Datuk Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)- Manifesto Pakatan macam pejual ubat, rakyat akan pasti menolaknya.
Datuk Salleh Tun Said (Timbalan Pengerusi Umno Sabah)- Tiada sesuatu yang baru dalam manifesto itu- pakatan hanya menggunapakai tindakan-tindakan yang dilasanakan BN dengan fine tune sana sini, selain menokok tabah, sehingga manifesto tidak realistik dan lebih kepada retorik.
Datuk Rahman Dahalan (MP Kota Belud)- manifesto pakatan sungguh bahaya dan manifesto terdesak, tidaka perkiraan ekonomi dan tidak realistik.
Datuk VK Liew (Presiden LDP)- Manifesto itu bukan untuk kesejahteraan rakyat, tetapi manifesto syok sendiri.
Sementara itu, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyifatkan manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.
"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya,"
Pada 25 Februari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.
Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.
Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.
"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.
"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU 13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya.
Manifesto Pakatan Suatu Retorik Politik – Nur Jazlan
ReplyDeleteKegagalan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor menunaikan janji untuk memberi pelbagai bantuan kepada rakyat di negeri itu, membuktikan mereka gagal mencari lebihan wang kononnya hasil amalan korup dan kronisme kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Pengerusi UDA Holdings Bhd, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata...
❊ sebab tu, manifesto pakatan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah hanya satu retorik politik yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.
❊ kerajaan pakatan Selangor berjanji mereka akan memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat negeri itu, kerana mendakwa banyak lebihan wang hasil amalan rasuah dalam kerajaan BN Selangor.
❊Sebab itu, mereka menabur pelbagai janji dalam manifesto 2008, tapi bila menang Selangor, didapati tiada unsur rasuah dalam pentadbiran kerajaan BN sebelum itu…mana duit lebihan hasil amalan korup dan penyelewengan itu.
❊ Mereka dakwa berjaya menjimatkan 24 peratus perbelanjaan jalan raya di Selangor sepanjang sembilan bulan tahun lalu, siapa yang rugi kerana jalan raya tidak diselenggara atau dibina…sudah pasti rakyat Selangor itu sendiri
❊ Dia tokoh korporat yang dikagumi, dipilih menjadi Menteri Besar kerana kononnya mahu mencari rasuah yang dilakukan dalam kerajaan BN Selangor sebelum ini, selepas lima tahun memerintah dia telah gagal mencarinya
❊ segala ‘gula-gula’ yang diumumkan dalam manifesto PR untuk Pilihanraya Umum (PRU) 13, tidak akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.
❊Semua yang terkandung dalam manifesto itu adalah janji ‘bulan dan bintang’, semua orang boleh membuat janji berkenaan untuk menarik sokongan rakyat, tetapi adakah ia boleh dilaksanakan? Ia adalah sesuatu yang mustahil dan melanggar prinsip asas ekonomi.
❊ Sebenarnya, kerajaan BN berusaha gigih untuk menambah pendapatan negara dan ia terbukti dengan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) selain jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang terus meningkat
❊ kecekapan pengurusan perbelanjaan dan ekonomi negara menyebabkan rakyat mendapat pelbagai manfaat melalui projek pembangunan serta subsidi berterusan berjumlah lebih RM20 bilion setiap tahun.
❊ Segala dasar ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas memberikan kebaikan kepada rakyat, jika kita korup dan mengamalkan kronisme, bagaimana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilaksanakan kerana kerajaan membelanjakan sejumlah lebih RM2 billion untuk diberikan kepada golongan yang berkelayakan, ia membuktikan ekonomi negara diuruskan dengan baik
❊ pa yang terkandung dalam kertas manifesto itu tidak lebih daripada satu lagi pembohangan jelas pakatan pembangkang semata-mata terlalu tamakkan kuasa sehingga sanggup menggadai masa depan negara.Jika segala-galanya percuma di bawah pakatan, tidak mustahil nasib ekonomi Malaysia akan menjadi seperti di Greece yang akhirnya bankrap dan terpaksa meminta bantuan kewangan antarabangsa
❊ ❊ ❊Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata, sebagai seorang akauntan profesional, beliau mengetahui bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah gagal membuktikan terdapatnya penyelewengan atau amalan rasuah berlaku ketika BN memerintah Selangor.
betul,rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.
ReplyDeleteyes, desperate manifesto, no economic arrangements and not realistic...
ReplyDeletementadbir sesebuah kerajaan perlu mempunyai kewangan yang stabil dan mencukupi
ReplyDeletesesebuah kerajaan yang tidak tahu mengawal pengaliran keluar-masuk wang akan menyebabkan negara itu diambang kemuflisan...
ReplyDeletejesteru itu, keinginan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju tidak akan tercapai...
ReplyDeleteManifesto pembangkan memang tak realistik pun,macam too good to be happen:P
ReplyDeleteJusteru rakyat sepatutnya tidak patut terpedaya dengan manifesto yang terlalu manis itu.
ReplyDeleteSetiap kali p/raya pasti pembangkang akan berusaha menarik hati rakyat dengan manifesto mereka, namun rakyat harus sentiasa berhati-hati dan tidak memberi sokongan melulu kepada pembangkang.
ReplyDeleteBagi mengelakkan sebarang penyesalan maka rakyat haruslah membuat pilihan yang terbaik.
ReplyDeleteSama-sama kita nantikan keputusan PRU nanti dan saya yakin yang mennag tu adalah pilihan rakyat:)
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) must strive for a two-third majority in the coming 13th general election to continue the transformation programmes of by our Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said member of Kalabakan parliamentary, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh,
ReplyDeleteGhapur said public support was needed to make the county’s transformation as well as the government’s agenda to generate sustainable development, a success.
The people should give confidence to the government that has proven to be excellent in developing our country in terms of education, socio-economic, welfare and prosperity of the people.
ReplyDeleteHe told the media this after presenting certificates to 12 participants who attended a two-year sewing class at Kampung Sungai Imam here, yesterday.
“BN leaders are always going to the ground to hear the people’s problem. We are not just doing this for votes near the election.
ReplyDelete“On the other hand, the opposition parties are appearing only at a certain time and making many empty promises. Some of them are likely to twist facts in order to attract the people’s attention to support their futile struggle,” Ghapur said.
Touching on the sewing class, he hoped it would bring advantages to the participants in improving their family income.
ReplyDeleteGhapur also expressed his heartfelt condolences to the families of the two national heroes who were killed in Lahad Datu.
jgn percaya pembangkang
ReplyDeletePilih yang terbaik dan dapat menjamin masa depan rakyat dengan janji yang di beri, pasti akan di tepati.
ReplyDeletePembangkang terdesak, manifesto hanya untuk mengaburi mata rakyat.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh atau menaruh harapan dengan manifesto pembangkang kerana ia bukannya janji yang boleh ditunaikan.
ReplyDeleteNajib berkata, pilihan raya umum 2008 membuktikan bahawa pembangkang hanya pandai berjanji tetapi gagal melaksanakannya di negeri-negeri yang dikuasai mereka.
ReplyDelete“Parti pembangkang naik gusar dengan tema Janji Ditepati sebab kena batang hidung mereka. Seolah tempelak balik kepada mereka,” katanya
ReplyDeleteMenurutnya pada pilihan raya umum 2008 parti pembangkang membuat pelbagai janji kepada ibu tunggal, suri rumah, warga emas, penghuni flat, peniaga dan lain-lain tetapi masih belum tertunai.
ReplyDelete“Sejak terlaksana Dasar Transformasi Nasional empat tahun lalu, ekonomi negara telah berkembang ketika dunia dalam keadaan tidak menentu,” katanya.Rakyat negara ini menikmati kehidupan yang selesa kerana memilih kerajaan yang berwawasan dan mempunyai perancangan dan pelaksanaan yang berkesan serta teliti dalam membuat keputusan, katanya.
ReplyDeleteNajib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, kerajaan berjanji mengenai apa yang mampu dilakukan untuk rakyat dan tidak akan berjanji terhadap sesuatu yang tidak berpaksi kepada kenyataan.
ReplyDelete“Tiada apa di dunia yang boleh diberi secara percuma dan apabila janji pembangkang untuk memberi kemudahan secara percuma, ia adalah janji palsu, pembohongan dan angan-angan Mak Jenin,” katanya.
ReplyDeleteNajib berkata, kerajaan BN adalah kerajaan yang menepati janji dan rakyat mengakui mereka telah melihat segala janji kerajaan melalui pembangunan dan program-program di bawah jenama 1Malaysia ditawarkan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat.
ReplyDeleteBeliau yang juga Presiden Umno berharap rakyat tidak menggadaikan kehidupan yang indah di negara ini sebaliknya terus mempertahankan kerajaan yang telah terbukti sentiasa menjaga kepentingan rakyat.
ReplyDelete“Kita tak mahu masa depan (rakyat) yang penuh dengan kekecewaaan, tidak menentu dan politik yang tidak stabil. Kita tak boleh yakin dengan manifesto mereka. (Apatah lagi) Pakatan Rakyat belum berdaftar sampai hari ini,” katanya.
ReplyDeletePakatan Rakyat akan bertanding menggunakan simbol masing-masing dan rakyat boleh persoal sama ada pembangkang boleh mendokong manifesto itu atau sebaliknya. “Kita boleh tanya siapa Perdana Menteri di kalangan kumpulan mereka. Mereka belum kata dengan jelas sama ada mereka sokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai perdana menteri sebab di kalangan mereka pun ada yang minat jadi perdana menteri,” katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata, rakyat tidak boleh meletakkan keyakinan kepada parti politik yang mempunyai haluan masing-masing dan tidak seharusnya menerima pihak yang tidak mempertahankan kesucian agama Islam.
ReplyDeleteSatu undi untuk pembangkang bermakna satu undi yang akan menjadikan kita tidak menentu. Jangan gadai (kehidupan yang selesa) dan ambil risiko. Setakat ini tak ada apa-apa tanda yang mereka lebih baik dari kerajaan BN. Kita akan terus bela rakyat Malaysia dan Perlis. Kita janji dan kita dah lakukan (tunaikan),” katanya.
ReplyDeletePRU nanti rakyat buatlah pilihan secara bijak, buat pilihan tepat untuk masa depan kita dan generasi akan datang.
ReplyDelete