HARI ini bertempat di Dewan Terbuka Datuk Musbah Kampung Taun Gusi Kota Belud, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Pengurusan Berpusat NKEA Pertanian, EPP11 Kota Belud kepada lebih 100 petani.
EPP11 adalah satu program dalam NKEA Pertanian negara yang bertujuan untuk meningkatkan produksi padi melalui kaedah moden.
100 petani yang terlibat pada Majlis itu hari ini merupakan sebahagian petani Kota belud yang termasuk dalam program Jelapang Padi Kota Belud yang meliputi 10 ribu hektar.
Kota Belud telah dikenal pasti sebagai salah satu pusat pengeluaran beras negara melalui pengwujudan Jelapang Padi dan peruntukannya telah diumumkan dalam Bajet Negara Tahun 2013.
Program yang bercorak pertanian sungguh membantu penduduk Kota Belud dalam peningkatan pendapatan, kerana daerah itu tidak mempunyai sumber kekayaan lain, selain hasil pertanian, perkebunan dan perikanan.
Hasil usaha dan ketekunan ADUN Tempasuk dan sokongan MP Kota Belud serta Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman; akhirnya Program Jelapang Padi berjaya dimuktamadkan, dan program ini kini telahpun menjadi program nasional.
Kerajaan menyediakan seluas 655 hektar lagi kawasan di seluruh Sabah dalam program Tanaman Baru koko pada tahun 2013, kata Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Siringan Gubat.
ReplyDeleteKatanya, pecahan kawasan yang disasarkan adalah Ranau seluas 205 hektar, Tenom 200 hektar, Pantai Barat Utara 150 hektar dan Tawau 100 hektar.
ReplyDeleteIni merupakan antara inisiatif kerajaan untuk memastikan kejayaan komoditi koko yang juga merupakan salah satu teras kepada kemajuan sektor pertanian dan perkilangan, khususnya industri berasaskan sumber di negara ini,
ReplyDeleteDalam parti Barisan Nasional(BN) sendiri sememangnya pelbagai masalah kita dengar. Namun dengan adanya ketua parti yang baik dan bijak maka setiap masalah dalaman itu dapat ditangani dengan segera.
ReplyDeleteBegitu juga di Negeri Sabah, pembangkang cuba reka cerita yang mana mengatakan ada masalah dalaman berlaku.
ReplyDeleteNamun semua itu tidak benar sama sekali.
ReplyDeletePembangkang sengaja membuat semua ini untuk memecahbelahkan BN di Negeri Sabah.
ReplyDeleteTapi usaha pembangkang itu tidak berjaya. Kerana BN tetap yang terbaik.
ReplyDeleteMasalah dalaman hanya masalah kecil sebenar, tapi masalah yang besar sekarang ini adalah masalah yang dibangkitkan(fitnah) daripada pihak pembangkang(PR).
ReplyDelete. Inilah masalah besar untuk BN yang perlu ditangani.
ReplyDeleteJika kita lihat pun pembangkang sekarang sedang mencari isu yang boleh dipolitikkan untuk kepentingan politik peribadi pembangkang sendiri.
ReplyDeletePelbagai cara dan kaedah digunakan oleh pihak tersebut untuk menjatukan kerajaan BN.
ReplyDeleteDi mana kebenarannya hanya bukti dan fakta saja yang menentukannya.
ReplyDeleteKita tidak dapat kata apa-apa lagi, malahan kita tidak perlu mempercayai kata-kata pihak tersebut.
ReplyDeletePembangkang hanya tahu menabur janji kepada rakyat, tapi apa kesudahannya ambil contoh dengan Negeri-negeri di bawah PR itu sendiri.
ReplyDeleteJanji tinggal janji, rakyat yang merana.
ReplyDeleteMaka BN harus terus bersatu untuk memastikan parti ini akan terus kuat dan kukuh sebagai parti pilihan rakyat.
ReplyDeleteBuktikan kepada rakyat yang mana Kerajaan BN ini adalah kerajaan yang terbaik untuk mereka.
ReplyDeleteKetua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyeru rakyat Sabah supaya terus bersama-sama dengan kerajaan.
ReplyDeleteTerus mengekalkan usaha bersama dalam memastikan kestabilan politik, kemakmuran sosial dan ekonomi.
ReplyDeleteBeliau berkata ini penting bagi memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara dan ditingkatkan demi manfaat bersama.
ReplyDeleteApa yang penting, kerjasama dan sokongan rakyat akan menyumbang kejayaan kepada segala dasar dan program yang sedang kita laksanakan di seluruh negeri.
ReplyDeleteIni tujuan uuntuk kesejahteraan kita dan generasi yang akan datang.
ReplyDeleteMusa berkata rakyat di negeri ini bertuah kerana dapat hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama dengan aman, sejahtera dan harmoni.
ReplyDeleteKerajaan akan terus membantu kontraktor kecil yang melaksanakan projek dengan tekun.
ReplyDeletemenggesa kontraktor Kelas F supaya berusaha untuk memajukan perniagaan masing-msing.
ReplyDeletedengan mengambil iktibar daripada kontraktor besar di Sabah, yang bermula secara kecil-kecilan tetapi mencapai kejayaan besar setelah berjaya membina reputasi.
ReplyDeletedemikian kepada 137 kontraktor Kelas F yang membida 27 projek bernilai RM1 juta di bawah Projek Infrastruktur Asas dan Projek Infrastruktur Awam (PIAS/PIA) bagi daerah Kota Marudu di sini Isnin.
ReplyDeleteProjek yang dikenal pasti untuk dilaksanakan pada 2013 adalah yang dianggap penting dan perlu disegerakan.
ReplyDeleteKami harap kontraktor yang berjaya akan melaksanakan projek berkenaan dengan sendiri.
ReplyDeleteTawau yang kaya dengan sumber alam semulajadi mempunyai potensi untuk menjadi destinasi pelancongan unggul di Sabah,.
ReplyDeleteTaman Bukit Tawau iaitu taman daratan kedua diwartakan di Sabah pada 1979, perlu dipromosikan dan dipasarkan sebagai produk pelancongan.
ReplyDeleteKeunikan taman ini mempunyai potensi tinggi sebagai produk pelancongan dan jika dipromosikan akan dapat menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara melawat tempat ini.
ReplyDeleteTaman Bukit Tawau unik kerana kedudukannya di penjuru Timur Laut Sabah dan terletak di atas zon fisiognomik 'dataran tanah tinggi' serta dicirikan oleh tanah jenis volkanik atau tanah gunung berapi yang kaya dengan nutrian untuk tumbuhan.
ReplyDeletetaman ini juga mempunyai pokok dari spesis Seraya Kuning Siput (Shorea Faguetiana) setinggi 88.32 meter yang merupakan pokok tropika tertinggi di dunia selain menjadi lokasi Gunung Magdalena, Gunung Lucia dan Gunung Maria.
ReplyDeleteBukan saja Kota Belud jadi tumpuan tapi Tawau juga sedang dibangunkan.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan pakatan pembangkang sebagai parti "touch and go" yang tidak mempunyai dasar jelas untuk mentadbir dan mengubah negara.
ReplyDeleteSambil menggesa rakyat agar tidak terpedaya dengan helah pembangkang,
ReplyDeleteSalleh berkata pendekatan pembangkang hanya mencipta dan memainkan isu dengan harapan memenangi hati dan minda rakyat.
ReplyDeletePakatan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah, objektif mereka hanya untuk membentuk kerajaan dan akan bergaduh sesama mereka.
ReplyDeleteIni sudah dibuktikan di negeri yang mereka tadbir termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.
ReplyDeleteSalleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah percaya pakatan parti pembangkang itu tidak akan bertahan kerana pakatan mereka berdasarkan 'marriage of covenience' atau kesenangan bersama.
ReplyDeleteSabah targets RM10mil in revenue from the three major nationwide shopping events this year.
ReplyDeleteSemasa Barisan Nasional (BN) menghadapi pengundi pada tahun 2008, tunjang Umno patah oleh kerana pergaduhan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad sementara sebahagian rakyat Malaysia bosan dengan janji-janji yang tidak ditepati, mengundi pakatan pembangkang DAP, PKR dan PAS.
ReplyDeleteKeputusan bersejarah buat BN apabila kehilangan lima negeri dan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen. Perak kembali kepada BN setahun selepas itu apabila beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat (PR) belot.
ReplyDeleteAbdullah berhenti setahun kemudian dan Datuk Seri Najib Razak megambil alih parti dalam perpecahan itu dan gabungan BN yang hilang semangat.
ReplyDeleteKali ini, ia berbeza kerana perhimpunan agung Umno minggu lalu menunjukkan mereka lebih bersatu di bawah Najib dan memberi tumpuan kepada menyerang musuh-musuh politik berbanding orang-orang bukan Melayu.
ReplyDeleteKempen Najib tanpa mengenal lelah membuahkan hasil menyatukan Umno dan kerajaan menarik sokongan dengan program termasuk pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dimana pusingan kedua akan bermula bulan hadapan.
ReplyDeleteTun Dr Mahathir Mohamad juga sudah kembali ke pangkuan Umno, dan Najib memuji perdana menteri paling lama berkhidmat itu diatas peranan dimainkannya dalam berkempen demi perpaduan dan sokongan dalam menghadapi lawan politik Pakatan Rakyat (PR).
ReplyDeleteDr Mahathir diperlukan kali ini untuk memperkuatkan solidariti dalam Umno.
ReplyDelete“Beliau penting untuk mengelakkan sabotaj daripada ahli-ahli yang tidak dicalonkan. Beliau akan menjadi sumber kekuatan untuk pemimpin-pemimpin tertinggi menyatukan ahli diperingkat akar umbi.
Beliau merujuk kepada usaha Najib memperkenalkan konsep “calon boleh menang” dan bimbang orang-orang yang tidak berada dalam senarai itu akan mensabotaj kempen pilihan raya seperti dengan apa yang berlaku pada tahun 2008.
ReplyDeletePergaduhan Abdullah dan Dr Mahathir juga memecahbelahkan parti menyebabkan ramai ahli enggan berkempen atau mengundi gabungan tersebut, menjadikan prestasi BN paling lemah berbanding sebelumnya.
ReplyDeleteAbdullah dipilih Dr Mahathir untuk menjadi penggantinya sebagai perdana menteri apabila beliau meletakkan jawatan pada tahun 2003.
ReplyDeleteAbdullah melukakan hati ahli politik yang berkuasa itu apabila membongkar dasar beliau dan enggan mendapatkan nasihat mengenai urusan penting dalam pentadbiran negara.
Najib mempunyai masa sehingga akhir April tahun hadapan untuk mengadakan pilihan raya sebelum mandat kerajaannya tamat. Sejumlah 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri dari 12 negeri dipertandingkan pada pilihan raya umum ke 13.
ReplyDeletepercayalah dengan kerajaan BN untuk menjadi kerajaan yang terbaik. Kita percaya yang mana BN tetap kuat dengan sokongan terutama di Kota Belud. pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan BN untuk Sabah.
ReplyDeletePeruntukan sebanyak RM375.58 juta yang diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri dalam Belanjawan Sabah 2013 menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian ke tahap yang lebih baik di negeri ini-Yahya Hussin
ReplyDeleteSehubungan itu, beliau menyarankan supaya peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Pertanian Sabah terus memberi fokus terhadap perlaksanaan program pembangunan pertanian yang akan meningkatkan produktiviti komoditi pertanian, peningkatan tahap sara diri komoditi makanan serta perluasan syer pasaran produk di pasaran domestik dan antarabangsa.
ReplyDelete"Isu jaminan bekalan makanan bukanlah fenomena baharu yang dihadapi dunia, Ia adalah berdasarkan trend persekitaran baharu di peringkat dunia yang diramal menjejaskan pengeluaran makanan dan biodiversiti global, termasuk peningkatan harga makanan, peningkatan harga input pertanian, pertambahan penduduk dunia, dan peningkatan penggunaan komoditi makanan untuk biotenaga.-Yahya
ReplyDelete"Masalah jaminan bekalan makanan kini semakin rumit memandangkan sumber alam semula jadi seperti tanah dan air semakin terhad selain impak perubahan iklim yang menyebabkan kemarau dan banjir di sesetengah negara yang menjejaskan pengeluaran makanan dunia," katanya.
ReplyDeleteYahya berkata akibat peningkatan permintaan makanan, yang tidak seimbang dengan bekalan, menyebabkan kenaikan harga barangan makanan.
ReplyDelete"Kemelut akibat krisis bekalan harga dan bekalan makanan pada tahun 2008,
ReplyDeletesudah cukup untuk kita melihat semula peranan sektor pertanian dan makanan dalam pembangunan kesejahteraan negara kita," katanya.
Dalam hal ini, beliau berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bersesuaian, termasuk pelaksanaan Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang ternyata berjaya memastikan penduduk memperoleh bekalan makanan mencukupi pada tahun 2008.
ReplyDeleteSemoga Kota Belud akan menjadi jelapang padi seperti Kedah dan mampu menampung keseluruhan keperluan makanan di Sabah.
ReplyDeleteStatus daerah Kota Belud sebagai jelapang padi Sabah kini dipertingkatkan lagi dengan perisytiharan jelapang padi di dalam Belanjawan 2013 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak..
ReplyDeleterancangan itu dan insentif lain bagi petani padi, akan meningkatkan pengeluaran dan menaikkan pengeluaran padi tempatan kepada 50 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.
ReplyDeleteIni adalah berita baik bagi kita, yang bukan sahaja di Kota Belud, tetapi di seluruh Sabah dan langkah memastikan keselamatan makanan adalah aspek penting di mana-mana negara membangun.
ReplyDeleteSabah adalah pengeluar pertanian utama tetapi sayangnya fokus kita bukan pada padi. Beras adalah makanan utama kita dan kita mempunyai tanah untuk menanam padi dan kini adalah masanya untuk memaksimumkan penggunaan tanah kita bagi penanaman padi..
ReplyDeleteSabah kini mengimport kira-kira 70 peratus daripada keperluan berasnya, yang berjumlah kira-kira 220,000 tan metrik setahun bernilai lebih RM1 bilion.
ReplyDeletesemasa membentangkan Belanjawan 2013, Najib mengumumkan peruntukan RM140 juta membuka empat jelapang padi tambahan meliputi kawasan 19,000 hektar, di Batang Lupar, Rompin, Pekan, selain di Kota Belud.
Dalam hubungan ini, Salleh menyeru rakyat yang telah mengetepikan penanaman padi kerana sebab tertentu supaya mengerjakan semula sawah masing-masing atau mendapatkan bantuan dari agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) bagi mengusahakan tanah masing-masing.
ReplyDeletedifahamkan SLDB telah berjaya memulihkan sawah yang ditinggalkan di kawasan Membakut dan pesertanya kini mendapat manfaat. kini masanya telah tiba bagi para pemilik tanah menyatukan tanah masing-masing dan menjemput syarikat besar yang berupaya supaya membangunkan tanah berkenaan secara besar-besaran sebagai rakan usaha sama menggunakan jentera.
ReplyDeleteJelapang Padi yang dilihamkan oleh YB Datuk Musbah merupakan bukti kerja keras beliau sebagai seorang pemimpin Kota Belud. Projek ini pada masa ini dalam proses perlaksanan dan dijangka akan mula beroperasi di beberapa tempat.
ReplyDeleteDalam peringkat fasa pertama projek ini telah menelan belanja sebanyak lebih 100 juta ringgit dan ianya merangkumi sebahagian besar kawasan penanaman padi di kawasan Kota Belud.
ReplyDeleteDatuk Musbah berjaya membawa satu projek mega yang akan dapat mengubah nasib masyarakat Kota Belud.
ReplyDeleteapabila beliau telah dipilih semula menjadi wakil rakyat Tempasuk pada tahun 2008 dengan diberi peranan memegang jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, beliau tidak mensia-siakan peluang yang ada ini untuk menunaikan cita-citanya membawa projek Jelapang Padi Kota Belud.
ReplyDeleteDalam masa tidak sampai setahun beliau bergelar wakil rakyat Tempasuk sekali lagi beliau, telah menjemput Menteri Pertanian dan Asas Tani Malaysia yang ketika ini dipegang oleh YB Datuk Seri Noh Omar untuk mengadakan majlis perjumpaan dengan masyarakat petani di tempat yang sama iaitu di bekas kilang papannya di kampong Taun Gusi. Dalam majlis ini para petani Kota Belud telah dikhabarkan berita gembira bahawa Projek Jelapang Padi yang ditunggu-tunggu selama ini akan dilaksanakan secepat mungkin.
ReplyDeleteDan pada ketika artikel ini dikeluarkan hampir kesemua projek Jelapang Padi fasa pertama 70 peratus siap dilaksanakan dan dikhabarkan akan mula digunakan pada bulan Oktober tahun ini juga. Inilah bukti kesungguhan YB Datuk Musbah apabila menjadi pemimpin, beliau tidak akan mudah tunduk kepada rintangan atau masalah sehingga membantutkan perancangan yang dibuatnya begitu lama.
ReplyDeleteKejayaan Datuk Musbah merealisasikan impianya melihat Projek Mega Jelapang Padi menjadi kenyataan kerana ketekunan dan keikhlasannya dalam melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat Tempasuk.
ReplyDeleteemua tahu Datuk Musbah lebih hebat, gagah dan menjadi hero kepada rakyat Kota Belud khususnya dalam membela rakyat termiskin.
ReplyDeleteKeikhlasan dan kejujuran Datuk Musbah membawa pembangunan kepada masyarakat Kota Belud menyebabkan lebih ramai penduduk Kota Belud mendoakan kesejateran beliau sebagai seorang pemimpin.
ReplyDeletemoga projek ini berjaya dan ia dpt membantu penduduk kota belud tingkatkan taraf hidup.
ReplyDeleteSabah's sound financial management can be attributed to Musa's relentless calls to departments and agencies to be prudent in their spending.
ReplyDeleteIt is heartening to note that some state agencies, including those that had been in the red, have shown improved financial management, thus enabling them to be independent, service their loans and pay dividends to the state government.
ReplyDeleteJika melihat kepada Dasar Transformasi Negara yang meliputi keseluruhan program pembangunan yang merangkumi pembangunan modal insan, pasarana dan ekonomi, dan saya membandingkan dengan Program Buku Jingga pihak yang satu lagi. Walaupun saya tidak nafikan terdapat juga perancangan yang baik dalam BJ tersebut, namun secara keseluruhannya DTN lebih realistik dan mampu dicapai dengan ketelitian perancangan melalui GTP (NKRA), ETP (NKEA), STP, PTP.
ReplyDeleteGagasan 1 Malaysia merupakan pemacu yang mana konsepnya berlandaskan Pembangunan Manusia dengan produknya adalah Negara maju. Asas untuk menjaga negara bergantung kepada kestabilan politik dan perpaduan kaum, yang mana dalam Gagasan 1 Malaysia penekanan kepada TERAS PERPADUAN amat penting memandangkan Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
ReplyDelete3 Teras Perpaduan tersebut adalah 1. PENERIMAAN 2. PRINSIP KENEGARAN dan 3. KEADILAN SOSIAL. Sekiranya ini dapat capai, pasti negara akan aman dan memudahkan pihak kerajaan, rakyat dan juga pelabur dalam dan luar negara, termasuk pelancong utk datang. Ini adalah salah satu jaminan kesuburan ekonomi dapat dijana. Di pihak kerajaan juga, sudah pasti dapat menjalankan pelbagai program peningkatan dalam membantu mempertingkatkan sosio-ekonomi rakyat.
ReplyDeleteBerbanding dengan pihak pembangkang, yang mana di peringkat awal melalui Program 100 Hari Pemerintahan mereka, jika kita membuat sedikit analisa ianya baik untuk jangka pendek tapi membawa kesan kepada ekonomi negara untuk jangka sederhana dan panjang. Dan ke2, kecenderungan melakukan demonstrasi jalanan yang dibimbangi menjadi satu tradisi dan amalan, boleh merencatkan ekonomi khususnya industri pelancongan dan imej negara. Ke3, Pakatan di antara tiga parti PKR, DAP dan PAS yang hanya membawa misi dan matlamat untuk menewaskan BN.
ReplyDeleteBerbeza dengan Gabungan BN yang membawa wadah dan matlamat serta perjuangan yang sama, atau memiliki idealogi yang selari dan dipersetujui bersama. Berbanding dengan PR, masing-masing dengan wadah dan idealogi yang berbeza. Seperti yang kita ketahui PAS memperjuangkan untuk menjadikan Malaysia Negara Islam dan ini memang ditentang oleh DAP. Ditakdirkan mereka beroleh kemenangan dalam PRU13, dibimbangi keadaan akan menjadi kucar-kacir dan tidak mustahil perebutan jawatan akan berlaku.
ReplyDeleteKerajaan Negeri amat mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga.
ReplyDeleteKetua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, inisiatif itu termasuklah geran tambahan Rukun Tetangga dan juga Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memelihara keamanan dan keharmonian di kawasan penduduk masing-masing.
ReplyDeleteMusa turut menyarankan agar semangat kerjasama dan koordinasi antara Rukun Tetangga dengan pemimpin dan institusi akar umbi seperti ketua kampung, pengerusi JKKK dan JKDB, ketua masyarakat dan persatuan penduduk terus ditingkatkan.
ReplyDeleteHal Ini amat penting kerana ia terbukti memberi kesan yang amat postif kepada masyarakat dari segi kerjasama dan perpaduan dalam kawasan masing-masing
ReplyDeleteBagi menjayakan hasrat itu, semua pihak termasuk para pemimpin, jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta supaya terus berganding bahu dan memberikan sokongan
ReplyDeleteIni amat penting untuk mengukuhkan lagi agenda nasional seiring dengan gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar kerajaan
ReplyDeleteMusa meluahkan rasa gembira kerana jumlah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sabah kini telah mencapai sebanyak 558 buah
ReplyDeleteSemua parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk yang kecil adalah penting bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang
ReplyDelete"Dalam tempoh berbaki (yang singkat) ini...tidak ada lagi masa untuk kita bertelagah. Kita mestilah bergerak sebagai satu pasukan bagi mencapai kemenangan," kata Perdana Menteri.
ReplyDeletePengerusi BN berkata dalam hal ini, beliau menghargai kesetiaan LDP yang menjadi anggota BN sejak dua dekad lepas.
ReplyDeleteThis is good.
ReplyDeleteKerajaan amat bersungguh2 untuk memperbaharui kehidupan orang lain
ReplyDeleteThanks the government for its help
ReplyDeleteIt meant a lot for all of us here
ReplyDeleteBerterima kasih la dengan kerajaan.
ReplyDeleteMaka KB akan menjadi jelapang padi
ReplyDeleteHarap semuanya akan berjalan lancar.
ReplyDeleteLet everything goes with the plan
ReplyDeleteThe government is attentive to our request
ReplyDeleteThis is to ensure that Sabah continues to grow
ReplyDeleteJelapang padi Sabah
ReplyDeleteYang penting kerajaan mengambil berat segala masalah yang ada.
ReplyDeleteBagus la tu jangan ada salah faham.
ReplyDeleteTidak ada alasan untuk tidak percaya akan kerajaan
ReplyDeleteWe should believe
ReplyDeleteSabah memang wajar mendapat pujian jelapang padi.
ReplyDeleteWhatever it is, believe that the government is listening.
ReplyDeleteTrouble seems to be brewing in the opposition front as DAP Sabah and Sabah Progressive Party (SAPP) take potshots at each other on several issues, including the seats they are eyeing.
ReplyDeleteWith the 13th general election expected to be held anytime soon and no end in sight to the acrimony between the two opposition parties, the chances of Pakatan Rakyat pulling off a strong alliance against Sabah Barisan Nasional (BN) appear increasingly remote.
ReplyDeleteContinuing the war of words yesterday, DAP Sabah assistant secretary cum National DAPSY Central Committee member Junz Wong issued a strongly worded statement in which he accused SAPP of harbouring “evil intentions” to split the opposition votes in Sabah.
ReplyDeleteJunz claimed that DAP Sabah has been under attack by SAPP ever since DAP announced that it would be contesting the Sandakan parliamentary seat and the Elopura, Tanjung Papat and Karamunting state seats.
ReplyDeleteHe said SAPP has even claimed that DAP was secretly assisting UMNO to win in the coming election.
ReplyDeleteDAP demands that (Datuk) Wong Yi Ming apologize for accusing DAP of helping UMNO! DAP has worked for a free and democratic Malaysia for as long as DAP has existed, led by credible leaders such as Lim Kit Siang and Karpal Singh.
ReplyDeleteDAP had gone through difficult times when BN was much stronger, fighting BN head-to-head (while SAPP was colluding with BN)
ReplyDeletePertanian kekal sebagai tulang belakang ekonomi Sabah
ReplyDeleteSektor pertanian memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Ia juga merupakan tulang belakang ekonomi negeri di mana pertanian adalah salah satu sektor utama yang diberi fokus dalam pelan induk dipanggil "Halatuju" yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman, ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada 2003. Dengan Halatuju ini, pertanian menerima peruntukan besar di akhir penutupan Rancangan Malaysia Ke-8 dan diberi tumpuan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10.
Pertanian kekal sebagai tulang belakang ekonomi Sabah
ReplyDeleteMeneruskan trend dan penekanan, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM463.01 juta untuk sektor pertanian dalam Bajet Negeri 2013. Sebahagian daripada peruntukan besar ini akan digunakan untuk meningkatkan bekalan makanan negeri. Kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama untuk menjadikan Kota Belud sebagai salah satu jelapang padi Malaysia. Dikenali juga sebagai EPP (entry point project) 11 Kota Belud, program ini adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) Malaysia.
ReplyDeletePertanian kekal sebagai tulang belakang ekonomi Sabah
Disaksikan oleh Ketua Menteri, perjanjian untuk melaksanakan EPP 11 Kota Belud, ditandatangani pada hari pertama sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah (HPPNS) 2012 di Kompleks Pemasaran Koperasi Pembangunan Desa di Teluk Likas. Perjanjian itu ditandatangani di antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, sebagai wakil kerajaan dan Pertubuhan Peladang Kota Belud serta di antara kerajaan dan petani yang terbabit dalam program ini. Menurut Musa, seramai 762 petani terlibat dalam fasa pertama program ini. Seluas 800 hektar tanah akan digunakan dalam fasa permulaan dan insentif berjumlah RM1.6 juta sudah diberikan kepada petani terbabit. Kira-kira RM1.62 juta bantuan juga telah diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kota Belud.
Bercakap di majlis pelancaran HPPNS 2012 baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, "sektor minyak sawit, tidak diragui lagi, adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Tetapi kita juga perlu menerima hakikat bahawa sektor pertanian makanan, masih perlu diberi perhatian khas terutamanya beras yang merupakan makanan ruji rakyat Sabah. "
Pertanian kekal sebagai tulang belakang ekonomi Sabah
ReplyDeleteYahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, mendedahkan bahawa sejumlah RM370.5 juta nilai beras diimport ke negeri ini pada 2011. "Ini kerana pengeluaran beras di negeri ini masih kurang daripada 30 peratus sasaran sara diri," katanya. Selain itu, sebanyak RM221.6 juta dibelanjakan untuk mengimport daging, di mana tahap kecukupan diri untuk Sabah adalah kurang daripada 30 peratus. Bagaimanapun, tahap kecukupan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik dengan mencapai 80 peratus dan 57 peratus sara diri. Pengeluaran susu segar, telur dan ayam adalah mencukupi bagi kegunaan penduduk di negeri ini, malah mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport utama produk ikan dan makanan laut di Malaysia.
Pertanian kekal sebagai tulang belakang ekonomi Sabah
ReplyDeleteMenekankan apa yang Sabah boleh lakukan untuk meningkatkan bekalan makanan, Menteri itu berkata, "Sebanyak 62 peratus daripada import makanan Sabah boleh ditanam atau dihasilkan di negeri ini.
Penanaman makanan akan menjadi aktiviti utama ekonomi negara dan sumber utama untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut Yahya, statistik menunjukkan bahawa 43 peratus, atau 12.5 juta daripada 28.5 juta penduduk Malaysia terdiri daripada belia.
Pertanian kekal sebagai tulang belakang ekonomi Sabah
ReplyDeleteJabatan Perdana Menteri melalui PEMANDU (Pengurusan Prestasi & Unit Penyampaian) membuat ramalan bahawa menjelang 2020, projek NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) akan mewujudkan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan. Kira-kira 75,000 daripada pekerjaan ini adalah dalam sektor makanan pertanian. Menurut satu anggaran, sektor pertanian akan mengambil kira 20 bilion atau empat peratus daripada PNK (Pendapatan Negara Kasar) pada 2009 dan 49 bilion PNK adalah sasaran pada 2020. Beliau menambah yang matlamat Kementerian adalah untuk meningkatkan pendapatan petani kepada dua hingga empat kali ganda di kawasan luar bandar yang bergantung kepada golongan belia sebagai bakal pengganti dalam bidang ini.