarawak,maka BN mampu membentuk kerajaan, walaupun tidak mendapat majoriti 2/3 di dewan rakyat.
Pada PRU-12 lalu, daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, barisan nasional mendapat 140, dimana 54 daripadanya disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak (Sabah-24, Sarawak-30).
Kalau tidak mengambilkira sumbangan Sabah dan Sarawak, maka BN hanya mendapat 86 kerusi, berbanading Pakatan Rakyat (DAP-PAS-PKR) 82. Keadaan ini sebenarnya sungguh rentan bagi BN, sekiranya berlaku lompat parti.
Selepas PRU-12, walaupun Sarawak menyumbang 30 kerusi parlimen berbanding Sabah 24, namun, Sabah mendapat 4 menteri penuh berbanding Sarawak 2 dalam kabinet Malaysia.
Sabah Simpanan Tetap BN
Sabah yang ditunjangi oleh UMNO bersama PBS dan parti-parti lain seperti UPKO, LDP serta MCA, Gerakan dan PBRS dianggap sebagai simpanan tetap BN.
Pada PRU-12 lalu hanya Sabah mampu mempertahankan pencapaian pada PRU-11, di mana pada masa itu, bukan sahaja BN menang, akan tetapi kerusi yang dimenanginya melebih 2/3 dewan rakyat. Selain itu, melalui PRU-2004, Terengganu berjaya dirampas semula oleh BN daripada tangan PAS.
Sokongan Etnik
Walaupun ada pergolakan etnik yang berlaku di Sabah selepas PRU-11, dimana para pemimpin suku kedua terbesar, yakni BAJAU tidak diberi pernanan dalam pentadbiran negeri,kecuali TS Pandikar Amin Haji Mulia yang dilantik sebagai Pengerusi IDS-tank-tank Sabah. Pemimpin lain seperti Datuk Salleh Said, tidak dilantik pada sebarang jawatan, demikian juga Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.
Melihat kepada keadaan ini, maka United Sabah Bajau Organisation (USBO) ditubuhkan pada 10 ogos 2006. Walaupun USBO berasaskan penubuhan adalah satu badan NGO yang bukan bersifat politik, namun para pemimpinnya menanam pemahaman di peringkat akar umbi, bahawa jika perlu organisasi itu ditukar kepada parti politik bagi tujuan membela suku Bajau yang diketepikan dalam Umno. Sebagai nota-majoriti kaum bajau adalah ahli umno, berikutan pembubaran USNO. Usno dianggotai oleh majoriti suku kaum bajau.USBO adalah rebranding daripada PSBB yang telah wujud lebih kurang 43 tahun lalu. Melalui rebanding tersebut, maka pemimpin iranun seperti Pandikar, dibolehkan sebagai ahli.
PRU-2008
Pada pilihanraya tersebut, pemimpin negeri yang diketuai Datuk Musa Aman mengambil tindakan berani dengan tidak mencalonkan BIG THREE pemimpin USBO- Datuk Salleh Tun Said, TS Pandikar dan Datuk Amir Kahar.
Ada yang melihat bahawa penguguran para pemimpin itu adalah untuk mengenepikan pengaruh USBO. Namun sangkaan itu ternyata meleset, apabila Musa memberi peranan kepada BIG THREE tersebut selepas sahaja usai pilihanraya.
TS Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.Perlantikan Pandikar adalah atas rekomendasi Datuk Safie Apdal(walaupun beredar khabar-khabar angin- Pandikar menepisnya) kepada Tun Abdullah Badawi, yang sudah tentunya mendapat sokongan dan persetujuan daripada Musa Aman.
Sebagai catatan, Datuk Safie pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi perhubungan Umno negeri dan Datuk Musa adalah ketuanya.
Menjinakkan cabaran pemimpin USBO
Keputusan pemilihan Umno tahun 2008 merupakan turning point penjinakan para pemimpin Usbo. Datuk Safie Apdal di mana pada masa itu merupakan penasihat kepada USBO dan Timbalan Pengerusi Umno Negeri, menang jawatan Naib presdien Umno.
Akibat daripada pemilihan tersebut, maka berlaku perubahan jawatan dalam kepimpinan Umno Negeri. Datuk Safie ditukar ke Kedah untuk menyandang jawatan Pengerusi Umno Kedah. Melalui perubahan ini, Safie hanya menjadi Ketua Bahagian Umno Semporna, dan tidak lagi mempunyai akses bebas terhadap Umno negeri. Atas sebab itu, Safie mengsyorkan kepada Presiden Umno baru- DS Najib agar melantik Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri bagi menggantikannya.Ada juga versi lain bahawa atas syor TS Pandikarlah Salleh dilantik ke jawatan itu.
Perlantikan Salleh yang pada mulanya bertujuan untuk check and balance kepimpinan Musa, akhirnya terhidu oleh Musa. Musa bertindak pantas, dengan memberi peranan yang lebih besar kepada Salleh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, melalui perlantikan sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah yang berstatus menteri.
Salleh yang berkeadaan mengantuk disorongkan batal, sudah tentu menerima tawaran Musa itu dengan tangan terbuka, kerana pada hakekatnya penubuhan USBO adalah pendesak senyap kepada kepimpin Musa, agar mengiktiraf pemimpin USBO dengan memberi peranan dalam kepimpinan kerajaan negeri.
Selepas beberapa ketika, jawatan Salleh diupgrade ke Jawatan Speaker DUN Sabah, apabila Tun Juhar Mahiruddin dilantik sebagai TYT Sabah.
Kini lengkap sudah bahawa "bajau challange" terhadap kepimpinan Musa telah berlalu, apabila USBO dengan rasminya diterima sebagai ahli bersekutu BN, tambahan kepada sokongan Salleh secara terbuka kepada kepimpinan Musa Aman.
Salleh telah berulang-ulang pada sebarang peluang, memberi sokongan padu kepada kempinan Musa untuk meneruskan kepimpinan Ketua Menteri itu membangun Sabah. Sesuai dengan kenyataan TPM pada Majlis Penerangan Perdana bertempat di Universiti Malaysia Sabah pada 30 Oktober lalu, kepimpinan Musa wajib diteruskan.
OKB yakin melalui kepimpinan Musa, Sabah akan mengulangi kejayaannya sepertimana pada PRU-12 lalu, walaupun ada persepsi mengatakan bahawa Sabah akan kehilangan kerusi di berapa ADUN dan Parlimen yang mempunyai majoriti kaum cina.

Sabah memang semakin menjadi tumpuan seluruh negara sekarang.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat tsunami politik Sabah selepas ini.
ReplyDeleteSabah masih deposit untuk BN. Walaupun di PRU13 ini.
ReplyDeleteKalau BN Sabah enggan membuat perubahan, pasti BN akan mengalami tsunami yang tidak dijangkakan.
ReplyDeletePembangunan ekonomi dan sistem pendidikan, infrastruktur harus menjadi tumpuan. Semoga semu awakil rakyat tidak melupakan tanggung jawab sebagai seorang wakil rakyat.
ReplyDeleteMusa membawa perkembangan yang berlainan kepada Sabah jika dibandingkan KM yang lalu. Semoga beliau meneruskan usaha dan membawa Sabah ke era yang lebih memaju.
ReplyDeleteKalau tidak wujudnya projek IC yang dikatakan itu, rasa-rasa BN susah mengekalkan kuasa di Sabah. harap PRU13 lebih bersih dan adil.
ReplyDeletebagi BN Sabah adalah kubu kuat mereka, BN kena berusaha untuk mempertahankan sabah.
ReplyDeleteselagi keperluan Sabah dipenuhi, BN pasti akan kukuh di Sabah.
ReplyDeleteSama2 la kita lihat hasil PRU13 nanti. Harap2 yang terbaik untuk Sabah.
ReplyDeletesabah dan sarawak akan menjadi penentu siapa yang akan menjadi kerajaan malaysia pada PRU13 nanti..
ReplyDeletesabah bukanlah deposit tetap BN..ini kerana gelaran fixed deposit ini telah menyebabkan sebilangan wakil rakyat BN menjadi angkuh dan bongkak..mereka mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat di kawasan diwakili sehingga menimbulkan banyak isu seperti mana yang disiarkan melalui media..maka untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada BN pada PRU 13 maka adalah perlu bagi pucuk pimpinan BN menyingkirkan mana2 wakil rakyat yang tidak disenangi oleh rakyat..
ReplyDeleteisu2 yang membebankan rakyat sabah seperti isu tanah dan hak NCR serta PATI harus diberikan perhatian serius..kini terdengar suara2 dari pemimpin2 BN sabah yang mahukan SSD ditubuhkan untuk menyiasat projek IC di sabah..dan tuntutan ini sebenarnya adalah suara rakyat tempatan/tulen sabah..jika suara rakyat ini tidak diendahkan oleh najib, maka kemungkinan besar rakyat sabah akan lompat parti dan tentunya BN mungkin akan kalah pada PRu akan datang..
ReplyDeletebagi pimpinan kerajaan negeri sabah, tidak dinafikan sabah di bawah pentadbiran musa telah membangun dengan pesat terutama di sektor ekonomi yang mana urus tadbir kewangan sabah telah diiktiraf penarafan tertinggi...ini bukti bahawa musa selaku KM sabah menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan baik.
ReplyDeletesekiranya musa aman terus menjadi KM sabah selepas PRu 13, sudah pasti sabah akan bertambah membangun dan maju..
ReplyDeleteKerajaan harus berterima kasih kepada Sabah kerana Sabah telah menyelamatkan mereka dari hilang kedudukan.
ReplyDeleteBN sememangnya kuat di Sabah dan itu memang dapat dilihat melalui sokongan terhadap pemimpin.
ReplyDeleteapa pun, yang penting usaha untuk memenuhi keperluan rakyat perlu sentiasa diteruskan.
ReplyDeleteTidak dinafikan bahawa dua buah negeri di Borneo ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan kemenangan BN dalam PRU13 akan datang. Oleh itu, kerajaan persekutuan seharusnya menjaga kedua-dua negeri ini dengan baik.
ReplyDeletePenubuhan RCI adalah amat penting dan tidak dinafikan bahawa PATI dan NCR adalah antara masalah yang besar di Sabah. Kerajaan harus tangani masalah ini sebaik-baiknya atau mungkin akan kehilangan undi rakyat pada PRU13 ini.
ReplyDeleteMusa harus bijak dalam mentadbir negeri Sabah dan mengawal orang bawahannya. Kehebatan Musa memang tidak dapat dinafikan.
ReplyDeletetidak mustahil dalam pru13 nanti sekali lagi Sabah akan menyumbang kepada kemenangan BN..
ReplyDeleteSabah contribute more seats to BN, indeed more political eye on Sabah.
ReplyDeleteMusa contribute to a great development to Sabah. More effort needed as Sabah still under poverty.
ReplyDeleteThe people will decide who to go and who to lead. Just wait and see.

ReplyDelete"OKB yakin melalui kepimpinan Musa, Sabah akan mengulangi kejayaannya sepertimana pada PRU-12 lalu, walaupun ada persepsi mengatakan bahawa Sabah akan kehilangan kerusi di berapa ADUN dan Parlimen yang mempunyai majoriti kaum cina."
ReplyDeleteSusah untuk meramal hati rakyat terutama BN mengecewakan rakyat dalam isu PATI, tanah, projek Ic dll.
Musa indeed a brilliant leader, what about their subordinate?
ReplyDeleteselamat berjuang kepada USBO yang baru diluluskan oleh RoS sebagai sebuah parti politik di bawah BN. sama2 kita lihat pencapaiannya dalam PRU nanti.
ReplyDeleteSabah begitu menyumbang kepada kemenangan BN dalam PRU. diharap kerajaan akan memberi perhatian kepada pandangan dan suara rakyat Sabah dalam apa jua isu yang timbul selepas ini.
ReplyDeletepimpinan beliau masih banyak perlu diperbaiki untuk memperolehi undian ramai di PRU nanti
ReplyDeletewakil rakyat yang tahu mengambil hati rakyat tentunya menjadi pilihan di PRU nanti
ReplyDeletebiarlah rakyat yang tentukan nasib parti/pemimpin dalam PRU nanti
ReplyDeletetentunya pemimpin yang tulus dan ikhlas dalam perjuangannya akan disanjung tinggi oleh rakyat....
ReplyDeletetetapi, pastinya rakyat tidak akan memihak kepada pemimpin yang bersikap NATO (no action talk only)
ReplyDeleteBuktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN dapat mentadbir dengan baik.
ReplyDeletePRU13 adalah penentu untuk Kerajaan BN. Adakah BN masih mendapat sokogan dari rakyat atau tidak semua itu akan terjawab pada PRU13.
ReplyDeleteSabah dan Sarawak merupakan fixed deposit untuk BN. Jadi BN perlulah memberikan tumpuan kepada dua Negeri ini.
ReplyDeleteBN rasanya masih relevan untuk menerajui pentadbiran Negara kita Malaysia. Maka teruskanlah menyokong parti BN.
ReplyDeleteDalam pembangunan Sabah masih perlu diberikan tumpuan dikawasan luar bandar yang masih menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas.
ReplyDeletePolitik memnag sukar diramal dan terpulanglah pada penilaian individu masing2.
ReplyDeleteBagi saya rakyat lah yang akan menentukan segalanya. Jadi kita nantikan saja.
ReplyDeleteWalaupun ramai yang tak suka BN dan selalu cakap Sabah hanya sebagai FD BN, namun asalkan BN terus berusaha memenuhi keperluan rakyat; saya yakin sampai bila-bila pun BN akan tetap kukuh di Sabah.
ReplyDeleteApapun, sama2 kita nantikan keputusan PRU13.
ReplyDeleteKepada semua para pemimpin tambatlah hati rakyat sebaik mungkin sebelum terlambat.
ReplyDelete