Showing posts with label Politik Bukan Pentas Cipta Nama. Show all posts
Showing posts with label Politik Bukan Pentas Cipta Nama. Show all posts

16 August 2012

Arena Politik bukan pentas cipta nama: Salleh

SEHARUSNYA pemimpin politik sedar bahawa arena politik bukanlah pentas untuk cipta nama, sebaliknya pentas politik adalah medan untuk membangun rakyat dan negara.

Berasaskan itu, maka arena politik memerlukan kerja berpasukan, untuk mencapai matalamat politik itu sendiri.

Salleh menyindir ada kalangan pemimpin politik yang bergerak bersendirian dan menganggap dirinya popular, kononnya mampu berjuang untuk membangun rakyat dan negara.

Walaupun Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, tidak menyebut siapa kah pemimpin itu, namun umum boleh mentafsirkannya bahawa pemimpin yang dimaksudkan adalah Datuk Lajim Haji Ukin.

Datuk Lajim adalah Wakil Rakyat Beaufort yang dimenanginya pada tahun 2008 melalui tikit BN, namun berpaling tadah pada 29 Julai lalu dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) mesra Pakatan Pembangkang.

Sehingga ke hari ini, barisan kepimpinan PPS belum diketahui, walaupun Lajim mengakui ada lagi tiga MP BN Sabah akan turut berpaling tadah, namun tidak diketahui arah perjuangannya.

Yang peliknya, selepas sahaja Lajim keluar daripada BN, nama mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan itu, bukan lagi bahan berita.

Nampaknya, Lajim terperangkap dengan tindakannya sendiri yang menganggap bahawa arena politik adalah pentas mencipta nama, namun pada hakekatnya nama seseorang pemimpin politik itu senantiasa menjadi bahan berita, kerana tindakan berpasukan.

Jalinan antara pemimpin politik, merupakan faktor, mengapa nama seseorang pemimpin politik itu menjadi bahan berita. Tanpa jalinan dan semangat berpasukan, siapalah seorang pemimpin itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels