27 August 2018

KERAJAAN WARISAN BUKAN KERAJAAN SAH

Kerajaan Warisan Sabah berlagak seperti sudu lebih daripada kuah, sedangkan ianya bukan kerajaan yang sah.

Kedudukan Datuk Shafie Apdal sedang dicabar di mahkamah, malah tindakan beliau menggugurkan saman terhadap perlantikan beliau pada 12 Mei, 2018 ditolak oleh mahkamah dengan kos. 

Keputusan mahkamah dengan kos, menunjukkan bahawa saman terhadap beliau mempunyai merit untuk dibicarakan, selain menyalah gunakan proses mahkamah.

Selepas PRU-14, dengan jelas, bahawa DUN Sabah tergantung, kerana tiada parti yang mempunyai majoriti mudah daripada 60 ADUN. Namun, parti STAR yang mempunyai 2 ADUN menjadi KINGMAKER, telah memilih BN untuk membentuk kerajaan negeri. 

Kerjasama antara BN dan STAR menghasilkan 31 kerusi dan seterusnya jumlah itu merupakan majoriti mudah. Ekoran itu, maka Tan Sri Musa Aman bersama kabinet beliau mengangkat sumpah pada malam 10 Mei, 2018 di depan TYT Sabah, disaksikan oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan para kenamaan lain.

Ekoran pembentukan kerajaan negeri yang sah itu, pada 12 Mei, kabinet negeri telah mengadakan mesyuarat pertama di Bangunan Pusat Pentadibaran Negeri Sabah di Teluk Likas.

Oleh kerana tindakan pancing memancing daripada pihak Shafie, maka pada 11 Mei, 2018, Datuk Madius Tangau dijemput ke kediaman Shafie di Jalan Bundusan, Penampang. Sebaik sahaja Madius masuk ke rumah dan duduk bersama Shafie, gambar perjumpaan itu telah tular dengan caption, UPKO menyertai Warisan. Pada masa yang sama juga, 4 ADUN daripada Umno datang ke rumah Presiden Warisan itu termasuk ADUN Balung, Tawau.

Berasaskan kepada senario itu, maka Bn dan STAR secara teknikal kehilangan 6 ADUN. 

Jika berasaskan perlantikan awal Ketua Menteri Sabah, maka TYT seharusnya tidak tergesa-gesa melantik Ketua Menteri, akan tetapi menunggu nasihat daripada Ketua Menteri yang sah. Ketua Menteri yang sah pada masa itu adalah Tan Sri Musa Aman. Sesuai dengan perlembagaan negeri, Musa mempunyai tiga pilihan, memanggil Sidang DUN tergempar, membubarkan Dun atau meletakkan jawatan. Namun, semua ini tidak dilalui, sebaliknya TYT membuat keputusan diluar bidang kuasa beliau  seperti mana terkandung dalam Perlembagaan Sabah. 

Sebagai rakyat Sabah, penulis berharap, mahkamah membuat keputusan sesuai dengan Perlembagaan Sabah, kerana jika tidak Perlembangaan Negeri akan menjadi bahan jenaka.

1 comment: