21 January 2011

Jawatan Politik adalah jawatan Pengorbanan

Jawatan politik adalah jawatan pengorbanan. Seseorang pemimpin politik yang dilantik untuk jawatan politik adalah untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan seseorang itu dalam dunia politik.

Dunia politik adalah dunia sukarela. Seorang ahli politik telah dianugerahkan kekuatan tanpa kekangan waktu dan masa senantiasa melayan karenah politik yang penuh dengan panorama.

Tiada tanda terima kasih yang boleh menggantikan sumbangan pemimpin politik selain daripada menghargai sumbangan itu melalui pemberian jawatan, agar pemimpin itu boleh terus menyumbang dan menyumbang. Demikianlah hal dengan Datuk Salleh. Datuk Salleh terus diberi peranan- atas sebab itu- baik di peringkat pusat mahupun negeri mantan Ketua Menteri itu diberi peranan.

Tahun 2008 semasa PRU-12 Datuk Salleh tidak dicalonkan dalam pilihanraya itu, namun kerana pengalamannya dalam dunia politik, Salleh tetap "cool" dalam perjuangannya. Selepa saja, Salleh dan Pandikar serta Amir Kahar tidak tersenari sebagai calon pada PRU-2008, ramai yang bersepulasi, bahawa dunia politik Datuk Salleh telah sampai ke penghujungnya.Namun, dua hari sebelum penamaan calon, telah tersiar gambar pertemuan antara Musa-Salleh-Pandikar yang berlangsung di rumah kediaman rasmi Musa di Sri Gaya yang juga dihadiri oleh Rahman Dahlan dan Musbah Jamali- semuanya berikar-bahawa mereka adalah SATU.

Walaupun ramai yang melihat bahawa politik Datuk Salleh telah sampai ke penghujungnya, namun pimpinan Pusat melihatnya di lain sudut. Selepas Datuk Safie mengosongkan jawatan Timbalan Pengerusi perhubungan Negeri, kerana dinaikkan pangkat sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Salleh dipilih oleh Persiden Umno menggantikan Safie Afdal.

Pemilihan Salleh bagi jawatan No.2 kepada Musa itu, bukan sahaja menjadi buah mulut dikalangan pemerhati politik, malah ahli-ahli politik.

Najib telah membuat keputusan yang tepat. Buktinya persepsi yang salama ini mengatakan bahawa hubungan Musa-Salleh tidak akrab, ternyata semuannya omong kosong. Dunia politik adalah dunia semua boleh, dunia politik tiada musuh berkekalan, demikian juga tiada kawan selama-lamanaya.

Pemilihan Salleh sebagai nombor dua kepada Musa adalah untuk memastikan bahawa Sabah akan tetap sebagai simpanan tetap BN.

Puncuk pimpinan Pusat melihat kedudukan Salleh yang tanpa jawatan walaupun sebagai no.2 kepada Musa, maka kerajaan Pusat melantiknya sebagai Pengerusi Krfat Tangan Malaysia. Selepas itu, kerajaan Negeri mengiktirafnya lagi dengan sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah bertaraf menteri.

Kerjaya politik Salleh bergitu memuncak pada tahun 2011. Dalam masa seminggu Datuk Salleh mendapat anugerah dua jawatan. Dua jawatan itu adalah pengerusi Perfileman Nasional (Finas) dan kedua adalah Jawatan Speaker dewan Undangan Negeri Sabah.

Sepertimana kata Datuk Salleh dalam blognya, bahawa anugerah dua jawatan tersebut merupakan hadiah kepada dirinya dan juga keluarganya. Sememangnya sumbangan Datuk Salleh dalam politik negeri dan tanah air-sukar untuk dibalas ganti, sebarang jawatanpun, sebenarnya belum berbaloi, jika ditimbangtarakan dengan sumbangan Datuk Salleh dalam dunia poitik.

9 comments:

Leo said...

Tahniah~! Datuk Salleh memang layak mendapat kedua-dua jawatan tersebut.

mantra said...

Datuk Salleh adalah seorang yang berkebolehan. kerjaya politik beliau semakin lama semakin baik . ini semua adalah hasil usaha keras beliau selama ini.

Leo said...

I just hope he can cope with 2 high job position.

Mohd Ishak said...

Harap Datuk Salleh akan terus bersumbang kepada rakyat.

nickko said...

saya harap beliau dapat melaksanakan tugas yang dianugerahkan kepada beliau dengan baik.

samm said...

tahniah kepada DSSK. beliau sememangnya layak memegang jawatan yang disandang oleh beliau kini.

samm said...

semoga DSSK akan dapat menjalankan tugas beliau dengan baik dan lebih cemerlang lagi.

nurfatihah said...

Perdana Menteri memang membuat keputusan yang tepat! Tahniah Datuk Salleh!

nurfatihah said...

Hasil daripada usaha diri sendiri, beliau memang layak.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels