Showing posts with label Turun Padang. Show all posts
Showing posts with label Turun Padang. Show all posts

1 April 2012

Semakin ramainya pemimpin turun padang

Seronok juga apabila pilihanraya semakin hampir, sebabnya semakin ramai pemimpin yang turun padang; baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Di perkampungan, kesibukan bahkan berkali ganda, malah ada yang berkata, kesibukan mereka sungguh luarbiasa. Saban hari ada sahaja acara...berbagai bentuk dan rupa.

Kehadiran para pemimpin tertentu cukup terserah kali ini, terutama di majlis2 kahwin. Di facebook, menggambarkan kehadiran mereka, samada di muat turun sendiri ataupun oleh orang2nya.

Walaupun para pemimpin semakin rancak turun padang, namun ole2 kepada rakyat cukup minima sekali, cuma mereka melakukan "marketing" diri sendiri dan berusaha bahawa mereka masih "releven".

Berlainan dengan acara turun padang oleh Perdana Menteri dan Timbalannya, selama 11 minggu, dua orang pemimpin itu telah memberikan rakyat sebanyak RM609 juta untuk berbagai tujuan, sudah tentunya untuk keperluan rakyat. Dikhabarkan, daripada jumlah wang yang disalurkan itu, negeri Perak mendapat lebih 200 juta ringgit.

Manakala di Sabah seramai 57 wakil rakyatnya masing2 membelanjakan RM500 ribu setiap seorang bagi maksud sentuhan kasih, manakala seramai 22 ahli parlimennya membelanjakan RM1 juta setiap seorang bagi maksud yang sama.

Dalam tiga bulan pada tahun 2012, wang tunai beredar di tangan rakyat sabah adalah sebanyak RM50.5 juta tidak termasuk bantuan BR1M, bantuan kepada Nelayan RM116 juta, bantuan kepada pelajar dan mahasiswa, serta bantuan kepada mantan pekerja KEMAS dan lain2.

Diperkirakan pada awal tahun ini sahaja, wang tunai daripada kerajaan yang beredar ke tangan rakyat Sabah yang layak tidak kurang RM250juta.

Selain itu, pada bulan mei ini, rakyat Sabah yang terlibat dengan rancangan Felda, akan diramalkan mendapat durian runtuh, akibat penyenaraian Felda di Bursa Saham. Dengan pengumuman itu, maka wang tunai yang beredar di tangan rakyat Sabah akan bertambah lagi.

Aspek negatifnya dengan bertambahnya jumlah wang tunai beredar di tangan rakyat adalah akibat inflasi aka kenaikan harga barangan. Biasanya peniaga akan memberi respon yang positif terhadap fenomena ini, dan biasanya harga barangan tersebut tidak akan menurun.

Dalam jangka panjang, rakyat akan merasa miskin lagi, kerana pendapatan yang biasa didapat tidak lagi mampu membeli jumlah barangan yang sama.

Benarlah kata Tun Mahathir, jumlah bantuan tunai kepada rakyat perlu diimbangi dengan tingkat produktiviti dan tingkat pendapatan daripada produtiviti itu, jika tidak, tingkat kehidupan rakyat tidak akan meningkat.

Sayogianya semasa turun padang, pemimpin menekan aspek peningkatan produktiviti, bukan aspek memburuk-burukkan keadaan sepertimana di bawah oleh pembangkang.

Azmin Ali semalam, dengan bohongnya mengatakan bahawa kalau dam Tambatuan di Kota Belud menjadi kenyataan, maka sebanyak 7 kampung akan ditenggalamkan, yang sepatutnya berbunyi ... 7 kampung akan mendapat manafaat bekalan air dengan terbinanya dam tersebut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels