28 January 2013

PRU-13: Benar Kah Najib Dalam Dilema?

FAKTOR dilema hanya berlaku apabila melibatkan pemilihan calon. Tapi kalau dilihat daripada segi parti, sebenarnya siapapun Perdana Menteri atau Presiden Umno, tidak akan mengalami dilema.

Biasanya pemilihan calon adalah berasaskan kedudukan seseorang itu dalam parti, atau mantan-mantan pemimpin yang pernah menduduki jawatan dalam parti.

Kini kretiria pemilihan calon adalah seseorang itu adalah "winnable"; entah dilihat pada aspek mana winnable itu? apa kah melalui kedudukannya pada parti, atau kedudukannya di mata akar umbi atau kedua-duanya.

Sejak 2008, kerana tsunami politik melanda Bn di Semenanjung, maka bermula daripada ketika itu, para pemimpin Bn, tidak lagi mengambil lewa masalah akar umbi. Rata-rata pemimpin Bn melakukan pendekatan ke akar umbi melalui turun padang dan sekaligus mengurus padang.

Bermula pada empat tahun lalu, rata-rata pemimpin yang mempunyai jawatan dalam parti termasuk wakil-wakil rakyat melakukan pendekatan yang amat berbeza berbanding sebelum tahun 2008.

Walkabout, turun padang, peka terhadap perkembangan di kawasan masing-masing, termasuk kenduri kendara, kematian, majlis kahwin, turut dihadiri oleh rata-rata pemimpin Bn.

Mungkin situasi ini yang menjadikan Najib dalam dilema, kerana sukar menamakan calon-calon terbaik daripada yang terbaik.

Dakwaan pihak-pihak tertentu, kononnya kalau Najib mempertahankan calon-calon tahun 2008, maka beliau mempertahan calon-calon Pak Lah; sebenarnya semua itu hanya dakwaan pihak-pihak tertentu, kerana dalam Bn, tiada yang dikatakan sipolan dan sipolan adalah orang ini dan orang itu. Dalam Bn, yang dikenal adalah orang parti dan orang Bn.

Dalam politik, sesiapa sahaja orang parti adalah saudara dalam politik. Saudara dalam politik adalah penentu kemenangan dalam sebarang pilihanraya.

Dalam persaudaran politik, tidak boleh ada sikap pilih kasih, kerana dalam politik semua mempunyai persamaan. Melalui persamaan itu, parti membuat keputusan, berkaitan pemimpin mana yang perlu memikul amanah dan tanggungjawab.

Amanah dan tanggungjawab itu, bukan sahaja kepada saudara poliitk, juga tanggungjawab terhadap rakyat yang memberinya tanggungjawab.

Semoga, Perdana Menteri diberi hidayah, agar dapat memilih calon-calon yang terbaik daripada yang terbaik.

55 comments:

  1. Semasa Barisan Nasional (BN) menghadapi pengundi pada tahun 2008, tunjang Umno patah oleh kerana pergaduhan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad sementara sebahagian rakyat Malaysia bosan dengan janji-janji yang tidak ditepati, mengundi pakatan pembangkang DAP, PKR dan PAS.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  2. Keputusan bersejarah buat BN apabila kehilangan lima negeri dan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen. Perak kembali kepada BN setahun selepas itu apabila beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat (PR) belot.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  3. Abdullah berhenti setahun kemudian dan Datuk Seri Najib Razak megambil alih parti dalam perpecahan itu dan gabungan BN yang hilang semangat.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  4. Kali ini, ia berbeza kerana perhimpunan agung Umno minggu lalu menunjukkan mereka lebih bersatu di bawah Najib dan memberi tumpuan kepada menyerang musuh-musuh politik berbanding orang-orang bukan Melayu.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  5. Kempen Najib tanpa mengenal lelah membuahkan hasil menyatukan Umno dan kerajaan menarik sokongan dengan program termasuk pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dimana pusingan kedua akan bermula bulan hadapan.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  6. Tun Dr Mahathir Mohamad juga sudah kembali ke pangkuan Umno, dan Najib memuji perdana menteri paling lama berkhidmat itu diatas peranan dimainkannya dalam berkempen demi perpaduan dan sokongan dalam menghadapi lawan politik Pakatan Rakyat (PR).

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  7. Dr Mahathir diperlukan kali ini untuk memperkuatkan solidariti dalam Umno.

    “Beliau penting untuk mengelakkan sabotaj daripada ahli-ahli yang tidak dicalonkan. Beliau akan menjadi sumber kekuatan untuk pemimpin-pemimpin tertinggi menyatukan ahli diperingkat akar umbi,” kata Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  8. Beliau merujuk kepada usaha Najib memperkenalkan konsep “calon boleh menang” dan bimbang orang-orang yang tidak berada dalam senarai itu akan mensabotaj kempen pilihan raya seperti dengan apa yang berlaku pada tahun 2008.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  9. Pergaduhan Abdullah dan Dr Mahathir juga memecahbelahkan parti menyebabkan ramai ahli enggan berkempen atau mengundi gabungan tersebut, menjadikan prestasi BN paling lemah berbanding sebelumnya.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  10. Abdullah dipilih Dr Mahathir untuk menjadi penggantinya sebagai perdana menteri apabila beliau meletakkan jawatan pada tahun 2003.

    Abdullah melukakan hati ahli politik yang berkuasa itu apabila membongkar dasar beliau dan enggan mendapatkan nasihat mengenai urusan penting dalam pentadbiran negara.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  11. Umno dan BN perlukan beliau untuk terus bersatu,” kata Shamsul Adabi, merujuk kepada Dr Mahathir.

    Kempen gigih Najib untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat Cina dan India juga menyebabkan kurangnya serangan perkauman secara terbuka dari rakan-rakan parti, yang mengalihkan serangan kepada parti pembangkang berhubung dengan perbezaan pendapat dalam isu agama dan sekularisme.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  12. “Adalah sangat memenatkan untuk mendengar semua serangan terhadap PR pihak tetapi ia adalah lebih baik daripada membiarkan mereka menggeluarkan kata-kata kesat terhadap Cina atau India.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  13. “Itulah titik tambah dalam perhimpunan tahun ini,” katanya, sambil menambah perwakilan Umno tidak terjerat dengan umpan kemungkinan berlakunya pergaduhan kaum 13 Mei yang dibangkitkan oleh Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  14. “Para perwakilan matang, mereka tahu mereka memerlukan sokongan semua orang untuk mengekalkan kuasa, bukan sahaja daripada orang Melayu,” tambah beliau.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  15. Najib mempunyai masa sehingga akhir April tahun hadapan untuk mengadakan pilihan raya sebelum mandat kerajaannya tamat. Sejumlah 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri dari 12 negeri dipertandingkan pada pilihan raya umum ke 13.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/12/bn-lebih-kuat-kerana-umno-lebih-bersatu.html

    ReplyDelete
  16. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi empat sebab mengapa rakyat Sabah perlu terus menyokong BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri.


    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  17. Beliau berkata empat sebab berkenaan amat diperlukan demi kemajuan berterusan negeri dan kemakmuran rakyat Sabah meskipun negeri itu sudah mengecapi banyak kemajuan dan pencapaian di bawah kepimpinan Najib sekarang.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  18. "Mengapa kita perlu mengekalkan BN? Mengapa Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu terus menjadi perdana menteri? Jawapannya mudah sahaja, kerana kita inginkan pembangunan, kita ingin kesejahteraan, kita inginkan keamanan dan kita inginkan kemakmuran serta keharmonian," katanya.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  19. Beliau berkata sebaliknya jika rakyat Sabah silap memilih parti dan pemimpin untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, Sabah dan rakyat negeri itu dikhuatir kembali kepada suasana kemunduran dan ketidakstabilan politik akibat perpecahan.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  20. Bagaimanapun, Musa berkata rakyat Sabah sejak dahulu lagi sudah bijak dan matang berpolitik serta tidak mudah dipengaruhi parti pembangkang yang disifatkannya sebagai "pura-pura cacat penglihatan" kerana enggan mengakui pembangunan pesat yang dialami negeri Sabah di bawah BN.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  21. Katanya rakyat tidak kira latar belakang kaum dan kepercayaan, sama ada di bandar atau di luar bandar sudah dapat menikmati dan mendapat banyak manfaat daripada pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib seperti Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

    ReplyDelete
  22. "Ada orang mengatakan macam mana perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) ini. (Rakyat) Di laut tolong. di darat pun di tolong. Nelayan ditolong, petani, pesawah pun ditolong, (rakyat) di desa pun dapat di kota pun dapat, kanak-kanak pun dapat orang tua pun dapat, pesara pun dapat malah pemandu teksi pun dapat," katanya.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  23. Menurut Musa selain pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga melalui inisiatifnya sendiri berusaha membawa kemajuan kepada rakyat dengan memperkenalkan pelbagai program untuk meningkatkan taraf ekonomi dan hidup mereka.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  24. Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga telah mengambil langkah berani dengan memberhentikan kegiatan pembalakan secara berleluasa di kawasan seluas beratus-ratus ribu hektar dan menggantikannya dengan projek penanaman semula hutan demi kelangsungan sumber asli itu kepada generasi akan datang.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  25. Melalui projek perladangan hutan itu, Sabah boleh menghasilkan kira-kira 400 pokok balak berkualiti bagi setiap satu hektar berbanding pembalakan biasa yang jumlah hasilnya jauh lebih rendah.

    http://bayausbh.blogspot.com/2012/09/musa-aman-pembangkang-pura-pura-cacat.html

    ReplyDelete
  26. Calon-calon parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) perlu mempunyai kriteria yang baik bagi mengelak sebarang masalah pada kemudian hari.

    ReplyDelete
  27. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, calon-calon yang bertanding mestilah terdiri daripada calon yang berintegriti, bebas rasuah, tidak bankrap dan juga tiada kes jenayah.

    ReplyDelete
  28. Katanya, selain itu, calon juga perlu mempunyai kesihatan baik serta tidak mempunyai masalah mental dan mempunyai rekod psikiatrik.

    ReplyDelete
  29. “Saya setuju dengan semua kriteria tersebut supaya kita tidak membazir masa. Kita tidak mahu apabila menang PRU kelak, rupa-rupanya ada masalah terhadap calon dan perlu melakukan pilihan raya kecil," kata Ahli Parlimen Batu Pahat.

    ReplyDelete
  30. “Keadaan ini akan menyusahkan semua pihak apabila wakil rakyat tidak jujur sedangkan seorang wakil rakyat mestilah seorang yang bersih,” katanya.

    ReplyDelete
  31. Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, kriteria tersebut perlu dilaksanakan secara menyeluruh malah kepada semua parti termasuk parti pembangkang.

    ReplyDelete
  32. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata harapan dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan telahpun meningkat, dan ini perlu difahami sebaik-baiknya bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  33. Najib, yang juga pengerusi BN, berkata menyedari hakikat ini, kerajaan berazam untuk melakukannya dengan cara berbeza dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  34. “Kita perlu menyedari bahawa rakyat tidak akan memberi undi mereka berdasarkan setakat manakah sumbangan anda sebelum ini.

    ReplyDelete
  35. “Tetapi rakyat akan mengatakan, ‘apakah yang boleh anda lakukan sekarang dan bagi masa depan,” katanya

    ReplyDelete
  36. Najib turut menarik perhatian bahawa tiada siapapun yang boleh menafikan hakikat bahawa Umno dan BN meneruskan agenda pembangunan selepas berjuang untuk kemerdekaan negara.

    ReplyDelete
  37. Mengenai kegagalan BN untuk memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008, Najib memperjelaskan antara faktornya adalah rakyat menjadi semaki n kritikal sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat, selain penggunaan media sosial.

    ReplyDelete
  38. Di akhir wawancara itu, perdana menteri ditanya mengenai perancangannya jika diberi mandat memerintah oleh pengundi pada pilihan raya umum ke-13 negara ini.

    ReplyDelete
  39. Beliau menjawab dengan mengatakan kerajaan telahpun menyatakan dengan jelas mengenai hasratnya untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

    ReplyDelete
  40. “…dan saya komited untuk melakukan apa saja yang boleh agar harapan itu menjadi kenyataan, memang itulah yang akan saya lakukan.”

    ReplyDelete
  41. Pemimpin Pembangkang Jangan "Mengajar Itik Berenang" Kepada Sabah - Musa

    Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman membidas pemimpin pembangkang khususnya dari Semenanjung yang cuba berlagak umpama 'mengajar itik berenang' kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri bagi mengurus negeri dengan baik

    ReplyDelete
  42. Pemimpin Pembangkang Jangan "Mengajar Itik Berenang" Kepada Sabah - Musa

    Beliau berkata pemimpin pembangkang itu seharusnya menoleh ke belakang melihat pentadbiran di negeri yang diperintah oleh pakatan yang menurutnya diurus secara 'lintang pukang'.

    ReplyDelete
  43. Pemimpin Pembangkang Jangan "Mengajar Itik Berenang" Kepada Sabah - Musa

    Sebaliknya, Musa yang juga Pengerusi BN negeri, berkata tahap kepesatan pembangunan di Sabah kini jauh lebih baik berbanding di negeri pembangkang terutama Pulau Pinang dan Selangor.

    ReplyDelete
  44. Pemimpin Pembangkang Jangan "Mengajar Itik Berenang" Kepada Sabah - Musa

    Katanya sebagai perbandingan, jumlah bajet yang diluluskan oleh kerajaan pembangkang di Pulau Pinang tidak sampai RM1 bilion, begitu juga dengan di Selangor jumlah bajet mereka tahun ini hanya sekitar RM1.6 bilion.

    ReplyDelete
  45. Pemimpin Pembangkang Jangan "Mengajar Itik Berenang" Kepada Sabah - Musa

    "Ini jauh lebih rendah berbanding dengan bajet kerajaan Sabah yang menjangkau lebih RM4 bilion. Selain itu, Sabah juga mempunyai rekod baik dalam mengurus kewangan negeri sehingga mempunyai rizab kewangan yang besar," katanya.

    ReplyDelete
  46. Musa berkata kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  47. calon yang akan diketengahkan nanti haruslah seorang yang diterima baik oleh rakyat sebagi pengundi...

    ReplyDelete
  48. meletakkan calon yang kini tidak disukai oleh rakyat hanya mengundang padah...

    ReplyDelete
  49. apa2 pun, semoga calon yang terbaik akan diletakkan untuk menjamin kemenangan BN pada pru13 nanti.

    ReplyDelete
  50. Terlalu sukar untuk membuat ramalan yang tepat mengenai masa depan.

    ReplyDelete
  51. Bagi saya siapaun yang menang nanti pastikan individu itu adalah calon yang berjiwa rakyat dan bukannya memntingkan diri sendiri saja.

    ReplyDelete
  52. Jiak BN masih mahukan kemenangan berpihak kepada parti itu, pastikan calon yang dipilih benar-benar boleh mewakili suara rakyat dan paling penting boleh diandalkan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  53. Rakyat kini makin bijak dan matang berfikir justeru banyak faktor yang akan dipertimbangkan dulu sebelum membuat pilihan.

    ReplyDelete
  54. Yang pasti, PRU13 confirm sengit:P Selamat mengundi yang terbaik ya.

    ReplyDelete
  55. sokongan rakyat terhadap najib tetap kukuh.

    ReplyDelete