TANPA keamanan, pembangunan negara akan terbantut. Justeru itu, keamanan diperlukan bagi memberi peluang kepada kerajaan membangun negara demi kesejahteraan rakyat.
Speaker Dewan Undangan Negeri- Datuk Salleh Tun Said telah menggariskan tiga pokok utama berkaitan dengan keamanan negara semasa merasmikan Program RELA Bersama Pemimpin peringkat Parlimen P169 Kota Belud pada Ahad. Keselamatan Negara menjamin kesejeteraan..2. RELA turut main peranan bantu pihak Keselamatan. .3. Rakyat pilih Negara Aman dan Keselamatan terjamin.
Apabila keamanan sesebuah negara terjamin, bukan sahaja perkembangan ekonominya menjadi pesat, malah negara itu akan menjadi pilihan pelancong untuk tujuan melancong; rakyat negara itu bebas bergerak tanpa sekatan, malah negara itu menjadi tumpuhan pelaburan asing.
Melalui keamanan sahaja, kerajaan mampu menggerakan sumberdaya sesebuah negara untuk mencipta kemakmuran negara.
Salleh berterima kasih kepada pasukan keselamatan sukarela (RELA) kerana peranan pasukan itu dalam keamanan negara.
Kehadiran RELA untuk membantu pasukan keselamatan dalam urusan keamanan, sedikit sebanyak mengurangkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, seperti jenayah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu berkata, kewujudan pasukan RELA di kawasan Kota Belud mempunyai sumbangan yang besar dalam meminimakan kadar jenayah di kawasan itu.
Peranan Rela bukan sahaja meminimakan kadar jenayah dan membantu keamanan, akan tetapi juga pasukan itu menjadi pemangkin kelancaran sesesuatu majlis, misalnya majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis yang memerlukan kehadiran orang ramai dan sebagainya.
Salleh juga berkata bahawa pasukan Rela merupakan komplimen kepada pasukan keselamatan seperti polis bagi memperlancar keselamatan, demi rakyat.
No comments:
Post a Comment