23 November 2012

RM 40 juta derma untuk Umno Sabah- Rafizi dakwa ada Tiga Fail sebagai Bukti Baru

Mengapa hanya ada tiga fail? bukannya 10?..Rafizi membuat tuduhan bahawa kononnya kerajaan Malaysia yang beri tahu ICAC, bahawa RM40 juta daripada Hong Kong itu adalah sumbangan.. Berasaskan dakwaan baharu daripada Rafizi, seolah-olah, pihak ICAC menerima sahaja kenyataan daripada pihak Malaysia, atas sebab itu ICAC menutup kes itu.

Namun, Rafizi tidak merungkai, hasil sisatan lebih sebulan oleh ICAC di Sabah. Yang betul, apabila ICAC selesai membuat siasatan, badan pencegah rasuah Hong Kong itu berpuas hati, bahawa memang wang RM40 juta adalah sumbangan kepada Umno Sabah.

Kenyataan Rafizi berhubung dengan keputusan ICAC sebelum ini, seolah-olah badan itu terlalu bodoh.

Demi memutar belitkan fakta, Rafizi menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri- Datuk Nazri Aziz berbohong di dewan rakyat, apabila menteri itu memberi jawapan sepertimana yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepadanya.

Melalui jawapan yang disediakan SPRM itu, sudah tentunya dilampirkan keputusan daripada ICAC pihak yang melakukan siasatan.

Rafizi mahu mengwujudkan persepsi bahawa pihak SPRM yang melakukan siasatan, kebenarannya pihak SPRM hanya berkerjasama dengan ICAC semasa siasatan itu selama berlangsung lebih sebulan di Sabah.

Sayang SPRM bukan parti politik yang boleh memberi kenyataan bila-bila masa melalui media. SPRM tidak mempunyai bidang kuasa menjawab sebarang dakwaan politik, seperti mana yang ditimbulkan oleh Rafizi.

Rafizi hanya membuat tohaman dan dakwaan. Bagi dia, betul kah dakwaan itu, bukan penting, yang mustahak, dia mampu mengwujudkan persepsi negatif.

Inilah kebebasan kita di Malaysia, siapapun berhak membuat dakwaan, walaupun diketahui bahawa dakwaan itu hanya fitnah.

Sudah tiba masanya pihak mahakamah menjatuhkan hukuman berat, apabila ada kes seumpama ini di bawah ke mahakamah untuk pengadilan. Kita perlu hentikan, perbuatan ini, jika tidak, rakyat akan celaru.

101 comments:

  1. Walaupun ICAC dan pihak berkuasa Hong Kong bersetuju untuk bertemu dengan mereka, namun tanpa 'Bukti' baru, ICAC tidak boleh menjalankan atau membuka semula fail siasatan yang telah ditutup.

    ReplyDelete
  2. tapi apa bukti2 baru Rafizi ada, kenyataan Lajim dan Bumburing dan dakwaan Anak Nazri bawa kereta Chia, ia belum mencukupi dan ia tak relevan.

    ReplyDelete
  3. Mengapa Rafizi tidak mengulas ataupun menegur kepimpinan PKR iaitu Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan PKR yang lain mengenai isu Pesawat Peribadi.

    ReplyDelete
  4. Di mana Rafizi dalam isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ambil alih hutang Talam Corporation Bhd. (Talam)?

    ReplyDelete
  5. Di mana Rafizi dalam isu RM3 bilion melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan?

    ReplyDelete
  6. Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh pembangkang, nampak mereka sebenarnya amat terdesak atau ‘desperate’ untuk mencari populariti.

    ReplyDelete
  7. agi pembangkang sesuatu isu itu ada kene mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.

    ReplyDelete
  8. sesuatu yang boleh memberi kelebihan politik kepada mereka, pembangkang tidak menunggu lama tetapi terus menerkam untuk menuduh kerajaan yang bukan2.

    ReplyDelete
  9. Sejumlah 2,020 ibu tunggal pada Khamis memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

    ReplyDelete
  10. Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.

    ReplyDelete
  11. Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

    ReplyDelete
  12. Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

    ReplyDelete
  13. Berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap ibu tunggal di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama

    ReplyDelete
  14. isu ini hanya dipolitikan oleh PKR untuk mendapatkan sokongan.

    ReplyDelete
  15. isu ibu tunggal yang menuntut elaun seperti dijanjikan oleh PKR di Selangor menunjukkan PKR hanya pandai berjanji.

    ReplyDelete
  16. PKR diam bila ada isu melibatkan pemimpin mereka menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  17. Rafizi ought to find a strong evidence in order for the case to re-open.

    ReplyDelete
  18. It was such a waste of time and money for rafizi to fly over to hong kong and inform icac regarding bumburing and lajim statement.

    ReplyDelete
  19. this issue is being recycled by the opposition over and over again. They just wouldn't let it go.

    ReplyDelete
  20. the next time rafizi wants to provide an evidence to ICAC, he must make sure it can be used to help in the investigation or else it would be just a waste of time.

    ReplyDelete
  21. neway, if rafizi is really serious about fighting corruption, then he should start fighting corruption from his own party. starting with ANWAR.

    ReplyDelete
  22. Untuk seorang yang baru sahaja dituduh di mahkamah dalam isu BAFIA, nampaknya Rafizi memang tak pandai duduk diam.

    ReplyDelete
  23. Secara bersahaja, Rafizi menubuhkan sebuah lagi NGO baru yang dikatakan bakal menjadi tapak perjuangan Rafizi di dalam PKR.

    ReplyDelete
  24. Kita semua tahu, nasib politik Rafizi di dalam parti tidaklah begitu bagus. Bertanding (cuba untuk bertanding) dan kemudiannya tarik diri. Shamsul Iskandar pun tak mampu Rafizi tewaskan, kerana Sam adalah ‘adik angkat’ kepada Azmin.

    ReplyDelete
  25. NOW – memang ditubuhkan, selari dengan tarikh pilihanraya yang semakin hampir. Semua orang dalam PKR tahu,

    ReplyDelete
  26. mereka sedang menantikan DANA besar dari Turki yang dikatakan akan tiba ke pantai Malaysia dalam banyak cara dan kaedah.

    ReplyDelete

  27. Semuanya memerlukan transaksi yang sahih dan bernas. Makanya, memang menjadi tanggungjawab besar PKR, untuk memastikan DANA besar ini sampai dalam keadaan yang selamat.

    ReplyDelete
  28. Syarat Turki (Erdogan) mudah sahaja. Semuanya mesti dilakukan secara sah.

    ReplyDelete
  29. Zaman untuk memberi dana secara songlap dan gelap dah berlalu. Kalau ada pun, ianya dari sumber yang lain – dan bukan dari Turki.

    ReplyDelete
  30. Memang ada platform lain yang boleh digunapakai: akaun SUARAM, akaun Malaysiakini, akaun parti – tapi bagi pastikan kawalan penuh kepada wang Turki, NOW ditubuhkan. Signatories – Anwar, Azizah dan seorang akauntan lain. Orang lain jangan ganggu. Azmin juga tak terlibat.

    ReplyDelete
  31. Agenda NOW adalah seperti berikut:-

    1. Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);

    ReplyDelete
  32. 2. Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;

    ReplyDelete
  33. 3. Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;

    ReplyDelete
  34. 4. Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan

    ReplyDelete

  35. 5. Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

    Mewah Rafizi lepas ni layan dana Turki!

    ReplyDelete
  36. Oleh kerana Tukang Cerita Anwar aka Rafizi belum menyahut cabaran MyMassa http://mymassa.blogspot.com/2012/06/dedah-juga-kontrak-lrt-dari-anwar.html supaya mendedahkan kontrak bernilai lebih RM2 Billion yang Anwar Ibrahim paksaberikan kepada Kamarudin Jaafar semasa Anwar menteri Kewangan dahulu tidak dijawab oleh Rafizi. Maka, Mymassa mengambil keputusan Esok kita akan dedahkan Senarai Projek LRT di Kuala Lumpur yang diberikan kepada Kamarudin Jaafar pula.

    ReplyDelete
  37. Rakyat nilai sendiri, apa nilai Rafizi dalam mendedahkan maklumat yang diterimanya dari Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  38. Rafizi baru kenal dunia politik, makanya Rafizi tidak tahu atau maybe tahu bahawa tidak semua maklumat Anwar Ibrahim itu betul, melainkan cara-cara semulajadi Anwar untuk menjatuhkan orang lain dengan cara mendedahkan kononnya berlaku penyelewengan dan rasuah.

    ReplyDelete
  39. Seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga kawan rapat Anwar menyatakan kepada MyMassa. Di luar, Anwar akan melayan kamu bagaikan dia pemimpin hebat berhati rakyat. Namun, di depan pintu pejabatnya, jika kamu bukan dikenalinya hanya rakyat biasa, dia akan menutup matanya dan tidak memperdulikan kamu. Itulah jiwa Anwar katanya.

    ReplyDelete
  40. Cukup setakat ini. Mymassa tahu Rafizi tidak ada maklumat Rasuah Kuasa dan Penyelewengan Kuasa ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu. Kita tahu Rafizi tiada maklumat Pemberian Kontrak Secara Paksa oleh Anwar kepada Kamarudin Jaafar, juga pemberian projek LRT di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  41. Mymassa beri Rafizi sampai 8 pagi esok, jika dia gagal, maka kita akan dedahkan Nilai Kontrak itu. Kita ajar Rafizi macam mana cara berpolitik! Nak cara menipu, kita ajar cara buat pembetulan! Nak cara jahat, kita ajar cara pembaikan!

    ReplyDelete
  42. Pesan Mymassa kepada Rafizi, "kamu hanya budak hingusan dalam politik". Maklumat kamu kami boleh patahkan dengan begitu mudah, dan serangan balas kami, kamu tidak mampu menjawabnya, kerana maklumat kamu hanya 50%.

    ReplyDelete
  43. Kepada Rafizi, silakan dedah isu lain jika Anwar berikan lagi. Jangan sampai kamu kelihatan bodoh dan Durjana!

    ReplyDelete
  44. Rafizi sendiri tidak dapat memberikan yang terbaik, adakah hak beliau untuk mempersoalkan keupayaan orang lain? Cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum beliau mencari kesalahan orang lain.

    ReplyDelete
  45. Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta sumbangan kepada Umno negeri tersebut, menurut surat yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

    ReplyDelete
  46. Dalam surat pada 22 Disember 2012, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) menjelaskan kepada ketua menteri itu mereka memulakan siasatan selepas menerima aduan terhadapnya, sambil menambah bahawa ini dikehendaki oleh undang-undang Hong Kong berkenaan dengan rasuah.

    ReplyDelete
  47. Tetapi agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”.

    ReplyDelete
  48. Surat, yang menggunakan kepala surat ICAC, ditandatangani oleh Ketua penyiasat Tso Wai-Yan dan ditujukan kepada Musa dialamatkan ke pejabat beliau di Kota Kinabalu. Tiada individu lain diberi salinan dokumen itu.

    ReplyDelete
  49. Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menunjukkan kepada The Malaysian Insider gambar surat tersebut daripada iPad, sambil berkata satu halaman surat-menyurat boleh mempertahankan Musa dan Umno terhadap dakwaan daripada pemimpin pembangkang mengenai skandal tersebut menjelang pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  50. Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

    ReplyDelete
  51. “ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan,.

    ReplyDelete
  52. Ahli parlimen Kota Belud pada mulanya berjanji untuk mendedahkan surat pada sidang akhbar Khamis lepas tetapi berkata bahawa nasihat daripada peguam, salinan fizikal dokumen akan disimpan buat masa sekarang dan digunakan sebagai “senjata” Umno Sabah untuk membuktikan Musa tidak bersalah.

    ReplyDelete
  53. Ketua Menteri dan Umno Sabah sedang memikirkan tindakan undang-undang terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, yang kembali minggu lepas dari misi dua hari di Hong Kong untuk menggali maklumat mengenai kes Musa.

    ReplyDelete
  54. Saya berjanji untuk mendedahkan surat ini tetapi selepas membincangkan perkara itu dengan peguam bagi Ketua Menteri dan Umno Sabah, mereka menasihatkan saya supaya tidak mendedahkan ia kerana akan digunakan jika ada tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

    ReplyDelete
  55. selain daripada fitnah, Rafizi melanggar seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang melindungi identiti seorang tertuduh.

    ReplyDelete
  56. eksyen tersebut menyatakan laporan yang dibuat terhadap suruhanjaya tersebut, “hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang yang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan dengan persetujuan Pendakwa Raya atau pegawai berpangkat Pesuruhjaya keatas.”

    ReplyDelete
  57. Rafizi melobi ICAC untuk membuka semula siasatan RM40 juta terhadap Musa, mendakwa kemungkinan berlaku konspirasi oleh SPRM dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) di sini untuk menangguhkan perkara itu kerana takut memberi kesan pada pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  58. Rafizi menghina ICAC dan reputasi SPRM kerana agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang tersebut berkredibiliti dan bebas, sambil menambah pengarah strategik PKR itu mungkin menggunakan kontroversi ini untuk mendapat publisiti politik menjelang pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  59. Semakin terbukti, Pakatan Rakyat sebenarnya ditubuhkan untuk melanggar peraturan dan undang-undang di negara ini. Walaupun mereka pada masa yang sama, mengatakan orang lain perlu mematuhi undang-undang negara dan menghormati segala peraturan, tetapi apabila tentang mereka, yang mereka lakukan ialah melanggar undang-undang dan peraturan secara terang-terangan dengan pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan tersebut.

    ReplyDelete
  60. Itulah yang berlaku apabila seorang kakitangan bank kononnya terpaksa berhenti kerja kerana tidak tahan ditekan kerana telah membocorkan rahsia pelanggan bank berkenaan. Manakala tukang sorak dan tukang gendang Pakatan Rakyat pula serta-merta menyalahkan UMNO dan kerajaan kerana menekan pihak yang cuba mendedahkan tentang kebobrokan kerajaan.

    ReplyDelete
  61. Rafizi Ramli dan PKR sebenarnya sedang berada dalam tekanan yang melampau setelah perbuatan mereka jelas melanggar undang-undang BAFIA. Namun Rafizi Ramli cuba menghalalkan perbuatannya dengan menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukannya adalah membuat pendedahan tentang ketirisan perbelanjaan serta penyelewengan. Yang tidak disentuhnya adalah tindakannya itu tidak mengikut saluran yang betul dan membuat pendedahan tentang akaun milik orang lain tanpa perintah mahkamah merupakan satu kesalahan yang besar. Atas nama kebebasan, maka dihalalkannya perbuatan tersebut!

    ReplyDelete
  62. Contohnya beginilah...

    Bukan sedikit orang yang cukup menyampah dengan setiap pemimpin Pakatan Rakyat, terutama sekali Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli sendiri dan Zuraidah Kamaruddin. Atas nama kebebasan bersuara dan menentang kejahatan, boleh atau tidak orang biasa MENYALURKAN IKLAN DAN PROMOSI UNTUK MEMBUNUH KETIGA-TIGA ORANG INI secara terang-terangan, mahupun sembunyi-sembunyi?

    ReplyDelete
  63. Sudah tentu tidak boleh! Sebabnya, walau sebenci mana pun, tiada sesiapa pun yang berhak membunuh Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin. Bukan kerana ketiga-tiganya tidak dibuktikan bersalah untuk dibunuh, tetapi kerana undang-undang di negara ini menetapkan bahawa tiada sesiapa pun dibenarkan mengambil nyawa orang lain melainkan orang yang telah disahkan oleh mahkamah dan undang-undang seperti tukang gantung dalam penjara, anggota polis yang mempertahankan diri sama ada dalam tugas atau tidak, anggota tentera ketika dalam peperangan.

    ReplyDelete
  64. Tetapi kalaulah kaedah yang sedang digunapakai oleh Pakatan Rakyat sekarang dalam usaha membela Rafizi, maka BOLEHLAH ketiga-tiga orang di atas tadi dipengapa-apakan kerana bertujuan untuk menghalang kerosakan yang lebih besar kepada negara.

    ReplyDelete
  65. Harap-haraplah tak ada orang yang berfikiran singkat seperti pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong serta juak-juak yang bercakap menggunakan buntut dan tahi masing-masing!

    ReplyDelete
  66. Yang sah-sahnya, Rafizi Ramli dan bekas pekerja bank berkenaan telah melakukan kesalahan tetapi mereka tidak boleh dihukum oleh negara selagimana mereka tidak dibicarakan. Itu prinsip dan asas keadilan yang diamalkan oleh negara ini!

    ReplyDelete
  67. Kalau pandai Rafizi Ramli berkalih-dalih dalam undang-undang sepertimana Anwar Ibrahim cuba menggunakan kaedah teknikal dan bukannya fakta untuk mengelak daripada dihukum setelah meliwat, mengapa dia tidak menggunakan kaedah yang serupa untuk melepaskan diri?

    ReplyDelete
  68. Rafizi hanya mencari publisiti dengan menegakkan benang yang basah. Beliau hanya mahu meyakinkan Anwar bahawa beliau patut diberi jawatan besar tinggi jika Pakatan menang.

    ReplyDelete
  69. SETUJU 100% DENGAN SDR SUARA RAKYAT..

    sepanjang Rafizi memgangkat isu rm40 juta ini sebagai bahan politik beliau, sedikit demi sedikit pembohongan beliau berjaya disangkal..

    dia kata SRRM dan kerajaan malaysia tidak memberikan kerjasama kepada ICAC, sedangkan pegawai2 ICAC sendiri datang ke Sabah menjalankan siasatan. Rafizi ingat, ICAC dengan semudah itu menerima maklumat pihak lain tanpa menjalankan siasatan?

    tajuk2 akhbar pro pembangkang masing2 cuba menggambarkan Rafizi sebagai hero kononnya Rafizi ke Hong Kong serahkan bukti.. tapi bolehkah ketiga2 "bukti" yang baru2 ini diserahkan oleh Rafizi kepada ICAC Hong Kong di kira sebagai bukti kukuh? dan kenapa tidak bawa sekali Lajim dan Bumburing ke Hong Kong memandangkan mereka adalah saksi?

    dan sekali lagi tuduhan Rafizi disangkal apabila Malaysian Insider mengeluarkan artikel berkenaan dengan surat ICAC kepada Datuk Musa Aman..

    ReplyDelete
  70. Semakin lama Rafizi membawa isu ini, makin banyak tindak tanduk beliau yang pelik, bodoh dan terburu2 terdedah.. kan lebih elok dia bongkar dahulu kes2 rasuah pemimpin2 Pakatan Rakyat.. takkan beliau tidak nampak kemewahan2 pemimpin2 Pakatan sejak mentadbir 4 buah negeri?

    ReplyDelete
  71. Buktti baru apa lagi yang Rafizi ingin keluarkan, beliau hanya cakap kosong sahaja.

    ReplyDelete
  72. Keghairahan pakatan pembangkang untuk berkuasa akan menggunakan apa saja cara yang ada termasuklah mewujudkan pelbagai pertubuhan biarpun ia tidak didaftarkan.

    ReplyDelete
  73. Tan Sri Abdul Aziz Rahim melihat tindakan pakatan pembangkang yang turut menggunakan pertubuhan tidak berdaftar sebagai alat politik mereka adalah sesuatu yang bertentangan dengan hukum-hakam dan perundangan negara.

    ReplyDelete
  74. Tindakan sedemikian bukan saja tidak sihat tetapi dalam masa yang sama ia mengundang kepada suatu masa depan yang lebih buruk jika dibiarkan kerana ia ibarat menggalakkan wujudnya pertubuhan-pertubuhan sesuka hati tanpa adanya kawalan dari pihak berkuasa

    ReplyDelete
  75. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) mengesahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang aktif sejak 2007, sebagai sebuah pertubuhan ‘tidak sah’ kerana tidak pernah didaftarkan dengan agensi itu.

    ReplyDelete
  76. Pakatan pembangkang akan menggunakan pelbagai alternatif termasuklah mewujudkan pelbagai nama pertubuhan sedangkan ianya tidak didaftarkan atas usaha mereka bagi melemparkan fitnah dan pelbagai pembohongan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  77. Ini adalah cara pihak pembangkang memperalatkan individu tertentu atas nama pertubuhan bagi dimanipulasi lantaran dahaga dan terdesak mahukan kuasa politik, pangkat dan kedudukan

    ReplyDelete
  78. Rekod RoS menunjukkan hanya terdapat tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda iaitu Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Luar Negara Malaysia, Pertubuhan Wawasan Aspirasi Kemajuan Anak Peneroka Felda Lubok Merbau Pendang Kedah dan Persatuan Anak Perempuan Peneroka Rancangan Felda Semencu Kota Tinggi Johor.

    ReplyDelete
  79. Anak adalah antara pertubuhan yang tidak sealiran dengan usaha kerajaan dan banyak kenyataan mereka bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Felda sendiri.

    ReplyDelete
  80. Masyarakat perlu berwaspada dengan pihak yang mempergunakan nama badan-badan tertentu termasuklah Felda apatah lagi sejak ia disenaraikan di pasaran.

    ReplyDelete
  81. Jadi sekarang, berhasilkah usaha Rafizi bertemu den gan pihak ICAC dengan 3 fail yang dimaksudkan??

    ReplyDelete
  82. Bukti ini cukup tak untuk membuat ICAC membuka kes ini semula?

    ReplyDelete
  83. Mungkin Rafizi akan membuktikan kebodohannya.

    ReplyDelete
  84. 3 fail ini bukanlah bukti yang kukuh seperti apa yang ICAC minta.

    ReplyDelete
  85. "Bukti" ini hanya khabar angin daripada dua orang katak politik sahaja.

    ReplyDelete
  86. Terpulanglah kepada ICAC samada bukti ini boleh terima tak.

    ReplyDelete
  87. Kalau betul Lajim tahu pasal UMNO Sabah, kenapa Rafizi tidak terus mambawanya ke Hong Kong sebagai saksi?

    ReplyDelete
  88. Hanya berasaskan khabar angin saja rasanya ICAC terima tidak?

    ReplyDelete
  89. Kita tunggu dan lihat sajalah keputusan ICAC sama ada nak buka kes ini semula ataupun tidak?

    ReplyDelete
  90. Saya heran kenapa Rafizi perlukan 3 minggu untuk mendapatkan bukti tersebut jika beliau sudah awal-awal dapat bukti tersebut?

    ReplyDelete
  91. Siapa yang membayar kos untuk hantar Rafizi dan gengnya ke Hong Kong?

    ReplyDelete
  92. PKR berpendapatan bahawa ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, tapi ICAC boleh menerima penjelasan tersebut.

    ReplyDelete
  93. Bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman. Tapi rasanya ICAC tidak begitu mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  94. Ketiga-tiga bukti baru ini tidak semestinya boleh diterima oleh pihak Hong Kong.

    ReplyDelete
  95. Pihak berkuasa Malaysia telah membuat penjelasan bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno, tapi pembangkang tidak sanggup menerima penjelasan ini.

    ReplyDelete
  96. Dakwaan bahawa kenyataan Lajim Ukin bahawa beliau tidak tahu menahu bagaimana Umno mendapat sumbangan derma RM40 juta seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC, kenapa ICAC terima penjelasan tersebut kalau ia diragui?

    ReplyDelete
  97. Delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC, tidak tahulah apa yang mereka dapat dedahkan.

    ReplyDelete
  98. PKR akan membincangkan ketiga-tiga perkembangan tersebut dengan Hong Kong ICAC dalam masa 3 minggu.

    ReplyDelete
  99. Isu RM40juta ini sebenarnya hanyalah isu politik PR semata-mata dan tiada apapa kebenaran langsung.

    ReplyDelete
  100. ICAC sendiri pun sudah mengatakan yang mana Kerajaan Malaysia telah memaklumkan yang mana duit itu adalah sumbangan daripada pihak tertentu kepada UMNO Sabah, mereka patut terima kenyataan.

    ReplyDelete
  101. Boleh nampak apa saja isu yang dipermainkan oleh pihak PR demi agenda politik mereka.

    ReplyDelete