Semua pemimpin DAP termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah diminta memohon maaf kepada keluarga Teoh Beng Hock kerana tidak membantunya ketika dia dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum kematiannya.
"Ketika Teoh dipanggil (oleh SPRM), dimanakah Ean Yong, mana penasihat DAP Lim Kit Siang, mana Karpal Singh. Kenapa tak bantu ketika Teoh disiasat.
"Yang pasti, hanya selepas Teoh meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM," kata Allan Liew Sin Kim, jurucakap sekumpulan enam orang yang menyifatkan diri mereka sebagai rakan dan penyokong Teoh.
Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor.
Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh dalam laporannya yang dikeluarkan Khamis lepas menyatakan bahawa Teoh membunuh diri akibat tertekan semasa sesi soal siasat.
Liew berkata SPRM tidak sepatutnya diheret dalam hal ini kerana ia hanya menjalankan tugas untuk menyiasat dan mencari bukti selepas mendapat laporan mengenai penyalahgunaan wang peruntukan ADUN Seri Kembangan.
Kumpulan itu juga meminta Ean Yong memberi penjelasan mengenai artikelnya dalam buku 'Satu Tahun Keadilan untuk Beng Hock' yang mereka sifatkan sebagai mengelirukan.
Ketika ditanya mengapa mereka tidak memberi kenyataan sebelum ini, Liew berkata mereka tidak mahu mempengaruhi dan mengganggu keputusan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Diraja itu. - BERNAMA