14 January 2013

PRU-13: Hanya Calon Yang Punya Sentuhan Akar Umbi-Winnable Candidate

PRU-13 merupakan IBU kepada semua Pilihanraya negara ini. Anggapan ini bukan sahaja dimata rakyat biasa akan tetapi juga dikalangan pucuk pimpinan negara.

Teka teki kapan PRU-13 bukan merupakan persoalan lagi, kerana 28 April 2013 merupakan tarikh Dewan Rakyat secara automatik terbubar dengan sendirinya.

Kalaupun Perdana Menteri mengmbil keputusan membubarkan Dewan Rakyat, setidaknya menjelang minggu ketiga bulan Februari, kerana Tahun Baru Cina akan jatuh pada 10 Februari.

Pada PRU-13 akan dipertandingkan sejumlah 222 kerusi parlimen dan 595 kerusi dewan undangan negeri yang meliputi Perlis hinggalah ke Sabah, kecuali Sarawak yang mempertandingkan kerusi parlimen.

Tulisan Suara Rakyat yang mengesahkan Kasus Rafael, bahawa calon-calon yang dijangka menang adalah calon-calon yang mempunyai sentuhan akar umbi.

Suara Rakyat yakin, seluruh calon-calon Bn yang dikemukakan nanti adalah mereka yang terdiri daripada calon-calon yang mempempunyai sentuhan akar umbi, kerana jika tidak, ada kemungkinan calon-calon itu bakal kecendung.

Pada kali ini, calon-calon bidan terjun, sayogianya dihindarkan, kerana kita tidak mahu berlaku keadaan tahun 2008, di mana calon-calon payung terjung hampir kesemuanya kecundang, dan yang menangpun hanya mendapat majoriti yang marjinal.

Bagi Sabah, penulis yakin Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi Bn negeri Datuk Musa Aman telah mengambil tindakan awal berhubung perkara ini, agar supaya status negeri ini sebagai Simpanan tetap Bn terus menyerlah.

Datuk Musa telah menunjukkan pada PRU-2004 dan 2008, Bn Sabah mampu menang dengan bergaya. Diharapkan pada PRU kali ini, beliau mampu mempertahankan status itu.

Kerja keras para pemimpin negeri termasuk pemimpin negeri yang berstatus nasional, akan diuji pada kali ini, kerana situasi politik tanah air agak berbeza dengan keadaan sebelum ini.

Pada kali ini, pembangkang kelihatannya cukup bersedia berdepan dengan Bn, baik daripada segi jentera mahupun kewangan.

Penguasahaan negeri selangor dan Pulau Pinang oleh pembangkang, sedikit sebanyak membantu mereka dalam pengumpulan dana pilihanraya. Hanya kepakaran dan pengelaman Bn berdepan dengan 12 kali pilihanraya membezakan antara Bn dan PR.

Bagi Sabah, gandingan Musa, Salleh dan para pemimpin lainnya menentukan kejayaan Bn pada PRU-13.

39 comments:

  1. Setiap anggota BN perlu bersedia berkorban dengan melupakan segala ketidakpuasan hati yang menimbulkan perpecahan terutama di peringkat bahagian, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  2. Pengorbanan tersebut amat penting untuk dilaksanakan setiap anggota parti bagi memastikan tumpuan sepenuhnya dapat diberi terhadap usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  3. Masalah dalaman di bahagian masing-masing mesti dihapuskan ataupun dikurangkan, kerana jika tidak ia akan memberi kesan kepada (keputusan) pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  4. Bagi mereka (anggota BN) yang benar-benar sayangkan parti yang ingin parti menang, tentu akan dapat mengorbankan sedikit sebanyak apa-apa yang menimbulkan keraguan atau masalah terhadap diri mereka, untuk kebaikan parti

    ReplyDelete
  5. Jika anggota parti tidak dapat melupakan segala ketidakpuasan hati yang dirasai, kemungkinan menjelang pembubaran Parlimen nanti, akan menimbulkan suasana kelam kabut yang boleh memberi kesan terhadap aktiviti kempen parti.

    ReplyDelete
  6. Kalau kita dapat melakukan pengorbanan ini (melupakan perasaan tidak puas hati) apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan sahaja pembubaran Parlimen, kita sudah boleh laksanakan tanggungjawab, walaupun sekarang ini kita sudah boleh laksanakannnya.

    ReplyDelete
  7. Kita tidak mahu dalam tempoh berkempen nanti selepas pembubaran Parlimen, kita membuang masa dua atau tiga hari, bagi membetulkan calon atau sebagainya, ini tidak boleh kita amalkan, kita tidak boleh gunakan tempoh masa yang amat penting ini untuk menyelesaikan masalah dalaman,

    ReplyDelete
  8. AnggotaBN diingatkan agar tidak melakukan sabotaj terhadap parti dan perlu sentiasa merenung dan memikirkan nasib parti selepas PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  9. Jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri Sabah sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 bila-bila masa, kata Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  10. "Kesemua bahagian Umno di negeri ini telah bersedia," kata Musa.

    ReplyDelete
  11. "Setelah diberi taklimat oleh kedua-dua ketua bahagian, saya amat berpuas hati tentang segala persiapan yang telah diatur di kedua-dua bahagian berkenaan," katanya lagi.

    ReplyDelete
  12. Musa berkata seperti biasa calon BN khususnya Umno, akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Siapa sahaja yang dicalonkan oleh Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, kita harus terima secara terbuka dan memberi sokongan kepada calon berkenaan," kata Musa.

    ReplyDelete
  13. Musa menasihatkan semua pemimpin politik di negeri itu mengelakkan sebarang perselisihan faham demi memastikan kemenangan cemerlang BN pada pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  14. "Segala perselisihan dan permasalahan yang ada harus diselesaikan seberapa segera untuk memastikan kemenangan," tegas beliau.

    ReplyDelete
  15. Calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  16. Namun begitu, Tun M berkata penilaian dan pandangan tersebut kemungkinan bercanggah dengan kehendak anggota parti dan menimbulkan masalah ‘mencantas calon’ dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  17. “Selain itu, ia menjadi satu amalan apabila mereka yang gagal dipilih atau dicalonkan bertindak untuk mencantas mereka yang dicalonkan untuk memastikan orang itu kalah dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  18. “Sehubungan itu, apabila parti yang menentukan calon, semua harus memberikan sokongan penuh untuk memastikan calon tersebut menang dalam pilihan raya,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Dr Mahathir berkata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) harus menerangkan kepada bakal-bakal calon untuk meraih sokongan di akar umbi.

    ReplyDelete
  20. “Justeru itu, adalah lebih baik untuk memastikan parti yang meraih kemenangan agar rakyat yang dapat nikmat,” katanya.

    ReplyDelete
  21. Semoga parti pemimpin asal akan berjaya mengekalkan tempat mereka setelah PRU-13.

    ReplyDelete
  22. Tidak dinafikan calon-calon yang mempunyai sentuhan akar umbi lebih berpeluang menang.

    ReplyDelete
  23. Diharapkan pemilihan calon untuk setiap kawasan dibuat secara teliti untuk memastikan kemenangan dicapai.

    ReplyDelete
  24. Itu juga untuk memastikan tiada calon yang bakal kecendung.

    ReplyDelete
  25. Calon-calon haruslah memulakan jentera masing-masing untuk memenangi sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  26. For sure we want a winnable candidate.

    ReplyDelete
  27. Calon yang dipilih harus lah bersesuaian.

    ReplyDelete
  28. We want someone we can help us out.

    ReplyDelete
  29. And certainly someone we can trust.

    ReplyDelete
  30. Lagipun PRU13 akan menjelang tiba makanya harus.

    ReplyDelete
  31. Rakyat inginkan calon yang berkaliber.

    ReplyDelete
  32. Plus, resolve all the matters first before making the next step.

    ReplyDelete
  33. Dalam masa yang sama seorang yang tahan tukul.

    ReplyDelete
  34. Dan jangan sesekali mengkhianati kami di sini.

    ReplyDelete
  35. Stop the fantasy and work intelligently.

    ReplyDelete
  36. HANYA CALON PUNYA SENTUHAN AKAR UMBI YA.

    ReplyDelete
  37. pilih calon yang terbaik, pemilihan calon jg menentukan kemenangan.

    ReplyDelete
  38. semua ahli jg harus memberi sokongan kepada calon.

    ReplyDelete