18 March 2012

Antara perjuangan dan kemahuan dalam politik Kota Belud

RAKYAT sepatutnya sudah mampu menilai mana satu pemimpin yang mempunyai perjuangan dan mana satu pemimpin yang hanya ingin memenuhi kemahuan.

Di peringkat Nasional, Anwar adalah pemimpin yang berjuang untuk memenuhi kemahuan; manakala ada pemimpin Kota Belud yang berjuang dalam politik juga untuk memenuhi kemahuan. Tidak perlulah disebut nama, kerana jika mereka itu, rakyat dan penduduk Kota Belud, pasti tahu siapakah para pemimpin itu.

Perjuangan dalam politik untuk membela rakyat berlainan dengan perjuangan dalam politik untuk memenuhi kemahuan.

Perjuangan dalam politik yang berbentuk pembelaan berupa perancangan yang menyeluruh pada segenap lapisan masyarakat, bukan hanya segelitir. Pemimpin yang berjuang untuk memenuhi kemahuan, suka menabur harapan menggunung, dan mahir menggunakan kata2... tunggu, kalau kita punya kuasa, tunggu kalau kita ada jawatan penting, tunggu kalau kita yang menentukan keputusan.

Pemimpin yang hanya berjuang untuk mencapai kemahuannya, biasanya tidak konsisten dalam tindak tanduknya. Kadang suka meniru2 perbuatan orang lain, malah menonjolkan dirinya dalam masa singkat lebih baik dari orang lain, tapi malangnya "copycat" itu hanya berjalan sementara.

Pemimpin yang mahu mencapai kemahuannya senantiasa berubah-ubah hala tuju, senantiasa mengadaptasi perkembangan semasa, agar dia dianggap senantiasa relevan. Percayalah pemimpin seumpama ini, akan mengecewakan rakyat yang menyokongnya, namun bagi dirinya, peluang itu akan digunakan semaksima mungkin untuk kepentingan dirinya.

Atas sebab itu, pemimpin seumpama ini akan menggunakan peluang, hartanya untuk manggapai kemahuannya.

PRU-13 semakin hampir, malah ramai yang berspekulasi, bahawa bulan Jun tahun ini adalah pilihan Najib. Kota Belud tidak ramai pemimpin. Kalau pun ada pemimpin pelapis, namun mereka hanya mampu berlegar-legar di rumah mereka sendiri.

Rakyat Kota Belud tidak sanggup kehilangan para pemimpinnya. Apa yang ada sekarang perlu dipertahankan sesuai dengan kapasiti masing2.

Pengaihan kerusi berasas kaum bagi Kota Belud akan terselesaikan apabila persempadanan baru diwartakan. Kota Belud akan mendapat dua parlimen dan ada satu tambahan DUN. Untuk suku iranun, pasti akan menguasai DUN Persisir pantai, nama DUN yang akan diwujudkan kelak.

Pilihanraya senantiasa datang setiap 4-5 tahun sekali, bersabar menunggu adalah lebih baik daripada kelam kabut. Kesabaran merupakan salah satu pilar perjuangan untuk membela bangsa. Untuk itu, bersabarlah, tiba masanya semua suku di Kota Belud pasti sedewan, di dewan undangan negeri.

12 comments:

  1. Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete
  2. hoped the people of Sabah would not be easily duped by the opposition’s promises. Opposition good at talking and making empty promises but not in following up and acting on those promises.

    ReplyDelete
  3. only a wise judgement could the people be able to vote for the best party.

    ReplyDelete
  4. We shouldn't easily trust the words of either the politician or the current government. Vote wisely!

    ReplyDelete
  5. rakyat perlu bijak dalam memilih pemimpin mereka, pilih pemimpin yang benar2 berjuang untuk rakyat.

    ReplyDelete
  6. Setiap wakil semamgnyan perlulah mampu memberikan yang terbaik dan juga memenuhi kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  7. Somoga kerajaan akan terus mendapt sokongan daripada rakyat dengan pemimpin yang mampu memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  8. When things are too good to be true, they are too good to be true. Therefore, be wise and rational when casting your vote. If you want to get out from your 'comfort' zone, be bold to make difference.

    ReplyDelete
  9. Calon yang bertanding nanti pun kena pastikanlah niat untuk jadi pemimpin tu ikhlas atau sekadar mahu menebalkan poket sendiri. Nasib rakyat bukan untuk diperjudikan. Undur secara terhormat jika niat sudah menyimpang.

    ReplyDelete
  10. pucuk pimpinan juga perlu tahu mana2 pemimpinnya yang hanya berjuang untuk kemahuan peribadi.. ambil tindakan tegas terhadap pemimpin jenis ini sebelum kewujudan atau kehadiran pemimpin itu membawa masalah lebih besar kepada parti..

    ReplyDelete
  11. Ya, the people should know by now how to differentiate the kind of leaders who is sincere to fight for the people's right and those who only want to fulfill their own interests.

    ReplyDelete
  12. Voters must make the right decision regarding the right leaders to vote during the next general election. Don't fall for those parties who only wanted the people's support for their own benefits.

    ReplyDelete