18 June 2012

Kaki Lajim sebelah sudah menyeberang jalan

Dua langkah sudah Lajim laksanakan. Pertama tidak mempertahankan Ketua bahagian, kedua meletak jawatan sebagai ketua cawangan.. langkah ketiga ..keluar daripada UMNO (masih belum dilakukan).. langkah keempat.. terpaksa digugurkan sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

Melalui beberapa tindakan MP Beaufort itu, setidak-tidaknya kaki sebelahnya sudah menyeberang, menyeberang ke mana? belum diketahui; akan tetapi berasaskan pada tindak tanduknya, beliau akan menyertai Pembangkang, samada melalui parti baru atau menyertai parti pembangkang yang sedia ada.

Minggu lalu, semasa lawatan Anwar ke Sabah, ramai yang membuat spekulasi, bahawa kedatangan Ketua Pembangkang itu ke Sabah adalah untuk menerima sendiri kemasukan Lajim dan salah seorang lagi MP BN, berserta beberapa mantan pemimpin BN yang telah expired.Namun spekulasi itu, tinggal spekulasi, malah Lajim menafikannya.

Dipihak BN, hanya menunggu masa bila Lajim akan membuat keputusan; dan pada masa itu, barulah akan terpapar, sebab dan mengapa Lajim "terpaksa" membuat keputusan.

Pihak Umno khasnya, tahu bahawa Timbalan Menteri itu sedang bermain sandiwara dimana beliau adalah pengarah dan juga pelakonnya. Apa kah kesudahan wayang ini, sama-sama kita tunggu.

19 comments:

  1. Banyak kali Lajim menafikan khabar angin sebelum ni tapi nampaknya sudah kelihatan petanda yang tidak baik.

    ReplyDelete
  2. ia belum lagi bermakna Lajim akan keluar UMNO, dia pun ada nyatakan akan terus bersama UMNO.

    ReplyDelete
  3. apa yang penting, rakyat haruslah tahu hak mereka sebagai pengundi

    ReplyDelete
  4. pabila musim PRU13 nanti, undilah dengan bijak...

    ReplyDelete
  5. Adakah beliau akan menyertai parti pembangkang? biarlah dia sendiri yang menentukan nasibnya..

    ReplyDelete
  6. lagipun, itu haknya sendiri untuk membuat keputusan

    ReplyDelete
  7. apa pun, kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita lihat/dengar dalam media

    ReplyDelete
  8. Dia letak jawatan ja pun tapi masih juga bersama umno.

    ReplyDelete
  9. Lajim dah nafikan desas desus yang melanda so sekarang ini dari kita sajalah yang menilainya.

    ReplyDelete
  10. Lebih baik undur dengan cara terhormat daripada 'diundurkan' oleh rakyat.

    ReplyDelete
  11. lajim cakap dia hanya meletakkan jawatan dan tidak akan mempertahankan jawatannya...tetapi masih sebagai ahli UMNO.

    ReplyDelete
  12. kalau hanya wayang, kita tunggu dan lihat apa penghabisannya..

    ReplyDelete
  13. Apa seterusnya yang akan berlaku dalam politik Lajim hanya akan diketahu selepas beliau membuat pengumuman seterusnya.

    ReplyDelete
  14. isu ini mendapat perhatian daripada banyak pihak.

    ReplyDelete
  15. apa pun, Lajim sudah pun nyatakan yang dia tetap bersama BN.

    ReplyDelete
  16. Lajim lambat laun harus buat keputusan juga.

    ReplyDelete
  17. Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete
  18. nasib baik la Lajim dalam BN.. kalaulah Lajim dalam Pakatan, tidak payah tunggu masa yang sesuai, awal2 lagi dia sudah kena pecat..

    ReplyDelete
  19. jika Lajim keluar menyertai PKR, saya jangkakan Lajim telah ditawarkan jawatan TPM oleh Anwar sebagaimana yang telah dilakukan Anwar terhadap Yong Teck Lee ketika PRU12 lalu..

    ReplyDelete