CALON-CALON BN Sabah pada PRU-13 bakal mengemukakan calon-calon baru yang terdiri samada orang muda atau muka baru.
Suara Rakyat mendapat maklumat bahawa antara kawasan yang mendapat calon muka baru adalah Parlimen Penampang, Dun Kiulu. Dun Matunggong, Dun Inanam, Dun Bingkor, Parlimen Pensiangan, Dun Sook, Dun Sugut. Demikian bagi Parlimen Tawau, Dun Karamunting, Dun Likas dan Dun Luyang serta Parlimen Sepanggar kerana kawasan-kawasan ini diwakili parti SAPP yang keluar daripada BN pada 17 September 2008.
Kejutan yang mungkin berlaku, pada calon-calon Bn Sabah apabila salah seorang Presiden Parti Komponen, daripada KDM tidak bertanding pada PRU-13 ini dan diganti oleh seorang pemimpin veteran.
Difahamkan juga Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup tidak mempertahan Parlimen Pensiangan dan akan bertanding di kawasan DUN pada kali ini.
Parti komponen Bn Sabah yang diberi mandat untuk merampas kerusi-kerusi yang dikuasai SAPP adalah Umno bagi Parlimen Sepanggar, dan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Datuk Jumat Idris bakal dicalonkan. Bagi Dun Likas akan ditandingi calon PBS, manakala Dun Luyang oleh Parti LDP. Sementara Parlimen Tawau, samada oleh parti Gerakan atau PBS.
Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen dan 60 kawasan Dun. Sebelum Parlimen dibubarkan Bn Sabah menguasai 20 kerusi Parlimen, SAPP 2, DAP 1, APS 1 dan PPS 1. Sementara di peringkat DUN, BN Sabah menguasai 57 kerusi, SAPP 2 dan DAP 1.
Parti Umno Sabah, tidak banyak melakukan perubahan calon-calon, kecuali bagi kawasan Dun Sugut yang diwakili oleh Datuk Surady Kayong. Tempat Surady akan diambil oleh Ketua Bahagian Umno Beluran, Datuk James Ratib.
Parti PBS adalah komponen BN Sabah yang ramai mengemukan calon-calon baru. Dun Matunggong akan ditandingi semula Oleh Jornah Majaham-mantan wakil rakyat kawasan itu. Sementara Datuk Lovis Rampas bagi Dun Kiulu akan digantikan oleh muka baru, demikian juga Dun Inanam bakal menerima calon baru, apabila penyandang Datuk Johnny Goh digugurkan.
Parti Upko juga tidak ketinggalan mengemuka calon-calon baru. Berasaskan maklumat, ADUN Bingkor Justin Gungka akan digugurkan, kerana kawasan itu akan ditandingi oleh Joseph Kurup sebagai pertukaran bagi kerusi Parlimen Pensiangan.
Parlimen Penampang pula bakal menerima calon baru- Datuk Clearance Bongkos Malukun, Pengerusi IDS Sabah. Dengan bertandingnya Clearance Bongkos Malukun di Penampang, setakat ini tidak diketahui dengan pasti, status Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok.
Selain kejutan-kejutan tersebut, kejutan kecil yang bakal berlaku, apabila Presiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan hanya bertanding untuk Parlimen Keningau dan Dun Tambunan bakal ditandingi muka baru.
Bagi Parlimen Beaufort akan ditandingi oleh Datuk Azizah Dun Banir, sementara Dun Klias bakal ditandingi Timbalan Ketua bahagian Umno Beaufort Isnin Aliansah.
Sementara itu, bagi Dun Tanjung Batu Tawau, yang disandang Datuk Hamisah Samat bakal menerima calon muka baru, walaupun keputusannya belum muktamad.
Barisan Nasional (BN) Perak hampir memuktamadkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang menyaksikan gandingan sebahagian muka baru dan lama.
ReplyDeleteMenteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, senarai tersebut kini di peringkat `final touch up’ dan akan diumumkan sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.
ReplyDeleteMenurut beliau, calon-calon tersebut telah melalui pelbagai proses tapisan dan perbincangan bagi memastikan hanya calon berwibawa yang boleh menang pada PRU13.
ReplyDelete“Yang boleh menang ini mungkin mereka yang sedang memberi khidmat terbaik sekarang dan muka baru yang tidak asing di kawasan mereka,” katanya.
ReplyDeleteDr Zambry berkata, walaupun kata putus terletak ditangan Perdana Menteri tetapi ia dibuat berdasarkan perbincangan sejak beberapa lama dan proses tapisan, termasuk di peringkat kawasan masing-masing.
ReplyDelete“Faktor populariti tidak boleh dinilai di peringkat negeri dan negara sahaja tetapi juga di peringkat akar umbi, contohnya calon Dewan Undangan Negeri perlu ditapis di peringkat kawasan masing-masing,” jelas beliau.
ReplyDeleteBeliau menambah, calon-calon pula terdiri daripada orang tempatan, bukan payung terjun, yang sudah biasa dengan kawasan mereka.
ReplyDeleteMalah, kata Dr Zambry, ada juga yang datang memaklumkan tidak mahu dicalonkan semula kerana beberapa sebab tertentu seperti faktor kesihatan, telah lama menjadi wakil rakyat dan mahu menumpukan kepada perkara lain.
ReplyDeleteMalah, katanya formula yang sudah digunakan dalam PRU-12 pada 2008, dilihat memberi kelebihan kepada BN kerana setiap calon yang menang ketika itu adalah ‘winnable candidate’.
ReplyDeleteKatanya formula itu tidak perlu diubah dan akan terus digunapakai pada PRU akan datang. “Seperti selalu disebut Presiden parti, kita nak pastikan calon bertanding dikehendaki rakyat, contohnya kalau saya sendiri dah tahu penduduk Putrajaya tak nak saya, tak payahlah bertanding.
ReplyDelete“Lebih baik untuk parti memenangi kerusi daripada saya fikir untuk diri sendiri. Ini kerana bukan Umno, MCA atau MIC yang akan pastikan dia (calon) menang, tetapi rakyat,” katanya.
ReplyDeleteTun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
ReplyDeleteBekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.
ReplyDeleteSaya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.
ReplyDeleteKekalahan calon Umno pada pilihan raya umum lepas adalah kerana faktor sabotaj di kalangan ahli parti yang turut menjadi antara punca yang menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan dua pertiga, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
ReplyDelete“Inilah maklum balas yang saya terima berdasarkan tinjauan saya ke 80 peratus tempat di Malaysia ini termasuk kawasan (dilabelkan) “hitam mahu pun putih”.
ReplyDelete“Janganlah ada sabotaj lagi. Kita perlu dahulukan parti dan bukannya kepentingan periuk nasi sendiri,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
ReplyDeleteJelasnya ada tiga faktor wujudnya virus sabotaj ini iaitu sabotaj kerana tidak suka kepada calon yang dipilih, sabotaj kerana tidak dicalonkan dan sabotaj kerana tidak setia kepada parti dan tiba-tiba ingin keluar dari parti.
ReplyDeletePemahaman bagi tiga faktor itu adalah, “Sebagai ahli parti, kita kena setuju pada calon yang dipilih, kena setia pada parti. Jangan ada budaya pangkah calon ikut kaum sahaja sebab kita 1Malaysia.
ReplyDelete“Kalau tidak jadi calon, banyak lagi rezeki dan tidak salah untuk terus menyokong kepimpinan tanda taat setia kepada perjuangan parti,” katanya.
ReplyDeleteAhmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata oleh yang demikian, perhimpunan agung Umno nanti perlu dijadikan medan pertempuran terakhir dan digunakan sebaik-baiknya oleh anggota Umno untuk menghapuskan terus virus sabotaj daripada terus menular di dalam parti yang menyatukan kaum Melayu ini.
ReplyDeleteBeliau turut mendedahkan majoriti perwakilan pada perhimpunan itu adalah ‘winnable candidate’ atau “calon boleh menang” dan juga boleh menjadi ‘pembawa virus sabotaj’.
ReplyDelete“Pimpinan pusat juga ingin tahu dan ingin maklum balas apa sebenarnya yang diperlukan perwakilan atau jurucakap bagi memantapkan jentera. Seharusnya mereka jelaskan apa respons akar umbi dan rakyat tentang program-program kerajaan.
ReplyDelete“Selain itu, mereka juga perlu menjelaskan persiapan kawasan masing-masing menghadapi PRU selain membuktikan apa yang telah mereka lakukan sebagai tanda setia kepada parti. Jangan ada yang tidak setia seperti tokoh dan ahli-ahli sebelum ini,” katanya.
ReplyDeleteAhmad turut mencadangkan agar ahli Umno memperbaharui ikrar tanda taat setia kepada parti semasa perhimpunan tersebut.
ReplyDeleteBaginya perhimpunan kali ini juga penting untuk memastikan jentera parti bersiapsiaga dalam memastikan Umno membantu BN kembali kepada tradisi menang dua pertiga selain menawan semula negeri yang kalah dan menambah jumlah undi popular semasa PRU nanti.
ReplyDelete“Seperti faktor A BA TA, iaitu A – agama Islam, BA – bangsa dan TA – tanah air. Maka faktor ABATA ini perlu tersemat dalam setiap ahli Umno jika inginkan negara terus diterajui BN pada masa depan,” katanya.
ReplyDelete“Pemikiran pengundi baharu khasnya dari belia penting kerana mereka ada wawasan jangka panjang dan bukan singkat ini boleh membantu jentera kita pada PRU nanti,” katanya.
ReplyDeletepemilihan calon kena dilakukan teliti, cari calon yag terbaik
ReplyDelete