Showing posts with label Ciri -ciri calon Umno-Bn. Show all posts
Showing posts with label Ciri -ciri calon Umno-Bn. Show all posts

7 September 2012

Calon BN: Antara pilihan Rakyat dan Pilihan Pemimpin

DILEMA Pucuk Pimpinan BN menentukan calon yang diketengahkan pada setiap PRU adalah memilih antara Pilihan Rakyat dan Pilihan Pemimpin.

Kalau calon Pilihan Rakyat yang terpilih, maka tiada masalah merai kemenangan, namun calon pilihan pemimpin, belum tentu merai kemenangan.

Pengalaman BN di Semenanjung pada PRU-13, di mana terdapat ramai calon-calon BN yang kecundang adalah terdiri daripada calon-calon pilihan pemimpin atau calon payung terjun. Akibatnya, kawasan tradisi BNpun, BN kalah.

Jika pada PRU-13, pucuk pimpinan mengambil jalan sepertimana tahun 2008, besar kemungkinan Tsunami politik ke-2 akan melanda BN. Jika tsunami politik ke-2 melanda, ertinya BN akan bungkus terus.

Sejak Najib mengambil pucuk pimpinan BN, beliau mengistiharkan, bahawa calon-calon yang diketengahkan oleh BN adalah terdiri dari calon-calon yang "winnable candidate" di mana salah satu faktornya adalah calon tersebut rajin turun padang, berjaya menyelesaikan masalah rakyat dan dekat dengan rakyat.
 
Pengertian "winnable candidate" meliputi faktor bahawa seseorang calon itu adalah pilihan rakyat; bukannya pilihan pemimpin. Antara sebabnya faktor "winnable candidate" dipilih adalah, rakyatlah yang menentukan kemenangan seseorang calon.
 
Seseorang calon pilihan rakyat antaranya mempunyai kretiria bahawa seseorang itu senantiasa dekat dengan rakyat; jika seseorang itu pernah dipilih sebagai wakil rakyat-maka individu itu mempunyai trek rekod semasa menjawat Title Yang Berhormat.
 
Trek rekod seseorang wakil rakyat atau wakil rakyat yang pernah menjawat jawatan pada kerajaan adalah bentuk pembangunan yang dia sumbangkan kepada kawasan yang diwakilinya. Bentuk pembangunan itu boleh berbentuk fizikal mahupun spritual.
 
Pembangunan yang berbentuk fizikal terdiri daripada pembangunan infrastruktur seperti jalanraya, kemudahan asas seperti bekalan air, kemudahan pendidikan seperti sekolah-sekolah, kemudahan ekonomi seperti pusat kegiatan ekonomi dan sebagainya.
 
Pembangunan spritual pula, bagaimana wakil rakyat itu mengadakan suasana kondusif yang memungkinkan proses pembelajaran rakyat yang diwakilinya. Bilangan pelajar yang berjaya ke perguruan tinggi, bilangan pelajar yang cemerlang di berbagai peringkat peperikasaan juga merupakan kejayaan spritual seseorang wakil rakyat.
 
Kalaulah faktor-faktor di atas merupakan kritria pemilihan para calon BN pada PRU-13, nampaknya para wakil rakyat yang ada telah lulus dengan cemerlang. Namun, jika ada pertimbangan lain selain kritria di atas, maka ada kemungkinan syarat-syarat yang terkandung dalam "winnable candidate" yang telahpun berjaya ditempoh oleh wakil-wakil rakyat yang sedia ada, akan diubah, dimana kuasa "veto" pemimpin akan digunakan untuk memilih calon.
 
Kuasa "veto" pemimpin boleh meraikan kemenangan juga, asalkan kata Tun Dr Mahathir, semua lapisan pimpinan BN "waras" ertinya, utamakan kemenangan calon yang dipilih dan mengenepikan sentimen peribadi.
 
Kekalahan calon-calon BN pada PRU-PRU lalu, bukan kerana calon lawan kuat,  akan tetapi kekalahan banyak disebabkan kerana tindakan protes. Tindakan protes biasanya dilakukan oleh para penyokong pemimpin tertentu yang telah berkerja keras sepanjang sepenggal, namun apabila masanya tiba, digugurkan sebagai calon pilihanraya.

Mungkin pemimpin yang digugurkan itu boleh menerima hakekat, bahawa penggugurannya kerana ada calon yang lebih baik daripadanya, namun dalam keadaan masa yang singkat, biasanya ada penyokong yang tidak dapat menerima hakekat itu. Jika ini berlaku, maka protes di kertas undi berlaku. Jika protes di kertas undi berlaku, maka semuanya ulung... kalah.. yang rugi adalah parti.

Untuk mengelak protes besar-besaran, sebaiknya faktor yang disepakati yakni apa yang terkandung dalam calon "winnable candidate" itu dipertahankan tanpa diganggu gugat. Fikir-fikirkan lah

28 January 2010

Cabaran Najib: Orang Ada Jawatan Parti Tidak Disukai Rakyat


Pemilihan calon bagi mewakili Umno-Bn pada Pru-13 akan dinilai secara objektif berdasarkan komitmen mereka serta sokongan pengundi terhadap mereka.

Yang menjadi cabaran saya katanya semasa diwawanca TV3 malam isnin lalu adalah orang parti yang mempunyai jawatan parti akan tetapi tidak disukai rakyat.

Bagi wakil rakyat ada sedia ada, tiada masalah bagi mereka dipilih semula asalkan mereka senantiasa turun padang, dekat dengan rakyat, mesra rakyat dan senantiasa membantu rakyat yang diwakili yang perlu dibantu.

Banyak cara kita mengetahui maklum balas mengenai seseorang itu, kini jalinan sosial seperti facebook, twitter dan blog merupakan salah faktor yang diambil kira dalam menenilai seorang yang kita akan pilih itu, kata PM.

Kalau memang seseorang itu disukai rakyat, maka sedikitlah tomahan mengenai dirinya, akan tetapi jika seseorang itu bermasalah termasuk mengabaikan tanggungjawab yang diberikan apakah tanggungjawab parti atau wakil rakyat,maka banyak lah keluhan dan tomahan terhadap seseorang itu, sambumg DS Najib.

Namun demikian, Najib juga menanmbah bahawa saluran-saluran maklumat tertentu seperti maklum balas pemuka-pemuka akar umbi juga akan diambil kira termasuklah laporan-laporan badan-badan tertentu termasuk Ngo-Ngo.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels