8 April 2013

PRU-13 Sabah: Haji Nizam Abu Bakar Titingan-Antara muka Baru BN Sabah

SUDAH tiba masanya pemimpin pelapis seperti Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan menggalas tugas sebagai wakil rakyat.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah itu, telah melalui liku-liku politik daripada peringkat bawah, sehingga pernah menduduki sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah, meangkap Ketua Pemuda BN Sabah, pernah menjadi exco pemuda Malaysia.

Kini, Nizam merupakan Naib Ketua Bahagian Umno Tawau.

Satu kesepakatan yang tidak tertulis, sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri selama sepenggal, maka pada penggal berikutnya akan diberi peluang sebagai calon dalam pilihanraya.

Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, sebelum menjadi wakil rakyat, juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Ada desas desus yang bertiup kencang, bahawa Tuan Haji Nizam bakal dicalonkan mewakili BN dalam PRU-13, namun kerusi mana beliau diberikan amanah untuk menggalas tugas itu belum dipastikan; samada  diperingkat DUN ataupun Parlimen.

Tawau mempunyai dua kawasan Parlimen, Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan. Parlimen Tawau sebelum ini dimenangi calon SAPP ketika mewakili BN. Pada PRU-13 ini parlimen Tawau akan mendapat calon baru dan parti komponen BN mana yang bakal menggalas tugas akan diketahui seminggu sebelum penamaan calon.

Bagi kawasan DUN di Kawasan Tawau, dua kawasan DUN yang hangat diperkatakan bakal mendapat calon baru, dun tersebut adalah DUN Tanjung Batu dan DUN Sebatik, selain DUN Sri Tanjong.

Di peringkat mana Nizam bakal ditugaskan sebagai calon, juga akan diketahui seminggu sebelum penamaan calon.

SPR akan bermesyuarat pada 10 April untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian. 

Calon-calon BN akan diketahui selewat-selawatnya minggu kedua bulan April, dengan ramalan itu, maka kemungkinan besar hari mengundi jatuh pada 28 April, 2013.

50 comments:

  1. Barisan Nasional (BN) akan mengguggurkan 40% calon veteran pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk memberi laluan kepada muka-muka baru.

    ReplyDelete
  2. Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat pelarasan senarai calon pada saat akhir telah mengenal pasti beberapa calon veteran untuk digugurkan dengan segelintir daripadanya tampil secara sukarela untuk tidak bertanding.

    ReplyDelete
  3. BN mempunyai seramai 141 ahli Parlimen dengan 75 daripadanya memegang jawatan tersebut lebih tiga penggal.

    ReplyDelete
  4. Sumber berkata, tidak kesemua kerusi mereka akan diganti tetapi Perdana Menteri mahu menurunkan beberapa muka baru sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik.

    ReplyDelete
  5. Empat menteri kabinet yang telah memegang jawatan tersebut setelah sekian lama antara yang akan mengundur diri untuk memberi laluan kepada muka baru.

    ReplyDelete
  6. Antaranya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Ong Ka Ting (Kulai).

    ReplyDelete
  7. Beberapa pemimpin veteran yang menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas) dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi).

    ReplyDelete
  8. Bagaimanapun, menurut sumber, Najib perlu memutuskan sama ada menerima tawaran itu kerana 'tiada calon pengganti sesuai' ditemui.

    ReplyDelete
  9. Pemuda Gerakan hari ini meminta parti itu memberi peluang kepada muka baru khususnya dari sayap itu untuk dicalonkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

    ReplyDelete
  10. Ketua Pemuda Gerakan Datuk Lim Si Pin berkata adalah wajar pemilihan calon-calon itu dibuat dalam kalangan individu berumur 40 tahun ke bawah dan sayap Pemuda pasti calonnya pasti komited jika dipilih.

    ReplyDelete
  11. Oleh itu, Pemuda berharap calon yang dipilih haruslah mereka yang baru dan kompetitif dalam menyampaikan apa Gerakan perjuangkan untuk masyarakat

    ReplyDelete
  12. Usul mengenai strategi parti untuk menghadapi pilihan raya umum juga akan dikemukakan.

    ReplyDelete
  13. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata terdapat muka baru sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

    ReplyDelete
  14. senarai calon yang akan bertanding sudah pun dimuktamadkan dan segala keputusan untuk menentukan calon yang layak diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  15. Senarai calon sudah dimuktamadkan dan terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang sesuai dan boleh dicalonkan di kawasan-kawasan tertentu.

    ReplyDelete
  16. Dalam pada itu, Musa yang juga merupakan Pengerusi BN Negeri menyatakan bahawa manifesto BN Sabah yang bakal dilancarkan selepas pelancaran manifesto BN di peringkat Pusat merupakan sebuah manifesto yang menjanjikan harapan besar kepada rakyat untuk hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur.

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya manifesto kita seiring dengan manifesto di peringkat pusat…yang membolehkan rakyat membaca, melihat dan memikirkan apa yang telah kita lakukan dan apa yang akan kita laksanakan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  18. Mengulas mengenai persiapan jentera BN Negeri, Musa berkata sememangnya BN Negeri sudah lama berusaha keras dan bekerjasama dalam membuat persediaan untuk menghadapi PRU-13.

    ReplyDelete
  19. kesemua parti komponen BN sentiasa menjalin hubungan yang baik, duduk berbincang, malah ‘berkampung’ bersama-sama selain berusaha untuk memastikan kemenangan berpihak kepada setiap calon-calon BN yang bertanding.

    ReplyDelete
  20. “Apa yang peting kita dapat beritahu kepada rakyat melalui bukti-bukti yang jelas mengenai kebaikan yang dibawa dan janji-janji yang telah ditepati oleh Kerajaan BN selama ini…

    ReplyDelete
  21. saya yakin rakyat Sabah tahu menilai kebaikan yang dibawa oleh kerajaan BN selama ini,” katanya sambil menyatakan rasa syukur kerana Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang prihatin dan peka terhadap nasib rakyat di seluruh negara termasuk Sabah.

    ReplyDelete
  22. , selama ini sememangnya Sabah tidak pernah ketinggalan dalam menerima bantuan dan keprihatinan dari Kerajaan untuk memastikan rakyat terus hidup selesa, aman dan sejahtera.

    ReplyDelete
  23. Musa berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha pembersihan dasar laut melalui program ‘Astro Kasih – Beautiful Malaysia GUINNESS WORLD RECORDS’ ini.

    ReplyDelete
  24. usaha mencatatkan aktiviti pembersihan dasar laut terpanjang ke dalam GUINNESS WORLD RECORDS ini secara tidak langsung dapat menonjolkan Sabah, selaku tuan rumah bagi program ini yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan dari segi kekayaan dan keindahan alam jadi dan bumi.

    ReplyDelete
  25. Sudah tentu dengan adanya pembersihan dasar laut ini, ia dapat membersihkan seluruh Sabah terutamanya di kawasan pulau-pulau,” kata Musa sambil menyatakan penghargaannya kepada pihak Astro atas usaha tangungjawab sosial korporat (CSR) ini.

    ReplyDelete
  26. Commenting on the preparation of the State BN machinery, Musa said the state BN had long indeed work hard and work together to prepare for the GE-13.

    ReplyDelete
  27. Four cabinet ministers who have held this position for too long of a will step down to make way for new faces.

    ReplyDelete
  28. Youth Movement chairman Datuk Lim Si Pin said it is natural that the selection of candidates is made in the individuals aged 40 years and below and the Youth wing candidate certainly are committed if selected.

    ReplyDelete
  29. The proposal for a strategy to face the choice of party public highway will also be presented.

    ReplyDelete

  30. Among the former Minister of International Trade and Industry, Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), former Minister of Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), former Home Minister, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) and former Minister housing and Local Government, Tan Sri Ong Ka Ting (Kulai).

    ReplyDelete
  31. Believe and to have faith in urself

    ReplyDelete
  32. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata terdapat muka baru sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

    ReplyDelete
  33. Katanya, senarai calon yang akan bertanding sudah pun dimuktamadkan dan segala keputusan untuk menentukan calon yang layak diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  34. “Senarai calon sudah dimuktamadkan dan terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang sesuai dan boleh dicalonkan di kawasan-kawasan tertentu,” kata Musa.

    ReplyDelete
  35. Musa yang juga merupakan Pengerusi BN Negeri menyatakan bahawa manifesto BN Sabah yang dilancarkan merupakan sebuah manifesto yang menjanjikan harapan besar kepada rakyat untuk hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur.

    ReplyDelete
  36. “Sebenarnya manifesto kita seiring dengan manifesto di peringkat pusat…yang membolehkan rakyat membaca, melihat dan memikirkan apa yang telah kita lakukan dan apa yang akan kita laksanakan di masa akan datang,” kata Musa.

    ReplyDelete
  37. Mengulas mengenai persiapan jentera BN Negeri, Musa berkata sememangnya BN Negeri sudah lama berusaha keras dan bekerjasama dalam membuat persediaan untuk menghadapi PRU-13.

    ReplyDelete
  38. Katanya, kesemua parti komponen BN sentiasa menjalin hubungan yang baik, duduk berbincang, malah ‘berkampung’ bersama-sama selain berusaha untuk memastikan kemenangan berpihak kepada setiap calon-calon BN yang bertanding.

    ReplyDelete
  39. “Apa yang peting kita dapat beritahu kepada rakyat melalui bukti-bukti yang jelas mengenai kebaikan yang dibawa dan janji-janji yang telah ditepati oleh Kerajaan BN selama ini…saya yakin rakyat Sabah tahu menilai kebaikan yang dibawa oleh kerajaan BN selama ini,” katanya.

    ReplyDelete
  40. Katanya, selama ini sememangnya Sabah tidak pernah ketinggalan dalam menerima bantuan dan keprihatinan dari Kerajaan untuk memastikan rakyat terus hidup selesa, aman dan sejahtera.

    ReplyDelete
  41. Diharapkan muka-muka baru yang dicalonkan akan menjalankan tugas mereka dengan ikhlas untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  42. Orang baru akan memberi lebih banyak idea yang baru.

    ReplyDelete
  43. Selamat menghadapi PRU kepada semua yang tercalon.

    ReplyDelete