31 January 2013

PRU-13: Antara Retorik Lawan Janji Ditepati; antara fintah lawan Fakta

The Most Reliable way To Predict The Future Is To Create It. Inilah pendekatan yang dilakukan oleh Pembangkang. Atas sebab itu, dari awal-awal lagi Janji retorik dan fitnah digunakan menyerang kerajaan Bn semata-mata untuk mengwujudkan persepsi.

Kemampuan pembangkang adalah untuk melakukan janji Retorik, yakni janji yang sukar dilaksanakan, kerana janji-janji itu tidak berunsur fakta/perkiraan yang munasabah, kadang-kadang tidak masuk akal.

Pembangkang bagaikan penjual ubat dijalanan atau tamu-tamu besar, menggunakan loud speaker memuji ubat yang ditawarkan kononnya mujarab mengubati semua penyakit; seperti kata P.Ramlee, tersalah makan ubat, maka maut.

Sebaliknya kerajaan Bn, mengotakan semua janji-janji yang dijanjikan kepada rakyat. Janji yang dinikmati rakyat. 

Kerajaan berjanji kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM3 ribu, BRIM, maka diberikan. Kerajaan berjanji kepada murid-murid sekolah bantuan RM100 awal persekolahan diberikan. Kerajaan berjanji membina rumah PPRT diberikan. Kerajaan berjanji membina jalan raya diberikan. 

Kerajaan berjanji menubuhkan RCI Pati di Sabah diberikan. Kerajaan berjanji menghapuskan ISA diberikan. Kerajaan berjanji memberikan keloggaran berhimpunan secara aman juga diberikan.

Berlainan dengan janji pembangkang misalnya bantuan kepada ibu-ibu tunggal di selangor, hanya auta, sehingga lebih 2ribu ibu2 tunggal di negeri itu menyaman kerajaan Pakatan Selangor ke mahkamah, kerana menipu pada PRU-12 lalu.

Pendekatan Pembangkang adalah membangkitkan isu-isu yang langsung tidak bermanafaat kepada rakyat, misalnya unsur rasuah yang merekapun tidak mempunyai fakta untuk membuktikannya. Tujuannya hanya untuk mengwujudkan persepsi, dan memberi tanda negatif kepada kerajaan.

Pendekatan pembangkang dengan menuduh Perdana Menteri sebagai pembunuh, menuduh Ketua-ketua Kerajaan negeri sebagai perasuah, adalah pendekatan yang cuba mengwujudkan persepsi negatif, sedangkan mereka sendiripun tidak mampu membuktikan semua tuduhan itu. Pembangkang benar-benar memanfaatkan kebebasan bersuara dalam negara yang diwujudkan oleh kerajaan melalui Transformasi Politik; dengan mengisinya dengan fitnah dan pembohongan.

Jika semua fitnah dan pembohongan itu diambil tindakan oleh pihak kerajaan atau pemimpinnya, mahkamah akan terlalu sibuk melayan SAMAN FITNAH BILION RINGGIT,  sehingga membuatkan Mahkamah sesak, dan tidak mampu menyelesaikan perbicaraan penting lainnya terutama yang membabitkan jenayah.

Rakyat perlu menilai antara Pemimpin yang bercakap berasaskan fakta dan pemimpin yang hanya tin kosong, nyaring bunyinya kerana tidak berisi apa-apa.

Pembangkang ke hulu ke hilir hanya menabur fintah, manakala pemimpin bn turun padang untuk menemui rakyat, menyelesaikan masalah rakyat, menghulur bantuan mana yang perlu, seperti bantuan kepada OKU dan ibu2 tunggal, miskin tegar dan sebagainya. Sebaliknya, pembangkang menjanjikan harapan, harapan setinggi gunung kepada rakyat yang tidak berkupayaan ini. Sungguh berdosa mereka itu.

Pepatah mengatakan JANGAN CURAHKAN AIR DI TEMPAYAN APABILA MENDEGAR GURUH DI LANGIT kerana hujan belum pasti datang. Pendekatan inilah yang digunakan oleh Pembangkang menggalak rakyat mencurahkan air yang terisi dalam tempayan, kerana mereka memberi harapan kepada pemilik tempayan itu, hujan pasti datang. Jawabnya TIPU..dan BOHONG.

PRU-13 menjelang tiba, hanya menghitung hari. Rakyat akan memilih berasaskan janji retorik lawan janji ditepati, antara fakta dan fitnah.

Di sinilah tugas jentera parti berperanaan, untuk menerangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat yang keliru dan kurang arif mengenai keadaan.

Tapi ironinya, mereka yang benar-benar faham mengenai situasi baik ekonomi, kerajaan mahupun politik menghambakan diri mereka kepada faktor penafian, faktor menidakkan, dimana sudah jelas dan terang bahawa dihadapan mereka itu jalan lurus, tapi dikatakan bengkang bengkok. Mereka membutakan mata mereka sendiri, dan  turut memesongkan kata hati.

32 comments:

  1. Pilihlah parti yang laksanakan Manifesto serta tunaikan janji BUKAN hanya pandai tabur janji.

    ReplyDelete
  2. Oleh yang demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap rakyat tidak tersilap dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, sebaliknya memikirkan parti mana yang akan menjamin masa depan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  3. “Jangan kerana ada sikit sahaja yang tak puas hati, rakyat tolak Barisan Nasional dan memilih pembangkang kerana janji-janji kosong mereka. Akhirnya, masa depan diri dan keluarga pula tergadai,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata rakyat juga perlu bijak membezakan usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN yang mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding pembangkang yang lebih suka mengadakan demonstrasi yang mencetuskan kekecohan dan merosakkan harta benda awam.

    ReplyDelete
  5. “Kalau demonstrasi, rakyat boleh sampai luka dan berdarah, dan bangunan, jalan raya, harta benda boleh rosak,” tegasnya.

    ReplyDelete
  6. Kita sering mendengar khabar angin "BN semakin goyah di Sabah", "Berlaku krisis kepimpinan BN", "Sabah mengalami tsunami politik" dan seumpamanya yang menunjukkan bahawa BN di Sabah kini ditolak oleh rakyat dan kemenangan mereka di Sabah semakin tipis.

    http://bayausbh.blogspot.com/2013/01/pembangkang-sukar-untuk-mewujudkan.html

    ReplyDelete
  7. Tapi di sebalik khabar angin itu, rupanya pihak pembangkang pula yang semakin menghadapi krisis. Nampaknya khabar-khabar negatif yang kita dengar selama ni hanya sengaja disebarkan untuk menutup kelemahan pihak pembangkang.

    http://bayausbh.blogspot.com/2013/01/pembangkang-sukar-untuk-mewujudkan.html

    ReplyDelete
  8. Pertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah adalah petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

    http://bayausbh.blogspot.com/2013/01/pembangkang-sukar-untuk-mewujudkan.html

    ReplyDelete
  9. Pergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara andainya mereka diberi peluang memerintah negara.

    http://bayausbh.blogspot.com/2013/01/pembangkang-sukar-untuk-mewujudkan.html

    ReplyDelete
  10. tindakan ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Papar Datuk Patrick Sindu, keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Patrick juga dilaporkan sebagai berkata Star di Papar telahpun dibubarkan, tetapi ia dinafikan oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.

    http://bayausbh.blogspot.com/2013/01/pembangkang-sukar-untuk-mewujudkan.html

    ReplyDelete
  11. Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Ketua Star Sabah) pula mendakwa anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing yang keluar dari UPKO pada Julai lalu sebagai pemimpin yang mengamalkan 'politik cari makan'. Ini berikutan kenyataan Bumburing bahawa Star adalah 'anti-Malaya'.

    http://bayausbh.blogspot.com/2013/01/pembangkang-sukar-untuk-mewujudkan.html

    ReplyDelete
  12. pergeseran mereka bukan sahaja menyerlahkan kelemahan kepimpinan parti itu tetapi juga ketidaksepakatan dan keretakan serius dalam kalangan parti pembangkang.

    http://bayausbh.blogspot.com/2013/01/pembangkang-sukar-untuk-mewujudkan.html

    ReplyDelete
  13. bukan mudah untuk menyatupadukan beberapa buah parti yang mempunyai perjuangan berbeza dan bukan mudah untuk mencapai kesepakatan bagi mewujudkan perlawanan 1 lawan 1 antara gabungan pembangkang.

    http://bayausbh.blogspot.com/2013/01/pembangkang-sukar-untuk-mewujudkan.html

    ReplyDelete
  14. Sedangkan dalam PR sendiri, DAP, PKR dan PAS mempunyai ideologi berbeza dan sering tidak sehaluan dalam isu-isu tertentu seperti hudud, inikan pula dengan parti STAR dan SAPP?? Jadi nampak disini yang mana pembangkang semakin bermasalah.

    ReplyDelete
  15. Fitnah Pembangkang Pembakar Semangat Perjuangan BN


    Pembangkang hanya tahu menyebarkan fitnah dan memburukan nama kerajaan. Namun semua itu tidak berkesan kepada Kerajaan BN.

    ReplyDelete
  16. Fitnah Pembangkang Pembakar Semangat Perjuangan BN

    Namun semua itu tidak berkesan kepada Kerajaan BN. Kita dapat lihat sekarang ini, yang mana Kerajaan BN masih bertapak kukuh di Sabah meskipun pembangkang membuat tohmahan tidak berasas kononnya Kerajaan BN semakin lemah di negeri di bawah bayu itu.

    ReplyDelete
  17. Fitnah Pembangkang Pembakar Semangat Perjuangan BN

    Sokongan rakyat terutamanya di Sabah terhadap BN masih kukuh dan mereka akan terus memberi mandat kepada BN untuk kembali menerajui pucuk pimpinan negara. Keyakinan tersebut adalah berasaskan kepada banyak faktor yang begitu jelas dapat dilihat dalam scenario politik semasa di Negara ini.

    ReplyDelete
  18. Fitnah Pembangkang Pembakar Semangat Perjuangan BN


    Kerajaan BN mempunyai halatuju dan agenda perjuangan yang jelas, relevan, matang, progresif, kompetitif, kondusif dan berinovatif untuk membawa masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini ke tahap kemajuan yang lebih tinggi, seiring dengan tuntutan semasa.

    ReplyDelete
  19. Fitnah Pembangkang Pembakar Semangat Perjuangan BN

    Pembangkang sentiasa mencuri peluang dengan membuat pelbagai tohmahan dengan niat dan matlamat untuk meraih sokongan dan simpati rakyat. Rakyat di Sabah sudah dapat menilai belang sebenar pembangkang dengan menolak mereka dalam pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  20. Fitnah Pembangkang Pembakar Semangat Perjuangan BN


    Konsep dan semangat kerjasama serta semangat setiakawan yang dipelopori dan dipraktikkan oleh anggota komponen BN yang diterajui UMNO sejak dari dulu hingga sekarang sangat kondusif untuk diwarisi generasi akan datang di negara ini.

    ReplyDelete
  21. Fitnah Pembangkang Pembakar Semangat Perjuangan BN

    Pembangkang seolah-olah mahu mengajar generasi muda supaya tidak mengambil peduli soal sensitiviti masyarakat majmuk yang selama ini adalah tunjang kepada keamanan dan kestabilan politik serta ekonomi yang kita nikmati selama ini. Inilah yang hendak kita dan mesti dipertahankan dan jangan sekali-kali kita biarkan pembangkang musnahkan aset negara yang paling berharga ini.

    ReplyDelete
  22. Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata rakyat kini dilihat semakin bosan dengan pelbagai karenah dan retorik yang dicetuskan parti pembangkang.

    ReplyDelete
  23. Beliau yang secara sinis berkata apa saja perkara yang dibangkitkan pihak pembangkang tidak ubah seperti satu ‘hiburan politik’.

    ReplyDelete
  24. “Rakyat dengar (isu yang dibangkitkan pembangkang) sebagai satu hiburan politik, tetapi akhirnya mereka (rakyat) akan memilih parti dan kerajaan yang akan membawa kepada pembelaan untuk masa hadapan yang boleh diberikan oleh Barisan Nasional,” katanya.

    ReplyDelete
  25. Beliau berkata rakyat mahukan sebuah negara yang stabil dan bukannya sebuah negara yang porak-peranda seperti mana yang cuba dicetuskan parti pembangkang menerusi demonstrasi jalanan.

    ReplyDelete
  26. “Mereka (rakyat) juga (dilihat) tak minat dengan reformasi, maklum balas yang kita terima, rakyat mahu kepimpinan yang boleh membawa kestabilan kepada negara,” katanya.

    ReplyDelete
  27. Beliau berkata Wanita Umno juga kini dilandasan kukuh dan jentera pergerakan itu kini di peringkat fasa terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
  28. “Kita mempunyai kekuatan dalaman, kita tak mudah nak digentarkan, sebab kita berlandaskan kepada kebenaran dan kesucian perjuangan,” katanya.

    ReplyDelete
  29. pembangkang hanya tahu menabur janji2 retorik yang tidak mungkin akan ditunaikan...

    ReplyDelete
  30. kerajaan pula berusaha sebaik mungkin menunaikan semua janji2nya yang mana rakyat sendiri dapat lihat janji2 tersebut ditepati.

    ReplyDelete
  31. rakyat harus membezakan mana yang bekerja untuk rakyat dan mana yang hanya mencari publisiti murah..

    ReplyDelete
  32. pembangkang hnyatau berjanji, tapi tak tau menunaikannya. jgn mudah terpedaya.

    ReplyDelete