Datuk Dr Salleh Tun Said, adalah pemimpin yang sudah matang dan tahu keperluan poiltik Sabah. Mungkin pengelibatan beliau dalam politik Sabah yang begitu lama.
Sepulang beliau daripada belajar daripada luar negara, Salleh pernah bertanding AMT parti Usno dan menang. Akibat pergeseran dengan beberapa AMT Usno, beliau keluar dan menyertai Parti Berjaya.
Sebelum menyertai gelanggang pertandingan dalam pilihanraya, Salleh pernah berkerja sebagai penjawat awam, yakni Pegawai Daerah Kota Belud. Selepas meletakan jawatan sebagai pegawai kerajaan, beliau mencuba bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya dinobatkan sebagai wakil rakyat pada tahun 1994.
Salleh dalam perjalanan politiknya pernah beberapa kali menjadi AMT Umno pusat dan hanya pada pemilihan tahun 2008, beliau tidak bertanding.
Salleh, dilanda badai politik pada tahun 2008, apabila tidak dipilih sebagai calon Bn dalam piihanraya umum ke-12. Ada yang membuat anggapan, bahawa tidak terpilihnya Salleh sebagai calon, ekoran desakan pihak-pihak tertentu berikutan pengelibatannya dalam pertubuhan Usbo, pertubuhan yang disokong oleh rumpun bajau.
Bagi mereka yang diluar Usbo, ada yang mendawa Usbo akan menjadi saingan utama Umno di Sabah, kerana menurut pihak-pihak tertentu itu, Umno sebenarnya ditulang belakangi oleh rumpun bajau, seperti mana terdapat dalam Usno yang telah dibubarkan.
Meskipun dalam beberapa kenyataan, Salleh mengistiharkan bahawa usbo bukanlah pesaing kepada Umno, melainkan kewujudan usbo adalah saling melengkapi perjuangan Umno; namun mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, berjaya mengyakinkan Presiden Umno pada tahun 2008, bahawa Usbo adalah pesaing kepada Umno.
Menyedari tuduhan kepada Usbo itu, Salleh bagi pihak Usbo telah memohon sebagai ahli terus Bn, apabila gabungan 13 parti itu membuka keahlian secara terus.
Keahlian Usbo sebagai ahli terus Bn, memadamkan kecurigaan terhadap pertubuhan rumpun bajau itu sebagai pesaing kepada umno, kerana usbo kini satu wadah perjuangan dalam bn.
Di sinilah terletak kepakaran Salleh dalam liku-liku politik Sabah. Beliau mengambil iktibar dalam kepelbagaian yang terdapat di Sabah, terutama berkaitan dengan suku bangsa.
Sabah yang mempunyai 36 etnik sukuan, perlu pertubuhan yang boleh mengayom etnik sukuan itu untuk bergerak bersama sebagai satu ikatan. Tanpa pertubuhan seperti Usbo yang mewakili rumpun bajau yang beragama islam, maka dikhuatirkan etnik sukuan yang berstatus bangsa bajau namun mewakili kelompok kecil akan tercicir dalam arus politik mahupun pembangunan.
Kini, walaupun Usbo merupakan salah satu ahli Bn, namun kecurigaan tetap ada yang datang daripada pemimpin tertentu yang tidak mempunyai "race base". Atas sebab itu, memecahkan sukuan bajau kepada kelompok-kelompok kecil telah dan sedang diusahakan.
Kini, rumpun bajau akan hampir berpecah kepada empat, setelah adanya persatuan Samah Sabah(PSS) Persatuan Badjao Sabah (PBS) dan menyusul Persatuan Bangso Bajau Samah Sabah (PBBSS).
Melihat kepada keadaan itu, Salleh melakukan pendekatan baru dalam caranya berpolitik. Kini beliau benar-benar mengunapakai pendapat pakar ilmu sosial Max Weber. Salleh dalam gerakan politiknya kini mendekati strata sosial bagai mengembangkan kekuatan politiknya. Melalui pendekatan itu, setidak-tidaknya beliau mempunyai jalinan yang kukuh di kalangan strata sosial itu; dan sebagai akibatnya, kekuatan beliau dalam politik sukar diganggu gugat.
Melalui kekuatan yang ada pada Perisden Usbo itu, apatah lagi sebagai Timbalan Perhubungan Umno Sabah dan juga sebagai Ketua Bahagian Umno Kota belud; maka beliau dikatakan sebagai seseorang yang sanggup tampil ke depan untuk membela kelangsungan kerajaan Bn secara khususnya di Sabah dan umumnya di negara ini.
Pucuk pimpinan Bn memerlukan seseorang yang secara komited dalam perjuangan. Salleh membuktikan komitmen itu, apabila bertungkus lumus bersama-sama pemimpin-pemimpin lain yang tidak terpilih sebagai calon ada PRU-12 untuk memastikan kemenangan Bn dengan cemerlang.
Salleh tidak berhenti di situ, dan meneruskan komitmen itu sehingga kini.
Selain itu, Salleh juga terus menjawab isu-isu semasa yang berbangkit, misalnya isu Pati di Sabah. Malah beliau mencabar Anwar Ibrahim supaya jangan hipokrit berhubung kait dengan isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang yang konon berlaku pada tahun 1990-an, kerana sebagai mana yang kita ketahui bahawa Anwar pada masa itu bertanggungjawab bagaimana merampas kerajaan negeri daripada kerajaan pembangkang PBS.
Komitmen Salleh kepada kerajaan Bn dan parti-parti Bn terutama parti yang disertainya Umno, tidak boleh disangkal lagi. Selain itu komitmen beliau pada kepimpinan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman tidak berbelah bahagi.
Gandingan Musa-salleh dalam menerajui Umno Sabah, mengurangkan fenomina politiking, dan sebab itu Sabah terus maju, dengan pembuktian melalui bajet Sabah yang semakin meningkat saban tahun. Bajet Sabah telah mencipta rekod pada tahun 2012, apabila mengemukakan bajet tertinggi sebesar RM4.088 bilion.
Bagi menghadapi PRU-13, berasaskan kepada keadaan politik semasa, tidak dapat disangkal, bahawa Salleh merupakan salah seorang calon yang bakal diberi kerpercayaan oleh pucuk pimpinan untuk bertanding, kerana selain sebagai calon yang boleh menang, akan tetapi juga dapat mempengaruhi keputusan secara umum kawasan-kawasan lain.
Sama-sama kita tunggu musim pilihanraya umum ke-13.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said berkata seseorang pemimpin dinilai bukan kerana jawatan, sebaliknya kerana keikhlasannya dalam memimpin.
ReplyDeleteKata Salleh , soal relevan atau tidak seseorang pemimpin dalam mengetengahkan sesuatu perkara bukanlah perkara pokok sebenarnya.
ReplyDelete“Yang penting adalah keikhlasan pemimpin itu dalam perjuangannya tanpa memikirkan soal jawatan,” katanya.
ReplyDeleteSalleh dah lama bergiat dalam politik, dia mmg arif dgn politik Sabah.
ReplyDeletelagipun Salleh pernah menjadi ketua menteri.
ReplyDeleteKeiklasan membantu rakyat tanpa mengharapkan sebarang balasan, itulah antar ciri-ciri pemimpin terbaik.
ReplyDeleteSokongan akan terus di berikan kepada pemimpin yang jujur menjalankan tugas mereka.
ReplyDelete