24 January 2012

Politik Kota Belud: Apabila pendekatan basi digunapakai semula

Ada pemimpin mengulangi pendekatan basi dalam penentuan calon bagi mewakili BN pada PRU-13 akan datang.

Menurut pemimpin itu, jangan banyak songeh, siapa sahaja calon yang diketengahkan oleh parti, maka perlu disokong. Alasannya, pemimpin saling pergi dan berganti, namun yang tertinggal adalah parti. Jika demikian pendekatannya, parti yang tidak boleh berkata-kata itu, akan menjadi malang, atas sebab diwakili oleh pemimpin yang ada penyakit tidak setia pada parti.

Najib dalam pendekatannya adalah mengutamakan calon yang "winnable candidate" ertinya calon itu mempunyai grassroot, suka turun padang, mudah didekati dan dekat dengan rakyat, kemudian ditambah oleh Muhiyidin calon itu mesti capable, kerana itu calon itu boleh menjamin kemenangan pada parti.

Atas sebab itu, pada PRK Tenang, Johor, orang luar daripada parti Azhar ibrahim dicalonkan mewakili BN, dan terbukti, Azhar menang besar mengalahkan calon glamour Normala Shamsuddin.

Di Kota Belud kini, sungguh ramai yang berura-ura untuk menjadi calon-calon samada mahu mewakili BN atau Pembangkang. Mereka itu terdiri daripada mantan-mantan YB atau pegawai2 kerajaan yang masih berkhidmat atau presiden2 persatuan atau pegawai2 kerajaan yang telah pencen.

Namun yang menarik adalah "cubaan" para mantan YB yang telah gagal semasa zamannya sebagai wakil rakyat mencuba melalui pintu belakang untuk kembali dicalonkan mewakili BN, kononnya untuk meneruskan perancangan yang tidak sempat dilakukan semasa menjadi YB berpenggal-penggal.

Percayalah jika usaha mereka ini berjaya, yakinlah kawasan yang bakal diwakili nanti, akan kembali kepada "square one" bukan bertambah maju, sebaliknya bertambah mundur. Kenapa demikian? dalam benak mereka, memajukan rakyat sama dengan membunuh masa depan mereka, kerena semakin maju masyarakat maka akan terbuka minda mereka untuk memilih pemimpin yang mampu dan ikhlas membantu mereka.

Bagi suara rakyat, para YB Kota Belud yang ada perlu dipertahankan, walaupun ada terdapat beberapa kekurangan, namun pasukkan ini, telah membuka mata dan fikiran rakyat Kota Belud.

Datuk Rahman Dahalan walaupun ada yang menganggap wakil rakyat itu terlalu moden dalam pendekatannya, namun selama hampir 4 tahun, keupayaannya sebagai wakil rakyat boleh diberi markah "A", demikian juga Datuk Musbah di Tempasuk mendapat markah cemerlang, bagi Japlin pula, walaupun tidak mendapat markah cemerlang, namun kepimpinannya masih ada ruang untuk mendapat markah cemerlang.

Walaupun para YB ini bukan pemimpin parti diperingkat Bahagian, kecuali Japlin Naib ketua bahagian, namun mereka adalah pemimpin yang boleh diketengahkan oleh parti kerana mereka adalah "winnable candidate". Jangan ganggu sesuatu yang telah baik, kerana takut2 seperti Tikus membaiki labu. Fikir2kan lah.

34 comments:

  1. Strategik harus relevant dengan keadaan semasa. Basi atau tidak sesuatu pendekatan hanya dapat ditentukan pada PRU13.

    ReplyDelete
  2. Jangan terlalu yakin. Masing2 punyai perancangan.

    ReplyDelete
  3. Politics need ideas and excellent contributions. ere

    ReplyDelete
  4. I agree with Kris Jr, relevant strategies is crucial in contemporary times.

    ReplyDelete
  5. But most of all, genuine concern as well as sincere effort to meet the needs as well as ease the people's plight consistently too must be part of the strategy.

    ReplyDelete
  6. Cari la pendekatan yang bersesuaian dengan tema.

    ReplyDelete
  7. I suggest a better mechanism to promote the wellbeing of the whole political scene.

    ReplyDelete
  8. We are not here to let people see us, instead serving for the people.

    ReplyDelete
  9. Don't let opposition rules.

    ReplyDelete
  10. pendekatan lama atau baru, jika ia kena pada tempatnya, pasti akan berjaya.

    ReplyDelete
  11. semoga segala perancangan yang diatur berjaya.

    ReplyDelete
  12. pendekatan sekiranya masih relevant pada masa sekarang tiada siapa yang boleh pertikaikan.

    ReplyDelete
  13. Pengundi sekarang telah terdedah dengan media alternatif. BN kena guna pendekatan yang lebih relevan dan efisyen.

    ReplyDelete
  14. yang sudah digugurkan itu tidak usahlah untuk pura2 berusaha mendapat sokongan untuk dicalonkan semula. apalagi mengguna pintu belakang. inilah yang dinamakan 'sudah terhantuk baru terngadah'. tiada lagi peluang kedua.

    ReplyDelete
  15. Sebaiknya pastikan calon yang benar-benar mampu memberikan sumbangan kepada penduduk. Itulah yang terbaik.

    ReplyDelete
  16. Jangan memilih calon yang tidak mampu memberikan yang terbaik. Kerana ini akan menjejaskan sokongan penduduk terhadap parti BN nanti.

    ReplyDelete
  17. calon yang dipilih nanti perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  18. calon yang diletakkan nanti juga perlu berusaha menjaga kebajikan rakyat dan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  19. Apapun pendekatan yang diguna, saya yakin rakyat tahu apa nak buat.

    ReplyDelete
  20. Tak kisahlah siapapun yang bertanding nanti sebab rakyat adalah penentu segalanya.

    ReplyDelete
  21. Soal pendekatan saya setuju dengan antap sebab memang betul pendekatan lama atau baru, jika ia kena pada tempatnya pasti akan berjaya.

    ReplyDelete
  22. Tapi kalau sebaliknya alamatnya tak berpeluang menang lah.. Enath2 menang gaya pun tak:P hahahhaa

    ReplyDelete
  23. Apapun, kita nantikan saja keputusan PRU13. Semuanya pasti akan terjawab juga.

    ReplyDelete
  24. Kerajaan BN perlulah menggunakan pendekatan yang baru untuk menghadapi PRU-13, kita tidak boleh hanya menggunakan pendekatan yang sama buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  25. Zaman kini sudah berbeza, pengundi muda ada pendirian sendiri dan pendekatan yang digunakan sebelum ini mungkin tidak lagi releven untuk mendapatkan sokongan mereka, harap kerajaan BN akan melakukan transformasi jika hendak mendapatkan balik sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  26. Strategy lama tiada masalah janji "workable".

    ReplyDelete
  27. Calon yang dipilih harus berkebolehan and berbakat menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  28. Kalau benar and ikhlas untuk rakyat, pasti keadaan Sabah lebih berkembang dan maju. Masalah rakyat juga dapat perhatian yang wajar.

    ReplyDelete
  29. Pembangkang makin maju dan giat, harus juga BN menggunakan startegi baru untuk menghadapi cabaran.

    ReplyDelete
  30. Jika BN enggan membaut perubahan, cuma memberi laluan kepada pembangkang untuk semakin ke depan.

    ReplyDelete
  31. Pastikan calon2 yang dipilih untuk mewakili rakyat benar2 tahu menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  32. Strategik baru kh lama, yang penting harus lebih dekat dengan rakyat

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. semua komponen BN adalah winnable party, tapi tidak mustahil dalam winnable party ini terdapat pemimpin yang bukan kategori winnable candidate.. oleh itu berhati2lah dalam memilih calon..

    ReplyDelete