Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

2 November 2009

Nizar News: Akaun Kerajaan Terengganu MERAH

Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).

Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).

Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.

Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.

”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008

Justeru, katanya, kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Selain menasihatkan kerajaan Terengganu, beliau juga menyeru supaya kerajaan negeri Terengganu berusaha memungut keseluruhan tunggakan hasil berjumlah RM92.48 juta.

Katanya, Nisbah Semasa yang digunakan mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri juga adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri kurang daripada 1, menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.

Beliau juga menyenaraikan, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. BO

11 September 2009

Kemelut Terengganu Muhyiddin dimalukan??

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menolak tawaran Umno pusat untuk melantik beliau menjadi menteri kerajaan pusat yang diusulkan sebagai langkah meredakan persengketaan dua pihak antara kumpulan Ahmad dengan geng bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusuh.

Kemungkinan besar penolakan secara mentah itu kerana menyifatkan usaha Umno pusat seolah merupakan penyingkiran secara halus kepentingan dan pengaruh politik beliau di Terengganu.

Ahmad dikatakan tidak mendapat sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno sebaik keputusan PRU-12 diketahui, namun kerana atas desakan orang-orang tertentu, Ahmad Said bertindak secara sendiri yang akhirnya memberi keuntungan kepada beliau apabila Sultan akhirnya bersetuju melantik Ahmad sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum pada Mac 2008.

Hasil daripada jawatan itu, secara perlahan beliau mula membina pengaruh dan sokongan daripada beberapa Exco kerajaan negeri. Bagaimanapun beliau masih lagi tidak mencapai majoriti jika dibandingkan golongan pro Idris yang diketuai Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Jika mengikut pihak yang memboikot majlis yang diusahakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu seramai 15 orang maka hanya lapan Adun Umno yang menyokong Ahmad.

Dua daripada lapan orang yang hadir itu dikatakan juga kumpulan penyokong Idris. Muhyiddin menawarkan diri untuk menyelesaikan krisis politik dalaman Umno Terengganu seperti barah yang sudah pecah sehingga rakyat negeri itu turut menjadikan agenda perbincangan di kedai kopi, apabila Pengerusi Perhubungan Umno,Dato Seri Hishammuddin Hussein, akhirnya turut gagal mengatasi konflik tersebut.

Sebaliknya Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, terpaksa melalui zaman amat mengaibkan apabila majlis usaha beliau pada 3 September untuk menyatukan dua bertelagah itu, diboikot oleh kumpulan Adun Umno yang menentang Ahmad.

2 September 2009

Hishamudin punya tugas berat di Terengganu: khabarnya 9 ADUN anti Ahmad Said jumpa Anwar

10 Adun Bn yang tidak hadir persidangan DUN Terengganu yang diketuai oleh mantan MB Idris Jusoh dikatakan telah berjumpa Anwar untuk merintis membentuk kerajaan Terengganu bersama ADUN PAS.

Pokok tidak akan bergoyang tanpa tiupan angin. Asap tak akan berkempul tanpa api. Keadaan 10 DUN yang anti MB Ahmad Said dikatakan memendam rasa seperti api dalam sekam. Mereka terlalu geram dengan Ahmad Said yang dirasakan menikam dari belakang dengan mempergunakan istana semasa merebut jawatan MB.

Idris Jusoh yang dikatakan MB berjaya, selain mengetuai merampas kerajaan daripada Pas pada PRU 11 (2004),juga dikatakan membawa banyak perubahan kepada negeri tersebut.

Merampas jawatan MB daripadanya (Idris Jusoh) dengan mempergunakan istana dan menidakkan surat tauliah daripada PM (Abdullah Badawi) merupakan usaha tikam belakang. Faktor ini lah yang membuatkan 10 ADUN tersebut hingga kini sukar bertembung 4 mata dengan Ahmad Said.

Usaha 10 ADUN ini membentuk kerajaan bersama PAS memrupakan tantangan besar kepada Naib Presiden N0.2 Hishamudin. Apa kah Hisham dapat mengaharungi badai angin monson timur ini? Sama-sama kita tunggu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels