Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di Sabah memperbanyakkan program 'turun padang' bagi menjelaskan secara langsung kepada rakyat akan usaha kerajaan membela nasib mereka.
Katanya selain wakil rakyat, ketua jabatan yang mewakili penjawat awam harus turut melibatkan diri dalam program bersemuka dengan rakyat bagi memastikan segala perancangan kerajaan dilaksana sebaik mungkin.
"Saya minta ketua jabatan dan pegawai kanan turun padang melihat anak buah serta pegawai mereka bekerja, tahu masalah rakyat dan cara untuk menanganinya," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan perdana perkhidmatan awam negeri, di sini Selasa.
Beliau berkata penjawat awam di Sabah yang kini menjangkau 120,000 orang, harus bijak memainkan peranan sebagai pemudah cara dan fasilitator dalam melaksanakan program bersama rkayat selain menjadi pelaksana dasar dan agenda pembangunan negara.
"Mereka (penjawat awam) juga bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apa juga isu, tindakan, keputusan kerajaan berkaitan sesuatu perkara bagi membantu kerajaan menangani parti pembangkang yang sentiasa memutar-belitkan rakyat," katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Menteri itu berkata penglibatan 'turun padang' anggota penjawat awam sama ada negeri dan Persekutuan bersama pemimpin parti komponen dapat memberi respon dan maklumat tepat kepada rakyat.
Selain itu katanya, sudah tiba masa penjawat awam menggerakkan sepenuhnya peranan perhubungan awam (PR) di jabatan dan agensi kerajaan agar segala aduan dan rungutan rakyat mendapat penyelesaian terbaik dan cepat.
"Kita perlu responsif, jangan tunggu wakil rakyat atau menteri yang respons. Kelewatan kita menyebabkan ia menjadi isu yang boleh diambil kesempatan untuk dieksploitasi oleh pihak tertentu," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan penjawat awam negeri dan Persekutuan bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh dan mantap untuk memajukan negeri selain berkongsi kemudahan dan fasiliti.
Beliau berkata pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan mengembalikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik membuktikan penjawat awam sentiasa mendapat perhatian kerajaan dalam usaha mengangkat martabat perkhidmatan itu pada tahap lebih tinggi. -

Good advice from the Sabah CM, all civil servants should make time to go down to the ground to see the people's needs and listen to their plights. Try to work together and give support to the Sabah government's efforts in developments.
ReplyDeleteThe Sabah state government will be following the Federal government's footstep in reviewing the increment of civil servant's salary. I'm sure it will benefit the state's civil servants.
ReplyDeleteMy affirmation to the CM for this initiative. All Civil servants do take note.
ReplyDeleteAs of now there are many online alternative media that has twisted the facts, to some extent being selective in the information that they choose to relay to the netizens. Having said this matter, The call for a diversifiacation eforts by the civil servants part to dissiminate efforts being made by the State and Federal government is waranted to counter these misleading effort by the opposition that is seen as detrimental against the policies is being carried out.
ReplyDeleteAmong the activities that can be conducted to meet this objective is by organizing a 'meet the client' day. That way all the efforts that the government has done to the people can be disseminated.
ReplyDeleteThe civil servants the implementers of the government policies. Therefore they too play a role in the dissemination process and at the same time can be held accountable for the outcome of these projects as well as policies. Therefore assessment of the work that has been done needs to be carried out.
ReplyDeleteHopefully the cooperation between department will be intensified to ensure all projects and policies that has been conduced are at top performance.
ReplyDeleteNasihat CM harus diingat dan dilaksanakan. memang harus dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.
ReplyDeleteRakyat Sabah pasti akan menyokong pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat
ReplyDeletepegawai kerajaan mmg perlu turun padang bagi melihat keadaan sekeliling. jabatan2 seperti JKR JAS, KKLW, Kementerian kewangan dan jabatan yang terlibat secara langsung dalam merancang dan melaksanakan pembangunan negeri. Termasuk Pegawai Daerah, Pegawai Pertanian, Jabatan perparitan dan saliran dan lain-lain yang perlu memainkan peranan pentitng dalam turun padang bagi memastikan perancangan kerajaan berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteItu satu usaha yang baik untuk penjawat awam. Apa yang Datuk Musa katakan ini adalah bagi memastikan yang kerajaan tidak pernah duduk diam membela nasib rakyat. Kerana kerajaan telah melakukan semua itu dengan bersungguh-sungguh.
ReplyDeletePenjawat awam membawa imej kerajaan secara tidak langsung. Oleh itu, penting bagi mereka untuk tampilkan imej yang positif tentang kerajaan. Bukan semuah tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan adalah benar2 belaka. Rakyat perlu diberi informasi yang betul dan penjawat awam boleh membantu kerajaan dengan memberikan penerangan yang lebih tepat kepada orang ramai.
ReplyDeleteterutama sekali jabatan2 kerajaan yang sering menjadi sasaran oleh pihak pembangkang.. rajin2 la 'turun padang' untuk menjelaskan perkara sebenar tanpa mengharapkan pemimpin2 politik kerajaan melakukan tugas itu..
ReplyDelete