SUARA RAKYAT hanya kenal Rafeal secara sepintas. Individu yang mempunyai sosok badan yang tegap ini, telah beruban sesuai dengan usianya yang menjangkau 76 tahun adalah bekas polis.
Penulis mengenalinya ketika sama-sama menunggu pelajar di sebuah sekolah rendah di ibu negari, beliau menunggu cucunya yang ke-33.
Individu yang bernama Rafael ini pada asalnya adalah penggundi DUN Moyog, namun kini telah berpindah ke Dun Inanam dalam Parlimen Sepanggar.
Pada awal bual-bual kami sambil menunggu loceng sekolah tanda pelajar dibenarkan pulang, penulis bertanya, parti mana yang akan dipangkah pada PRU-13. Warga emas ini dengan pantas menjawab akan mengundi SAPP, dan tidak kepada parti lain.
Selepas ditanya mengapa keputusan begitu muktamad, sedangkan beliau mendapat berbagai bantuan daripada kerajaan termasuk RM3,000 sebagai bekas polis dan RM500 melalui BR1M, dengan nada yang sungguh yakin, mengatakan wakil rakyat SAPP Datuk Eric Majimbun telah memberi perkhidmatan yang baik kepada penggundinya sejak sekian lama.
"Saya dulu penyokong PBS semasa di Dun Moyog dan Parlimen Penampang, namun selepas berpindah undi ke Inanam, wakil rakyat PBS Datuk Johany Goh, hanya pandai berjanji akan tetapi tidak pandai menunaikan janji; selain itu wakil rakyat itu tidak mesra rakyat".
"sebagai misal katanya, saya memohon kerusi roda untuk isteri saya, hanya secara lisan, Eric katanya terus menjawab datang ke Pejabat, ambil kerusi roda itu".
Berasaskan kepada kasus di atas, tidak mustahil beribu-ribu kes serupa berlaku di seluruh negara, bukan sahaja di sabah malah mungkin juga berlaku di Semenanjung dan Sarawak.
Rupanya bantuan kerajaan yang berupa "Tunai" tidak semestinya dapat menggambit sokongan rakyat, berbanding perkhidmatan wakil rakyat.
Dari catatan di atas, seharusnya semua pihak mengambil iktibar, bahawa walaupun usaha kerajaan secara umumnya membantu rakyat, namun jika wakil rakyat yang mewakili kerajaan tidak berkhidmat kepada rakyat, maka bantuan kerajaan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan posiif kepada kerajaan.
Mungkin, atas sebab itu, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, maka beliau menekan tindakan TURUN PADANG untuk menyelesaikan masalah rakyat. Selain menyelesaikan masalah rakyat, wakil rakyat juga diminta mengurus dengan baik rakyat yang diwakilinya.
Pada PRU-13 akan datang, sekiranya ada calon Bn yang kalah, bukanlah disebabkan oleh kerajaan Bn secara umumnya, namun disebabkan oleh faktor calon.
Sabah telahpun mengemukakan senarai calon-calon untuk PRU-13 sepertimana kenyataan Ketua Menteri Sabah semalam, harap-harap dalam senarai itu tidak terdapat calon-calon yang mempunyai sifat seperti yang dinyatakan oleh Rafael.
Menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir dan keresahan orang awam dengan ketidakpastian tarikh, parti politik memilih untuk mendekati pengundi dengan menggunkan taktik lama iaitu mengetuk pintu.
ReplyDeleteWalaupun Barisan Nasional (BN) dilaporkan membelanjakan hampir RM3.6 juta setahun untuk mengambil kira-kira 10,000 penulis blog bagi meningkatkan kehadiran dalam talian demi menarik sokongan pengundi muda, beberapa ahli-ahli politik akar umbi merasakan bertemu dengan pengundi di kawasan mereka secara langsung adalah cara terbaik.
ReplyDelete“Rakyat masih perlu untuk melihat kredibiliti pemimpin-pemimpin mereka,” kata Liew Ching Hoong dari MCA, setiausaha kepada ahli parlimen Kampar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung tidak lama lagi sebagai PRU paling getir dan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara, sejak 1959.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR beranggapan begitu kerana parti-parti bertanding hari ini dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan calon mereka menang.
ReplyDeleteMenurutnya lagi, cabaran ini ditambah lagi dengan penglibatan agresif pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu parti sokongan mereka.
ReplyDelete“Pada Pilihan Raya Umum 2008, parti pembangkang belum menjadi kerajaan. Mereka masuk pilihan raya (masa itu) dengan harapan boleh menang.
ReplyDelete“Kali ini (pada PRU13), mereka sudah menjadi kerajaan di beberapa negeri dan cita-cita mereka bertambah besar. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menang kali ini.
ReplyDeleteWan Ahmad menasihatkan NGO-NGO tertentu yang sanggup mengumpul ribuan sukarelawan untuk memantau perjalanan PRU13 supaya tidak mengganggu proses pilihan raya yang telah ditetapkan undang-undang.
ReplyDelete“Sukarelawan ini, jika aktivis politik pun, tidak semestinya mereka tahu undang-undang. Mereka rasa mereka rakyat, jadi mereka boleh mengacau proses pilihan raya. Perkara-perkara ini boleh menjadi punca pencetus keadaan tegang,” katanya.
ReplyDeleteMengenai bajet RM400 juta yang telah diperuntukkan kepada SPR untuk mengadakan PRU13, Wan Ahmad menegaskan jumlah tersebut bukanlah kos sebenar yang akan dibelanjakan. Katanya, jumlah tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan Negara bagi memastikan kewangan SPR mencukupi untuk menjamin perjalanan pilihan raya berjalan dengan baik dan lancar.
ReplyDelete“Oleh kerana banyak perkara baru yang diperkenalkan kali ini, kita tidak mahu memandang remeh perkara-perkara tersebut. Kita mahu adakan pilihan raya selancar mungkin.
ReplyDelete“Jumlah perbelanjaan sebenar hanya diketahui selepas pilihan raya. Selalunya perbelanjaan lebih rendah daripada yang diperuntukkan,” katanya.
ReplyDeleteKata Wan Ahmad, perbelanjaan pada PRU 2008 lalu adalah RM250 juta
ReplyDeleteDitanya apakah caranya untuk mengurangkan kos pilihan raya, Wan Ahmad menegaskan ia sukar dikurangkan kerana jumlah pengundi, petugas dan logistik semakin bertambah.
ReplyDeleteKalau kita boleh rendahkan kos, ia adalah melalui kos pengangkutan. Sekarang kos meningkat kerana kita terpaksa membawa cikgu-cikgu yang akan bertugas menjadi petugas SPR untuk latihan. Kita kena adakan latihan untuk mereka di seluruh negara.
ReplyDelete“Ada yang terpaksa menyewa hotel dan bas. Kosnya bukan sedikit. Begitu juga jika petugas merasakan perlu ada latihan ulangan, SPR kena adakan latihan tersebut. Kita tidak boleh kata baca manual sendiri. Kita tidak boleh ada sebarang kesilapan,” katanya.
ReplyDeleteDewan Rakyat akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013, kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkannya lebih awal. Selepas pembubaran, SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan PRU.
ReplyDeletePada PRU13 ada 13.26 juta pengundi berdaftar. Terdapat 8,139 pusat mengundi di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara. Sav
ReplyDeleteTak apa lah kalau mahu undi pembangkang, tapi masih ada ramai yang bakal undi BN juga.
ReplyDeleteKita tidak dapat mengawal parti mana yang rakyat undi.
ReplyDeleteKerajaan hanya boleh berusaha mendapat sokongan mereka, tapi tidak dapat memaksa sesiapa untuk mengundi mereka.
ReplyDeleteKerajaan teruslah memberi bantuan kepada rakyat tanpa diskriminasi.
ReplyDeleteDatuk Johnny Goh, baik berusaha menunaikan janji yang dibuat.
ReplyDeleteBeberapa langkah yang diambil kerajaan untuk kepentingan rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam segala aspek pembangunan memberikan keyakinan baru kepada rakyat terhadap BN. Begitu juga dengan beberapa langkah transformasi yang dilakukan kerajaan juga berada pada landasan tepat untuk memastikan aspirasi rakyat dan matlamat wawasan negara dapat dicapai.
ReplyDeleteNamun semua itu belum cukup untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap BN mampu dipertahankan jika pemimpin-pemimpin BN mengambil mudah dalam beberapa perkara yang tidak kurang pentingnya terutama dari segi pemilihan calon sesuai untuk membawa cabaran BN dalam pilihan raya kali ini.
ReplyDeleteSoal pemilihan calon dan calon boleh menang yang banyak dibangkitkan sebelum ini dianggap sebagai isu paling kritikal untuk menarik kembali sokongan rakyat kerana pemilihan calon yang sesuai dan tepat bukan sahaja mampu menjamin kemenangan BN tetapi juga mampu membuka peluang kepada BN untuk merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.
ReplyDeleteTetapi sejauh mana soal ini dititikberatkan oleh kepimpinan tertinggi parti dan sejauh mana pula sokongan di peringkat parti dan apakah setiap ahli parti mampu menerima apa juga keputusan yang ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti tanpa wujud sebarang rasa tidak puas hati atau tindakan mensabotaj seperti mana yang banyak berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu?
ReplyDeleteSoal pemilihan calon sememangnya sesuatu yang mendesak dan menjadi penentu kepada kemenangan BN tambahan pula situasi semasa menunjukkan BN mempunyai kelebihan berbanding pembangkang. Dalam situasi begini lah kepentingan parti perlu diutamakan dan kesetiaan ahli dituntut.
ReplyDeletePengundi perlu bijak memilih wakil rakyat yang bukan sahaja berwibawa dan berkredibiliti, tetapi mampu menjaga kehormatan dewan persidangan.
ReplyDeleteMerujuk kepada keadaan terkini dalam Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tidak wujud lagi kesopanan di kalangan anggota Parlimen setiap kali dewan itu bersidang.
ReplyDelete"Oleh kerana makin ramai pembangkang dalam Dewan Rakyat, perselisihan faham akan berlaku antara mereka pembangkang dengan parti yang memerintah (Barisan Nasional).
ReplyDelete"Kita bukan sahaja perlu berani menyuarakan isu-isu serius, tetapi biarlah dengan cara berhemah. Kita perlu hormat dewan," katanya.
ReplyDeleteAbu Zahar berkata pertelagahan bukan cara terbaik dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang diutarakan.
ReplyDeleteMalah, katanya sikap buruk yang dibawa kepada persidangan tersebut mencerminkan perwatakan negatif anggota dewan yang turut dipanggil 'Yang Berhormat'.
ReplyDelete"Kita perlu bijak ketika bercakap. Kita tidak perlu meninggikan suara dan mengucapkan perkataan kesat untuk menyuarakan sesuatu," katanya.
ReplyDeletejgn kerana calon tak sesuai, parti kalah.
ReplyDeletepilih calon terbaik dan mesra rakyat.
ReplyDelete