18 May 2012

Datuk Musbah calon boleh menang bagi DUN Tempasuk

Apabila diajukan pertanyaan "Bersediakah Datuk dicalonkan semula? pada PRU-13". Yang berhormat yang mudah didekati itu, hanya tersenyum.. Bro katanya... sebagai wakil rakyat... "saya sudah berusaha sedaya upaya membawa PROGRAM pembangunan untuk kawasan saya". Untuk itu... sebagai manusia.. saya juga ingin melihat ... bagaimana rakyat menerima semua usaha-usaha itu. Dalam sistem demokrasi.. maka melalui undilah semuanya itu terjawab.

Program untuk pembangunan Tempasuk khasnya dan Kota Belud amnya ada yang sudah siap, sedang berjalan, ada yang akan berjalan, serta ada yang dalam perancangan.

Semua program itu katanya melalui PROSES. Proses memerlukan masa. Saya bersyukur kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu, kerana Kabinet negeri di bawah Kepimpinan DSP Musa Aman sangat pro-aktif kepada semua program pembangunan di Tempasuk dan Kota Belud.

Lawatan Ketua Menteri Sabah ke Tempasuk pada 13 Mei selain teruja dengan kadar pembangunan kawasan Tempasuk, juga telah mengumumkan satu lagi projek mega di Kota Belud- Projek minyak dan gas.

Projek minyak dan gas ini sebenarnya telah lama dirancang di Kota Belud,namun komitmen daripada pemimpin terdahulu, belum berapa melihat potensi projek tersebut kepada penduduk Kota Belud, atas sebab itu, projek itu terpakasa dipindahkan ke Kimanis. Namun, atas desakan pemimpin kota Belud yang sedia ada, maka projek seumpama itu diwujudkan semula di daerah Kota Belud.

Menurut Musbah, Kota Belud hanya mempunyai tanah, laut, bukit dan sungai-tiada kekayaan sumber alam seperti kayu kayan, galian atau perladangan yang luas. Atas sebab itu, pemanfataan media yang disediakan oleh Allah itu perlu dimaksimumkan demi rakyat Kota Belud khasnya dan negeri amnya.

Projek Jelapang Padi misalnya adalah Program selain cara untuk meningkatkan pendapatan rakyat juga sebagai upaya mengurangkan ketergantungan beras daripada negara luar.

Krisis beras pada tahun 2006, mengingatkan kita, bahawa ketergantungan kepada beras import boleh membawa bencana kelaparan kepada negara. Atas faktor tersebut, maka sumber beras negara perlu diusahakan mulai sekarang, atas sebab itu, jelapang Padi Kota Belud menjadi program nasional.

Selain itu, program-program lain yang bercorak membasmi kemiskinan seperti agropolitian diwujudkan di Kota Belud. Tujuan jangka panjangnya adalah agar supaya menjelang tahun 2020, penduduk Kota Belud rata-rata mempunyai pendapatan perkapita yang sederhana tinggi.

Datuk Musbah mempunyai impian, agar supaya tiada lagi miskin tegar di kota Belud menjelang tahun 2015 untuk itu, program yang beliau rancang perlu diteruskan demi rakyat Kota Belud.

7 comments:

mantera said...

kita tgk adakah Musbah akan dicalonkan nnti dalam PRU 13.

me gusta said...

Jawapannya pada PRU13 ini.

me gusta said...

Berikan saja khidmat yang terbaik, pasti dapat sokongan.

Jeff Ambuyat said...

""Datuk Musbah mempunyai impian, agar supaya tiada lagi miskin tegar di kota Belud menjelang tahun 2015 untuk itu, program yang beliau rancang perlu diteruskan demi rakyat Kota Belud. ""

eloklah beliau dicalonkan semula supaya apa yang beliau impikan dan rancangkan untuk kawasan beliau dapat direalisasikan..

Hamdan Hadillah said...

Boleh menang atau tidak semua itu adari usaha beliau selama menjadi wakil rakyat dikawasan tersebut.

Green Sabah said...

Datuk Musbah have done his part in bringing development programs to the Tempasuk district and the people will surely see the efforts made by him. During the next general election, we shall see how the people receive Datuk Musbah and whether he will be given the chance to be the Tempasuk leader again. I believe he have a good chance.

Green Sabah said...

I understand many projects does takes time to plan and progress, development does not happen in a day. But a leader's effort to help improve his district and serve the people will be recognized.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels