Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil satu Mesyuarat Khas Kabinet Jumaat ini bagi menetapkan sasaran pelaksanaan dan pencapaian program-program pembangunan untuk rakyat dalam Bajet 2010.
Sambil menyifatkan ia satu lagi pembaharuan dalam pentadbirannya, beliau berkata, mesyuarat disertai semua ketua jabatan dan agensi kerajaan itu akan menetapkan tanggungjawab, tindakan yang akan diambil serta jangka masa pencapaian muktamad bajet berkenaan.
''Mesyuarat akan turut memfokuskan siapa yang akan memantau pelaksanaan program-program dalam bajet itu. ''Saya dah beritahu Menteri Kesihatan bahawa pada minggu pertama bulan satu (Januari) tahun depan, saya nak lancar Klinik 1Malaysia.
Ini kena buat kerja cepat-cepat supaya Klinik 1Malaysia ini beroperasi. ''Kita akan pantau dengan serius untuk capai matlamat ini (Bajet 2010) dan seterusnya pacu kejayaan ekonomi negara," kata beliau.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Malam Bajet 2010 bagi meraikan para petugas Kementerian Kewangan dan sektor swasta yang terlibat dalam penyediaan bajet yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.
Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus melaksanakan pembaharuan supaya ekonomi negara dapat dirangsang seterusnya memulihkannya seperti sedia kala. ''Kita belum mencapai objektif maksimum dalam pertumbuhan ekonomi. (Namun) kita masih ada ruang untuk tingkatkan pencapaian ini," katanya.
Bagi Najib, cabaran besar kini adalah bagaimana untuk memastikan Bajet 2010 memenuhi kehendak dan harapan rakyat. ''Kalau dipandang sekali imbas agak sukar macam mana kita nak isi kerja kita dalam melaksanakan pencapaian matlamat Bajet 2010.
Ini termasuk bagaimana dalam keadaan kita kurang peruntukan pembangunan, kita nak pacu ekonomi dan memenuhi reaksi pasaran yang begitu tidak disenangi," katanya. Namun, kata Najib, beliau akhirnya menarik nafas lega berikutan sambutan baik yang diterima daripada semua ahli Parlimen.