Showing posts with label Penduduk miskin Sabah. Show all posts
Showing posts with label Penduduk miskin Sabah. Show all posts

11 January 2013

Miskin Tegar: Perhatian DUN Tempasuk

Datuk Musbah berbaju terang depan tangga
RAMAInya bilangan miskin tegar bagi kawasan Kota Belud, termasuk bagi kawasan DUN Tempasuk, menjadikan wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli, perlu berkerja keras untuk mendapatkan peruntukan bagi membina rumah-rumah untuk rakyat yang tidak bernasib baik itu.

Hari ini Musbah sempat melawat sebuah rumah penduduk yang miskin tegar (Mat Sator Ensun) di kampung Rampayan Ulu. 

Difahamkan kelambatan penduduk ini mendapat bantuan, kerana tidak terdaftar dalam e-kasih. Pendaftaran e-kasih, biasanya dilakukan oleh peduduk sendiri atau dilakukan oleh pemimpin akar umbi seperti ketua kampung atau JKKK.

Wakil rakyat bukanlah seorang manusia yang super, atas sebab itu, keadaan seperti gambar ini bukannya terlepas pandang, namun tidak sempat diterokai sendiri oleh wakil rakyat.

Disebabkan sifat Turun Padang wakil Rakyat Tempasuk itu, maka pada hari ini, merupakan rahmat kepada penduduk yang bernama Mat Sator Ensun menantu kepada Selang, untuk mendapatkan rumah PPRT.


12 November 2010

Kenapa 40% penduduk Sabah miskin?

Laporan Bank dunia telah memaparkan bahawa punca 40% penduduk Sabah miskin, kerana sumber pendapatan yang terhad. Jika ada pun peluang pekerjaan, namun upah yang rendah juga penyumbang kepada tarifan miskin.

Sabah merupakan negeri ke dua terbesar di Malaysia. Walaupun kawasannya luas, namun peluang pekerjaan sangat terhad. Kilang-kilang atau perladangan mampu membuka peluang pekerjaan, namun atas prinsip mencari keuntungan, maka kadar upah yang dibayar rendah. Melalui kadar upah yang rendah itu, maka para pekerja seperti berada pada kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Upah rendah tidak mampu mengejar kenaikan harga barang keperluan harian. Malah pendapatan para pekerja ini hanya mampu untuk keperluan 15 hari dalam sebulan, jika amalan pemakanan seimbang jadi amalan.

Memang diakui kerajaan berusaha membasmi kemiskinan namun cara yang diberikan hanya strategi jangka pendek, umpamanya bantuan subsidi membajak sawah, memberi alat-alat penangkapan ikan atau memberi ternakan untuk dipelihara. Kerajaan berfikiran, bahawa seseorang itu tidak akan mampu berubah, jika tidak mengubah dirinaya.

Petani sayur misalnya, tidak akan mampu berubah sampai bila-bila. Jika ikut teori ekonomi, semakin banyak keluaran maka, wang yang didapat daripada jualan itu akan meningkat. Pada petani, tidak berlaku demikian, kerana jika pengeluaran bertambah, maka harga menurun, akhirnya jika jumlah pendapatan dijumlahkan, pengeluran tinggi dan rendah hampir sama dari segi jumlah wangnya.

Pejual "tapai" di pasar Kota Belud misalnya, tiap hari hanya membungkus tapai sebanyak 100 bungkus, sebab apa, jika membungkus lebih dari itu, maka riskonya tidak habis dijual. Jika tidak habis dijual, maka si penjual tapai akan rugi dari segi beras dan tenaga. Sebab itu lah laporan Bank dunia melaporkan, bahawa kadar kemiskinan negeri Sabah, sukar diatasi, jika mengikut falsafah " Nasib seseorang itu tidak akan berubah, jika tidak mengubah dirinya".

Kerajaan sebagai "mother hood" perlu bertindak dengan berbagai perancangan yang jitu untuk memangkin pendapatan. Wujudkan persekitaran ekonomi yang rancak, sehingga permintaan kepada tenaga upahan meningkat. Melalui cara ini, tidak perlu lagi polisi gaji minima, kerana pasaran akan menentukannya.

Contoh kegiatan ekonomi yang mempunyai impak tinggi adalah penanaman padi secara besar-besaran. Seorang peniaga kilang padi (Fauzi-anak kg Taun gusi) yang membuka kilang padinya di Kota Marudu, berkata, jika 5 tahun lalu terlalu pekerja mahu menerima upah RM 10 sehari kerana suasana kerja yang santai, namun pada masa ini, terlalu sukar, kerana kerja-kerja telah bertambah.Melalui pemberian upah RM 25 sehari, sekurang-kurangnya kilang padi Encik Fauzi telah berjaya mengeluarkan beberapa orang daripada garis kemiskinan.

Kerajaan perlu bertindak melahirkan kegiatan ekonomi yang mampu memberi upah atau pendapatan yang boleh mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels