27 February 2013

Manifesto Pakatan: Mereka tidak minat pada kesejahteraan Rakyat: Presiden LDP

MELIHAT kepada Manifesto Pakatan yang diumumkan pada Isnin, jelas menunjukkan bahawa pakatan tiga parti DAP-PAS-PKR tidak minat terhadap kesejahteraan rakyat. Selain itu, manifesto hanya berupa janji manis, yang kurang perhitungan daripada segi ekonomi, demikian kata Presiden LDP VK Liew melalui Wall FBnya.

Melalui manifesto itu, VK Liew menjelaskan tiada bentuk pembelaan untuk rakyat sepertimana dilakukan kerajaan BN seperti BR1M atau seumpamanya.

Apa tah lagi, menurut Presiden LDP itu yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pemimpin PAS seperti Nik Aziz Nik Mat, menyamakan penerima BRIM sebagai haiwan.

BRIM sudah melalui dua fasa BRIM1.0 dan BRIM2.0; Presiden LDP itu mempersoalkan, mengapa pembangkang tidak mempersoalkan BRIM1.0, mengapa pula mempersoalkan BRIM2.0?

Manifesto Pakatan hanya janji-janji retorik untuk menipu rakyat. Kini mereka membuat janji lagi, sedangkan menurut mereka manifesto tahun 2008 bukanlah aku janji yang perlu ditunaikan.

Salah satu contoh bahawa Pakatan tidak minat atau mementingkan kesejahteraan rakyat adalah penentuan gaji minima RM1,100 berbanding yang ditentukan Bn RM800 sebulan. Mereka tidak mahu tahu, bahawa walaupun pada gaji minima RM800 sebulan terlalu ramai majikan mengeluh, maka akibatnya ramai daripada mereka mengurangkan jumlah pekerja, kerana itu menimbulkan pengangguran. Bagimana pula akan berlaku pada gaji minima RM1,100? sudah tentu bakal majikan dan bakal pekerja tidak akan terpengaruh dengannya.

Berkaitan dengan perumahan mampu beli, Timbalan Menteri itu menambah, bahawa ianya merupakan idea dan pendekatan kerajaan Bn yang mentah-mentah diciplak oleh pakatan.

Pendek kata, kebanyakan isi manifesto pakatan itu, adalah ciplakan tindakan kerajaan Bn, dan tiada sesuatu yang baru, sementara itu mereka tokok tambah, sehingga tidak lojik secara ekonomi.

Antara contoh dolak dalik pembangkang dalam manifesto itu, dilihat pihak mereka menghentam kerajaan kerana kesesakan jalan, namun dilain pihak mereka menggalakan kenderan memasuki jalanraya dengan penurunan cukai import.

Mereka mengatakan menghapuskan tol, cuba fikir, daripada mereka mendapat wang untuk kos penyelenggaran jalanraya. Kesimpulannya, manifesto pakatan hanya cantik diatas kertas, tapi tiada manafaat kepada rakyat, demikain kata Liew.

25 comments:

  1. Kenyataan pemimpin pembangkang mereka mampu melangkah ke Putrajaya hanya janji kosong kerana pakatan itu tidak mungkin mampu meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

    ReplyDelete
  2. Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, rakyat kini semakin sedar pembangkang adalah juara dalam menabur dan memungkiri janji terutamanya menjelang pilihan raya umum demi kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata, pembangkang tidak mungkin mampu mentadbir negara apatah lagi membawa pembangunan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 50 tahun lalu.

    ReplyDelete
  4. "Bagaimana mereka hendak tadbir negara sedangkan menjalankan pemilihan parti yang lebih mudah pun mereka lakukan kesilapan.

    ReplyDelete
  5. "Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara sekiranya mereka diberi mandat untuk memerintah negara ini? Mereka bukannya bangunkan, sebaliknya hancurkan negara," katanya.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin pembangkang juga sering memainkan sentimen perkauman dan sengaja membangkitkan kemarahan penduduk berbilang kaum di negara ini serta lebih suka mengamalkan sikap baling batu sembunyi tangan.

    ReplyDelete
  7. "Malah dalam banyak perkara tiada kesepakatan antara mereka yang kononnya mahu membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  8. "Dalam masa sama, mereka juga tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman parti seperti siapa yang bakal jadi Perdana Menteri sekiranya mereka memerintah," katanya.

    ReplyDelete
  9. Tambah beliau, pembangkang juga hanya boleh bersepakat menjelang pilihan raya umum untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada tetapi tidak mempunyai hala tuju serta formula memajukan negara dan membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  10. - Generasi muda di negara ini diingatkan jangan mudah menaruh kepercayaan terhadap segala janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  11. ini kerana pakatan pembangkang telah sekian lama dikenali dengan menjanjikan pelbagai jaminan dalam manifestonya namun hakikatnya kebanyakan manifesto adalah ibarat tin kosong yang tidak mempunyai sebarang isi kandungan.

    ReplyDelete
  12. Manifesto pembangkang adalah semata-mata gimik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dari dulu dia (pembangkang) cakap tapi tak pernah buat. Kita boleh tengok contohnya di Selangor, masalah jalan rosak, longkang tersumbat, banjir dan sebagainya.

    ReplyDelete
  13. Pembangkang hanya mampu memberikan janji kosong kepada rakyat.

    ReplyDelete
  14. Pembangkang hanya bermimpi kosong dan berangan-angan untuk merampas Putera Jaya.

    ReplyDelete
  15. Kegagalan pakatan pembangkang dalam menunaikan pelbagai janji di negeri-negeri tadbiran mereka sebagaimana yang pernah diluahkan dalam kempen sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu telah menjadi bukti bahawa ia hanyalah ibarat gula-gula politik.

    ReplyDelete
  16. sekutu PKR, Pas dan DAP lantaran gagal memastikan janji-janji terbabit sebagai realiti sebaliknya masih terus-terusan memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

    ReplyDelete
  17. pelbagai tingkah pakatan pembangkang yang lebih banyak bercakap, meluah janji dan gagal menunaikannnya lantas menempelak pentadbiran BN dan UMNO dengan mencipta pelbagai manipulasi serta persepsi.

    ReplyDelete
  18. pelbagai tingkah pakatan pembangkang yang lebih banyak bercakap, meluah janji dan gagal menunaikannnya lantas menempelak pentadbiran BN dan UMNO dengan mencipta pelbagai manipulasi serta persepsi.

    ReplyDelete
  19. Sudahlah janji yang dibuat pada rakyat tidak ditunaikan jadi mereka mula mencari ruang untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada bertumpu kepada kegagalan mereka dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN walhal kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  20. Apabila diasak dengan pelbagai persoalan dan diingatkan berkaitan manifesto maka ada pula jawapan yang diberikan kononnya manifesto bukanlah janji sedangkan dalam realiti politik BN, apa yang diperkatakan dalam pilihan raya adalah janji yang mesti dilunaskan

    ReplyDelete
  21. para pemimpin masyarakat khususnya dalam pakatan pembangkang agar menerima hakikat dan kebenaran sebenar walaupun ianya adalah pahit untuk diperkatakan.

    ReplyDelete
  22. Dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, telah terbukti bahawa hanya BN yang benar-benar berpegang kepada janji, mengotakan apa yang dikata dan melakukan pentadbiran negara dengan bersungguh-sungguh

    ReplyDelete
  23. Inilah kebenaran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana individu pun kerana hasil daripada perancangan dan pentadbiran BN maka Malaysia dapat mencapai kejayaan sebagaimana hari ini walaupun 55 tahun lalu ia hanya sebuah negara yang jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek

    ReplyDelete
  24. sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, BN sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dengan melakukan perubahan dan transformasi selaras peredaran zaman.

    ReplyDelete
  25. Inilah masalah pembangkang yang hanya tahu memanipulasi dan melakukan propaganda atas apa yang dilaksanakan oleh BN sedangkan komitmen dan kesungguhan BN sebagai kerajaan yang menepati janji dan melaksanakan amanah tidak pernah membezakan idealogi dan perbezaan politik dalam masyarakat

    ReplyDelete