Datuk musbah didepan Kubur tidak dikenal |
"KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI SABAH TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN 1.1 JUTA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH HAKISAN YANG BERLAKU DI KUBURAN BATU GADUNG DAN IANYA AKAN DILAKSANAKAN TIDAK LAMA LAGI. " Datuk Musbah Haji Jamli Adun Tempasuk.
Cerita berhubung akan hilangnya Kuburan Islam Batu Gadung Kg Tamau Kota Belud, bukan sahaja pernah ditulis oleh Blog Suara Rakyat dalam beberapa siri, malahan susulan tulisan juga dibuat oleh wartawan Borneo Post Saudara Abdul Nadin Haji Shahiddin, wartawan yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung Tamau.
Mungkin ekoran daripada tulisan2 itu, ADUN Tempasuk merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan industri makanan negeri telah melawat kuburan itu pada awal minggu ini untuk melihat dengan sendiri keadaan terkini kuburan tertua kaum iranun itu.
Kuburan Batu Gadung sangat sinonim dengan Tamadun suku iranun terutama di kampung Tamau dan sekitarnya, kerana perkuburan itu dikatakan perkuburan tertua suku itu, malahan lebih awal wujudnya berbanding perkuburan Mingga yang terletak di kg Rampayan Laut.
Sejak beberapa tahun, akibat naiknya paras air laut, maka keluasan pantai yang mengelilingi kuburan itu kini semakin sempit, sehingga pulau-pulau pasir yang berperanan sebagai penyanggah kepada hempasan ombak laut telah rata-rata, atas sebab itu apabila air laut pasang, air laut terus menerpa kawasan kuburan.
Melalui jumlah peruntukan yang dinyatakan oleh Adun Tempasuk itu, yang Suara Rakyat kutip daripada Wall FB Adun itu, mudah2an peruntukan itu mampu membangun gabian yang mampu mempertahankan kuburan itu untuk beberapa ketika.
Semoga peruntukan yang lebih besar menyusul, kerana peruntukan yang besar daripada itu diperlukan untuk membina gabian yang boleh menahan empasan ombak angin utara.
Semua masalah rakyat perlu diselesaikan dengan adil tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
ReplyDeleteSepatutnya tiada rungutan rakyat di mana terdapat pegawai dan kakitangan kerajaan yang hanya bekerja untuk kepentingan diri sendiri, berpuak-puak, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan.
ReplyDeleteSemua pegawai dan kakitangan kerajaan harus sentiasa bersifat jujur dan amanah selain bekerjasama dan saling membantu bagi mencapai kejayaan yang diharapkan.
ReplyDeleteWakil rakyat perlu lebih mengambil berat masalah dan kebajikan penduduk di kawasan masing-masing.
ReplyDeleteSemua pihak perlu menjauhi sifat keangkuhan kuasa. Pikullah tanggungjawab dengan rasa amanah, ikhlas dan rendah diri untuk mendekati jiwa rakyat supaya rakyat tidak merasakan sebarang jurang untuk mereka meluangkan masalah.
ReplyDeletekawasan ini harus dipelihara.
ReplyDeleteWakil rakyat harus turun padang dan mendengar suara rakyat.
ReplyDelete