13 March 2013

Satu Pengalaman semasa bertugas Di Sempora (1987-1988)

PADA satu pagi yang nyaman dan dingin, kerana hembusan angin  sepoi-sepoi bahasa daripada utara.

Pekan Semporna tiba-tiba ditawan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dengan dilengkapi senjata M16 dan granade.

Balai polis semporna, yang hanya 500 meter daripada Pekan, menjadi sasaran pertama, namun  granade sebesar buah nenas, bentuknya juga seperti buah itu, tidak meletup, maka terselamatlah balai polis itu.

Pekan Semporna ditawan sepenuhnya. Dalam kejadian itu, tiada penduduk atau pasukan keselamatan yang terkorban, kerana nampaknya tiada perlawanan.

Lelaki bersenjata itu pada mulanya menggunakan satu keluarga sebagai tebusan, agar supaya pihak polis tidak dapat bertindak. Mereka hanya menghamburkan tembakan ke udara.

Lelaki bersenjata itu beredar tengah malam itu juga tanpa berlakunya pertumpahan darah.

Dengan mudahnya pasukan bersenjata masuk bukan sahaja ke parairan Sabah, malah sebuah pekan seperti Semporna.

Pendaratan bersenjata itu, merupakan kali kedua, dalam masa 3 tahun, kerana sebelumnya berlaku rompakan bersenjata di Lahad Datu. Bank Standard Bank menjadi mangsa. Pelakunya hanpir sama, lelaki bersenjata M16 yang datang daripada arah laut pada siang bolong.

Pengalaman bertugas di semporna sungguh mempunyai pengalaman yang pahit. Penulis juga menjadi mangsa rompakan.

Penulis yang tinggal di sebuah rumah dua tingkat berseberangan jalan dengan balai bomba semporna, pernah dirompak. Bayangkan perompak bersenjata itu menyapu bersih semua yang ada di rumah termasuk pinggan mangkok.

Pada pagi berikutnya, penulis ke pekan, hanya berkain pelikat tanpa baju, kerana semua baju, seluar termasuk seluar dalam juga disapu bersih.

Mereka yang merompak, bukan calang-calang, akan tetapi dilengkapi dengan senjata canggih, berpakaian ala komando, bertoping.

Bertahun kejadian itu tidak berulang, selepas adanya perdamaian di Selatan Filipina dengan MNLF, sekurang-kurang antara 1996-2002. Namun selepas Nur Misauari bukan lagi gabenor, tindakan perompak masih berlaku, namun terhad di kepulauan seperti sipadan.

Pendaratan kumpulan bersenjata ke tanah besar Sabah berulang lagi pada 9 Februari, sehingga mereka mampu menawan Kg Tanduo, Lahad Datu pada malam 12 Februari.

Kali ini, modus operandi mereka, sungguh berbeza dengan tahun 1987 di Semporna, kali ini mereka datang dengan tujuan yang lebih besar, yakni menuntut Tanah Sabah.

Jika pada tahun 1990-an, mereka datang hanya memberi amaran, agar jangan menghalau balik saudara-saudara mereka yang menjadi pelarian ke Sabah, kali ini mereka mahu pula berperang untuk mempertahankan tuntutan.

Kalaulah Eastern Sabah Command (ESSCOM) diwujudkan masa itu, mungkin kejadian di Lahad Datu yang berlarutan sehingga lebih sebulan tidak berlaku.

Apa yang malang, bekas-bekas Panglima ATM yang kini telah bersara dan menyertai pembangkang mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan, kononnya kerana kesilapan taktikal adalah punca berlarutannya operasi itu.

Penulis tiada keupayaan memberi pandangan berkaitan dengan taktikal kententeraan, atas sebab itu, penulis tidak sudi memberi ulasan.

53 comments:

  1. Masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keamanan dan keselamatan negara daripada pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat jahat terhadap negara ini

    ReplyDelete
  2. tugas melindungi negara tidak harus dipikul oleh pasukan keselamatan sahaja tetapi dikongsi bersama oleh masyarakat berbilang kaum.

    ReplyDelete
  3. Maka masyarakat juga memainkan peranan dalam hal ini sebenarnya menjaga keamanan.

    ReplyDelete
  4. Tidak semestinya 100% ditanggung sendiri oleh pasukan keselamatan negara kita ini.

    ReplyDelete
  5. Kita harus terus menjaga keamanan dan keselamatan negara ini daripada ancaman pihak-pihak tertentu yang berniat jahat.

    ReplyDelete
  6. perlu menunjukkan contoh yang baik dan melibatkan diri di dalam aktiviti sosial di negara ini.

    ReplyDelete
  7. percaya anggota pasukan tersebut boleh memainkan peranan yang penting di dalam menanam semangat patriotik di kalangan masyarakat.

    ReplyDelete
  8. Islam mewajibkan umatnya memelihara hubungan sesama insan dan juga hubungan dengan Allah. Islam juga menitik beratkan soal keselamatan, keamanan dan kedamaian.

    ReplyDelete
  9. Tidak semua perkara adalah merupakan tanggungjawab pihak keselamatan semata-mata.

    ReplyDelete
  10. Setiap insan mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran yang berlaku.

    ReplyDelete
  11. Takut atau tidak berani untuk menegur walaupun ianya berlaku di depan mata menyebabkan jenayah berleluasa pada masa kini.

    ReplyDelete
  12. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat dan umat Islam di negara ini untuk memastikan negara ini kekal aman dan selamat serta menginsafi bahawa kesejahteraan dan keselamatan yang dinikmati hari ini “bukanlah datang secara bergolek".

    ReplyDelete
  13. kerajaan menyedari bahawa sebuah Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang selamat dan sejahtera.

    ReplyDelete
  14. “Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman daripada ancaman luar dan dalaman, di mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas daripada jenayah.

    ReplyDelete
  15. Sebuah negara di mana rakyatnya merasa aman dan selamat.

    ReplyDelete
  16. Kesimpulannya, sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia

    ReplyDelete
  17. Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan, Perdana Menteri berkata, ia memerlukan pendekatan yang bersepadu serta rakyat Malaysia yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

    ReplyDelete
  18. Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab memerangi jenayah kepada pihak berkuasa tanpa sumbangan kita sebagai rakyat yang prihatin.

    ReplyDelete
  19. “Jika kita membiarkan jenayah berlaku tanpa tindakan, kita sebenarnya akan hanya menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan bersama.

    ReplyDelete
  20. Bagi mencapai matlamat itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengubah sikap dan melabur secara mapan bagi mempunyai mind-set yang betul serta menyediakan prasarana keselamatan yang lebih ampuh.

    ReplyDelete
  21. Najib berkata, kerajaan akan memastikan agensi-agensi yang bertanggungjawab akan lebih berkesan untuk menangani cabaran mencegah jenayah era mutakhir.

    ReplyDelete
  22. Kita menyedari usaha ini memerlukan kaedah pencegahan jenayah yang baru, serta kepimpinan yang dinamik, akauntabiliti yang tinggi, struktur organisasi yang lebih sesuai, latihan yang lebih relevan serta peralatan yang moden.

    ReplyDelete
  23. Najib berkata, umat Islam di negara ini amat bertuah kerana dapat hidup di dalam negara yang mencipta kejayaan berterusan.

    ReplyDelete
  24. sentiasa dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi.

    ReplyDelete
  25. Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kemelut politik melanda negara-negara di benua Asia dan Afrika

    ReplyDelete
  26. kita dapat menyaksikan bagaimana negara-negara di benua Eropah dan Amerika yang dianggap sebagai negara maju pun ditimpa krisis ekonomi yang kronik akibat kegagalan mengurus negara dengan baik.

    ReplyDelete
  27. Kita juga telah menyaksikan kegagalan ini telah memberi kesan yang buruk kepada kesejahteraan rakyat mereka.

    ReplyDelete
  28. apabila kadar pengangguran semakin meningkat, penciptaan peluang pekerjaan yang tidak mencukupi serta pertumbuhan yang rendah telah menyebabkan taraf dan kualiti hidup rakyat merudum.

    ReplyDelete
  29. di tengah-tengah semua kekusutan ini, negara tercinta Malaysia telah mencipta kejayaan berterusan sebagai sebuah negara majmuk yang dirahmati dengan perpaduan nasional.

    ReplyDelete
  30. Kita mempunyai tradisi meraikan kepelbagaian agama, budaya dan bangsa, kepelbagaian yang di negara lain menjadi punca perpecahan, di negara ini menjadi pemangkin kemajuan.

    ReplyDelete
  31. rakyat Malaysia hidup di dalam sebuah negara di mana keamanan, keikraman dan kemakmuran merupakan realiti nasional, bukan semata-mata harapan apatah lagi impian indah.

    ReplyDelete
  32. Najib meminta umat Islam agar mengingati pengorbanan yang telah dan sedang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan bagi membolehkan rakyat hidup di dalam negara yang aman dan makmur sempena hari dan bulan yang penuh kemuliaan ini.

    ReplyDelete
  33. Kejayaan Malaysia dimungkinkan doa oleh semua rakyat Malaysia, yang disulami ikhtiar nasional yang berteraskan perancangan yang inovatif, pelaksanaan yang cekap, tadbir urus yang baik, kreativiti yang tinggi, produktiviti yang terus meningkat serta daya saing nasional yang sentiasa diasah.

    ReplyDelete
  34. kerajaan komited untuk meneruskan kejayaan nasional ini dengan sokongan dan dukungan padu semua rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  35. bagi merealisasikan matlamat membawa Malaysia ke arah status sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

    ReplyDelete
  36. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, terutama di Sabah, tentang betapa pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar.

    ReplyDelete
  37. Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memandang ringan tentang keselamatan negara, beliau berkata segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pasukan keselamatan diberi latihan yang sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia untuk menangani kejadian seperti itu.

    ReplyDelete
  38. Saya rasa kita telah menikmati suasana aman dan stabil yang begitu lama di Malaysia. Komunis meletak senjata pada 1989 dan sejak itu, Malaysia dilimpahi suasana aman dan stabil dalam tempoh yang cukup panjang.

    ReplyDelete
  39. Kejadian itu (serangan di Lahad Datu dan Semporna) merupakan ancaman luar dan kita perlu menanganinya. Jadi, sekiranya kami membuat keputusan menambah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan, janganlah rakyat mempertikaikannya pula.

    ReplyDelete
  40. Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi tentang keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Malaysia, Perdana Menteri berkata:

    ReplyDelete
  41. Kita perlu berusaha sedaya upaya untuk memastikan rakyat Malaysia, tanpa mengira di mana mereka berada di negara ini, berasa selamat, terjamin dan masa depan mereka juga dipelihara oleh kerajaan.”

    ReplyDelete
  42. Najib seterusnya menegaskan bahawa usaha menjamin keselamatan negara bukan sahaja menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan dan kerajaan, tetapi juga semua rakyat Malaysia melalui peranan masing-masing, termasuk memberi sokongan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  43. Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Malaysia memiliki kemampuan dan aset yang mencukupi untuk melindungi keselamatannya.

    ReplyDelete
  44. Tiada jaminan bahawa keamanan dan keselamatan yang dikecapi ketika ini akan berterusan kerana wujud 'musuh luar' yang akan terus cuba membawa kerosakan atas rasa cemburu dengan kejayaan yang dicapai negara ini.

    ReplyDelete
  45. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, keadaan selamat di Malaysia bukan sekadar andaian tetapi telah terbukti melalui Global Peace Index (GPI) yang meletakkan negara ini sebagai antara yang paling selamat di dunia.

    ReplyDelete
  46. "Ini diiktiraf oleh GPI yang membuat penilaian dan kita kini berada di tangga ke-20 negara paling selamat mengatasi Singapura di tempat ke-23. Isu di Lahad Datu membuka mata ramai pihak tentang nilai keselamatan, kita hantar polis dan lima batalion tentera ke sana.

    ReplyDelete
  47. "Kita tidak mahu ada yang mengatakan Malaysia tidak aman sehingga pelabur asing tidak mahu datang membuat pelaburan. Sebab itu mesti aman, jangan ada apa-apa masalah demi pembangunan seperti Pengerang dan Iskandar Malaysia," katanya.

    ReplyDelete
  48. Najib telah mengumumkan penbentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas di Sabah. Perwujudan kawasan itu adalah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan perairan pantai Sabah.

    ReplyDelete
  49. Kawasan yang termasuk didalam kawasan keselamatan khas ini ialah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.Dengan perwujudan kawasan keselamatan khas ini membolehkan kerajaan menempatkan beberapa 'kabin' sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera.

    ReplyDelete
  50. Perwujudan kawasan seprerti ini katanya pernah diwujudkan pada tahun 1972, menubuhkan Rajang Area Security Commad (RASCOM) iaitu pasukan kawalan keselamatan di Rajang Sarawak dan pasukan ini berjaya menghapuskan ancaman komunis di negeri itu.

    ReplyDelete
  51. Kawasan-kawasan terlibat di Rajang itu ialah, Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit. Perwujudan kawasan keselamatan itu dibuat pada zaman Tun Razak Hussein.

    ReplyDelete
  52. Adakah pertemuan Nurul izza dgn jacel kiram membuktikan bhwa keturuna sultan sulu masih wujud dan diiktiraf dunia? Tq

    ReplyDelete
  53. Adakah pertemuan Nurul izza dgn jacel kiram membuktikan bhwa keturuna sultan sulu masih wujud dan diiktiraf dunia? Tq

    ReplyDelete