11 April 2011

Pemimpin Pembangkang tua-tua!!!

PM Najib malam ini meminta rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan desakan parti pembangkang yang mahu Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyegerakan peralihan kepimpinan negeri.Beliau berkata peralihan kepimpinan negeri bakal dilakukan pada waktu yang sesuai.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau telah berunding dengan Taib tentang proses peralihan kepimpinan bagi memastikan ia berjalan lancar.

“Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan hasutan pembangkang kerana banyak lagi pemimpin pembangkang yang juga berumur,” katanya pada majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini.

Taib, 74, yang mengetuai jentera pilihan raya BN Sarawak pada 16 April, berulangkali menyuarakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan ketua Menteri, yang disandangnya sejak 1981.

Perdana Menteri berkata beliau amat gembira kerana dapat menghadiri perhimpunan itu untuk memberi sokongan kepada calon-calon BN yang bertanding di sekitar kawasan Kuching pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April.

Najib berkata jika pembangkang mempersoalkan soal umur-Nik Aziz jauh lebih tua dibanding Taib.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels