19 February 2013

PRU-13: Impak Pencerobohan Lahad Datu terhadap persiapan Bn Sabah

PENCEROBOHAN sejumlah 100 orang yang menamakan diri mereka "Tentera Sulu" yang lengkap bersenjata di sebuah kampung terpencil di gugusan Felda Sahabat tepatnya di Kg Tanduo pada malam selasa 12 Februari lalu, serba sedikit mengalih memontum persiapan Bn berhadapan dengan PRU-13.

Pembangkang memanfaatkan pencerobohan itu dengan mempersoalkan tahap keselamatan Sabah di bahawa kerajaan Bn. Selain itu, pembangkang juga mengaitkan kejadian penecerobohan itu dengan RCI pendatang Sabah yang masih berjalan.

Pembangkang memainkan sentimen agama, dan mendakwa pasukan keselamatan tidak bertindak awal, kerana atas alasan penceroboh itu beragama islam.

Dakwaan yang lagi skeptikal, bahawa pada kebiasaannya, jika berlaku kejadian seumpama ini, di negara-negara barat, maka menteri yang bertanggungjawab berkaitan keselamatan akan berundur.

Memang banyak kenyataan daripada menteri yang bertanggungjawab termasuk Perdana Menteri, bahawa tiada kompromi berkaitan dengan keselamatan rakyat Sabah, namun berlaku juga kejadian seumpama ini. Tahun lepas, dua orang rakyat Sabah telah diculik juga di Lahad Datu, di mana hingga kini belum diketahui dengan tepat tahap keselamatan dua rakyat yang diculik itu.

Kejadian di Kg Tanduo Lahad Datu yang memasuki minggu kedua, belum ada tanda-tanda akan berakhir, walaupun pihak polis telah beberapa kali membuat kenyataan, bahawa rundingan sudah berakhir, selanjutnya proses penghantaran balik penceroboh itu sedang diatur.

Hari ini Menteri yang bertanggungjawab mengenai keselamatan negara Datuk Hishammuddin Tun Hussien melawat Lahad Datu, selepas hampir dua minggu kejadian itu.

Menurut Hishammuddin, pasukkan keselamatan mempunyai pilihan terbuka, namun pada peringkat ini, rundingan aman diusahakan, untuk mengelak pertumpahan darah.

Mungkin jika kejadian ini dilakukan oleh rakyat negara ini, seperti kejadian Mamali atau Al Maunah, mungkin pasukan keselamatan sudah lama bertindak, kerana alasan memerangi Yang Di Pertuan Agung. Namun, kejadian di Kg Tanduo bukan dilakukan oleh rakyat negara ini, akan tetapi oleh rakyat negara jiran.

Pasukan keselamatan negara berada dalam persimpangan, jika bertindak melalui kekerasan, maka kemungkinan mendapat kutukan daripada negara luar dan mungkin mengakibatkan hubungan antara Filipina dan negara ini.

Selain itu, kerana tujuan kedatangan "tentara Sulu" itu ada kaitan dengan sejarah tuntutan kesultanan sulu terhadap Sabah, maka jika berlaku penangkapan di tanah Sabah, maka perkara itu mungkin dijadikan bukti di mahkamah antarabangsa sebagai bukti, bahawa mereka menduduki  tanah yang mereka tuntut.

Untuk makluman, walaupun kesultanan sulu sudah tidak diktiraf oleh kerajaan Filipina, akan tetapi Malaysia masih membayar sewa sebenyak RM5,300 setahun kepada waris kesultanan itu.

Apakah kejadian pencerobohan ini mempunyai impak kepada rakyat pada PRU-13? sama-sama kita tunggu penyelesaiannya.

60 comments:

  1. TIDAK DINAFIKAN BAHAWA MEMANG BANYAK YANG MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM PERKARA INI. TERUTAMA PEMBANGKANG. SEMUA URUSAN MEMANG BERKAITAN DENGAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH NEGERI ITU. BALAUGAIMANAPUN JANGAN MEMBUAT SPEKULSI AWAL KERANA INI AKAN MENJEJASKAN KETENTERMAN AWAM. RAKYAT MUDAH TERPENGARUH DARIPADA APA YG MEREKA DENGAR. JANGAN MEMPORAK-PERANDAKAN NEGERI SENDIRI. HATI-HATI!

    ReplyDelete
  2. KERAJAAN SEDANG BERUSAHA UNTUK MENENAGKAN RAKYAT APABILA DI AMBIL KESEMPATAN OLEH PEMBANGKANG : BN BLASTS PKR’S THEORY

    Barisan Nasional MPs today dismissed a PKR allegation that the government may be using the Lahad Datu incident to divert the public’s attention from the royal inquiry into illegal immigration into Sabah.

    ReplyDelete
  3. KERAJAAN BERUSAHA UNTUK MENENAGKAN RAKYAT APABILA DI AMBIL KESEMPATAN OLEH PEMBANGKANG : BN BLASTS PKR’S THEORY


    Labis MP Chua Tee Yong said the statement that PKR Vice-President Tian Chua made yesterday had no basis in fact and likened it to other opposition claims that, according to him, have since been debunked.
    He referred specifically to the allegation that Japan had compensated the families of those who died in the infamous Death Railway project and to the claim that the Employees Provident Fund (EPF) was losing money.

    "The opposition always has a lot of claims and a lot of these claims have turned out to be unsubstantiated,” Chua told FMT.

    “These are not just grassroots leaders, but the main leaders, announcing these claims without checking.”

    He said the opposition would “do anything necessary to make themselves look good” and to evoke the public’s sympathy.

    ReplyDelete
  4. KERAJAAN BERUSAHA UNTUK MENENAGKAN RAKYAT APABILA DI AMBIL KESEMPATAN OLEH PEMBANGKANG : BN BLASTS PKR’S THEORY


    Hulu Selangor MP P Kamalanathan said it was irresponsible of Pakatan to politicise the Lahad Datu affair.

    "We have an issue and the government is doing its best to resolve it,” he said. “People should not make statements irresponsibly.”

    Nothing to do with politics

    Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan said it was “very unbecoming” for Pakatan to politicise an incident involving national security.

    "This has nothing to do with politics,” he said. “It is about a bunch of foreigners coming into the country and the government trying its best to deal with it while hoping no lives are lost.

    Abdul Rahman said the opposition should instead cooperate with BN in looking for a peaceful resolution of the issue.

    ReplyDelete
  5. KERAJAAN BERUSAHA UNTUK MENENAGKAN RAKYAT APABILA DI AMBIL KESEMPATAN OLEH PEMBANGKANG : BN BLASTS PKR’S THEORY


    “This is serious and there is no room for politics. The opposition should join hands with the government and with our security forces.”

    Last week, armed men claiming to be loyalists of the Sultan of Sulu landed in Lahad Datu and said they would stay put because Sabah was part of their ancestral home.

    Malaysian security forces are still in negotiation with them.

    PKR’s Chua, who is the MP for Batu, spoke yesterday at a press conference. He said he found it “irrational” to assert that the Sulu Sultan had sent armed men to intrude into Sabah just because of a historical claim.

    ReplyDelete
  6. Room for talks with intruders: Hishamuddin


    Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yesterday said that the Malaysian government is still open for negotiations to find the best suitable solutions to the Lahad Datu intrusion issue in Kampung Tanduo here, which had been ongoing since Feb 12.

    “I can confirm that there is always room for negotiations and for the relevant quarters to help us in finding the best solutions to the issue, but this does not mean that we are nodding to any quarters,” he said.

    ReplyDelete
  7. Room for talks with intruders: Hishamuddin


    He said the room for negotiations was opened to ensure that the issue would not lead to any untoward incidents, bloodshed or death.

    “In any situations, our focus is to solve the issue in the best possible way. This is our modus operandi…our way to save lives. If certain or other quarters feel that they can help those involved in the issue, be rational and cooperate with us, the sooner the issue will be solved.

    “I would also like to ask all quarters to allow the security forces to do their jobs,” he told reporters after attending the briefing on the issue at the General Operations Force base here yesterday.

    Present were director of Internal Security and Public Order Department Datuk Salleh Mat Rashid and Sabah Police Commissioner Datuk Hamza Taib.
    Hishammuddin also called on all quarters to stop making speculations and spreading rumours about the issue.

    ReplyDelete
  8. Room for talks with intruders: Hishamuddin


    Last Tuesday, boats ferrying over 100 armed men wearing military fatigues landed on Lahad Datu’s shore and the Malaysian police had identified them to be supporters of Sulu Sultanate from southern Philippines.

    Hishammuddin said the approach adopted by the Malaysian security forces in tackling the issue was to provide options to prevent the issue from being sensationalised and politicised by local and international societies.

    “I hope those involved in the issue will not push the authorities to that extent. We have told them that Sabah’s sovereignty and security will not be compromised. If they cannot accept it, then when the time comes, we shall do what needs to be done,” he said.

    The minister also called on the mainstream and social media not to do anything that could affect the government’s efforts to solve the issue.

    ReplyDelete
  9. Room for talks with intruders: Hishamuddin


    Hishammuddin also stressed that the armed men who arrived in Kampung Tanduo numbered not more than 150, and not 1,500 as claimed by certain quarters.

    He said the village, currently occupied by the group, was located in the interior area of Sabah, about 130 kilometres from here.

    “The intrusion does not involve kidnapping or confinement of villagers and Malaysians. In fact, there is no risk to our people…so, I hope all speculations and rumours will be stopped,” he said.

    Meanwhile, the minister said the Royal Malaysian Police, Malaysian Maritime Enforcement Agency and the Malaysian Armed Forces were in the state of full preparedness in monitoring the situation and controlling the borders in the east coast of Sabah to prevent further intrusion.

    He said Wisma Putra, as well as the intelligence agencies of both countries were always collaborating and working closely in regards to the issue.

    ReplyDelete
  10. Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan sekumpulan rakyat Filipina yang menceroboh ke negara ini dijangka ditamatkan dalam masa terdekat menurut Ketua Polis Negara.

    ReplyDelete
  11. Pihak polis berkata mereka sedang berusaha menamatkan konflik dan telah membuat satu langkah yang terbaik untuk menyelesaikan konflik tersebut melalui rundingan dan seterusnya mencapai episod yang baik.

    ReplyDelete
  12. Menurut Tan Sri Ismail Omar, adalah menjadi tanggungjawab polis dalam mengawal insiden seperti itu seterusnya menyelesaikannya segera mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  13. Beliau mengesahkan keadaan di Lahad Datu terkawal dan mereka telah mengambil pelbagai langkah dalam menangani situasi berkenaan. Mereka juga sedang mencari solusi terbaik dalam mengusir penceroboh tersebut mengikut perundangan yang ada.

    ReplyDelete
  14. Banyak gambaran di laman sosial yang tidak tepat mengenai situasi di Kg Tanduo.Ini adalah tanggungjawab polis. Saya harap kita tidak terlalu cepat membuat andaian, kata Ismail Omar.

    ReplyDelete
  15. Rakyat diminta agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab berkaitan isu keselamatan dan politik serta pembangunan di negeri ini.

    ReplyDelete
  16. rakyat seharusnya merujuk kepada pihak pemimpin di peringkat kampung atau pengerusi keselamatan daerah bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

    ReplyDelete
  17. rakyat tidak perlu takut dan gusar berkaitan isu keselamatan kerana kerajaan melalui pasukan keselamatan sentiasa melaksana tugas dengan penuh tanggungjawab.

    ReplyDelete
  18. Dapatkan maklumat daripada mereka yang telah dipertanggungjawabkan dan bukannya mendengar khabar-khabar angin yang boleh membingungkan diri sendiri, pasukan keselamatan sentiasa menjaga keselamatan dengan dedikasi

    ReplyDelete
  19. kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap rakyat tanpa mengira suku bangsa, anutan agama mahupun fahaman politik, semuanya akan diberikan pelbagai bantuan yang diperlukan berdasarkan kelayakan masing-masing.

    ReplyDelete
  20. pihak berkuasa sedang berusaha untuk menamatkan konflik dan langkah yang terbaik untuk menyelesaikan konflik ini melalui rundingan dan seterusnya mencapai episod yang baik

    ReplyDelete
  21. Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan sekumpulan rakyat Filipina yang menceroboh ke negara ini melalui Kampung Tanduo, di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu dijangka ditamatkan dalam masa terdekat. menjadi tanggungjawab polis dalam mengawal insiden seperti ini (pencerobohan) seterusnya menyelesaikannya segera mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  22. pasukan keselamatan menemui sekumpulan rakyat asing bersenjata serta berpakaian tentera mendarat di pesisir Lahad Datu dan polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo itu sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

    ReplyDelete
  23. Kita dapat lihat disini yang mana kerajaan begitu mementingkan persahabatan antara negara filipin dan Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Jika bertindak dengan kekerasan maka kemungkinan mendapat kutukan daripada negara luar..

    Betul juga. Memang bijak dalam membuat keputusan kerajaan kita ini.

    ReplyDelete
  25. Perkara seperti inilah yang perlu dijaga sebenarnya oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  26. Jangan bertindak terburu-buru, membuat keputusan sebaiknya demin kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  27. Kalau pembangkang yang memerintah pasti main hentam saja seperti apa yang mereka katakan dalam blog mereka yang mana mengutuk kenapa kerajaan tidak menyerang terus.

    ReplyDelete
  28. menyerang terus itu satu keputusan yang salah. Kerana itu hanya akan mengundang kehancuran.

    ReplyDelete
  29. Yang pasti sekarang ini maklumat yang boleh dipercayai keadaan adalah terkawal dan tidak perlu risau.

    ReplyDelete
  30. Kita harap tidak akan ada pihak yang cuba memainkan isu ini untuk kepentingan peribadi semata-mata.

    ReplyDelete
  31. Pembangkang tidak melepaskan peluang dalam hal ini untuk dijadikan isu politik mereka.

    ReplyDelete
  32. Namun semua itu pasti tidak dipercayai oleh rakyat. Pembangkang cuma tahu ambil kesempatan dalam kesulitan.

    ReplyDelete
  33. Tindakan pembangkang ini mungkin akan menimbulkan perasaan yang kurang senang oleh rakyat kepada mereka.

    ReplyDelete
  34. walaupun mereka memburukan kerajaan dengan mengaitkan kerajaan cuba merancang lakonan namun bagi rakyat ini bukannya satu permainan.

    ReplyDelete
  35. Apa yang penting sekarang ini adalah kita duduk dan diam dan tidak perlulah untuk menyebarkan khabar angin mengenai perkara ini. Seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, beliau meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan khabar angin mengenai pencerobohan lelaki bersenjata kesultanan sulu ini.

    ReplyDelete
  36. Penyelesaian yang terbaik diambil pendekatan sekarang ini oleh pihak berkuasa Malaysia bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.Kita perlulah yakin dengan apa yang kerajaan lakukan. Pihak berkuasa cuba melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan proses rundingan.

    ReplyDelete
  37. Ini demi keamanan negara kita, maka pihak keselamatan perlu bertindak lebih bijak dalam menangani masalah ini.Khabar angin itu hanya akan membawa kepada perasaan kurang senang dan menimbulkan kekacauan.

    ReplyDelete
  38. Jadi kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku sebenarnya. Jadi cubalah fikirkan yang terbaik dan tidak bertindak terburu-buru.Pasukan bersenjata ini kununya diketuai oleh Raja Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamallul Kiram III yang datang secara tiba-tiba dengan cara yang salah.

    ReplyDelete
  39. Yang menjadi persoalan lagi adalah mengenai permintaan mereka kepada kerajaan Malaysia yang seperti tidak logik dan mungkin tidak tertunai. Kumpulan tersebut menuntut supaya mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan komuniti Suluk di Sabah tidak dihantar pulang ke Selatan Filipina.

    ReplyDelete
  40. Pada masa yang sama juga VK Liew mengatakan yang mana permintaan mereka ini sememangnya tidak berasas langsung.Semua ini adalah hasil kekeliruan daripada sejarah kita dahulu kala. Jadi ini yang menyebabkan perkara salah faham seperti ini berlaku.

    ReplyDelete
  41. Berdasarkan fakta sejarah, Kesultanan Sulu tidak lagi. Itulah yang kita tahu. Namun waris tiba-tiba menuntut hak mereka. Perkara ini sudah tidak wujud sejak 1930 apabila Filipina menjadi republik. Jadi perlulah memahami mengenai perkara tersebut.

    ReplyDelete
  42. Kerjasama daripada kedua-dua pihak amatlah penting sekali untuk memastikan masalah seperti ini akan dapat ditangani.Di Manila, media Filipina melaporkan beberapa pegawai Presiden Benigno Aquino telah dihantar ke Sabah bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  43. Pada masa yang sama juga beliau dihantar untuk memujuk Jamallul Kiram supaya memanggil pulang pengikutnya dari Sabah.Jadi itulah yang terbaik daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  44. WALAUPUN kejadian pencerobohan Kg Tanduo masuk minggu ke dua, namun
    pasukan keselamatan negara masih meneruskan rundingan dan berharap
    semuanya akan berakhir tanpa pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  45. walaupun pasukan keselamatan menjalankan
    sekatan jalan diberberapa lokasi di Lahad Datu, tiada tanda-tanda bahawa
    kejadian pencerobohan di Kg Tanduo itu merebak di lokasi-lokasi lain.

    ReplyDelete
  46. Keadaan di Lahad Datu tenang seperti biasa. Kegiatan orang ramai, macam tidak terganggu dengan kejadian itu.

    ReplyDelete
  47. Di Sabah pada umumnya, reaksi orang ramai terhadap kejadian di Lahad
    Datu, merupakan kejadian terpencil, dan tidak menganggu persepsi rakyat
    terhadap keupayaan pasukan keselamatan.

    ReplyDelete
  48. Pada umumnya, jarang betul rakyat Sabah membicarakan kejadian tersebut,
    dan ramai menganggap kejadian itu tidak menguggat keselamatan negeri
    secara umumnya.

    ReplyDelete
  49. Berlainan dengan anggapan para pembangkang yang mengapi-apikan kejadian di Lahad Datu itu

    ReplyDelete
  50. sehingga mereka sanggup menyebar berbagai pesanan fitnah dan bohong, untuk menimbulkan keresahan orang ramai.

    ReplyDelete
  51. Kg Tanduo merupakan kampung yang terpecil dan berdekatan dengan Tanjong
    Labian, di mana kawasan ini suatu ketika hangat dibicarakan kerana
    pernah dipohon oleh seseorang kenamaan.

    ReplyDelete
  52. Memandangkan jauhnya daripada bandar dan perkampungan yang berpenghuni
    ramai, maka kejadian di Kg Tanduo akan mudah diatasi oleh pasukan
    keselamatan, dengan cara mengepung kawasan itu.

    ReplyDelete
  53. Bagi penceroboh yang memanggil diri mereka sebagai Tentera Sulu yang
    disertai seorang pewaris kesultanan sulu yang tidak diiktiraf oleh
    kerajaan Filipina, mereka tiada jalan lain, mereka perlu keluar daripada
    kawasan itu.

    ReplyDelete
  54. Secara ketenteraan, maka tidak akan mampu bertahan berdepan dengan
    pasukan ATM yang mengepung kawasan itu, di mana jumlah berkali lipat
    berbanding mereka.

    ReplyDelete
  55. Kecualilah penceroboh itu memang telah memutuskan untuk mati di Kampung
    itu, agar supaya, pewaris lain yang masih ada di Filipina menggunakan
    sebagai bukti tuntutan di Tribunal Antarabangsa berhubung tuntutan
    mereka terhadap Sabah.

    ReplyDelete
  56. Walaupun kerajaan Filipina telah “dormant”kan tuntutan terhadap Sabah,
    namun dalam perlembangaan negara itu, belum sepenuhnya digugurkan.

    ReplyDelete
  57. Hingga kini kerajaan Malaysia masih membayar sewa tahunan sebanyak RM5,300 kepada pewaris kesultanan sulu.

    ReplyDelete
  58. Jangan buat sebarang spekulasi. RM5300 adalah sebagai token dan atas dasar hubungan yang baik sahaja selepas "sewaan" oleh penjajah British.

    ReplyDelete
  59. Isu ini tidak sepatutnya di politikkan.

    ReplyDelete
  60. Selagi boleh buat perundingan, lebih baik teruskan sahaja, demi keselamatan semua pihak.

    ReplyDelete