10 February 2013

PRU-13: Tiada Sebab BN kalah

RAKYAT terutama pengundi Semenanjung sudah mencuba Pakatan apabila mereka memenangkan parti pembangkang itu di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan.

Sokongan pengundi Semenanjung kerana termakan janji-janji parti pembangkang pada PRU-12, namun selepas 5 tahun semua janji-janji itu hanya merupakan jadi retorik.

Sebaliknya Bn semua menunaikan janji-janji yang telah dihibahkan kepada rakyat, malah melaksanakan pembelaan bagi rakyat yang berpendapatan rendah dengan memberikan berbagai sokongan kewangan seperti BR1M, bantuan pra persekolahan dan baucer buku bagi para mahasiswa.

Sebenarnya para pemimpin Bn dan kerajaan telah berubah sesuai dengan aspirasi rakyat. Kerajaan kini termasuk para pemimpinnya sungguh peka terhadap masalah dan kehendak rakyat.

Para pemimpin Bn dan Kerajaan Bn berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikan serta membela rakyat tanpa mengenal masa dan situasi.

Kerajaan memberi pembelaan di semua peringkat apakah dari segi pendidikian, ekonomi, keagamaan, pembangunan infrastruktur dan dalam semua pekara demi kebaikan dan kesejehteraan rakyat.

Sebenarnya kerajaan Bn serta pemimpinnya hanya menumpukan masa dan tenaga untuk membangun negara, memajukan rakyat, atas sebab itu kerajaan Bn mempunyai visi jelas bahawa pada tahun 2020 semua rakyat akan berpendapatan tinggi sesuai dengan persekitaran negara maju.

Pengalaman yang ada pada pemimpin Bn mengurus negara merupakan aset utama kepada negara. Rakyat perlu melihat ini sebagai faktor yang boleh melonjakan kemajuan negara.

Di lain pihak, para pemimpin pembangkang belum mempunyai pengalaman mentadbir negara, kecuali Anwar yang mana selama 16 tahun berguru dengan pengurusan Bn.

Percayalah mana ada guru silat menurunkan 100 peratus ilmunya kepada murid-muridnya. Bagaimanapun setianya murid itu, hanya 80 peratus sahaja yang akan diketahuinya. Inilah yang berlaku pada Anwar. Atas sebab itu, beliau boleh menjanjikan itu dan ini, kepada rakyat, sedangkan dalam berbagai ilmupun janji-janjinya sukar dilaksanakan dan tidak praktikal.

Benarlah kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa semasa mengundi nanti JANGAN IKUT PERASAAN sebaliknya GUNAKAN AKAL YANG WARAS kerana apabila tersalah pilih, maka bukan sahaja negara menjadi kelam kabut, malah rakyat akan menanggung kemusnahan.

Ambillah iktibar apa yang berlaku di negara-negara Arab, kerana mahukan perubahan, maka negara mereka semakin porak peranda, dan rakyat mereka sengsara dan menderita.

Janganlah keadaan di negara-negara Arab itu berlaku dalam negara kita, semata-mata menyokong seseorang untuk menjadi Perdana Menteri. Adalah jelas, bagi sesiapa sahaja yang mabuk sesuatu jawatan dan kuasa, pasti ada NIATnya. 

Anwar terbukti mempunyai Niat bagi kepentingan dirinya sendiri. Perkara ini terbukti apabila menyertai Umno pada tahun 1980. Kerana tidak sabar-sabar mendapatkan jawatan, maka Umno menjadi porak peranda. Masa Anwarlah timbulnya politik wang untuk menadapatkan jawatan.

Pada tahun 1993, semasa Perhimpunan Agung Umno, Anwar mencanangkan team wawasan, dan pasukan itu mampu melonjakkan Anwar tanpa lawan bagi Jawatan Timbalan Presiden Umno.

Semasa menyertai Umno semua jawatan Anwar pernah pegang, Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, yang belum hanya Presiden. Atas sebab itu, Anwar bergerak dalam Umno secara sulit untuk menajtuhkan Persiden melalui propangda yang seolah-olah dicetuskan oleh lawan Umno seperti isu Kroni Korupsi dan nepotisme (KKN) yang ditujukan kepada Presiden Umno yang juga Perdana menteri.

Rancangan jahat Anwar itu, tidak direstui oleh Allah, atas sebab itu beliau tidak semena-mena dipecat daripada Jawatan Perdana Menteri, daripada umno pada September 1998.

Orang yang punya rancangan jahat itu kini berniat pula merampas kerajaan Bn dengan berpakat dengan parti-parti yang pernah dikutuknya suatu masa dahulu. 

Bagi parti-parti itu DAP dan PAS, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Mereka sungguh gembira, kerana kekuatan Bn sedikitnya dapat dikurangkan kerana pengetahuan Anwar dalam hal ehwal dalam Bn sendiri.

Tidak dinafikan Anwar mempunyai ramai pengikut dalam sistem kerajaan Bn, atas sebab itu polisi dan rahsia kerajaan Bn dengan mudah diketahui, dan kemudian diputar belit, kononnya hanya menguntungkan kroni; tujuannya untuk membangkit kemarahan rakyat.

Senjata utama Anwar adalah untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan, atas sebab itu isu yang diulang-ulang oleh beliau adalah Kes Altantuya, kes Rahim Thambi Chek, Kes Lembu NFC, kes PKFZ, isu Datin Rosmah.

Kebanyakan kenyataan Anwar bersifat menyerang peribadi Para pemimpin Bn dengan berbagai fitnah yang boleh membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat antaranya perampasan tanah dan rasuah.

Pembangkang sebenarnya tidak mengangkat isu-isu yang boleh membantu rakyat untuk maju, mereka fokus kepada bagaimana menabur fitnah.

Jika rakyat ikut nasihat Tun Dr Mahathir bahawa jika akal dan fikiran yang diguna pada PRU-13 akan datang, maka tiada sebab mengapa BN boleh kalah.

51 comments:

  1. rakyat boleh ikut ckp mahathir, tp kalau dlm spr ada dalang anwar, tidak mustahil bn boleh kalah. sudahkan kerajaan bersihkan spr 100%? aku tetap curiga cara anwar konon menuduh spr tidak telus dsb, sebab nk kelirukan rakyat bahawa tiada persekongkolan antara anwar-spr. jgn nanti siang2 buta najib kena kencing!!!

    ReplyDelete
  2. Setuju. Taktik Anwar memang songsang.

    ReplyDelete
  3. We should see from the positive side.

    ReplyDelete
  4. Lihat apa yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  5. Now the opposition is making trouble.

    ReplyDelete
  6. ya semmenagnya BN senantiasa menunaikan janji-janji yang telah dihibahkan kepada rakyat...

    ReplyDelete
  7. betul, kerajaan BN dan para pemimpinnya telah banyak berubah sesuai dengan aspirasi rakyat.

    ReplyDelete
  8. setuju..Kerajaan kini termasuk para pemimpinnya sungguh peka terhadap masalah dan kehendak rakyat...

    ReplyDelete
  9. memang tidak dinafikan bahawa kerajaan telah banyak memberi pembelaan di semua peringkat apatah lagi dari segi pendidikan, ekonomi, keagamaan, pembangunan infrastruktur dan dalam semua pekara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  10. visi 2020 sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat untuk menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  11. kerajaan melakukan segalanya untuk rakyat...bantuan diberikan kepada yang memerlukan..seperti PPRT, BR1M, kklinik 1malaysia dan macam2..

    ReplyDelete
  12. tiada sebab kenapa rakyat perlu memilih untuk menukar kerajaan sebab kerajaan BN sekarang sudah cukup bagus untuk rakyat...

    ReplyDelete
  13. maka rakyat haruslah memberikan mandat kepada kerajaan BN pada pru13 untuk masa depan yang lebih terjamin..

    ReplyDelete
  14. Semua parti pun pasti mahu menang, tapi apa boleh buat bukan semua parti akan jadi pilihan rakyat. Hanya yang terbaik saja akan dapat undi dari rakyat.

    ReplyDelete
  15. Dalam menentukan yang terbaik untuk rakyat, maka rakyat harus berfikir secara matang dan buat keputusan yang tidak akan mengecewakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  16. Saya setuju dengan Tun Mun masa mengundi nanti JANGAN IKUT PERASAAN sebaliknya GUNAKAN AKAL YANG WARAS kerana apabila tersalah pilih, maka bukan sahaja negara menjadi kelam kabut, malah rakyat akan menanggung kemusnahan. :)

    ReplyDelete
  17. Klaau tidak mahu keharmonian yang kita kecapi selama ini dibawah payung BN maka berilah BN sokongan penuh dan tidak berbelah bagi.

    ReplyDelete
  18. Namun tidak ada paksaan dalam soal mengundi, jadi tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  19. Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) tidak boleh bersikap ‘santai’ atau sambil lewa dengan permintaan dan harapan golongan muda terhadap kerajaan, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  20. Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin berkata sokongan golongan tersebut terhadap BN amat penting memandangkan golongan belia merupakan 40 peratus daripada jumlah rakyat di negara ini.

    ReplyDelete
  21. “Kita juga mesti ingat sistem dan tuntutan sekarang adalah berbeza. Kita (jentera pilihan raya) perlu lebih responsif terhadap golongan muda.

    ReplyDelete
  22. “Semua jentera, khususnya Puteri Umno negeri, harus bergerak ke tahap maksimum bagi memastikan kesiapsiagaan parti menghadapi PRU-13,” katanya

    ReplyDelete
  23. Musliati berkata jentera pilihan raya Puteri Umno di seluruh negeri telah bersedia sejak lama untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja.

    ReplyDelete
  24. BN yakin dapat mempertahankan Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

    ReplyDelete
  25. Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata berdasarkan kepada hasil kajian pihaknya di tujuh kawasan di Sarawak, sokongan rakyat kepada BN tidak berubah.

    Malah, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga semakin meningkat.

    ReplyDelete
  26. “Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di tujuh kawasan, 75.4 peratus memilih BN menang di Sarawak, manakala 21.3 peratus yakin pakatan pembangkang akan menang,” katanya

    ReplyDelete
  27. Sementara itu Jayum berpendapat, keputusan dibuat pengundi di dua negeri terbabit memainkan peranan cukup penting dalam memastikan kestabilan politik negara.

    Katanya, pengundi Cina di negeri berkenaan perlu membuat keputusan bijak kerana jika sokongan diberikan kepada pakatan pembangkang ia berdepan dengan cabaran untuk menstabilkan politik negara.

    ReplyDelete
  28. PAS pula dilihat tidak mampu untuk melebarkan penguasaannya di dua negeri terbabit, manakala calon PKR gagal menarik sokongan rakyat. PAS tak dapat merempuh kubu kuat BN.

    ReplyDelete
  29. Tilikan pawang politik bahawa Pakatan Rakyat di Sabah bakal berpecah dan punah semakin menjadi realiti yang pahit bagi pembangkang.

    ReplyDelete
  30. Ini berikutan beberapa perkembangan terbaru berhubung kedudukan politik pembangkang di Sabah yang bercita-cita untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  31. Pertama adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengesahkan Pakatan Rakyat telah menutup pintu perbincangan pengagihan kerusi dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee.

    ReplyDelete
  32. Ini kerana Pakatan Rakyat mendakwa SAPP bersikap keras kepala untuk membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN dan tidak mahu bertolak ansur dengan PKR, Dap dan Pas.

    ReplyDelete
  33. Sikap parochial dan kenegerian ini menambahkan pening kepala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim apabila pendirian ‘Sabah Untuk Sabah’ ini disokong pula oleh Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Dr Jeffrey Kitingan.

    ReplyDelete
  34. Dr Jeffrey yang dikenali sebagai salah satu ‘raja lompat parti’ di Sabah pernah menjadi Naib Pengerusi PKR satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  35. Beliau meninggalkan PKR setelah bertelagah dengan Anwar yang menyisihkannya daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah lalu menubuhkan STAR.

    ReplyDelete
  36. Situasi Pakatan Rakyat bertambah getir apabila Naib Ketua Wanita PKR Sabah dan beberapa pimpinan lain keluar parti minggu lalu menyebabkan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mententeramkan keadaan.

    ReplyDelete
  37. Jika Anwar tidak dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi menjelang PRU13 dalam beberapa minggu lagi, nampaknya Pakata Rakyat terpaksa berdepan dengan pertandingan 3, 4 malah 5 penjuru atau lebih di kesemua 60 kerusi DUN dan 25 kawasan Parlimen.

    ReplyDelete
  38. Bukan sahaja ia terpaksa berhadapan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional yang lengkap, efisien dan kuat tetapi juga terpaksa menepis cabaran daripada SAPP, STAR serta barisan calo-calon bebas.

    ReplyDelete
  39. BN akan tetap menjadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  40. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan ahli UMNO supaya tidak mengamalkan budaya cantas mencantas, sebaliknya menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  41. Beliau berkata ini adalah masanya untuk menunjukkan kepimpinan dan kesetiaan, bukan sahaja kepada parti tetapi kepada penyandang jawatan, termasuk Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di peringkat negeri.

    ReplyDelete
  42. “Dalam erti kata sebenar, kepimpinan diletak di jawatan-jawatan tertentu oleh pucuk pimpinan parti dan tidak diperkotak-katik oleh orang kita sendiri,” katanya.

    ReplyDelete
  43. Hishammuddin berkata tumpuan kini terarah kepada merapatkan lagi barisan di antara ahli dan kepimpinan di peringkat pucuk pimpinan, bahagian dan negeri bersama-sama dengan parti lain dalam komponen Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  44. Beliau berkata meskipun ada kalanya keputusan yang dibuat mungkin tidak tepat setelah dikaji semula namun itu tidak akan menjejaskan masa depan UMNO.

    ReplyDelete
  45. “Yang menjejaskan parti adalah kalau niat kita tidak jujur, tidak ikhlas dan mempunyai kepentingan lain daripada kepentingan parti,” kata Hishammuddin.

    ReplyDelete