3 February 2012

Sepetang bersama ADUN Temapsuk

Sebaik penulis duduk di ruang tamu ADUN Temapsuk-Datuk Musbah Haji Jamli terus mengeluarkan hujahnya... sebenarnya Rakyat hanya perlu 4P+1P.

Belum lagi penulis sempat bertanya, Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah itu terus menguraikan apa yang beliau maksudkan dengan 4P+1P.

P yang pertama katanya adalah PENDIDIKAN. Melalui pendidikanlah katanya, minda dan bakat akan terlahir, sebab itu kerajaan menyediakan sekolah percuma dari Tadika hinggalah ke sekolah Menengah. Di Tempasuk katanya, boleh dikatakan semua kampung ada sekolah rendah atau setidak-tidak Taska atau Tadika. Melalui pendidikan, maka akan melahirkan sumber insan yang gemilang dan terbilang.

Selepas P yang pertama diikuti pula oleh P yang kedua, yaitu PEKERJAAN. Perkerjaan dapat berbentuk makan gaji atau usaha sendiri.

P yang ketiga adalah PENDAPATAN. Sudah tentu kalau ada Pendidikan ada Pekerajaan, maka pada gilirannya adalah PENDAPATAN. Bagi mereka yang berani mencuba, maka sumber pendapatan yang paling lumayan adalah melalui perniagaan atau usaha sendiri.

Sebab itu katanya, semasa muda, disebabkan masa sangat terhad untuk pendidikan, beliau mencebur diri dalam dunia perniagaan walaupun hanya dilengkapi kelulusan peringkat SPM. Bermula pada tahun 1980, beliau terus mencuba melalui disiplin yang tinggi dalam dunia perniagaan. Syukur katanya, lima tahun kemudian, beliau bergelar jutawan.

Dunia perniagaan terus diceburinya kerana menurutnya itulah bidang yang beliau ada bakat. Selepas perniagaannya mantap, baru beliau merasa menyambung pelajaran, walaupun bukan sepenuh masa. Melalui pendidikan yang beliau perolehi memantapkan lagi pengetahuannya dalam dunia perniagaan.

Selagi beliau diberi amanah sebagai wakil rakyat, inilah perjuangannya, kerana beliau tahu, bahawa kadar kemiskinan bagi daerah Kota Belud amnya masih tinggi walaupun kawasan Tempasuk agar bernasib baik berbanding Usukan dan Kedamaian.

Selepas 3P yang pertama, sudah tentunya rakyat perlu tempat berteduh, yakni Perumahan. Atas sebab itu, semasa beliau menjadi Pengerusi Supernisa Sdn Bhd anak syarikat LPPB, beliau mengusahakan berbagai projek perumahan untuk rakyat. Bagi penduduk Kampung pula, beliau berusaha membina perumahan rakyat melalui PPRT bagi mereka yang tergolong miskin tegar.

Namun masalah ini akan terselesaikan menjelang 2020, apabila semua isi rumah mempuyai sekurang-kurangnya satu anak yang mempunyai PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN.

Pada situasi ini, maka P yang kelima diperlukan, malah menjadi keharusan, yaitu PENGAKUTAN AWAM.

Pengakutan awam akan berkembang apabila telah ramai rakyat berkerja dan berpendapatan. Atas sebab itu, infra seperti jalan-jalan perlu di bina. Di kawasan Tempasuk, katanya tiada lagi kampung yang tidak boleh dihubungi menggunakan kenderaan. Malah sebahagian besar jalan telahpun bertar.

Beliau maklum, bahawa kawasan Tempasuk tidak mempunyai sumber asli, selain tanah dan laut. Sebab itulah katanya, beliau berusaha agar projek Jelapang Padi Kota Belud menjadi kenyataan. Melalui projek itu, akan lahir berbagai bentuk perniagaan daripada kilang padi, kilang baja, kilang membaiki jentera dan sebagainya. Sudah tentu katanya, kejayaan projek tersebut akan menguntungkan rakyat Tempasuk khususnya dan Kota Belud amnya.

Mungkin, ADUN Tempasuk itu telah menyediakan curahan hatinya begitu lama dalam benaknya, sehingga penulis, tidak sempat bertanya atau menyampuk, atas sebab uraian dan penjelasan cukup terang dan jelas. Yang paling mustahak, visinya itu masuk akal dan nyata.

Semasa ADUN Tempasuk itu menguraikan apa yang difikirannya, penulis tidak terasa bahawa sudah dua cawan black coffee habis dihirup, sekotak rokok Dunhill methol selesai.

Sekian.. Blog Suara Rakyat.

37 comments:

  1. Setuju dengan Datuk Musbah bahawa rakyat memerlukan 4P+1P ini. Pendidikan, pendapatan, pekerjaan, PPRT dan Pengangkutan Awam. Harap kerajaan mampu menyediakan semua ini untuk rakyat.

    ReplyDelete
  2. Semua syarat ini adalah faktor-faktor untuk rakyat mencapai kemajuan. Tanpa keperluan asas seperti ini, seorang rakyat tidak mungkin boleh maju ke hadapan. Sudahlah susah untuk meneruskan kehidupan, apa lagi boleh dicapai?

    ReplyDelete
  3. satu pendangan yang amat baik dari Datuk Musbah. 4P+1P harus kita capai untuk menjadi maju.

    ReplyDelete
  4. jika ia tercapai, paati kemajuan yang diinginkan akan tercapai.

    ReplyDelete
  5. Tersangatlah setuju kerana 4P + 1P ini memang penting utk meningkatkan dan memudahkan kehidupan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Tapi itu lah, kalau setakat cakap saja... susah juga oo.. At least lakukanlah sesuatu bagi memastikan semuanya OK:)

    ReplyDelete
  7. Kalaulah semuanya ada, pasti segala sesuatu berjalan lancar :) Tak payah lah rakiyat rasa hidup susah. huhu

    ReplyDelete
  8. Semoga pengalaman atau isi hati si Musbah ini diberi perhatian serius. K/kala ada baiknya juga kita belajar dari pengalaman orang utk berjaya.

    ReplyDelete
  9. Bagaimanapun, adalah amat penting rakyat mendapat bantuan kerajaan bagi memudahkan rakyat meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  10. melalui pendidikan dan usaha Sabah boleh mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah.

    ReplyDelete
  11. kerajaan Sabah bertanggunjawab menyediakan pekerjaan yang mencukupi untuk rakyat

    ReplyDelete
  12. Musbah antara calon yang akan tersenarai sebagai winnable candidate. nantikan!

    ReplyDelete
  13. all points stated by the adatuk has its validity

    ReplyDelete
  14. Betul kata Datuk Musbah itu.Rakyat memerlukan semua itu untuk mendapat
    kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  15. Harap semua ini akan terlaksana untuk kebaikan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  16. Kemudahan asas wajib disediakan untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  17. Cadangan Dtk Musbah perlu dipertimbangkan oleh kerajaan. Ianya idea yang bagus.

    ReplyDelete
  18. Baguslah kalau ada pemimpin yang sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasannya itu.

    ReplyDelete
  19. Jika kerajaan terus memberikan yang terbaik kepada penduduk rasanya pasti penduduk akan gembira dengan kerajaan yang begitu menepati citarasa penduduk itu sendiri. Pasti apa yang pembangkang cuba mainkan tidak diendah oleh penduduk.

    ReplyDelete
  20. Itu sudah tanggugjawab kerajaan bahawa memberikan bantuan kepada rakyat. Maka tunaikan dan laksanakan tanggungjawab tersebut.

    ReplyDelete
  21. kalau tiada pekerjaan tiada pendapatan...mereka yang menganggur masih lagi ramai...peluang pekerjaan harus dibuka dengan lebih banyak lagi..kalau perniagaan pula, kalau tiada modal tidak dapat menjalankan perniagaan...untuk dapat pembiayaan/pinjaman bank pun susah..apatah lagi kalau tiada harta seperti tanah untuk dicagarkan...bercakap memang mudah namun melaksanakannya adalah susah...banyak faktor harus diambil kira..diharap datuk dapat mencari formula untuk penyelesaian dan bukannya tahu bercakap mengenai keperluan rakyat..

    ReplyDelete
  22. jadi apa yang datuk boleh lakukan untuk memenuhi 4P+1P ini kepada rakyat di tempasuk?

    ReplyDelete
  23. diharapkan akan ada penyelesaian kepada kekurangan yang dihadapi oleh rakyat sabah khususnya..

    ReplyDelete
  24. ada satu lagi P yang mampu memainkan peranan bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati kelima2 P yang disebutkan.. P yang saya maksudkan itu ialah pemimpin.. oleh itu sebagai pemimpin masyarakat, eloklah beliau menyimpan matlamat untuk membantu rakyat Sabah dalam mencapai kelima2 P itu..

    ReplyDelete
  25. 4p+1P...rakyat memang memerlukannya.

    ReplyDelete
  26. usaha harus terus dibuat untuk memajukan rakyat..

    ReplyDelete
  27. semoga setiap apa yang dirancang untuk kebaikan rakyat akan berjaya dan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  28. Semoga 5P menjadi kenyataan supaya semua golongan dapat menikmati keindahan dan perubahan taraf hidup.

    ReplyDelete
  29. Pendidikan mainkan peranan yang amat penting untuk memastikan generasi muda yang akan datang berkeupayaan menghadapi ccabaran hidup.

    ReplyDelete
  30. Sabah masih tidak dapat menikmati walaupun keperluan asas seperti jalan raya, air dan electrik.

    ReplyDelete
  31. Rakyat juga harus berusaha agar 4P+1P dapat dinikmati.

    ReplyDelete
  32. Kerajaan akan memberi yang terbaik kepada semua golongan.

    ReplyDelete
  33. Bukan semua orang mampu mendapat 4p+1p walaupun giat bekerja.

    ReplyDelete
  34. Lets 4p+1P are the subject to achieve.

    ReplyDelete
  35. More effort form the state government to improve the limitation of water, electric, road facilities.

    ReplyDelete
  36. Ekonomi bertambah baik turut menambahkan peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  37. Masing-masing kena berusaha juga.

    ReplyDelete