Showing posts with label Poltik Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Poltik Kota Belud. Show all posts

14 August 2020

DUN PINTASAN-BUKAN SOAL PARTI

DUN Pintasan, satu daripada 13 DUN tambahan kepada 60 DUN Sabah sejak tahun 2004, dan DUN itu juga julung kali bagi kaum minoriti Irranun, sejak Sabah merdeka tahun 1963.

Sejak Sabah merdeka, hanya seorang daripada suku irranun pernah menang dalam pilihan raya, walaupun dalam rekod ada dua individu daripada suku itu pernah berstatus Yang Berhormat.

Memandangkan pemimpin daripada suku tersebut yang pernah menang dalam pilihan raya, masih sihat walafiat, dan masih bergiat aktif dalam dunia politik, malah misi dan perjuangan beliau belum sampai ke puncak, maka lojiknya, beliau perlu diberi sokongan untuk mencapai dan merealisasikan misi dan perjuangan beliau yang belum selesai.

Tidak afdal, bagi suku kaum irranun, untuk tidak menyokong pemimpin itu, untuk merealisasikan visi dan perjuangan untuk kaumnya, malah kewujudan kawasan DUN yang memperuntukan untuk kaum itu, adalah sebahagian daripada misi dan perjuangan.

Ada lah elok, kawasan yang dirancang, diilhamkan, perlu lah dirasmikan sendiri oleh pemimpin tersebut, untuk mencatit penanda aras bagi generasi penerus.

Sokong lah pemimpin itu, untuk menyumbang goal yang beliau rancang daripada mula, kerana generasi penerus, masih mempunyai peluang yang luas dan besar untuk menyumbat goal berikutnya, kerana tidak dikejar oleh masa dan usia.

Mari lah kita bergotong royong, tanpa melihat LOGO pada PRN Sabah akan datang, yang digunakan oleh pemimpin itu, kerana LOGO hanya pemudah cara dalam pengiraan undi.

19 April 2014

Duri-Duri Politik Kota Belud

Sebelum kemasukan Umno ke Sabah tahun 1991, politik Kota Belud sukar disatukan. Percakaran antara pemimpin senantiasa berlaku. Mungkin atas sebab itu, kawasan Dun Usukan senantiasa diwakili orang lain, selepas sahaja Allahyarham Tun Said Keruk tidak lagi mewakili kawasan itu; kecuali pernah dimenangi Tan Sri Pandikar menggunakan tikit Usno semasa Pemerintahan Berjaya.

Bagi kawasan Tempasuk pula, hanya diwakili satu kaum iaitu Bajau, sehinggalah Dun itu dimenangi kaum Dusun pada PRN tahun 1986, apabila Robert Minggir memenanginya melalui Parti PBS. 

Di Kedamaian pula, sepertibiasa senantiasa dimenangi kaum Dusun, meskipun kawasan itu pernah diwakili wakil beragama islam, akan tetapi daripada suku dusun.

Kota Belud yang terdiri daripada tiga suku utama- Bajau-Dusun-Iranun dan sedikit kaum Cina. Dan kini, jumlah penduduk Kota belud diperkirakan melebihi 100,000 (OKB belum mendapat data statistik berkenaan jumlah penduduk sebenar Kota belud).

Pada PRu-13 lalu, semua kawasan yang dipertandingkan dimenangi calon-calon daripada BN khususnya parti Umno, kecuali Dun kedamaian di mana calon PBS tewas kepada calon PKR.

Pada PRU-13 juga menyaksikan kemunculan semula Datuk Salleh Tun Said, bagi DUN Usukan, selepas mantan Ketua Menteri Sabah itu tidak bertanding pada PRU 2008.

Semua wakil Kota Belud kini diwakili kaum Bajau dan dusun dengan ratio 3:1. manakala kaum Iranun terakhir menjadi wakil rakyat adalah melalui Tan Sri Pandikar tahun 2004-2008.

Sejak Sabah merdeka pada 16 September 1963, kaum Iranun pernah menjadi wakil rakyat hanya melalui Tan Sri pandikar, pertama tahun 1982 di Dun Usukan, Tahun 1994-1999 dan 2004-2008 di Dun Tempasuk.

Pada awal kemasukan Umno memang timbul satu formula yang bersifat kesepakatan, meskipun bukan keputusan, iaitu formula 2:1:1; Melalui formula itu, setiap keputusan apa kah melalui keputusan politik atau keputusan yang berkaitan dengan komposisi pegawai-peagwai kerajaan yang berkhidmat di kota Belud perlulah bersandarkan kepada formula itu. Namun, selepas masa berjalan, nampaknya formula itu sudah terlupakan, sehingga kedudukan politik Kota belud kembali kepada square one.

Perlanggaran pertama kesepakatan itu bermula pada tahun 2008, apabila tiga kawasan yang dipertandingkan dalam pilihanraya hanya mengemukakan calon-calon daripada satu suku iaitu bajau. Keadaan itu berulang pada PRU-13, apabila tiga kawasan yang diperuntukan kepada Umno hanya mengemukakan calon daripada suku bajau kepada pucuk pimpinan negeri/pusat.

Pada PRU-2008, memang berlaku protes daripada kalangan pengundi kaum Iranun, di mana pada masa itu, semua peti undi yang dikawal kaum itu, BN kalah, kecuali satu PDM- itupun calon Bn hanya menang 13 undi. Namun pada PRU-13, semuanya kembali pulih, apabila semua peti undi yang di kawal kaum itu memenangkan calon Bn. Namun sebaliknya berlaku pada peti-peti undi yang dikawal kaum KDM, 60 peratus undi kaum itu menolak calon-calon BN. Jika pada tahun 2008, kaum iranun protes, tahun 2013 kaum KDM pula protes, sehingga BN kehilangan kerusi Kedamaian.

Nampaknya, melihat kepada kencederungan pengundian di Kota Belud, duri-duri politik bagi daerah yang terkenal dengan Cowboy town of the east itu belum berakhir.

OKB tidak dapat meramal, apa yang berlaku pada PRU-14, jika formula seperti mana yang berlaku pada tahun 2008 dan 2013 berulang. Bagi DUN Usukan, tiada masalah bagi Bn, atas sebab kawasan itu bermajoriti satu kaum, iaitu Bajau, namun bagi Dun Tempasuk, di mana ratio pengundi antara kaum bajau-Dusun-Iranun hampir seimbang. 

Bagi kerusi Tempasuk, jika dua kaum bersatu, maka akan mengorbankan satu kaum, dan ini berimplikasi kepada kedudukan kerusi Parlimen. Sebagai contoh, jika kaum Iranun bergabung dengan dusun, maka Tempasuk akan dimenangi oleh calon yang disokong kaum-kaum itu, ini yang berlaku tahun 1986-1990.  Pada masa itu, Dn Tempasuk dimenangi kaum Dusun juga Parlimen Kota Belud. Sebaliknya jika kaum bajau dan Iranun bergabung ini yang berlaku pada tahun 1994, 1999 dan 2004. Jika kaum Bajau Dusun bergabuing ini yang berlaku tahun 2008, dan apabila kaum iranun dan bajau bergabung ini yang berlaku tahun 2013.

Duri-duri politik Kota Belud, untuk sementara masih aman-aman, selagi pemain utama seperti Tan Sri Pandika dan Datuk Salleh Tun Said masih lagi aktif dalam politik; namun selepas "post' kempimpinan mereka, apa kah keadaan politik Kota belud kembali seperti keadaan tahun 60-an, tahun 70-an dan 90-an? 

Pada masa ini,Parlimen Kota Belud diwakili oleh Dato Rahman, Timbalan Ketua Bahagian Umno Tuaran. Pada PRU-14, tidak pasti apakah Menteri Kesejahteraan, Perumahaan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan itu masih bertanding di Kota Belud? atau akan bertanding di peringkat Dun bagi kerusi Sulaman, bagi memberi peluang kepadanya Menjadi Ketua Menteri atau Timbalan Ketua Menteri?

Sedangkan pada masa itu, pemimpin seperti Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh sudah melepasi usia 60-an; dan tiada kepastian apa kah mereka masih berminat menyertai pilihanraya? Kalau mereka masih berminat, maka duri-duri politik Kota belud, tidak akan sampai boleh mengalahkan calon-calon Bn; namun jika mereka ini, bersara; kemungkinan besar duri-duri politik Kota Belud, menjadi katalis kepada kekalahan calon-calon BN, kecualilah 'kesepakatan lama" formula 2:1:1 kembali dihidupkan, atau adanya kawasan baru yang wujud; melalui persempadanan.

Melihat komposisi ahli parlimen di dewan rakyat pada masa kini, meskipun diadakan persempadanan semula, namun agak sukar diluluskan di Parlimen, atas sebab BN tidak mempunyai kuasa 2/3. Persempadan an hanya akan dapat diluluskan, jika 2/3 ahli dewan rakyat menyokongnya.

Kini, memang terdapat perasaan yang menggunung yang senantiasa tersembunyi menanti untuk meletup; bahawa kaum iranun merasa di ketepikan dalam arus perjalanan politik negeri. Kaum iranun walaupun sedikit jumlahnya, namun jika dilihat ratio mereka yang berpendidikan profesinal berbanding dengan jumlah penduduk kaum itu, ianya cukup tinggi. Golongan itu, hanya menunggu masa yang sesuai untuk beraksi. Kaum itu, adalah kaum yang bukan mudah untuk mengalah. sejarah membuktikan, bahawa kaum itu, di awal kemerdekaan senantiasa menongkah arus, apabila kaum mereka tertindas. Kejatuhan parti Usno, kejatuhan parti Berjaya dan Parti PBS, sumbangan kaum itu sungguh signifikan.

Gerakan kaum itu sejak akhir-akhir ini adalah bagaimana menumpukan keutamaan kepada pendidikan, bagaimana mendapat bahagian daripada perekonomian; selepas itu, akan bergerak pula dalam bidang politik. Gerakan bermula apabila pada pemilihan Umno oktober tahun 2013, kaum itu bersatu hati memenangkan golongan profesional menduduki kerusi AJK bahagian; setidak-tidaknya langkah pertama kaum itu dalam percaturan politik Kota Belud. 

Kaum itu, yakin suatu masa, bahawa politik wang dan dominasi kaum tidak akan senantiasa menguasai politik Kota Belud, sebaliknya berasaskan merit dan kepimpinan yang turut diimbangi dengan keberanian. Penduduk Kota Belud, pada masa depan, akan memerlukan pemimpin yang pakar memburu, menguasai padang selain tahu keperluan penghuni padang.  Masa akan menentukan, apa kah rakyat Kota Belud akan mampu memunculkan pemimpin yang benar-benar membela; agar supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Rakyat Kota belud (tidak semua), merasakan bagaimana mereka cukup ketinggalan, bayangkan kawasan-kawasan lain sudah menikmati kemudahan asas sejak sekian lama, namun rakyat Kota Belud masih ada lagi sebahagian belum merasakannya.

Sebagai misalan, Bekalan Air bersih luar bandar, meskipun dikatakan peruntukan sebesar RM114 juta diperuntukan sejak tahun 2010, namun sehingga kini BALB belum selesai. Bekalan litrik luar bandar, bagi kawasan kaum iranun misalnya, hanya mula dirasakan tahun 1990, selepas Sabah merdeka 27 tahun. Manakala air bersih sehingga kini, belum menikmatinya.

Memang berlaku pembangunan, tetapi pembangunan yang bersifat apa? kebanyakan pembangunan bersifat insitu, yang nampaknya tidak berimpak tinggi. Pembangunan yang dilaksanakan adalah pembangunan tradisi, yang sifatnya untuk keperluan sendiri. Memang ada pengenalan perekonomian baru, iaitu sektor pelancongan, namun sektor ini merupakan sektor yang padat modal, walaupun kelihatannya sederhana;  mudah diurus, mudah dilakukan, akan tetapi tidak semudah itu untuk menceburinya.

Pembanguan terminal minyak dan gas di Kuala Usukan, bakal akan beroperasi, dikatakan pusat itu akan akan menampung sehingga 1,200 pekerja, di semua bidang; persoalannya bakal berapa peratus kah bakal di isi oleh rakyat Kota Belud? mungkin daripada segi jumlah, bakal ramai, namun daripada segi kualiti, mungkin sedikit, atas sebab pusat itu memerlukan tenaga kerja yang terlatih dalam bidang minyak dan gas.

Selagi, kesamarataan dalam semua bidang, apa kah daripada segi politik, mahupun perekonomian, tidak berlaku, selagi itu duri-duri politik Kota Belud akan tetap ada. Jika tidak berlaku pada PRU-14, maka pada PRU berikutnya akan berlaku.

14 December 2010

Penangguhan pemilihan Umno apa kesanya?

Penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan yang kononnya bertujuan untuk memantapkan cengkaman parti di semua peringkat, ternyata bernilai negatif.

Kini, kegiatan atau aktibiti para pemimpin baik di peringkat daerah mahupun akar umbi agak perlahan kerana masing-masing mengetahui bahawa bahang pemilihan masih satu setengah tahun lagi.

Sebelum pengumuman penangguhan oleh Presiden parti 2 minggu lalu, nampak juga kelibat para pemimpin turun padang, namun setelah pengumuman itu, para pemimpin seolah-olah sukar didekati dan menjauhkan diri.

jika sebelum ini, para pemimpin parti peringkat daerah agak mudah di dekati, namun kini agar sukar, demikian lah keluhan secara rambang rakyat di peringkat akar umbi.

Malah ada yang mengatakan bahawa tujuan penangguhan pemilihan parti itu, yang bertujuan seperti mana disebutkan tidak akan mencapai sasaran. Malah akan timbul persepsi, bahawa para pemimpin hanya berminat pada jawatan parti, sebagai landasan untuk mendapatkan kuasa politik.

Namun mereka lupa, bahawa kretiria pemilihan calon-calon yang akan diketengahkan oleh Najib bukan semata-mata atas jawatan parti, tetapi pilihan akan bersandar pada individu pilihan rakyat.

Untuk itu, sebelum terlambat adalah elok bagi mereka yang bercita-cita untuk mengwakili parti, perlu lah daripada sekarang, senantiasa mendengar degup jantung akar umbi.

26 April 2010

Jika Kaum Cina Masih Menolak BN Di Semenanjung: Di Kota Belud Hati-Hati Dengan KDM?

Jangan salah menenalaah. Sebelum tahun 1976, kaum KDM nampak sangat menyokong Usno. Namun pada pilihanraya umum negeri Sabah masa itu, Usno kecundang, Berjaya menang bergaya. Berjaya memerintah hingga tahun 1985, kerana sokongan KDM. Apabila KDM menolak Berjaya pada pilihanraya 1985, maka parti bersatu sabah (PBS) parti KDM menang. PBS memerintah negeri di bawah bayu ini sehingga tahun 1994. Pada pilihanraya negeri 1994 PBS tidak kalah, namun disebabkan keluarnya seorang wakil rakyat KDM Rubin Balang dan pemimpin bisaya Lajim Ukin, maka PBS rebah.

Kerajaan BN ditubuhkan pada tahun 1994 dan seterusnya hingga kini.

Kekuatan kerajaan BN negeri kerana masih mendapat sokongan KDM terutamanya daripada Pairin Kitingan.

Namun jangan terlalu selesa dengan sokongan ini, berasaskan analisis blog dan FB, sejak setahun lalu, terlalu ramai kaum KDM yang berpendidikan telah meninggalkan Pairin dan mereka lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang.

Berasaskan kepada keadaan ini, ada kemungkinan jika kaum KDM mendapat pemimpin yang boleh dihandalkan, ada kemungkinan mereka mengenepikan BN.

Faktor-faktor ke arah itu cukup namun ibarat kata orang.. asap masih dalam sekam.

Bagi daerah Kota Belud, pada ketika ini, kaum KDM hanya bersandar pada Herbert Timbun Lagadan, pembantu menteri Kebajikan negeri.

Ahli parlimen Kota Belud Rahman Dahalan kelihatan lebih cenderung membangun kawasan-kawasan KDM, namun impaknya pula kepada kawasan kaum Sama dan Iranun agak besar.

Pembantu menteri pertanian dan asas tani Musbah Jamli kelihatan pembangunan kawasan Tempasuk di mana wakil rakyat ini adalah wakil rakyat N.6 tempasuk. Sementara itu, Japlin Akim hanya tertumpu pada kawasan Usukan.

Salleh Said yang juga merupakan pemimpin daerah ini hanya tertumpu kepada aktiviti parti, selain sebagai Ketua Umno Bahagian, juga penyelaras BN Daerah dan Timbalan Pegerusi Umno negeri.

Pandikar Amin Haji Mulia, hanya tertumpu pada dewan rakyat satu kerja yang sangat mencabar pada masa ini.

Berasaskan kepada keadaan ini, untuk mempertahankan sokongan KDM kepada BN hanya tertumpu pada Salleh sebagai penyelaras BN daerah dan Herbert Timbun Lagadan.Dari segi politik,nampaknya mereka mampu, namun faktor politik tidak menjamin sokongan. Peluang mesti disediakan, samada peluang pekerjaan juga peluang berniaga. Pendek kata mengisi perut juga menjadi sasaran akhir. Sama lah dengan sokongan Cina kepada DAP di semenanjung, kerana kaum cina di Semenanjung tahu, jika mereka menolak BN, maka pembangunan dan peluang perniagaan akan bertambah kepada kaum ini, kerana BN akan wujudkan demi menarik sokongan. Semakin banyak peluang dan tamburan pelaburan daripada BN, maka semakin ramai kaum cina menolak BN... satu faktor yang menjadi iktibar kepada pemimpin politik Kota belud.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels