5 January 2013

Tiada Sebab Rakyat Menyokong Pemimpin Yang Suka Berubah Wajah: Salleh

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Beliau berkata semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.

“Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan kabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang. Bolehkah rakyat mempercayai “political chameleon” (pendirian politik berubah wajah) ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)  penghujung tahun lalu di Kota Belud.

Sehubungan itu, Salleh berharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan, sebaliknya menilai kualiti kepemimpinan tokoh politik yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka masih berkuasa dan “bukan sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan”.

Sambil mengetepikan dakwaan pakatan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat Sabah, Salleh berkata pemimpin pakatan rakyat sudah ketandusan isu, dan kini hanya bersandarkan kepada janji manis dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya yang ke-13.

“Saya percaya rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang,” katanya.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri yakin BN yang kini berada di tahap yang kuat akan mencapai kemenangan yang cemerlang pilihan raya umum akan datang.

Mengenai RELA, Salleh berkata anggota RELA seharusnya menjadi menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan terutama dalam aspek keselamatan termasuk yang berkaitan dengan isu kehadiran pendatang tanpa izin.

60 comments:

  1. perpaduan amat penting untuk kerajaan menggerakkan dan melaksanakan program pembangunan untuk kepentingan semua pihak.

    ReplyDelete
  2. masyarakat diingatkan supaya tidak mempertaruhkan masa depan negeri ini dengan cuba-cuba menukar kuasa politik dalam pentadbiran.

    ReplyDelete
  3. Jika pertukaran dibuat maka ini boleh menjejaskan rancangan pembangunan yang disediakan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  4. Rakyat sebaliknya perlu memilih kerajaan atau parti politik yang terbukti keberkesanannya dan boleh membela serta melaksanakan pembangunan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikannya dengan membawa pembangunan kepada semua golongan tanpa mengira kaum.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan akan terus merasa denyut nadi rakyat dalam pelaksanaan setiap dasar, program dan projek pembangunan di negara ini.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan bertanggungjawab, segala perancangan yang dilakukan bukan sekadar menjadi sebutan politik atau untuk menghadapi pilihan raya, sebaliknya ia turut mengambil kira kepentingan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  8. banyak pembangunan, prasarana, meningkatkan sosio ekonomi rakyat, pembangunan belia dan petani serta nelayan mendapat manfaat kini dan sedang rancak dijalankan.

    ReplyDelete
  9. Penyediaan infrastruktur dan bantuan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

    ReplyDelete
  10. Pembanguan yang dikecapi pada hari ini adalah sokongan padu rakyat terhadap pucuk kepimpinan kepada kerajaan BN.

    ReplyDelete
  11. Apabila ia dilaksanakan, kita dapat memberi suntikan kepada pembangunan negara dan memacu perubahan yang memungkinkan negara berada pada asas lebih kukuh berbanding dulu.

    ReplyDelete
  12. Berbeza dengan pembangkang yang hanya menjual janji kepada rakyat, BN membuat janji yang mampu ditunaikan.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan BN sebaliknya menggunakan kekuatan dalaman ekonomi kita untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  14. Pembangunan yang dikecapi rakyat Sabah selama ini bukan datang daripada `orang luar’ tetapi hasil kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Tanpa sokongan dari rakyat amat sukar dan mustahil untuk kerajaan melaksanakan program-program pembangunan yang dirancang.

    ReplyDelete
  16. Janganlah kita sesekali terpengaruh dengan orang luar yang cuba meracun fikiran kita.

    ReplyDelete
  17. Cakap memang senang. Beri kata-kata manis memang senang tentang pembangunan tapi untuk melaksanakan amat sukar seperti apa yang dikatkaan.

    ReplyDelete
  18. pemahaman mendalam rakyat tentang usaha kerajaan membangunkan negeri ini penting agar mereka tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan anasir luar yang dipermainkan oleh pihak berkepentingan.

    ReplyDelete
  19. Rakyat perlu meletakkan soal perpaduan sebagai agenda nombor satu yang patut dijaga dan dipertahankan.

    ReplyDelete
  20. Perpaduan rakyat amat penting agar kemakmuran dan pembangunan dapat terus dinikmati.

    ReplyDelete
  21. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron tidak terkejut dengan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus-terusan memburuk-burukkan tanah air sendiri apabila berada di luar negara dengan tuduhan tidak demokratik dan sebagainya

    ReplyDelete
  22. “Kalau tidak mengutuk Malaysia maka itu bukan Anwar Ibrahim kerana beliau sudah begitu sinonim sebagaimana sikap pengkhianat yang bukan saja memburukkan negara malah bangsa dan agamanya juga,” katanya.

    ReplyDelete
  23. Terbaru dilaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi selain mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.

    ReplyDelete
  24. “Anwar lebih gemar bercakap di luar negara kerana rakyat di negaranya sendiri sudah tahu siapa dia yang sebenar malahan kerana sikapnya yang sedemikianlah maka Anwar tidak layak untuk jadi Perdana Menteri,” katanya

    ReplyDelete
  25. Jelas beliau, rakyat Malaysia tahu yang mana intan dan yang mana kaca lantas tidak mengendahkan kata-katanya sebagai Penasihat Umum PKR yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.

    ReplyDelete
  26. “Kerana tidak ada sesiapa yang mahu percaya lagi pada Anwar maka beliau lebih gemar bercakap melalui negara-negara luar bagi mendapatkan populariti.”

    ReplyDelete
  27. Tambahnya, Anwar adalah ibarat mengkarung (chameleon) yang sering berubah-ubah dan mengikut suasana sebagaimana sikapnya yang mencari populariti dengan kaedah populis sehinggakan sanggup memburukkan negara apabila bercakap di negara luar sebagaimana di Turki.

    ReplyDelete
  28. “Apa nak dihairankan dengan Anwar kerana sudah ‘tanah badannya’ demikian iaitu kalau tak mengutuk negara sendiri maka itu bukanlah Anwar Ibrahim,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu

    ReplyDelete
  29. rakyat harus bijak dalam memilih pemimpin.

    ReplyDelete
  30. jgn pilih pemimpin yang tiada pendirian.

    ReplyDelete
  31. pemimpin yang suka berubah wajah tidak akan mendatangkan faedah kepada rakyat bahkan akan merugikan rakyat...

    ReplyDelete
  32. maka adalah wajar bagi rakyat sebagai pengundi untuk menolak pemimpin yang seperti cicak kubin ini...sekejap warna merah sekejap coklat sekejap lain lagi warna...pemimpin cicak kubin ini hanya mementingkan diri sendiri dan karier politiknya..

    ReplyDelete
  33. Banyak pemimpin yang hanya tahu menyepit hidung orang.

    ReplyDelete
  34. People won't support those incapable leaders.

    ReplyDelete
  35. Pemimpin suka berubah wajah memang menakutkan.

    ReplyDelete
  36. I think the people wont vote the wrong people.

    ReplyDelete
  37. Kita sememangnya patut berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah.

    ReplyDelete
  38. Mereka ini yang selalu bertukar warna digelar sebagai political chameleon.

    ReplyDelete
  39. Mereka hanya mementingkan political survivor sendiri dan bukan demi rakyat.

    ReplyDelete
  40. Kita perlu tolak pemimpin yang suka bertukar wajah kerana tiada gunanya kita percaya dengan mereka.

    ReplyDelete
  41. Contoh pemimpin seperti ini adalah Lajim Ukin, Jeffrey kitingan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  42. Sabah lawmakers Datuk Seri Lajim Ukin and Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing left Barisan Nasional in search of higher positions in the opposition

    ReplyDelete
  43. the duo's departure would not threaten Umno or BN's position in the state.

    ReplyDelete
  44. I think they (Lajim and Bumburing) wanted greater positions than what they had.

    ReplyDelete
  45. Umno and BN is not threatened. Sabahans are smart enough to gauge who is right.

    ReplyDelete
  46. This notion is the sort of opposition propaganda used to confuse the people

    ReplyDelete
  47. leaders should place party interests above their own personal interest instead of "chasing after power and positions".

    ReplyDelete
  48. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had never interfered in Sabah's internal affairs, but had only pandered to the state's concerns when he appointed locals in Sabah to fill positions his administration.

    ReplyDelete
  49. We actually determine the direction of the state through the federal or state Cabinets

    ReplyDelete
  50. We are lucky to have a leader who understands the people's needs

    ReplyDelete
  51. The Chief Minister expounded on BN's successes, saying it was through the ruling pact that the resource-rich Sabah attraction a total of RM10 billion in private investments last year.

    ReplyDelete
  52. CM often go down to the ground to meet with the grassroots and if anyone claims that BN's position is threatened in Sabah, this is untrue

    ReplyDelete
  53. Pemimpin yang suka lompat parti adalah pemimpin yang tiada pendirian.

    ReplyDelete
  54. Pemimpin seperti ini, ada agenda yang tersendiri.

    ReplyDelete