21 March 2013

Belum Masanya Rakyat Tukar Kerajaan

Bereksperimen dalam memilih kerajaan bukanlah tindakan bijak kerana jika tersilap pilih kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.

Pembentukkan sebuah kerajaan baharu ibarat mendirikan sebuah rumah tangga bagi menjamin kestabilan hidup pada masa depan.

Dalam pembinaan sesebuah negara, rakyat tidak patut membuat eksperimen kerana soal masa depan negara tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

Rakyat perlu sedar keadaan hari ini sudah stabil walaupun pelbagai dugaan dan tohmahan dihadapi kerajaan.

Kerajaan Barisan Nasional(BN) telah membuktikan mereka mampu menjalankan pemerintahan yang mantap demi kebaikan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) semalam mengingatkan rakyat jangan bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan akibat pilihan yang salah.

Walau apapun manifesto yang dijanjikan oleh pembangkang, rakyat mahu melihat bukti dan inilah yang telah ditunjukkan BN melalui pemerintahan yang berintergriti dan pemimpinnya yang bijak.

Apa yang dinikmati hari ini sudah memadai dan rakyat tidak perlu menukar kepimpinan negara kepada kepimpinan baharu.

Sebagai bekas pesara kerajaan, penulis selalu berpegang kepada "benda" yang lama, jangan mengharapkan pada perkara yang dijanjikan yang masih belum pasti.

Program GTP ini perlu diberi masa, saya takut apabila bertukar kerajaan kelak, segala program kerajaan sekarang untuk membantu rakyat belum tentu diteruskan.

16 comments:

  1. Sejujurnya saya kurang bersetuju untuk tukar kerajaan sebab kalau ditukar tidak mustahil akan timbul kekacauan.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan sedia ada hanya perlu kekalkan apa yang baik dan perbaiki apa yang kurang. Selebihnya tu serahkan pada rakyat untuk bertindak balas terhadap usaha murni kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Muhyiddin gesa rakyat terus sokong BN

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa rakyat untuk terus menyokong Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pengalaman mentadbir negara dengan baik sedangkan pakatan pembangkang berdepan kesukaran malahan untuk menunaikan janji-janji mereka.

    ReplyDelete
  4. Beliau berkata, rakyat tidak patut memperjudikan nasib dengan memberi mandat kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana masih banyak janji pilihan raya di negeri ditadbir mereka belum tertunai.
    "Rakyat kena fikir, jangan dok salah pangkah, jangan pangkah (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim...dia (Anwar) kata dah lama BN memerintah, jadi kena ubah.

    ReplyDelete
  5. "Sedangkan kita (BN) dah mentadbir lebih 55 tahun, bermakna kita (BN) sudah ada pengalaman mentadbir. Apa sebab kita nak ubah sedangkan ekonomi negara kita sudah berkembang dan stabil, negara juga selamat, aman serta makmur," katanya semasa berucap pada program santai dan ramah mesra bersama penduduk di Kampung Nelayan Teluk Kumbar, dekat sini.

    Pada program itu Muhyiddin turut bersarapan pagi bersama kira-kira 1,000 penduduk kampung yang hadir untuk bertemu timbalan perdana menteri. - BERNAMA

    ReplyDelete
  6. kerajaan sedia ada dah mentadbir negara kita cukup baik.

    ReplyDelete
  7. rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  8. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa tidak perlu perubahan kerajaan di Malaysia kerana pentadbiran sekarang telah menjadinya sebuah negara yang dicemburi banyak negara lain.

    ReplyDelete
  9. Merujuk kepada Arab Spring, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak
    boleh membenarkan pemberontakan seumpama itu berlaku di sini.

    ReplyDelete
  10. Oleh itu, katanya, mengapa hendak membaiki kerajaan yang ada jika ia tidak rosak, malah Malaysia dicemburi banyak negara lain.

    ReplyDelete
  11. Menurutnya, jika Malaysia sebuah negara yang gagal, masakan Moro (umat Islam di selatan Filipina) mendapatkan bantuan Malaysia untuk mewujudkan keamanan selepas 40 tahun pertumpahan darah di sana.

    ReplyDelete
  12. PM berkata situasi di negara-negara yang mengalami perubahan rejim semasa Spring Arab adalah jauh berbeza dari Malaysia di mana para belianya “penuh dengan harapan masa depan yang jauh lebih baik daripada hari ini”.

    ReplyDelete
  13. Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat, dan boleh memberi lebih banyak lagi jika negara ditadbir dengan baik.

    ReplyDelete
  14. Menurutnya, kerajaan telah menaikkan gaji, elaun dan pencen, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1, BR1M 2, yang juga diberi kepada orang bujang, malah diberikan tayar kereta percuma.

    ReplyDelete
  15. Malah, katanya, lebih banyak boleh diberikan pada masa hadapan dengan syarat negara ditadbir dengan baik.

    ReplyDelete
  16. Dan ini, katanya, tidak boleh dilakukan melalui “janji kosong” yang menurutnya seperti yang disebutkan dalam manifesto pembangkang Buku Jingga.

    “Atau Buku Jing-gay, tapi itu orang lain kata, bukan saya kata,” kata Najib secara berseloroh.

    ReplyDelete