25 January 2012

Anwar hanya tabur janji kosong: Musa

KOTA KINABALU. 24 Jan (Bernama) -- Pelbagai janji yang ditabur oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah termasuk menaikkan pemberian royalti minyak sehingga 20 peratus dianggap sebagai janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang menabur pelbagai janji apatah lagi menjelang pilihan raya umum.

"Ini kerja pembangkang... mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

"Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, dekat sini Selasa.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Anwar berhubung perkara itu pada majlis Rumah Terbuka PKR di Dewan Kian Kok, Likas, dekat sini semalam.

Beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji manis parti pembangkang untuk meraih sokongan.

"Saya percaya rakyat kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tahu kerajaan BN adalah pilihan yang terbaik kerana BN sentiasa mengotakan janji," katanya.

Sambil memberi contoh pemberian bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, bantuan buku RM200 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, Musa berkata ini membuktikan kerajaan BN benar-benar mengotakan janjinya "tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong".

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina, beliau berkata ia merupakan landasan terbaik untuk memantapkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai suku kaum.

"Amalan saling mengunjungi ke rumah-rumah terbuka adalah baik untuk menyemai semangat persaudaraan dan kekitaan dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita termasuk di Sabah," katanya.-- BERNAMA

45 comments:

  1. Janji2 Anwar hanya berhasil sekiranya PR dapat menawan Putrajaya. Kalu tidak semua tu hanya janji2 kosong.

    ReplyDelete
  2. rakyat pasti tahu menilai semua itu. Apa yang baik dan buruk.

    ReplyDelete
  3. "Ini kerja pembangkang... mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

    -Spot on, Datuk. Talk is cheap. The task of governing a nation no easy task. Only those who have shoulder this monumental task can fully understand it.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the government continue to give more aids and assistance to the people.

    ReplyDelete
  5. He doesn't has anything to fight for.

    ReplyDelete
  6. Sejauh mana Anwar boleh sumbang untuk Sabah?

    ReplyDelete
  7. Indeed, he is giving white promises to all of us.

    ReplyDelete
  8. Never mine, I don't think Sabahans will vote for him though.

    ReplyDelete
  9. pembangkang nak menaburkan janji mmg mudah, tapi nak menunaikan bukanlah mudah.

    ReplyDelete
  10. jgnlah mudah terpengaruh dgn janji2 pembangkang. ia hnya janji kosong.

    ReplyDelete
  11. rasany lebih banyak kerajaan melaksanakan janji daripada pembangkang melaksanakan apa yang dikatakan.

    ReplyDelete
  12. the opposition should not make a promise that they are not capable of fulfilling.

    ReplyDelete
  13. if the government couldn't fulfil most of their promises then why it should be any different for the opposition.

    ReplyDelete
  14. all this promises are made to get the people support but it is not 100% that they will fulfil it.

    ReplyDelete
  15. Anwar bukannya boleh dipercayai sangat. Beliau pernah jadi TPM dahulu. Ingat beliau "bersih" sangatkah?

    ReplyDelete
  16. Benar apa yang dikatakan oleh Datuk Musa Aman itu. Anwar cuma tahu menabur janji kosong untuk mencari penyokong.

    ReplyDelete
  17. Maka jangan mudah terpedaya dengan apa yang dikatakan oleh PR. Ini semua hanya untuk memastikan Anwar mendapat apa yang dimahukan. Iaitu kerusi PM Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Datuk Musa mesti tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan penduduk Sabah akan terus menyokong BN Sabah. Datuk Musa Aman telah memberikan pelbagai pembangunan untuk penduduk Sabah. Maka pemimpin sebeginilah yang kita perlu sokong.

    ReplyDelete
  19. rakyat tidak sepatutnya memberi 100% kepercayaan kepada sesiapapun. kadang2 janji hanya sekadar diluah tetapi tiada tindakan. pandai2lah rakyat nilaikannya.

    ReplyDelete
  20. Demi impian yang diingini, Anwar sanggup memberikan pelbagai janji manis yang hanya bertujuan untuk menjerat penduduk Sabah. Namun semua itu cuma permainan Anwar semata-mata.

    ReplyDelete
  21. Benar atau tidak apa yang Anwar perjuangkan perlulah difikirkan sendiri oleh rakyat. Logik atau tidak apa yang diperjuangan itu.

    ReplyDelete
  22. berjanji memang mudah, tapi kita yang mendengar perlu menilai dengan teliti.

    ReplyDelete
  23. janji-janji yang seperti tidak munasabah tidak patut dipercayai.

    ReplyDelete
  24. janji-janji manis adalah strategi untuk mendapat hati rakyat. tapi nilailah dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  25. Sangat setuju dengan Kris Jr. Kalau menang konpom la boleh kotakan janji kalau tak alamatnya janji tinggal jani la. hehhee

    ReplyDelete
  26. Rakyat pasti tahu s/ada si Anwar ni berbohong ka tak. Biasalah politik kan sukar diramal:P

    ReplyDelete
  27. Yang penting sekarang ini kerajaan terus berusaha memenuhi keperluan rakyat. Soal lain tu ketepikan dulu.

    ReplyDelete
  28. Namun terpulanglah pada rakyat untuk menentukanya. PRU13 adalah peluang rakyat untuk membuat pilihan so jangan sia-siakannya.

    ReplyDelete
  29. Selebihnya kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  30. Let the people decide what they want and who they can trusted.

    ReplyDelete
  31. They are no 100% trust worthy party. Its all needed to prove by their work and result.

    ReplyDelete
  32. Semoga janji Anwar menjadi kenyataan. Jika tidak, ia mendatangkan kesan yang amat negatif.

    ReplyDelete
  33. What will happen if really Anwar become the next PM? Good or bad impact?

    ReplyDelete
  34. Banyak yang tidakboleh dipercayai, bukannya Anwar sahaja malah UMNo juga ada banyak opportunist.

    ReplyDelete
  35. Anwar also cannot trust, BN also cannot trust, who else can be trusted?

    ReplyDelete
  36. Susah untuk menilai siapa yang betul atau salah.

    ReplyDelete
  37. Jika tidak dapat menunaikan janji baik jangan buat janji.

    ReplyDelete
  38. Berapa banyak janji yang tidak dapat direalisasikan boleh dibuat? Rakyat makin pandai menilai.

    ReplyDelete
  39. BN can fulfill more people wish.

    ReplyDelete
  40. Boleh kh anwar menunaikan janji2 beliau itu?

    ReplyDelete
  41. boleh la dikatakan janji kosong kerana tidak semua janji2 kerajaan Pakatan diempat buah negeri ketika pru12 ditunaikan..

    ReplyDelete
  42. Anwar hanya layak mengemukakan janji2 yang lebih besar jika semua janji2 beliau dan pemimpin2 bawahan beliau di negeri2 Pakatan berjaya ditunaikan..

    ReplyDelete