17 June 2012

Lawatan Najib ke Keningau: Bagus-bagus-bagus kata penduduk

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan yang melakukan tinjauan mesra rakyat di Tamu Ground dekat Keningau dijamu dengan "makanan kampung" ketika bersarapan di tapak tamu berkenaan.

Najib, yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa pemimpin masyarakat dijamu dengan ubi keledek, jagung rebus dan kacang tanah rebus, yang kebanyakannya ditanam atau dihasilkan sendiri oleh petani di Keningau.

Sambil Najib menjamah makanan kampung dan melayan pemimpin masyarakat setempat yang duduk bersebelahan dengannya, orang ramai yang berkunjung ke tamu (pasar minggu) itu tidak melepaskan peluang merakam gambar pemimpin yang cuma biasa mereka lihat melalui kaca televisyen.      

Bagaimanapun, sebelum bersarapan, dan sejurus tiba di Tamu Ground, kira-kira 8.30 pagi, Najib berjalan menemui peniaga dan pengunjung tamu berkenaan dan orang ramai yang menyedari kehadirannya terus berbaris untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Apabila penduduk diajukan soalan, berhubung lawatan PM ke-6 itu, hanya kedengaran jawapan; Bagus, bagus, bagus.

8 comments:

  1. kata2 penduduk mengenai lawatan tersebut begitu ringkas, tapi ia bermakna mereka gembira dgn kehadiran Najib.

    ReplyDelete
  2. Pengumuman khabar baik dari PM untuk menyediakan loji rawatan air bersih kepada rakyat di Keningau memang menyenangkan hati penduduk.

    ReplyDelete
  3. Kehadiran PM di Sabah satu berita yang baik sebenarnya. Maka kita harap akan ada perubahan yang diberikan oleh PM selepas lawatan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Jarang2 penduduk di sana menerima kunjungan PM. Tentulah mereka gembira.

    ReplyDelete
  5. Semoga janji kerajaan dapat ditunaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  6. Memang pun bagus, PM sendiri datang melawat.

    ReplyDelete
  7. Lawatan PM ke Keningau tidak tangan kosong, Beliau sudah meluluskan pinjaman untuk pembinaan loji rawatan air di Sabah

    ReplyDelete
  8. PM Najib memang hebat.. kerap melawat Sabah.. tidak seperti ketua umum Pakatan..

    ReplyDelete