Desoka Kota Kinabalu |
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengecam pemimpin pembangkang, terutamanya pemimpin kitar semula yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya kerana kemahuan mereka tidak dipenuhi, apabila mendakwa BN tidak membawa sebarang pembangunan di Sabah. Dakwaan itu, katanya, tidak berasas sama sekali.
"Lihatlah di sekeliling anda dan anda boleh nampak sendiri pembangunan di Kota Kinabalu dan keseluruhan negeri ini. Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dan kami ada perancangan seperti Program Transformasi Ekonomi serta Program Transformasi Kerajaan yang akan membawa lebih banyak kemajuan.
"Kami sedar ada banyak dakwaan yang dilempar terhadap kerajaan tetapi semua ini hanyalah pembohongan yang disebar oleh mereka yang cenderung untuk menukar kerajaan," katanya ketika berucap pada karnival Tahun Baharu Cina di Lintasan Deasoka di sini malam Ahad.
Musa berkata pembangkang membuat banyak janji tetapi "ini hanyalah janji kosong, dan merupakan pembohongan bagi memperdayakan masyarakat".
Mengenai pembangunan, beliau berkata kerajaan negeri menggariskan perancangan terperinci dan menyeluruh dengan mengambil kira keperluan serta kehendak semasa di kawasan yang berlainan di negeri yang luas ini.
"Sebagai contoh, di sesetengah kawasan luar bandar, kami menyebarluas pengetahuan mengenai pertanian komersil yang mendatangkan pulangan lumayan, dan kami turut menyediakan prasarana bagi memastikan produk tempatan boleh dipasarkan.
"Kerajaan sedar pembangunan mesti disediakan untuk semua, dan kerana sebab ini, banyak perhatian diberi kepada kawasan luar bandar. Usaha diteruskan untuk merapatkan jurang wilayah dan mengurangkan paras kemiskinan," katanya.
Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan pembangunan holistik tanpa mengira hubungan politik, kaum dan faktor lain.
Mengenai Tahun Baharu Cina, beliau berkata perayaan itu disambut semua kaum dan tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.
"Kita lihat pelbagai lapisan masyarakat memakai bukan hanya pakaian kebangsaan kaum Cina tetapi juga batik dan baju kurung merah atau berwarna terang, sememangnya melambangkan semangat muhibah. "Saya harap karnival anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Api-Api ini akan dijalankan secara berterusan. Apa yang dimulakan sebagai suatu majlis lapan tahun lepas berjaya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya.
Musa berkata amat menyedihkan apabila konflik dan peperangan masih melanda beberapa negara di dunia.
"Di Malaysia dan Sabah ini, kita boleh menjalani kehidupan tanpa rasa bimbang, dan kita bebas meneruskan tugas seharian.
"Saya menggesa semua pihak agar melindungi keharmonian yang kita nikmati hari ini dan tidak membenarkan sesiapapun menjejaskan usaha memperkukuhkan perpaduan," katanya.
Seramai 7,000 pengundi Warga Emas daripada kaum Tiong Hua masing-masing menerima sumbangan Bantuan Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai) yang di langsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan.
ReplyDeleteBantuan serupa ini memang dilakukan saban tahun bukan sahaja tertumpu kepada Tahun baru Cina bahkan masyarakat lainnya yang menyambut perayaan-perayaan seperti Hari Raya Puasa, Deepavali, Hari Natal, Krismas dan Pesta Kaamatan yang bertujuan untuk meringankan beban kaum yang ada di negeri ini untuk menyambut perayaan masing-masing dengan hati penuh kegembiraan.
ReplyDeleteTimbalan Menteri Di Jabatan Perdana Mentieri yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong berkata antara lain menjelaskan sudah semestinya sebagai wakil rakyat beliau akan terus memberikan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan selaras dengan konsep 1Malaysia.
ReplyDelete“Sebagai kerajaan Barisan Nsional (BN) yang ditadbir dan dipimpin oleh rakyat yang berbilang kaum, khususnya Melayu/Bumiputera, Cina dan India; mereka fokus dalam aspek pembangunan asas, sosio ekonomi dan kebajikan rakyat terus terbela dalam menikmati pelbagai kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan yang sedia ada,” ujarnya.
ReplyDeleteKatanya lagi, Kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat akan terus memajukan negara melalui pembangunan asas, pendidikan, sosio ekonomi, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam mewujudkan keamanan dan kemakmuran negara.
ReplyDelete“Para pemimpin pembangkang seperti DAP PKR, PPPS, PAS, SAPP dan STAR hanya pandai membuat pelbagai janji tetapi tidak pernah ditunaikan; di samping bijak memutar belitkan fakta dengan tujuan untuk menarik perhatian dan simpati rakyat jelata agar menyokong perjuangan sia-sia mereka,” tegas V.K Liew.
ReplyDeleteTambah V.K.Liew lagi, rakyat sekarang bukan seperti 20 tahun yang lalu begitu mudah menerima hasutan, tetapi kini telah berubah sikap dan sudah pandai menilai mana satu parti yang boleh membangun dan kemajuan negara bagi membela nasib rakyatnya.
ReplyDeleteKerajaan sekarang, kata V.K.Liew banyak memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah seperti bantuan RM100 untuk persekolahan dan kini lagi bantuan BR1M 2.0 bagi pusingan kedua dan banyak lagi bantuan yang disalurkan kepada rakyat.
ReplyDeleteV.K Liew selanjutnya menyeru kepada masyarakat Cina agar menyokong dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja untuk perpaduan masyarakat berbilang kaum, bahkan untuk meneruskan agenda kerajaan untuk menjana pembangunan infrastruktur, khususnya di daerah Sandakan demi kesejahteraan rakyat setempat.
ReplyDeleteTimbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah sejak 49 tahun lepas adalah satu pembohongan besar.
ReplyDeleteSambil menyifatkan ia sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku di negeri ini daripada pelbagai segi seperti kemudahan asas, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.
ReplyDeleteSejak saya berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1975 atau 1976, saya melihat sendiri bahawa negeri Sabah suatu ketika dulu banyak kekurangan termasuk daripada segi prasarana, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.
ReplyDelete"Namun keadaannya kini jauh berubah. Terdapat perubahan yang ketara di mana banyak kemudahan yang kita boleh lihat sendiri sekarang seperti jalan raya, elektrik, bekalan air, sekolah dan institusi pengajian tinggi (Universiti Malaysia Sabah) di Sabah termasuk di kawasan Kiulu," katanya.
ReplyDeletekatanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini giat mentransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
ReplyDeleteSambil menyifatkan Najib sebagai 'doktor politik', Pairin berkata Perdana Menteri adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa turun padang untuk mengubati atau menyelesaikan masalah rakyat terutama di kawasan luar bandar atau terpencil.
ReplyDeleteharap rakyat Sabah tidak mudah terkeliru dengan taktik pembangkang yang sanggup menjanjikan apa sahaja semata-mata untuk merebut kuasa kerana "tiada negara di dunia yang tiada kelemahan dan kekurangan termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat".
ReplyDelete